20 April 2013

PAS NS terpaksa menang banyak kerusi untuk menutupi kelemahan PKR

Saya berasal dari Negeri Sembilan maka tidak hairan jika ramai yang bertanya tentang keadaan dan ‘status’ peluang kedua-dua pihak dalam pilihanraya kali ini. Saya tidak dapat memberikan secara terperinci kerana saya kurang bergiat di NS dalam siri kempen selama ini. Sebab kenapa saya kurang berhadapan dengan orang ramai di NS itu tentu mudah difahami oleh ramai. Saya tidak mahu menyebutnya dalam posting ini.

Peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan NS sememangnya besar, tetapi peluang untuk BN untuk mengekalkan kerajaan juga besar. Pada asasnya sememangnya tidak ada sebab kenapa BN masih mampu berkuasa lagi tetapi oleh kerana pihak yang ingin mengambil alih sendiri mempunyai masalah yang mungkin menjadikan usaha untuk mengambil alih itu akan gagal.

Secara jujur ‘the weaker link’ dalam PR di NS itu adalah PKR. Keutuhan sokongan terhadap DAP dan PAS nampaknya begitu kuat dan jika BN mampu mempertahankan kuasa kali ini adalah disebabkan PKR dan tidak ada sebab yang lain. Beberapa kali saya berada di NS dalam siri kempen sejak setahun yang lalu saya nampak isu ini diperkatakan oleh ramai. Jika saya tidak bercakap pun orang ramai akan bercakap juga.

Ramai yang beranggapan bahawa PKR adalah sebuah parti yang mempunyai DNA UMNO yang kuat. ‘Attribute’ PKR tidak banyak bezanya daripada UMNO. Pengongkongan kuasa oleh pimpinan PKR NS memberikan masalah kepada rakan kongsi dalam PR sendiri. Suka tidak suka ini adalah pandangan yang paling realistik dan ‘real’ yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat di NS.

PAS dijangka mendapat kemenangan tambahan di beberapa kawasan di NS itu. Ramai yang berpendapat Johol, Lenggeng, Labu dan Chembong adalah kawasan-kawasan yang hampir pasti jatuh ke tangan parti itu. PAS mungkin juga mendapat kemenangan dalam beberapa kawasan dalam Parlimen Jempol. Pendeknya PAS merupakan parti yang mempunyai penambahan sokongan yang besar kerana orang Melayu mengambil PAS sebagai parti ‘alternative’ kepada UMNO yang kian hari kian hilang sokongan.

PKR tidak mahu memahami yang mereka perlu bersatu sesama sendiri dalam parti itu sendiri untuk membantu jemaah PR menuju kemenangan. DAP merupakan parti ‘dominan’ dan parti itu telah memenangi semua kerusi yang sepatutnya dimenangi dalam pilihanraya yang lalu, kecuali untuk merampas kawasan Chennah di Parlimen Jelebu.

Berlakunya perbalahan di antara pimpinan PKR itu berkisar dalam isu merebutkan kerusi Menteri Besar jika PR memerintah. Selalu saya nyatakan dalam posting saya yang kita tidak boleh berebut sebelum memenangi majoriti dalam DUN NS itu. Kamarul Baharin mesti ingat jika kita menjadi tukang jolok, buah yang jatuh itu akan disambut oleh orang lain. ‘Tidak mungkin orang yang menjolok itu dapat menyambut buah yang jatuh itu’.

Jika betul pun niat Kamarul Baharin bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar, beliau sepatutnya lebih menumpukan kepada membariskan calon-calon yang tidak berbalah dalam menghadapi BN ini. Tidak ada siapa yang boleh menahan beliau jadi Menteri Besar jika Pakatan menang, tetapi jika belum pun melangkah ke depan parti itu bergaduh sesama sendiri, itu akan pasti menghadapi kekalahan dan seterusnya akan membawa rakan-rakan dalam Pakatan itu sendiri kecundang untuk mendapatkan mandat rakyat itu.

Sekarang ini, jika PKR tidak dapat mempertahankan kerusi DUN yang mereka menangi dalam PRU yang lalu maka untuk mendapatkan kejayaan menempah kuasa dalam kerajaan NS itu adalah satu ‘uphill battle’ dan kemungkinan BN akan masih berkuasa bertambah besar. Tindakan mencabut dan menganjak calon-calon yang telah membuat kerja selama ini adalah satu tindakan yang membunuh PKR itu sendiri.

Sekarang yang saya nampak PKR mempunyai peluang untuk menang satu atau dua kerusi DUN hanyalah di Kuala Pilah, itu pun kerana UMNO di Kuala Pilah begitu bercelaru hasil tindakan Mohamad Hasan memecah-belahkan UMNO bahagian itu untuk kepentingan selera dan kemahuan beliau sendiri. Saya sudah tidak nampak bagaimana PKR boleh mempertahankan kerusi Sikamat dan Ampangan yang dimenangi oleh PKR pada pilihanraya yang lalu.

Kamarul yang bertanding di kawasan Ampangan itu belum tentu dapat menguasai sokongan ramai kerana penyokong-penyokong Rafie yang sepatutnya bertanding di kawasan itu telah melakukan ‘protest’ secara senyap dan terbuka terhadap Kamarul Baharin.

Pendeknya yang memberi masalah kepada Pakatan Rakyat di NS adalah PKR. Masalah PKR ini memungkinkan prestasi rakan-rakan kongsi dalam Pakatan itu akan terjejas.

Dalam masa dua minggu inilah PKR terpaksa meningkatkan prestasinya di hadapan rakyat yang semuanya sedang membuat pemerhatian yang teliti. Jika PKR tidak mampu melakukannya maka kerusi idaman PKR dan pemimpinnya di NS itu akan terlepas.

Ada pepatah adat berbunyi, ‘togah dek lonjak posok kotayap di kopalo’. Terlampau banyak menjolok, buah yang jatuh itu disambut oleh orang yang lain. Walau bagaimana pun kelemahan PKR itu akan dapat ditutupi oleh beberapa kemenangan tambahan pihak PAS di beberapa kawasan yang lain di NS.

Setiap insan yang mahukan perubahan di NS berwajib untuk memenangkan semua 12 calon PAS dalam pilihanraya ini untuk menambah kemenangan sebelas kerusi yang bakal dimenangi oleh DAP. Setiap rakyat yang prihatin wajar memainkan peranan secara sendiri dan secara berjemaah untuk memberikan kemenangan mutlak kepada semua calon PAS. 'Kok yang pokak bakarlah meriam, kok yang buto pengembus losung, kok yang capek penunggu jemuran dan kok dio alim hendakkan doanya'.

Sayang, "‘baju pengantin' yang sudah ditempah mungkin tidak dapat dipakai akhirnya". Teringat juga kepada sejarah perang Uhud dahulu. Tentera Islam kalah kerana sambil berperang tentera Islam sibuk memerhatikan harta rampasan perang itu. Tentera Islam tidak dapat melepaskan pandangan mereka terhadap harta rampasan perang yang bakal mereka perolehi selepas peperangan itu.

Akhirnya menang juga pihak musyrikin. Tentera Islam jatuh bergelimpangan walaupun mati mereka itu adalah kematian syahid.

42 comments:

che kamariah Yasim said...

Terjawab sudah emel den mlm td yorrrr....thnx tn aspan...

XUMNO said...

Pada PRU 2008 kemenangan mengejut calon2 PKR di NS adalah atas kerja kuat ahli2 Pas. Malangnya dimasa itu ramai ahli2 Pas tidak berminat bertanding menjadi calon kerana masih merasakan kepahitan kekalahan pada 2004. Begitu juga selepas 2008, PKR seperti tidak bergerak kecuali apabila Pas dan DAP mengadakan ceramah2, barulah kelibat PKR dapat dilihat.Betul kata sdr Aspan, PKR cuma suka jolok buah hasil yang ditanam oleh Pas. jadi jangan harap bila buah itu jatuh nanti PKR yang punya.

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Aspan..
Sy sebagai anak Jati Labu melihat peluang PR utk memenangi Negeri Sembilan agak samar2 juga..Ini kerana jika BN yg telah diketahui mengalami krisis dalaman,perlu juga kita maklumi bahawa kem PR juga bergolak sama..
Fokus sy adalah kpd Keadilan..
Keadilan Negeri Sembilan bermasalah dgn ranting2nya,malah ada juga tokoh2 yg tidak bertegur sapa dlm parti itu..
Bg Sy arahan Anwar Ibrahim supaya Che'gu Bard bermastautin di Sungai Aceh berkait rapat dengan demografi PKR di Negeri Sembilan ini krn adalah suatu kerugian Jika Tokoh popular Spt Che'gu Bard lemas dgn konflik PKR dan membantutkan langkahannya utk memberikan kemenangan kpd PR jika beliau kekal di Rembau..
PKR tidak membantu ranting2 yg tidak mesra dgnnya malah hingga peringkat membiokot program2 Ranting..
PKR Labu contohnya seolah dirompak disaat akhir oleh PAS bg meletakkan Calon..Sy tidak mahu menyalahkan PAS krn wlwpun Tokoh2 PAS di Labu tiada wibawa dan bertelingkah juga(malah adu -domba dikalangan mereka juga hebat)namun PAS Negeri Sembilan berjaya mensenyap kan mereka dgn meletakkan Calon dari Luar kawasan yg pernah menjadi penterjemah Tv Al-Jazera..
Berjayanya PAS Negeri Sembilan mencantas calon PKR adalah disebabkan sikap PKR Negeri Sembilan sendiri yg tidak mempertahankan suara Ranting2nya..
Disinilah PKR membuli Ranting2 yg tidak sehaluan dengannya..
Sebab itu sy sehingga kini tidak menyertai mana2 parti PR samada PAS mahupun PKR di Dun Labu ini krn rimas dgn Demografi politik PR di Labu Terutamanya..
Yg Uniknya Dun Labu ini,masyarakatnya masih lg kuat dgn ikatan PERUT(salasilah keluarga)maka tiada masalah bg ahli2 UMNO untuk memberikan undi kpd calon PR jika calon PR itu merupakan calon tempatan..
Ini kerana Ahli UMNO akan memberi undi sekiranya Calon PR mempunyai pertalian persaudaraan dengannya..Ini nampak lucu ttp realitinya hubungan persaudaraan di Labu ini berangkai di sekitar Labu dan merentasi Parti UMNO,PAS dan PKR..Pd PRU 12 yg lepas,PR meletakkan Calon PKR dan merupakan anak tempatan,dan situasi ini menyebabkan beberapa kawasan peti Undi,BN kalah dan ada yg BN menang dengan hanya majoriti 16 undi sahaja..Inilah potensi dan keuntungan jika meletakkan Calon tempatan..Perlu juga diingat bahawa bukan semua ahli UMNO di Labu akan memberi undi kpd BN krn boleh dikatakan hampir semua jawatan kuasa Umno cawangan mempunya hubungan dengan ahli2 PKR dan PAS krn hubungan kekeluargaan..maka Faktor PERUT bg masyarakat Labu juga harus diberi perhatian krn ia bakal mempengaruhi undi..
Inilah perkara2 tradisi yg tidak dapat difahami oleh mereka2 yang berada diatas..
Di Dun Labu,Faktor calon yg dikenali itu sgt penting,maka tidak salah jika kenyataan penyelaras PKR Labu mengatakan Langkah majlisPakatan memutuskan calon PAS di Labu Kurang tepat..Sbbnya Calon PAS mudah diterima di kawasan Bandar..

Ini sedikit sebanyak menyinggung Ranting2 yg telah bergerak aktif 2 tahun kebelakangan ini dan mempengaruhi Jentera utk berkempen..Tambahan pula ketika Mokhtar Ahmad menjadi Calon PKR pd PRU 12,PAS Labu tidak menghulurkan bantuan dan ini akan menyebabkan perkara yg sama akan berlaku bilamana PKR pula tidak akan membantu kempen PAS di Labu ini..Bg sy Kedua-dua PKR dan PAS di Labu ini masih tengit dgn atitude keUMNOannya krn keduanya adalah bekas2 UMNO juga..
PAS labu pula perlu dibersihkan krn kelibat mirip Dr.Hassan Ali bersepah di dalam PAS labu..Sbb itu Pas Negeri Sembilan menamakan Calon Luar bg mewakili Dun Labu krn ketandusan tokoh di Dun ini..

Anonymous said...


PKR bukan sahaja bermasalah di Negeri Sembilan tetapi bermasalah di seluruh negara. Benarlah kata tuan, PKR ini adalah DNA kepada UMNO. Kalaulah UMNO dan PKR tiada, masalah yang kita tengok sekarang juga tidak ada. Anwar sibuk nak jadi PM sampai hancur kita dibuatnya

yassin

bokhari said...


AA, Saya masih tidak membuat keputusan dalam pilihan raya nanti. Saya nak tengok pakatan menang, tapi kalau anwar jadi pm, sorilah bro.

Anonymous said...


bokhari,

smalah kita


razi

Anonymous said...

sedihnya saya membacakan beberapa komen diatas.. apa2 pun saya langsung x sanggup utk menerima umno/bn sebagai pemerintah Malaysia lg.. cukuplah dah lama rakyat marhaeen di derakan oleh umno/bn.

Anonymous said...

Orang2 umno diAmpangan memang menunggu Dr Rafae kerana dia telah mengukir namanya dengan pendekatan secucuk dengan jiwa rakyat disini.Lanjutan nafsu tak terkawal olih PKR hinggakan bertindak menimbulkan kemarahan rakyat diAmpangan ini saya dah nampak calun PKR mustahil akan menang .Calun umno Hj Abu dari keluarga ulamak tak ada sebarang kontroversi cuma puak2 umno merenget kerana hj abu dah lama tak aktif dalam umno tapi ini tak sebesar kekecewaan pengundi Ampangan apabila dr rafae dikeluarkan dari calun dengan menggantikan bakal menteri besar yang tak mungkin diterima kerana tindakan bagitu diluar cara dan budi bahasa orang melayu.Jadi PKR hantu jelmaan UMNO tidak mungkin menang kerana hati pengundi dah terguris atas sikap tamak haloba anwar ibrahim..Saya berpendapat BN bolih berkuasa lagi kerana diatas kelemahan PKR lah yang membuatkan pengundi tawar hati dan kecewa...Olih yang demikian dap dan pas perlu menang dan lepas itu humbankan PKR dari tanah NS ini...

Anonymous said...


Anon 14:18,

Jangan sedih, PAS masih boleh melakar kemenangan jika semua rakyat Noghoghi membantu PAS. Yang tidak bulih keluar membantu, berdoalah di tengah mlm. Umno mesti kita tolak. Kalau Pas menang banyak di campur dengan DAP bulihlah tolak BN di nogoghi kita ni.

shamsul

mat jenin said...


Boto tu jang, PKR kek pilah ajo bulih naik sikit. Kek kawasan lain lumek jang. Kita harapkan Pas ajo lah. Mari kito keluar beramai-ramai sokong Pas. Dap tak payah tolong. Kaum dio memang sokong Dap ni. Dap tak perlu pun undi Melayu. Pocayolah jang. Den duduk kek pokan Soghomban ni. Den tahu lah coghito Dap ni.

Ng & chong said...



Mr Aspan, why is DAP too racial that not one Malay face in its candidature list? It's unbelievable Mr Aspan. I may protest by not voting at all. Cheers bro!

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan

Di Sabah PKR bertanding banyak kerusi DUN. STAR dan SAPP mahukan PKR menumpukan pertandingan di kerusi parlimen kerana utk menuju ke PUtrajaya, yg penting adalah kerusi parlimen...apa sebenarnya agenda Anwar di Sabah????

azlan said...



Ya, PAS should be raised to power bro Aspan. Don't rely on PKR. That party is unreliable from top to bottom.

azlan

Sulaiman said...

Saya bersetuju dengan pandangan Aspan tentang kemelut PKR di NS dibawah kemudi Kamarul Bahrin.Peluang untuk PR menang di NS amat cerah sekiranya Kamarul Baharin bertindak sebagai big brother yang baik kpd PAS,DAP dan Bakal2 Calun PKR sendiri. Kamarul Baharin berhempas pulas hendak menduduki kerusi MB. Saya pernah mendebatkan hal ini dalam PKR Cabang Seremban...saya katakan sebaiknya samada Dr. Rafaei atau Kamarul Bahrin jangan lah ada syok sendiri mengatakan diri masing2 adalah "MB materials". Dr.Rafaei amat mudah difahami..dia hanya ingin bertanding di DUN Ampangan disebabkan beliau telah menyediakan pasarana untuk menggerakkan jentera PRU sejak lebih dari 3 tahun yg lalu, dan beliau bertindak sebagai "service provider" kpd pengundi2 DUN Ampangan apabila Ex ADUN Ampangan Abd Rashid gagal menjalankan tugas wakil Rakyat di DUN ini. Hal ini adalah hasil persetujuan mesyuarat AJK Cabang Seremban meminta Dr.Rafaei untuk memikul tanggung jawab ini demi kesinambungan politik masa depan PKR. Dr. Rafaei hanya menjalankan amanh PKR Cabang Seremban. Apabila PRU 13 menjelang tiba, muncul lah Kamarul Baharin secara "gestapo" untuk bertanding di DUN ini secara tiba tiba.Ini amat mengecewakan,dan bantahan kpd MKT PKR tetapi MKT akur dengan kehendak Kamarul Baharin.Suara Cabang seolah2 dibakul sampahkan sahaj. Cuba lihat strategi Kamarul Baharin di lain2 tempat. Amat jelik dan pelik sekali. Cuba perhatikan apa faedahnya Karib Ketua Cbg Jempul diarah bertading di DUN Gemas? Walhal PKR Cbg Tampin juga boleh mengadakan calunnya sendiri. Saya tidak hairan kalau strategi ini sengaja di lakukan supaya PR kalah di NS tetapi tetapi Kammarul dan geng nya mendapat habuan yang lumayan.... after all this is all about politic...the art of possiblities. Waallahualam..

paroi jaya-jalan kedidi said...


Betul kata tuan beberapa kali sejak akhir-akhir ini. Jangan sekali membuang air dalam tempayan hanya kerana terdengar guruh dilangit.

Anonymous said...



AA, kamarul tu kojo dio ke Teluk Komang pun tak solosai, nak jadi MB pulak. Ravi lobih di terima kek Teluk Komang ni.

johan, Lukut

Anonymous said...

kesian pada coment2 diatas yg lupa jasa besar anwar atas movement pembangkang di msia..dia berjuang pakai akal..tp melayan2 orang2 bodoh kadang dia pun rasa giveup sampai nk bersara dr politik selepas ni jika pr tk ke putrajaya...dia dh bosan dgn pembangkan g di msia yg bodoh sgt..tkde anwar tkde pr dan tkde rkyat bangkit..

rizal ss, bkt kepayang. said...



AA,

It's a fact that DAP doesn't care about Malays votes. The Malays can vote for them if they choose to. But DAP leaders feel that they can win without Malays support. They can just be on their own. DAP has tasted power. They want more. Everyone should know this.

Anonymous said...

PKR nafsu je lobeh, kudrat hampeh.. biase la baka umno...

Anonymous said...



Saya juga masih atas pagar. pening nak ambil keputusan. Kalau tidak ada Anwar bolehlah bagi PR.

selva said...


Kepada semua, Anwar dan Mahathir sama saja. Pelakon terkenal

Kalau Anwar, Mahathir, Najib dan Muhyiddin nak kita harapakan nak jaga Malaysia....tak berbaloimengundi. Politik kita sudah hancur lah Pak!Cuba kita tengok Anwar semasa diatas pentas. Tak ubah seperti pelakon Bollywood. Saya tengok sekalui, tak nak pergi lagi tengok dia berucap.

Anonymous said...


Dear blogger, It is more sensible to make Pas to be the alternative. I am just giving my simple minded view sir.

Anonymous said...

AnwarPKR tamak!tamak!tamak!tamak. Tak harus dibuet kawan.Ese menyampah bonar dengan anwarPKR ni. Tapi ese akn tetap pangkah PR sbb ese mengundi di DUN PAS bertanding.

Shakirin Al-Ikram said...

Salam. Sayang Kamarul Baharin gagal `orang mengantok disorongkan bantal!' di NS. Apo nak dikato, tak dapek den tulong, eh!
Semoga blm terlambat nak diselamatkan keadaan PR di sini dengan DAP juga agak berantap dengan ramai Bebas!
Tawakkaltu `alallah!

Tinta Hitam said...

Pandangan yg tepat Pak Aspan Alias

Anonymous said...

Salam AA,
Kepada perjuang PR yang berjiwa kecil dan lembik, 2 minggu ini bukan masa nak merajuk, tuduh menuduh, boikot memboikot. Hentikan!! Jangan lupa janji kalian kepada rakyat, janji untuk melepaskan rakyat dari terus tertindas oleh penguasa zalim. Kasih dan kasihanilah rakyat yang mengapai-ngapai kepada kalian untuk membantu mereka. kalau anda benar seorang Wira dan perjuang rakyat tulin. Ayuh! Mari kita bersama-sama sambut lambaian rakyat dan menjayakan usaha suci ini. Mari kita bina kapal yang membawa rakyat terus belayar keluar jauh dari kesengsaraan ini. Kalau tak, jangan bicara pasal perjuangan. Ini agenda rakyat, bukan agenda kamu nak jadi wakil rakyat.

Anonymous said...


To everyone in NS,
Listen to this view and It won't go too far from the crude truth. If PKR representative becomes the BM in case PR wins the state, Kamarul Baharin will be the best person to be the MB to DAP. DAp will never support any strong Malay personality. DAP (loke) will be pressing for a weak Malay MB as that would make him easy to control.

That Ah Loke will never allow persons will strong tentacles and personality to be the MB.

Believe me as I used to be an Assemblyman and I know a bit inter-party politics.

Please believe me. It high politics and this high politics victimized AA as well.

I go no wrong here.

Anonymous said...

Waktu utk bersatu.bangkitla saudara.nak satukan smua hati bkn keja mudah.jgn tenggelamkan matlamat.kemanisannya adalah kemenangan rakyat.ayuh saudara tekadkan azam.insyaallah kita berjaya.AYUH!!!

Anonymous said...

Ayuh bangkit bersatu!!!!

Anonymous said...

Macam kat Parlimen Bera Pahang. Yang buat gerak kerja pilihanraya bertahun-tahun adalah PAS. Buat ceramah, merayu undi menyedihkan PKR pun menumpang gerak kerja PAS. PKR kerja peringkat akar umbi sangat lemah. Bila PRU ni... PKR jadi calon. Ramai x puas hati sbb PKR keras hati nak bertanding juga. Camne nak menang

Anonymous said...

Setuju...jangan menjadi seperti lalang, jadi seperti pokok yg mempunyai akar yg kuat, dahan yang teguh.

Bangkit wayai melayu, jangan lagi Me-LAYU....bangkit, tegihkan pendirian...

Anonymous said...

Setuju, sesetengah rakyat malaysia kususnya melayu mmg bodoh...tak habes duk tunding jari ...bila di tindas dek umnobn, baru ingt, barulah menyesal, lpas tu ulang balik benda yg sama...sudah2lah malayu, bangkitlah....menentang kezaliman...umno bn...sebab tu la mahathir rampas hasil rakyat, sebab org melayu mudah lupa...bodoh dulu, kini, dan selamanya bak kata abdullah badawi...tun M dah bagi hint pun tak faham....jgn jadi bodoh...bangkit tolak umnobn...

Anonymous said...

Setuju 100%. Kalau bukan kerana DSAI, Pas dan Dap ni habis lunyai kena lanyak dgn BN. Masalah Pkr bukan pd DSAI ttp pada akar umbinya, maklumlah parti baru. Pada aku DSAI PM Msia yang ke 7 dan Dato' Husam selepas itu. Pas mmg parti yang kuat tetapi setelah mengharungi apa yang Pkr hadapi skrg. Begitu jgk Dap. Jgn cuba nak rasa ego dgn kekuatan sendiri. Saling perlu memerlukan. Fokus kita adalah BN, yang lain tolak tepi

Anonymous said...

Setiap pekara yg menjadi isu perlu dikemukakan kepada majlis tertinggi PR. Majlis tertinggi PR perlu mengambil kira setiap kelemahan yg timbul dan mengatasinya. Mereka yg tamak dan gila kuasa perlu diturunkan. Kesepakatan amat penting untuk menjayakan matlamat seperti yg telah dimanifestokan. Janganlah kita menidakkan Anwar atau menghentam beliau. Selain dari kuasa Allah, tanpa usaha dan pengorbanan Anuar, PR tidak dapat wujud spt skrang dengan mendapat sokongan yg kian mantap dari rakyat. Dan kejayaan memenangi beberapa negeri. Kelemahn memang ada waima dalam mana-mana organisasi dan indkvidu sekalipun. Yg penting kerjasama, ketegasan dan kefahaman amat penting dlm menanganinya. Kalau asyik salah menyalah segala yg kusut tidak akan selesai.

Anonymous said...

Setuju sgt. Nampaknya ramai dah kalah dr segi mental permainan psiko ameno.

Anonymous said...

Sepatutnya tanya niat tu. Nak bekerja utk parti ke utk rakyat? Orang Bera x puashati, mcm mane dgn orang Temerloh? Kalau nak cerita pasal adil, kena adil utk orang sama. Kena ingat, walau sekuat mana jentera, yang Maha Kuat adalah Allah. Allah shj yang mampu utk mengubah@menggerakkan hati makhlukNya. Kembalilah perbetulkan niat. Tujuan asal adalah untuk Pakatan Rakyat. Pas bekerja utk PR, PKR kerja utk PR dan Dap pun bekerja utk PR. Kami orang bawahan hanya nak tgk BN tumbang. Jgn lah disebabkan kebodohan anda menyebabkan harapan kami hancur lebur

mohd tariq said...

ABU : asal bukan umno...
Ingat ya..

Anonymous said...

Pandangan daripada seorang pemerhati dengan yang terlibat dengan gerak kerja pilihanraya berbeza. Kena sindir di kedai kopi, sampai nak bergaduh pun ada, pengalaman menganjur ceramah disekat dsb. Ini yang menimbulkan perasaan tidak puas hati. Pemerhati hanya pandai mengulas, salahkan orang itu...orang ini.

Anonymous said...

Hi Pak AA, I am disappointed that you are not one of the candidate in the list. But I salute you that you are not,standing as independent as the rest of pack. No matter you will be in DAP or PAS, I will give my support to you. Let work together for better Malaysia, and we call ourselves as anak Malaysia. No more anak melayu, anak cina, anak India, or anak lain lain.

Rgrd,

Bryan Lee

Anonymous said...

Kalau nak bergaduh sama2 sendiri tak payah nak berpakat. Mulalah nak ungkit2, dia kerja lebih, orang sebelah sana tu kerjanya mengular jer. Yang untung siapa? Cuba rasional sikit...kalau tak der sosok Anwar Ibrahim tu, boleh ke DAP, PAS & PKR berpakat? Dah nak nampak bibit2 kejayaan, tanduk mula keluar ke? Jangan YB jer sedap, penyokong ke parit jugak. Tak gitu Pak AA?

Anonymous said...

Apapun jatuhkan barisan nasional dan kuncu2 nya

Anonymous said...

Apa pun jatuhkan bn