20 April 2013

Putrajaya kawasan berprestij, Husam lah yang secucuk sebagai wakilnya



Pertembungan diantara Husam Musa dan Tengku Adnan di kawasan Parlimen Putrajaya dalam PRU ini amat menarik bagi diri saya untuk membuahkan sedikit komen. Awal-awal bicara saya ini, saya terus terang berkata kalaulah benar-benar pengundi di Putrajaya mahukan seorang wakil yang betul-betul mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang wakil yang betul, maka Husam lah orangnya. Jika kita mahukan seorang yang ‘colorful’ dengan berbagai-bagai isu, maka Tengku Adnan lah yang betul.

Husam seorang Naib Presiden PAS dan tidak mempunyai apa-apa warna yang menjadikan beliau seorang yang boleh dipersoalkan. Berbeza dengan T Adnan, Husam tidak mempunyai isu yang membabitkan perjudian atau isu salah laku korporat yang menjejaskan imej sebagai seorang ahli Dewan Legislatif bagi kawasan yang berprestij seperti Putrajaya itu.

Jika kita benar-benar memilih mengikut markah keperibadian, Husam sememangnya jauh lebih bersesuaian untuk mewakili rakyat Putrajaya. Segala-gala yang ada  pada Husam itu semuanya ‘natural’ dan tidak ditempelkan dengan imej-imej palsu seperti yang ada kepada Tengku Adnan.

Hanya satu yang lebihnya T Adnan dari Husam, iaitu T Adnan banyak wang ringgitnya. Tengku Adnan mempunyai banyak bisness yang besar-besar dan semua bisness beliau itu adalah dari kedudukan beliau dalam UMNO selama ini sehinggalah jawatan beliau sebagai Setiausaha Agong UMNO.

Tengku Adnan berbuat bisness dengan taikonya Vincent Tan. Tengku Adnan lebih takut kepada Vincent Tan dari pimpinan tertinggi UMNO itu sendiri. Kita boleh campurkan satu dengan satu atau dua dengan dua, kita tahu kenapa Vincent Tan begitu berpengaruh dalam kerajaan dan UMNO itu sendiri.

Justeru jika rakyat Putrajaya mahukan wakilnya seorang yang seperti T Adnan ini maka Tengku Adnan lah patut dipilih. Tetapi di sebaliknya jika kita mahukan seorang wakil Legislatif yang berwibawa dengan keperibadian yang segar secucuk dengan imej Putrajaya sebagai kawasan induk negara ini, maka Husam Musa lah orang yang paling tepat dan sesuai untuk mewakili pengundi di Putrajaya. Dari segi kemanusiaannya Husam adalah seorang yang secara relatifnya jauh lebih lengkap dari lawannya itu.

Saya yang merupakan pengundi di Kuala Pilah tidak dapat memberikan undi kepada Husam. Jika undi boleh dikirim seperti kita mengirim undi dalam rancangan Akademi Fantasia, saya akan menghantar undi kepada Husam Musa sebanyak yang mungkin kerana sokongan terhadap Husam tidak boleh di abaikan jika kita mahukan perubahan.

Husam perlu diberikan sokongan samada dengan kerja tubuh seperti berkempen dan merayu undi atau usaha yang lebih mulia iaitu untuk bermohon terus kehadrat Allah SWT. Pengundi-pengundi Putrajaya wajar menjolok rahmat dari Allah SWT agar Putrajaya mendapat seorang wakil yang berprestij imejnya dan jernih wajahnya.

Saya berdoa agar Husam sentiasa berada di dalam keredhaan Tuhan Maha Esa.

22 comments:

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju dengan pendapat Saudara Aspan.Saudara Husam seorang yang bijak dan penampilan beliau simple macam Mr Erdodan Turki.Kalau rakyat Putrajaya macam pengundi di Turki saya pasti Saudara Husam adalah pilihan mereka.Kalau saudara Husam diberi peluang menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu ketika nanti,saya pasti ekonomi dan gaya hidup rakyat Malaysia akan terbela.Dari raut wajah dan gaya yang tak berlagak saya berani katakan beliau mempunyai harapan untuk menang.Rakyat Putrajaya semuanya educated,matang,n genius berfikir.Anda semua penentu kejayaan bersama Saudara Husam.

BungaSari said...

Well said Pak Aspan. Saya sendiri merasakan Husam lebih layak mewakili kawasan berprestij seperti Putrajaya. Intelektual beliau dalam soal2 ekonomi mejadikan Husam calon paling mantap dan sesuai di sana. Pada saya, orang Putrajaya beruntung di anugerahkan calon seperti Husam Musa. Cemburu hati saya sebab saya hanya tinggal berdekatan Putrajaya. Macam Pak Aspan cakap kalau boleh dikirim undi saya akan kirim sebanyak mungkin untuk Husam. Bangkitlah warga Putrajaya, anda di anugerahkan calon terbaik dari PAS. Takbir!!!

ryzam said...

Sokong .. :)

Anonymous said...

Teras seorang pemimpin adalah agama..integriti..kredbleliti ..karisma ...pakejnya ada pd Husam.
TIDAK RUGI ORG PUTRAJAYA MEMILIHNYA.

Anonymous said...

CIRI PEMIMPIN PADA HUSAM MEMENUHI PAKEJ. AGA

MA..INTEGRITI...KREDIBLELITI..KARISMA.SESUAI UNTUK ORG PUTRA JAYA

Anonymous said...

Untuk memastikan husam pegang putrajaya, pastikan tabung undi tidak ditukar seperti pru sebelum ini....dan untuk melihat PR tadbir negara ini, pastikan undi kertas undi awal yg di jangka 30 april ini tidak ditipu oleh umnobn, ini kerana undi awal mcm2 boleh berlaku..dan pastikan undi2 dari anggota keselamatan ATM,POLIS dan lain2 tidak dibuat dajal oleh umnobn seperti pru lps. I i kerana walaupun mereka turun mengundi, umnobn bn telah mengarahkan wakil untuk menandakan siap2 kertas undi yg memihak kpd bn. AWAS...ini betul2 berlaku...bersihkan malaysia dari penipuan...

Anonymous said...

Undilah PAS!

Anonymous said...

Diri sendiri sanggup menipu,ayah bagi nama boleh tambah,tak redha,niat untuk tipu belit dah terbayang dari situ je

Anonymous said...

Saya dan keluarga saya akan beri undi kepada PAS kali ini.

Anonymous said...

AFUNDI HUSAM. gitu ke pak aspan? hahaha

Anonymous said...

Tak tau nak cakap apa.Jika PAS menang di Putrajaya sekalipun PR tidak dpt membentuk kerajaan,warga Putrajaya tidak akan rugi apa2.Prasarana dah uptodate.Tapi jika BN yang menang di sini,walhal PR yang dpt memerintah nanti,terasa janggal pulak sebab calon bakal Perdana Menteri yg ke-7 terasa sesuai pulak milik Husam,tambahan pula,Kelantan tidak pernah peroleh status PM lagi.Ini kalilah ...

Anonymous said...

Agree with you Husam is fresh and a good man It was commendable how he handled PC about Papa Gomo exposing him and his connections with umno but yet refused to disclose further sordid details which he had because it was not the Islamic thing to do
The old man Adnan is so rich he should retire already But typical of umno still want to cling on to power
Safe seat konon Dulu letsk songkok umno pun boleh mensng

Anonymous said...

Saya berada di Putrajaya di hari penamaan calon semalam. Sokongan kedua belah pihak tetap ada. Kelihatan penyokong sdra Husam lebih banyak daripada penyokong Tg Adnan. Husam mendapat penyokong yg padu dan ikhlas tanpa sebarang sesuatu faktor penarikkan menyokongnya. Tidak sptmana penyokong Tg Adnan, memperolehi baju biru, topi dan wang saku saya kira begitulah. Persoalan pokoknya, ulasan sdra di atas amat menarik. Kewibawaan Husam jelas selain dari sokongan tadi akn ada lagi sokongan2 lain yg tidak nampak dan ketara yg menjadi sdra Husam memperolehi mileage mudah dari penghuni2 rumah kerajaan di Putrajaya selaku pengundi sah yg tidak turut/turun bersama pd hari penamaan calon semalam iaitu SEJARAH PENGALAMAN WAKIL RAKYATNYA, BERSIH DARI MORAL YG KOTOR, SUSUK BADAN SELAKU KETUA PEMIMPIN, MUDAH MENDAMPINGI RAKYAT DLL. Itu semua ada tersimpan dlm benak penghuni2 kota raya putrajaya yg celek komputer dan yg begitu "update" maklumat di hujung jari mereka. InysyaAllah jika diizinkan Allah, maka insan berjiwa rakyat ini akn memimpin Putrajaya.

Anonymous said...

diharap kali ni putrajaya dan malaysia ditadbir oleh PR.. insyaallah...

mohd tariq said...

Syg pengundi ktan di putrajaya blk kg ms ngundi kelak

Anonymous said...

Saya amat bangga jika Husam dipilih ini kali. Putrajaya merupakan sebuah bandar yang dirancang terbaik di Malaysia selepas Shah Alam.

Anonymous said...

Beranikah kakitangan kerajaan untuk undi Husam?

PELUANG HIDUP said...

undilah pas

PELUANG HIDUP said...

insyallah tuan haji hussam akan menang dengan izin kun fayakun..insyallah.

PELUANG HIDUP said...

undilah pas

Anonymous said...

kalau saya pengundi putrajaya saya akan undi husam sbb saya nampak banyak kelebihan yg ada pd husam drp tg adnan. Rugi besar pengundi P/Jaya klu x pilih husam

Unknown said...

Cuba tengok muka dua-dua orang calon tu. Agak-agak mana yang lebih sesuai jadi pemimpin. hehehe