25 April 2013

Keputusan PRU di Kedah 'predictable'

Hari ini hari kedua saya di Kedah dan saya nampak dengan jelas, kerajaan teraju PAS di Kedah akan kekal dan hampir kesemua kawasan Parlimen di negeri ini akan dimenangi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Malahan kerusi yang disandang oleh UMNO di kawasan-kawasan DUN pun hanya menunggu masa untuk diambil alih oleh PAS.

Saya tidak mempunyai perkiraan secara saintifik, tetapi apa yang jelas UMNO sudah terlalu jelas diketepikan oleh rakyat negeri jelapang padi ini. Kehadiran dua orang setiausaha politik Perdana Menteri yang tersenarai sebagai calon BN tidak memberikan kesan positif untuk BN malahan menjadi semangat bagi rakyat Kedah untuk melakukan perubahan yang dinanti-nantikan mereka.

Tidak ada sesiapa dapat mengagak apa yang akan dicapai oleh Mukhriz Mahathir dan ramai rakyat Kedah bertanya kenapa dalam banyak-banyak kawasan DUN, UMNO memilih untuk meletakkan beliau di kawasan Air Hitam. Orang-orang UMNO yang saya terjumpa semuanya bertanya, kenapa Mukhriz tidak diletakkan sebagai calon di Kuah misalnya. Saya nampak persoalan sebegini menunjukkan dengan jelas yang pekerja parti UMNO sendiri mempunyai perasaan kurang yakin Mukhriz akan berjaya memenangi kerusi ini.

BN meletakkan Othman Abdul sebagai calon BN di Pendang berdasarkan beliau adalah orang yang mempunyai 'grassroot' di sana. Tetapi mengikut orang orang tempatan Pendang, mereka beranggapan yang Othman Abdul sudah lama meninggalkan kawasan ini dan kehadiran beliau tidak disenangi oleh pimpinan UMNO Bahagian Pendang sekarang ini. PAS pula meletakkan Mohamad Sabu sebagai calon untuk berhadapan dengan Othman Abdul. Maka keputusannya nanti adalah ‘predictable’ dan Mohamad Sabu akan mendapat kemenangan yang lebih besar daripada kemenangan yang dicapai oleh Dr Hayati, bekas ahli Parlimen PAS yang tidak bertanding untuk memberi laluan kepada Timbalan Presiden PAS itu.

Penglibatan ramai muslimat PAS dalam PRU kali ini sudah menunjukkan yang PAS adalah jauh lebih diyakini untuk menang kerana mana-mana pihak yang disokong oleh kaum wanita, pihak itulah yang akan meraih lebih undi dari pihak yang lain itu.

Walaubagaimana pun kita masih mempunyai sembilan hari untuk melihat keputusan yang sebenarnya. Tetapi mengikut 'mood' yang ada di akar umbi, UMNO akan tetap menghadapi kekalahan dan beberapa kerusi yang disandang oleh UMNO sekarang ini pun akan banyak yang terjatuh ke tangan PAS.

Begitulah keadaan di sini dan sebagaimana yang saya katakan tadi keputusan pilihanraya kali ini adalah ‘predictable’.  

26 comments:

Anonymous said...

Saudara AA

I say Amin to your comment. InsyaAllah, ini kalilah!

Anonymous said...

Rasa juga rasa macam tu tuan... Mereka yg rasa macam 'kalah'sudah mula membuat provokasi huru hara...

Zainal

Anonymous said...

Harap 10 hari terakhir ni, Pak Aspan dapat peluang menghujah intipati skala luas kearah hari pengundi dan para pengundi serta melihat kerenah para juru kempen dan sambutan para pengundi kepada parti secara keseluruhan. Tk

Pak Zawi said...

Saya pernah berkhidmat sebagai Pengurus Felda Sg. Tiang yang merupakan kubu kuat UMNO di masa Othman Abdul menadi wakil Parlimen Sg Tiang tapi itu adalah sejarah lama sekitar awal 80 an. Semasa kunjungan saya ke Felda Sg.Tiang pendokong beliau disitu sudah meninggal hampir ke semuanya. Tidak mungkin akan ada ramai yang akan menyokong beliau lagi.

Anonymous said...

'They' never listen to the people...

ahmadyani said...

Bila PR takdirnya dapat menang semua kerusi DUN Kedah. Kena ajak seorang dua anggota Bee End duduk dalam dewan. Lantikan khusus sebagai pembangkang.

Anonymous said...

Asam pauh delima batu, rasa sedap bila di makan. Kalau Pak Aspan ingin tahu, 5hb Pakatan Rakyat akan menang. Jalan-jalan cari makan, jumpa kedai makan capati. Agak-agak tuan adalkah janji akn ditepati. Ulek mayam daun kelapa, PR menang pegang negara. BN terduduk tak tahu kenapa, Harap PM tidak gila.

Anonymous said...

Jangan dok konfiden sangat puak-puak sana tu nampak lembab diluaq saja la nie depa dok guna semua media rakyat macam harta mak pabak depa langsung tak bagi peluang kat PR macam depa dok guna tu,kalau kot bandaq boleh la kat PR tapi kot kampong piang tu memang payah nak cerita kalau hampa puak PR tak besungguh-sungguh cerita kat tok-tok wan dan nenek yang dah temakan dengan duit BR1M tu agak payah nak bagi dpa faham.

nima amin said...

kita tengok lah result nanti siapa yang bungkus.

Anonymous said...

Sebagai penduduk Kedah, saya melihat rakyat hanya menunggu tarikh 5 Mac sahaja, selepas itu Umno dan BN terus bungkus. Di Kedah rakyatnya cool, macam takda apa-apa yang berlaku, tetapi di hati mereka sangat celik politik. Umno memang dah kalah!

Anonymous said...

Pak Aspan orang lama sudah tentu mempunyai pengalaman membaca sesuatu keadaan atau peristiwa secara tersirat.

Sampaikan kita boleh tahu siapa pemenangnya walaupu sebelum mengundi!

Very common sense!

ulitmayang said...

InsyaAllah

Tangkapan Awam
selalu ditekankan
Beb team utk setiap pusat mengundi

Risik
Perhati
Semak

IC pengundi2 hantu

Tangkap
Pukul [sikit2 , jgn sampai mati]

Anonymous said...

Siapa yang letak bom kat ceramah be end di P.Pinang?
Polis kata bom tersebut bukan niat mencedera tapi lebih kpd bunyi bertujuan menakut-nakutkan.
Dibuat oleh profesional pulak tu. Gempanya kuat keseluruh negara tandanya kematian UMNO semakin hampir.....!

bumi-non-malay said...

UMNO Pun ada Parachute candidate macam Jenice Lee. Tapi Parachute UMNO ni beza bagaikan bumi dan langit. Dari KL ke Kedah....Ruma Mukriz MEWAH kat KL....Bila kat Kedah Kata tinggal kat Rumah Atap. Macam ni nak tipu Orang Kedah.??#$%^#

senang sungguh Orang Melayu Kedah ditipu atau rakyat dah Bangkit Tolak UMNO?? Kalau begitu Harus Tolak Calon Parachute DAP kat Teratai.....mari kita buat sibuk kacau ASALKAN ABU - ABCD - Asalkan BUKAN Cap Dacing!!

Anonymous said...

Saya percaya Pak Aspan menganalisa secara analitikal dan berdasarkan petunjuk petunjuk yg jelas BN memang amat gabra kerana akan KALAH lebih 10 kerusi Parlimen di Sarawak.Ini termasuk kawasan luar bandar iaitu Saratok ,Lubok Antu ,Sri Aman ,Batang Lupar dan Mas Gading.MOOD RAKYAT SARAWAK MEMANG SUDAH MENYOKONG PEMBANGKANG DAN SIMPANAN TETAP BN DAH "GONCANG DAN GOYANG ".SYABAS APAI ASPAN !

Anonymous said...

walaupun sekarang saya tinggal di kuala lumpur, tetapi politik di kampung saya, iaitu di baling tetap saya ikut..........memang kebanyakan orang lama baling dok tergelak besaq sebab BN letak calon dari kampung medan, petaling jaya selangor untuk kerusi parlimen, dan anak baling dari batu 42, asam jawa baling diletak bertanding di shah alam!!!!!!!!!! orang baling pandai berpolitik, jangan pandang mereka sebelah mata... dari sejarah dulu, oranmg baling ni biasanya akan mengundi calon bukannya parti.......sama2lah kita tunggu 5/5

tebing tinggi said...

It's predictable all right ,look like Kedah will have new leadership .

Anonymous said...

Klu keputusan PRU 13 nanti tak sama spt yg Pak Aspan andaikan skrg bermakna Pak Aspan bermimpi di siang hari...

Anonymous said...

saya bagi A+ untuk tuan..

ada pemimpin umno kata zaman org undi batu dan kayu utk tolak bn sudah berakhir..

jenis syok sendiri mamat pemimpin ni. dia dikelilingi dgn mat2 pengampu tu yg tak tau grass root mcmana

kalau ty saya..saya akan tolak bn dan rela pangkah batu dan kayu sekiranya bn masih mengamalkan dasar merompak dari negara dan PR dapat meneruskan khidmat dgn baik seperti yg ada sekarang..

suka sya nk ingatkan saluran 1 byk yg dah gol..saluran kedua dan ketiga umpama hantu mongolia bg bn..klau bn menang pn kerana saluran SPR penipu dan saluran 4 (burma,indon,bangla,pakistan)

TIPU PILIHANRAYA KITA TURUN JALANRAYA!!

Anonymous said...

oeg kedah sudah tidak mahu lagi mamak iatu muhriz berkuasa lagi..org kedah telah sedar..siapa itu mahadey..

Anonymous said...

Sarawak dah goncang kuat dan DAP bisa dapat 7 Kerusi Parlimen , PKR--4 kerusi & PAS--1 kerusi dan SWP - 3 kerusi..SARAWAK SUDAH GOYANG GOYANG DAN 15 KERUSI Parlimen jatuh ke PAKATAN.SYABAS

john white said...

bro,
jangan terlalu yakin pas dapat mengekalkan kuasanya di kedah kali ini. kita perlu melihat kekuatan dan kelemahan pembangkang negeri kedah iaitu bn. komen bro agak bias dan begitu menyebelahi pas. kita perlu neutral kerana masih ada 8 hari lagi sebelum hari pengundian.

Anonymous said...

Sebagai anak Kedah...kami mmg nampak biasa jer...tapi saya yakin orang Kedah mmg matang dlm politik...mereka tahu yg mana baik untuk mereka. Mereka tahu siapa cakap benar dan siapa yg suka klentong....

Kebanyakkan org Kedah mmg rilek dan suka buat muka toya...sebenarnya mereka cukup pandai dlm hal2 politik..
Kalau nak berubah dlm diam pun boleh ubah.

saya percaya pengamatan toya , PR. masih utuh di hati rakyat Kedah walaupun terdapat satu dua insiden yg meragut keyakinan mereka.

Faktor Mahathir, mmg ada kesan sedikit sebanyak tapi org Kedah pun tahu macam keluarga Mahathir memonopoli byk perniagaan di Kedah. Mereka terlalu kaya berbanding an average Kedahan.


Begitu juga ahli2 Umno...mereka membina kelompok sendiri, masing2 terlalu sibuk membelot kekayaan bagi diri dan keluarga. PRU ke 12 mereka dihukum...dlm diam dan toya org Kedah.

Harap pimpinan PR senantiasa bermunasabah diri senantiasa kerana masih banyak rakyat Kedah yg masih susah. Bantulah mereka ....

Pak Lang Rembau said...

Sdr. Aspan, amat menyokong penuh usaha Sdr menjelaskan kepada orang Melayu bahawa DAP itu bukan parti Cina. Bukan mudah mengubah fikiran orang Melayu yang telah sebati dalam jiwa mereka memandang serong kepada DAP hasil momokan UMNO selama 45 tahun. Sdr telah berkorban diri memasuki DAP dan bergelumang pula dengan politik dalaman DAP. Seperti juga orang Melayu pemimpin2 DAP masih ada yang terkongkong dengan fahaman 'keCinaan'nya. Sdr perlu banyak bersabar, jangan sia-siakan pengalaman setahun lebih dalam DAP. Kita tahu bahawa kita melakukan sesuatu yang benar dalam perjuangan menghapuskan politik perkauman.

anak kedah said...

kita mahu kerajaan yang bersih, beramanah, tidak mengamal rasuah, hasil negeri dinikmati oleh rakyat bukannya diluah kepada kroni.

Anonymous said...

Kita mahu kerajaan benar2 bersih sampai lubang taik pemimpin pun mesti mau bersih.