21 April 2013

Perubahan macam mana yang nak kita lakukan?

Dalam kempen pilihanraya kali ini setiap parti bercakap tentang perubahan dan masing-masing parti memberikan interpretasi perubahan itu berbeza-beza. Najib hari ini memberikan interpretasi perubahan itu sebagai perubahan dari dalam. Beliau memberikan contoh Felda telah melalui perubahan dari dalam dan tidak perlu perubahan kerajaan.

Di pihak pembangkang, perubahan itu ialah dengan mengubah kerajaan kerana kerajaan sekarang bertanggungjawab menjadikan keadaan negara kita tidak menentu politiknya, tiada arah tujuan yang betul dalam mentadbir kerajaan dan untuk membersihkan kerajaan daripada kegiatan rasuah yang tidak terkawal.

Yang lebih penting lagi perubahan kepada kerajaan terpaksa dilakukan kerana sememangnya sudah sampai masa BN itu berada di pihak pembangkang pula setelah BN membina budaya politik perkauman yang terlalu menebal dalam negara hari ini. Tujuan ‘ultimate’ kita ialah untuk mencapai tahap perpaduan nasional dan itu adalah idaman semua rakyat yang mempunyai tahap pemikiran yang bersih dan jernih.

Isu inilah yang saya ingin melakukan sedikit kupasan kerana ini adalah matlamat terakhir kita sebagai rakyat di dalam negara majmuk seperti Malaysia ini.

Bagi saya definasi perubahan itu ialah perubahan sikap dan mentaliti dan persepsi kepada sesuatu perkara yang berlaku dan akan kita lakukan serta cara kita mengambilnya. Pertamanya rakyat ramai berfikir yang perubahan perlu dilakukan kerana kelemahan yang ditunjukkan oleh UMNO keterlaluan.

Kelemahan UMNO itu di antaranya ialah penggunaan kuasa dengan sewenang-wenangnya sehinggakan tidak lagi dapat membezakan yang mana penggunaan kuasa yang betul dan yang tidak betul. Tidak tahu tindakan apa yang bertentangan dengan etika demokrasi dan yang mana satu yang tidak patut dilakukan.

Semuanya ini berlaku kerana UMNO sudah terlalu tersasar dari yang sepatutnya dilakukan sebagai parti siasah dan politik dan parti itu tidak membawa bersama roh perjuangannya sejak hampir tiga puluh tahun lalu. Ramai di antara pemimpin-pemimpin UMNO tidak tahu kenapa dan mengapa mereka berada di barisan kepimpinan parti di setiap peringkat.

Ramai terkeliru apa sebenarnya yang menjadikan mereka itu pemimpin. Adakah wang ringgit dengan permainan politik wang dan sebagainya? Adakah mereka menjadi pemimpin secara ‘tut’ dengan hanya menjadi pengampu dan ‘court jester’ kepada pimpinan tertinggi atau oleh kerana hubungan perniagaan dengan pucuk pimpinan yang berniaga bersama dengan rakyat yang mereka pimpin?

Kekeliruan ini telah berlaku sejak tiga puluh tahun dahulu dan tidak dapat diselesaikan dan diperbaiki sehingga hari ini. Hasilnya dari seorang pimpinan ke pimpinan seterusnya kelemahan ini diwarisi sampailah kepada pimpinan Najib sekarang. Hatta rakyat mula bangkit dan mengambil segala kesempatan serta berpakat-pakat untuk menyertai program perubahan yang dirancang oleh rakyat sendiri.

Rakyat biasa yang tidak berpuas hati bersatu dengan mereka yang tidak mempunyai matlamat yang betul untuk melakukan perubahan itu. Dalam hal ini semua yang jujur dan setia untuk melakukan perubahan ini bersatu dengan pihak yang mahu mengambil kuasa kerana semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Beraraklah semua yang telah bersatu ini ke utara dan ke selatan, ke timur dan ke barat bagi memberikan semangat kepada rakyat yang ramai untuk bersama.

UMNO begitu panik dan tidak tentu arah sehinggakan pemimpin yang sudah pencen seperti Dr Mahathir kembali bercakap dan mundar-mandir berusaha mempertahankan UMNO dan BN itu, parti yang beliau sabotaj sendiri dalam PRU yang lepas. Kalau pihak BN menuduh pihak Pakatan tergila-gila mendapatkan kuasa, pihak BN juga tergila-gila mempertahankan kuasa dengan cara yang tidak beretika dan bersalahan dengan semangat demokrasi sebenarnya.

Isu perkauman menjadi isu hangat dan topik yang lancar di mulut kedua-dua belah pihak. Mahathir telah membelasah DAP dan PKR yang dikatakannya kedua-dua parti ini adalah parti rasis tetapi pihak DAP juga menuduh BN itu ‘coalition’ yang rasis juga yang diketuai oleh MCA dan lain-lain. Pihak Pakatan juga memainkan isu yang UMNO memainkan isu rasis dan chauvinis Melayu. DAP telah memaparkan imej yang parti itu adalah parti 'multiracial' tanpa mengira kaum dan agama. Laungan DAP ini mendapat tempat di hati orang Melayu dan parti ini telah mendapat sokongan Melayu yang agak menular.

Sekarang tarikh pilihanraya telah pun ditetapkan oleh SPR dan pengundian akan dilakukan oleh 13.5 juta rakyat yang layak mengundi pada 5hb Mei yang akan datang ini. Rakyat terutamanya yang masih di atas pagar akan menentukan siapa yang menang dan kalah. Akhir-akhir ini saya selalu mengingatkan, siapa yang melakukan kesilapan akan menerima padah yang besar, kerana kekuatan kedua-dua belah pihak adalah seimbang.

Saya mendapat reaksi yang besar melalui email yang saya terima setiap hari. Kebanyakan mereka menanyakan soalan yang saya amat sulit untuk menjawabnya. Soalan-soalan itu datang dari serata tempat dalam negara ini yang terdiri dari mereka yang berbilang kaum.

Persoalan yang popular ada dua. Pertamanya adakah wajar kita memberikan UMNO dan BN sekali lagi untuk mentadbir negara? Soalan itu mudah saya jawab kerana saya selalu menulis tentang perlunya BN ditundukkan kali ini.

Persoalan yang kedua yang selalu saya terima ialah betulkah Pakatan Rakyat melaksanakan janji-janji politiknya? Tidak ada siapa yang mempersoalkan PAS kerana rata-rata nampaknya menerima PAS sebagai parti ‘alternative’ yang terbaik bagi rakyat kecuali penyokong tegar UMNO yang menyokong parti tanpa soal itu.

Yang terbanyak soalan yang saya terima ialah kenapa DAP masih memaparkan imej sebagai parti Cina kerana penampilan calon Melayu yang ‘negligible’ dalam senarai calon-calon mereka dalam pilihanraya ini. Adakah DAP sudah merasakan ia sudah kuat dan tidak memerlukan sokongan Melayu lagi? Satu lagi persoalan besar ialah soalan yang berkait dengan PKR.

PKR dipersoalkan kredibilitinya sebagai sebuah parti yang baik kerana terlalu banyak percakaran di antara pimpinan mereka di setiap peringkat itu.

Soalan-soalan inilah yang perlu mendapat jawapan dari DAP dan PKR dalam menghadapi pilihanraya ini. Jika DAP dan PKR merasakan soalan ini tidak perlu dijawab tidak mengapa. Biarkan sahaja soalan itu tidak berjawab.

Kadangkala jika satu-satu soalan itu payah untuk dijawab, elok diabaikan sahaja soalan-soalan itu dan biarkan mereka yang di atas pagar itu membuat penilaian mereka sendiri. Kalau hendak dijawab nanti, terpaksa pula menambah janji-janji baru pula.

Mungkin ada yang tidak berkenan dengan tulisan saya ini kerana tidak menulis apa yang mereka hendak dengar tetapi saya memohon maaf, kerana kebenaran dari sudut pandangan saya itu lebih penting untuk saya muatkan dalam posting ini.

16 comments:

Saji said...

Sdr AA

Jika dianalogikan apa yang sdr cuba maksudkan mengenai perubahan di antara PR dengan BN ialah berikut:

BN mahu bangunan dan fungsi asal Central Market di KL dikekalkan iaitu sebagai tempat menjual sayur, ikan, lain2 barangan dapur dan sebagainya dengan bangunan dilakukan kerja2 ubahsuai setakat " face lip" dari semasa ke semasa.

PR, sebaliknya, mahu fungsi asal Central Market di KL itu ditukar kepada tempat yang menjual barangan hasil seni / kraf dengan namanya dan rekabentuknya ditukar menjadi Pasar Seni dan bangunan konseravasi seperti seadanya masing2.

Anonymous said...

Sebelum komen perubahan kerajaan, cuba komen sikit perubahan UBAH yg dilaung DAP? Brapa ramai DAP Melayu bertanding di msia ni? DAP kata multiracial parti dan menyalak slogan Malaysian Malaysia. Mana dia?

Anonymous said...

Terbukti DAP parti rasist cina yg manupulasikan imejnya sebagai multiracial. Mempergunakan sokongan melayu, tetapi tidak diwakilkan calon melayu dlm parti utk bertanding. Ttp tidak mengapa, tidak lama lagi DAP akan jadi parti haram kerana LGE ingin menipu melayu dgn helahnya sewaktu CEC dahulu dan cuba masukkan zairil yg umumnya tahu dia bukanlah bangsa melayu. Harap2 ROS haramkan parti ini secepat mungkin. Biarlah masa menentukannya....(mangsa penipuan DAP)

Anonymous said...


Aspan Alias,

I have been reading your thoughts for quite a while now and reading your posting is an addiction. i shall think a lot before voting on the 5th. I am Gelang Patah voter. The votes will come from me and my son. My wife passed away 4 months back. Or else I would contribute 3 votes if my wife is still around.

John, JB

Justine said...



Aspan, Chuah Soi Lek is not in the election. We can take that MCA is serious about rehabilitation of its image. That's good news to us here in Batu Pahat

Anonymous said...


AA, your softness makes you different than many others. I must meet you when I am in KL next week if you care to spare sometime for me. Check yr email on sunday. I shall be there. Check your email.
cheers

penang lad

Anonymous said...

Without Fielding you in NS, DAP Actually lost a potential Menteri Besar candidate for Negeri Sembilan. What is their strategy here? When AK47 was announced as Raub Candidate , I expected your name for DUN in NS, but that didn't happen. Why give MB platter to PKR, that too when they are infighting for post. Please explain Aspan sir, what was the deal with you that DAP had, why they didn't field you as we all have been waiting for?

Unhappy Indian NS voter

nick said...

Pak,

As I see it, the change that we (rakyat) are hoping for is a change that will effect the day to day life of ordinary citizen and not "change" that will only effect the privileged and the cronies (who becomes billionaires and who becomes millionaires). In other words, we want a change to a government that cares more about the people and less about themselves and even lesser about the cronies and corporate fat cats.

As we stand today, merely days from the election that could change our life for better or worse, we should reflect on the past 4 years (under Najib and BN), in term of what have they done for the rakyat. And it is a fact that under Najib and BN and within a short span of 4 years, our debt has increased some RM200billion. Our tolls are expected to be raised since the economy will not be doing well. Our utilities bill will be hike up too since the new owner of IPP will want to recoup their investment (of stupidly buying a decrepit asset at higher than market price). Our petrol prices will not go down even though BN promises that it will mimic the world oil prices (so far only an increase is done without even a single sen of reduction). In short, under Najib economic recipe and guidance, our livelihood is not getting better but more to the fact,its getting worse.

And going by the past 4 years, would we expect a team led by the same people (Najib and Muhyiddin) WOULD bring change? I doubt it very much because they have had 4 years and they have done nothing except lined their own pockets and provided their cronies with even more projects to get even richer. BRIM 1.0 and 2.0 was supposed to help us deal with higher cost of living? Its ridiculous since RM1000 barely cover the increase of fuel cost and utilities for a family of two let alone make a difference to a family of four which is the average family in the Malay community. Reduce the price of cars? Heck, they have been postponing what PR was proposing to do for decades and we expect them to actually do it? Our car prices should have been the same as those in Thailand and Indonesia decades ago! Free education? BN is not going to sacrifice their cronies wealth by providing free education and right now, their cronies are making hundreds of million from our children!

Do we really expect that BN's election manifesto and Najib pledge of fighting corruption are sincere? Najib's immoral act of awarding his best friend (the steel pipe manufacturer) RM50billion MRT project should tells us who he cares more, us or his cronies? A special court for corruption? Najib himself is tainted with corrupt practices and HE is promising us to bring corrupt people to justice? Utter nonsense! BN pledge of change is nothing better than an addicts pledge to sober up all by himself and to be left alone while do does it! Yeah, right! Like that is a brilliant way of making a change! A change for the worse, that is!

NO, corruption addict like BN and Najib need to be rehabilitated and the only way of doing it is to vote them out of office! You don't hand a drug addict some narcotic for them to get clean and you definitely don't give BN and najib the seat of government (power) for them to stop their addiction to corruption! You give them ABU or ABCD! A term or more in the opposition bench will definitely get them to clean their act and a stay in Sg Buloh will definitely put off some leaders from ever dreaming about tasting some corrupt money!

Nick.

BungaSari said...

Pada pandangan saya hanya PAS boleh dikira parti paling 'steady' dan melahirkan ramai tokoh2 yg kalaupun tidak hebat tetapi jujur dalam perjuangan dan boleh dipercayai. Namun kita tidak ada pilihan buat masa ini selain menumbangkan BN kerana ternyata mereka telah merosakkan negara ini dan tidak ada tanda2 mereka mampu memulihkannya. Memenangkan mereka sekali lagi hanya akan menambah kerosakkan yg telah sedia payah untuk dipulihkan. Jika PR menang, sedikit huru-hara kerana mereka masih baru dalam urusan pentadbiran negara tetapi akan matang juga akhirnya. Kita rakyat sentiasa akan memerhatikan tindak-tanduk pemimpin kita dan perlu terus menegur salahlaku mereka. Jika mereka gagal mendengar, wajar untuk kita bertindak dengan apa cara yg ada.

Anonymous said...

perubahan yang pertama yang wajib dilakukan ialah meletakkan BN di barisan pembangkang di parlimen.

ini wajib dilakukan dahulu..

malaysia akan bertambah baik setelah bn diletakkan di barisan pembangkang.

Anonymous said...

Pejuang agama , bangsa dan negara tidak kenal erti letih, jemu atau kecewa kerana perjuangan berakhir sebaik sahaja nyawa kita berakhir.

Rujukan tertinggi nak susun perjuangan adalah kitabullah, Hadis Rasullah dan Shuro ulamak secara Jamaah. Kalau pakai ilham sendiri tak akan sampai kemana kerana panduan telah dibekalkan oleh Allah swt melalui RasulNya.BANTUAN ALLAH SWT BERSAMA JAMAAH.

Anonymous said...

bro aspan,
Dap's chinese members ratio to other race is how much ?
Perhaps the race ratio of members is the key ingredient here ?
For Pas the majority are malays and muslims, this a no brainer that issues like race is not an issue. Chinese, Indians dan lain-lain never need to question Pas candidates race ratio.
Another matter, as Pas is party that emphasize Islamic teaching, everyone is of one heart and mind.
Religion has a very strong uniting factor.

I ask bro Aspan to be patient.
Most human beings are adverse to changes. MB in Kelantan is well liked among among other races, because he is humble and understanding.
Surprisingly for someone his age, he can accept changes.
He is a true believer and follower of God and Islamic teachings.


Anonymous said...

Sayangi negara melebihi dari menyayangi pemimpin.Bila pemimpin tidak lagi dapat menjaga amanah yang rakyat beri dan harapkan, perubahan mesti dibenarkan. Rakyat mesti bersama bersatu hati dan tindakan. Sepatutnya soal perebutan calon tidak timbul jika kita sama-sama punya matlamat sama untuk melakukan perubahan.Kenapa berlaku juga? Inilah dugaan dan ujian Allah, apakah kita benar-benar ikhlas dalam perjuangan ini. Atau lain diluar lain pula nawitu didalam, tak seia dan sekata. Perbezaan pandangan harus dibenarkan tapi jangan sampai menjurus kepada perpecahan lalu memusnahkan cita-cita dan harapan rakyat terbanyak. Kuat semangat tanpa taktikal pun boleh kecundang. Harap-harap janganlah menang sorak. Please..We want a clean government. Bersatulah aduhai bangsaku, bangsa malaysia.

abuamir said...

Apa yg kita perlu lakukan tumbangkan umno/bn dahulu kemudian bentuk sistem pilihanraya yg telus dan adil. Seterusnya kita akan pilih mereka yg benar2 berkelayakan utk jadi pemimpin bukan macam sekarang kaki judi, kaki perempuan,rasis,kaki rasuah,kaki salahguna kuasa dijadikan calon. Kita pula dipaksa memilih mereka.

Hancur negara jika umno/bn terus memerintah. Selangor, Kedah, P. Pinang mulanya kecoh kerana siapa? Ini semua kerja kotor umno/bn sehingga perak pun mereka rampas. Hutang negara dah maksimum RM540 bilion. Tak akan nak tunggu bangkrup baru tukar kerajaan.

X mckk said...


I am certainly against the current government. But I am against Anwar to be the PM too. I can't stomach actors like him to lead us. I rather take a real actor then the ones who act like one.

X mckk

abe wan said...

Sayang sekali DAP masih gagal menonjolkan imej sebagai parti yang berasaskan pelbagai kaum. Sepatutnya lebih ramai calon Melayu diletakkan sebagai calon PRU13 dan bukannya amoi cantim sahaja yang menjadi calon.