30 April 2013

Husam buktikan Dr Mahathir dalam keresahan

Mahathir terlalu ‘emotional’ dan ‘personal’ terhadap Husam Musa serta memandang rendah terhadap calon PAS di Putrajaya itu. Mahathir sememangnya seorang yang angkuh tetapi saya tidak pernah terfikir keangkuhan bekas Perdana Menteri itu tiada batasannya. Saya ingatkan hanya Firaun sahaja yang berkata tiada siapa yang boleh menyainginya di dalam dunia ini.

Mahathir cuba merendah-rendahkan Husam Musa dengan meminta Husam duduk diam-diam di Kelantan dan jika dah berjaya di Kelantan barulah minta izin untuk bekerja di Putrajaya. Siapa Dr Mahathir ini untuk menyekat Husam ke Putrajaya? Meminta Husam meminta izin sebelum ke Putrajaya itu menampakkan sikap ego besar bagi melindungi perasaan ‘desperate’ beliau sehingga sanggup bercakap begitu peribadi terhadap seorang warga negara sebuah Persekutuan yang lain.

Mahathir telah menunjukan ‘desperation’ beliau dengan begitu ketara. Husam tidak perlu menjawabnya, kerana pengundi Putrajaya akan menjawabnya tidak lama lagi. Husam hanya perlu berdiam diri. Anggap sahaja Mahathir itu sebagai seorang yang sedang sakit. Putrajaya itu bukannya kepunyaan Dr Mahathir dan beliau terlupa yang Putrajaya itu dibina atas hasil Petronas dan bukannya hasil dari keluarga beliau.

Mahathir bercakap seolah-olah Kelantan itu terlalu miskin dan Husam wajar duduk di Kelantan diam-diam. Siapa Dr Mahathir untuk meminta Husam berdiam diri? Negara ini negara demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana. Kita boleh mengkritik lawan kita dalam politik tetapi kena adalah sedikit etika lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi pemimpin utama negara suatu ketika dahulu.

Sebenarnya Dr Mahathir ini tidak ada siapa yang boleh menolongnya untuk memulihkan status beliau sebagai seorang bekas pemimpin yang ulung. Kesilapan ini bukan kesilapan sesiapa tetapi kesilapan beliau sendiri. Beliau sendiri memilih untuk merasa resah gelisah dalam kehidupannya. Tiada siapa yang menyuruh beliau untuk melakukan kesalahan demi kesalahan semasa menjadi pemimpin utama negara dahulu.

Beliau sendiri yang suka untuk melakukan keganasan terhadap partinya dan dirinya sendiri. Beliau jugalah yang telah memecat hakim-hakim yang tidak bersalah. Kesalahan hakim-hakim Mahkamah Agong dahulu semata-mata kerana hakim-hakim semasa itu bersikap adil dan terhormat. Mahathir tidak suka kepada hakim yang mengutamakan keadilan. Bagi Mahathir keadilan hanyalah jika keuntungan berpihak kepada beliau. Apabila beliau merasakan hakim akan memberikan ‘verdict’ yang tidak memihak kepada beliau, maka hakim itu akan mendapat penghakiman dari beliau pula.

Entah apa yang menyebabkan Dr Mahathir terlalu ghairah untuk mempertahankan UMNO itu sedangkan beliau sendiri pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan di Sri Perdana dahulu. Kita juga tidak faham kenapa beliau tidak pula mahu UMNO bertanding di Pasir Mas dan meminta pula calon UMNO yang tidak menyerahkan kertas pencalonannya supaya jangan diambil tindakan. Kita sedang menunggu tindakan UMNO terhadap Dr Mahathir kerana menyokong calon bebas. Mahathir sepatutnya dipecat bersama 61 ahli UMNO yang lain kerana bertanding bebas dan menjadi penyokong kepada calon-calon bebas itu.

Kenapa Dr Mahathir tidak dipecat? Kenapa UMNO biarkan Mahathir bermaharajalela tanpa sebarang sekatan daripada jawatankuasa disiplinnya? Jika Dr Mahathir sendiri membunuh peluang UMNO untuk menang di Pasir Mas kenapa beliau beriya-iya sangat mempertahankan UMNO di Putrajaya? Kenapa Dr Mahathir mahu beriya-iya sangat untuk meruncingkan keadaan negara ini? Apakah niat sebenar Dr Mahathir ini?

Apa salahnya jika UMNO kalah di Putrajaya? Adat pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Dr Mahathir mahukan UMNO bersifat seperti beliau mengendalikan UMNO dahulu. Beliau tidak berani bertanding sekali lagi dalam pemilihan UMNO maka beliau terus mengharamkan UMNO itu. Apabila dirasakan akan kalah dalam pertandingan tinju beliau akan musnahkan pentas tinju itu dan akan membina pentas tinju yang lain. Jika dirasakan kalah dalam pertandingan bola sepak, beliau akan alihkan tiang gol ke mana beliau suka.

Mahathir mahukan semua manusia mengikut kehendak beliau dan jangan ada yang menentangnya. Mahathir telah mengalahkan semua musuh-musuhnya sehingga tiada siapa yang beliau hendak kalahkan lagi. Sekarang Mahathir sedang berhadapan dengan ‘nature’ dan saya merasakan jika semua orang membantu beliau sekali pun, beliau tidak akan dapat diselamatkan lagi. Beliau akan terus dengan keresahannya sampai bila-bila.

Sekarang kita doakan Mahathir ini agar beliau kembali berada dalam ketenangan hidup. Beliau ini sebenar-benarnya memerlukan pertolongan dari kita. Seperti yang saya sebut tadi tiada siapa yang boleh membantu beliau lagi selain dari kita berdoa untuk beliau mendapat ketenangan yang amat-amat beliau perlukan sekarang ini.

Ini menjadi pengajaran kepada pihak Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk berkuasa. Perdana Menteri gantian nanti janganlah melakukan kerja seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau berkuasa dahulu. Jika melakukan perkara keterlaluan yang sama maka zaman persaraan kehidupannya akan dihimpit dengan perasaan seperti yang dialami oleh Mahathir sekarang ini.

Beringat-ingatlah. Jika keresahan ini boleh dialami oleh Dr Mahathir, ia akan juga dialami oleh sesiapa yang lain jika melakukan perlakuan yang sama seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu.

25 comments:

Anonymous said...

The best note .. Well done ..

Anonymous said...

Prinsip mahathir " if l don't get it nobody get it"

IbnAbdHalim said...

Benar apa yang saudara nukilkan. Dr Mahathir memang resah gelisah dek angkara perbuatannya sendiri. Memang tiada siapa dapat menolongnya kecuali dirinya sendiri tetapi manusia angkuh seperti beliau tak akan dapat keluar dari situasi tersebut melainkan kembali kepada Allah. Itu adalah suatu kesukaran untuk beliau melainkan Allah menghendaki sebaliknya.

Anonymous said...

Hanya 4 hari lagi kita akan bersama-sama menitiskan air mata kemenangan dan melaungkan jeritan MERDEKA setelah kita dibebaskan dari cengkaman KUKU BESI berlapis MADU dari pemerintahan UMNO

Kita akan bersama-sama mengecapi kejayaan setelah begitu lama berhadapan musuh yang menjadikan RAKYAT nya sendiri sebagai korban ...

Hanya 4 hari lagi kita akan dapat menyaksikan kemuraman dan perasaaan duka nestapa pemimpin UMNO yang sudah sekian lama menipu RAKYAT ... ramai pemimpin UMNO akan jatuh bangkrap setelah begitu banyak BANK yang DIPEGANG UMNO mengejar mereka menunutut HUTANG LAPOK yang tidak pernah berbayar - tapi pertama kita kena mintak PAKATAN menganti kesemua Lembaga Pengarah kroni UMNO dan menukar Pegwai Eksekutif berdarah UMNO di MAYBANK, CIMB, BANK SIMPANAN NASIONAL, AFFIN BANK,.... dan setelah itu memberikan perintah mengutip semua hutang dari PEMIMPIN UMNO yang sudah sekian lama menjadikan BANK-BANK ini sebagai LUBOK MEMAS buat mereka ....

Begitu juga di TABUNG HAJI, di PNB, di KWSP supaya rakyat kemabli dapat menikmati pulangan pelabiran yang wajar dari begitu banyak wang rakyat yang sudah di SONGLAP UMNO ....


Kita akan dapatkan balik PINJAMAN KERAJAAN kepada Sharizat and FAMILY setelah mengSONGLAP duit RAKYAT untuk bela LEMBU di KONDO ....

Kita akan dapat balik wang PKFZ dari Ling Liong SIK ....dan segala kekayaan RAKYAT yang telah lama diSONGLAP UMNO ....

Kita harus penjarakan semua pemimpin UMNO / BN Sabah dan SARAWAK yang jelas mencuri wang rakyat disiang hari ...

Dan kita akan memberikan kemenangan kepada WARGA FELDA dari kejahatan dan tangan-tangan RAKUS Isa Samad ...

4 Hari lagi kita akan dapatkankembali wang KITA yang sudah sekian lama dihamburkan oleh ROSMAH MANSOR dan KELUARGA NAJIB ....

Mudah-mudahan dalam 4 hari lagi ... MAHATHIR akan mengembalikan kesemua kekekayaan yang diHAK MILIKAN UMNO buat kelaurga nya ....

Ya 4 hari lagi ...

Anonymous said...

Salam tuan aspan, tulisan amat bermutu dan mudah difahami. Saya harap lebih ramai totok2 umno membaca dan memahaminya. Saya rasa t.m. maahathir seorang yang jiwa nya sakit, Hanya kuasa tuhan yang boleh mengubatinya.

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Sememangnya Mahathir Kutty ini terlalu takut. "Takut kerana salah". Rata-rata penduduk Putrajaya adalah golongan yang bermaklumat dan berminda terbuka, bukannya boleh mereka ini untuk dipengaruhi dengan pemikiran politik ala tahun 50-an Mahathir Kutty itu.

Mahathir Kutty lebih takutkan lagi kerana selepas UMNO kalah dan tiada kuasa lagi di negara ini lantaran tiada "back-up" untuk beliau lagi di negara ini. Harapkan anak-anak yang kaki joli, judi serta mabuk dan hanya tahu membelanjakan harta "bapa" yang selama 22 tahun merompak habis-habisan dari rakyat untuk kesenangan baka-baka busuk dari Kerala ini. Harapkan anak-anak berpolitik langsung tidak pandai (tiada berbakat), agama jauh sekali, maka terpaksalah si bapa yang esok lusa nak "dipanggil" Illahi tu turun padang untuk meneruskan legasi rompakan dan memperbodohkan rakyat Melayu di negara ini. Melayu memang telah betul-betul dibodohkan oleh Mamak dari Kerala ini.

Sebenarnya UMNO telah dibonsaikan oleh Mahathir Kutty setelah sekian lama oleh itu mereka langsung tiada pelapis muda untuk menaikkan kembali imej UMNO yang sangat tercalar. Yang ada hanyalah pemimpin tua dan pertengahan yang hanya pandai membodek dan mengampu Perdana Menteri untuk mendapatkan jawatan seterusnya bermewah dengan hasil titik peluh rakyat.

Masih adakah pemimpin UMNO yang mampu bersaing dengan pemimpin PAS dan PKR seperti Husam Musa, Saifuddin Nasution, Khalid Samad, Rafizi Ramli, Mujahid Yusof atau lebih berani lagi Bro Mohd Sabu?

Jangan harap nak timbul pemimpin begini kalau asasnya adalah rasuah dan salahguna kuasa dan penindasan serta korupsi terhadap rakyat menjadi kemestian di dalam UMNO.

Raison D'etre said...

Kesian. Tak tahu apa lagi yang di cari.

Macam tak redha dengan kepimpinan2 yang baru.

Kesian. Tapi la2 ni, saya dah malas nak baca apa statement yang keluar dari benak TDM yang pernah saya hormati dulu.

Anonymous said...

Salam. Tidak ade yang akan brtongkat langit sampai masenye ke kubur jua. Insyallah allah akan memberi kemenangan kepada yang haq. TAKBIR!!!

Anonymous said...

Madey sebenarnya TAK LAYAK langsung digelar sebagai Negarawan!

Beliau adalah AKTIVIS SAHAJA!

Anonymous said...

Salam tn,

Memang sahih firasat almarhum fadhil noor yg mengatakan madey ni akan dipanjangkan umur utk melihat "hasil tangan" nya. Hasil tangan dia lah sekarang yg menghimpitnya hingga hilang pedoman dan panduan hidup sebagai seorang muslim. Sebagai saudara sesama islam kita hanya mampu mendoakan, itu pun kalau diperkenan.

Anonymous said...

Ulasan sdra Aspan lebih menarik lagi untuk mengenali siapa manusia Mahathir ini jika diselitkan sedikit intipati penulisannya dlm buku "The Malay Delimma". Fokus beliau tentang kepincangan kelemahan pimpinan Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman di tulisnya dalam buku itu seolah beliau sahaja yang betul dan layak menjadi pemimpin no satu itu, apa yang Tunku buat semua salah. Tapi tuan-tuan apabila gilirannya menjadi Perdana Menteri terjadilah "mengata dulang paku serpeh, mengata orang aku yang lebih" atau "cakap tak serupa bikin" atau "lihatlah apa yang aku buat jangan lihat apa yang aku cakap" atau, atau, atau....

beruang said...

rase syok betul ada peluang boleh tgk filem bersiri documentari "Malaysian currupted Leader in Jail".


Anwar menjadi pengarah, actor Tun M, Taib mamud dan ramai betul pelakon sokongan.

kena la bena penjara VIP besar sehingga boleh menampung separuh ahli BN yg menyamun duit negara.

naik kan semua tribunal, sesi RCI betul dalam on line. biar rakyat yg menilai... sure happy semua nampak. lebih syok drpd tonton IRONman 3.

Anonymous said...

Doakan TunDrM supaya dia kelaur 4 bulan di jalan Allah di India, Pakistan & Bangladesh. Ameen

Anonymous said...

Well said saudara Aspan.....i agreed with you...

jasmi said...


AA, selama ini kita hanya melihat rekod UMNO sahaja. Kali ini beri PAS pula dan sama-sama kita bandingkan nanti. Lagi pun pak AA pernah menulis, menukar kerajaan buaknya jenayah. Salam pak AA

Anonymous said...


Everywhere I hear people talking about DAP does not need Malay votes? Everyone! is that true?

alhakim

Anonymous said...

mahadey semamang jahat...dia mau melihat melayu sama melayu bergaduh...rakyat malaysia bergaduh kerana telah terdapat ratusan ribu bangla pakistan dan pendatang asing di malaysia..yg akan mengambil tempat rakyat malaysia yg mati nanti...

Rakyat malaysia pedulikan kan dengan mahadey dan lihat apa yg akan terjadi jika paktan rakyat membentuk kerajaan...manusia merancang..Allah juga merancang..rancangan Allah sebaik baik perancangan..

Anonymous said...

Not true,DAP need Malay vote,I'm Malay and support DAP,ini kali lah

Anonymous said...

cukup cukup sudah, 55 tahun....

Hard Time to CHANGE

prfct stranger said...

apa yg pak aspan tulis di atas saya sgt setuju,org bt dosa pasti resah dan gelisah tp masalah madey ni ego dan perasaan dengki dh jadi darah daging dia, perasan dia ja pandai agaknya dia rasa hukum hakam dan peraturan dicipta bkn untuk dia

Anonymous said...

orang gila yang paling gila di Malaysia ialah mahathir kutty

Anonymous said...


alhakim, kita mesi berpijak dibumi yg nyata. DAP tidak perlukan Melayu sebab mereka sudah kuat. Undi Melayu hanya bonus sahaja. mati pun dia tidak berikan Melayu naik dalam DAP tu. Mana Melayu yang tunduk dan bongok mereka sukalah. Dapat jadi senator dan sebagainya. DAP tak hormat orang Melayu sampai bila-bila lah!

Anonymous said...

Saya sokong Tn AA masok DAP tapi mesti mereka yg matang dlm politiking like Tn AA. Malay cannot go far sbb x berani nak face to face dgn Chinese. See Chinese diaorg bleh masok ke kg2 Melayu utk berniaga. Hatta saya pernah jumpa Chinese berniaga d perkalangan masjid pd hari jumaat. So all d best Tn AA & bring more Malay to be in DAP

Anonymous said...

Kekutan tdm tak akan maaf org yg lawannya.tengok ku li.meelain yg jika org tu jilat...... Spt him ali ...dia dah jilat. Lepas ini PR MAAF TDM BIAR DIA TENANG LAIN2 DIA DGN Allah. Zamannya berlalu .tiada pemimpin bagus lg dlm bn sebab tu him ali. Zul din. Pak isa...cuma dia terlupa rahim bincik..... TDM BERI PR... dulu.
.5 thn nilai pula pr. Tdm nak lihat bn terkubur dulu sebelum tutup mata. Jgn bn main tipu.

Anonymous said...

Jika kita amati keadaan parti umno (baru) milik Mahadeyyy dan keadaan BN hari ini berbanding keadaan parti Pas yang diterajui oleh mereka2 yang ikhlas sejak penubuhannya, maka kita dapat lihat bagaimana keadaannya apabila manusia bekerja dengan ikhlas dan berserah kepada ketentuan Illahi berbanding dengan manusia yang taksub dan ujub dengan diri dan kehebatan otak dia sahaja tanpa menghiraukan hukum dan ketentuan Allah