02 April 2013

Mahathir boleh bertanding di Geylang Patah, kad pengenalannya pun sah

Dr Mahathir sepatutnya kembali bertanding dalam pilihanraya ini kerana beliau sudah mengambil keputusan untuk terus bergiat dalam politik. Daripada bercakap terlalu lantang dan terus-terusan dalam politik hari ini elok Mahathir minta satu kerusi dengan terus terang daripada menginding-nginding tidak berhenti-henti.

Tindakan Mahathir meminta rakyat Johor untuk menghabiskan karier politik Lim Kit Siang itu merupakan satu tindakan yang tidak senonoh oleh seorang pemimpin setaraf beliau. Seruan Mahathir itu terlalu ‘personal’ dan tidak beretika. Mahahir terlalu marah kerana LKS telah memilih untuk meninggalkan kawasan yang selamat untuk pergi bersaing di kawasan yang dianggap sebagai kubu Barisan Nasional.

Jika benar Geylang Patah dan Johor masih menjadi kubu UMNO, tidak sepatutnya Mahathir menunjukkan sangat perasaan ‘panic’ beliau secara itu. Meminta rakyat Johor menanamkan politik LKS enam kaki di bawah tanah itu merupakan manifestasi kebencian beliau terhadap pembangkang dan itu juga tidak sepatutnya berada dalam sanubari seorang pemimpin besar yang pernah memimpin negara selama lebih dari dua dekad.

Sekarang LKS telah meminta Dr Mahathir turun bertanding di Geylang Patah dengan beliau (LKS). Cabaran LKS itu adalah satu cabaran dari seorang pemimpin sejati. Dr Mahathir sepatutnya menerima cabaran itu daripada meminta pihak lain untuk menamatkan karier politik LKS. Lagipun, Dr Mahathir masih memilih untuk menjadi ahli politik maka untuk turun ke bawah dan memberikan bukti yang beliau masih lagi seorang yang mempunyai ‘consequence’ dalam politik negara.

Kita tidak tahu kenapa Mahathir terlalu panik akhir-akhir ini. Beliau seolah-olah tidak lena tidur dan kembalinya LKS ke negeri kelahirannya membuatkan Mahathir mundar-mandir untuk bercakap politik lagi. Lagak beliau seperti ‘ayam berak kapur’ sahaja sejak kebelakangan ini. Mahathir semakin hari semakin meyakinkan rakyat yang beliau terlalu banyak perkara yang hendak beliau tutupi.

Sesungguhnya saya tidak pernah menyangka seorang yang begitu gah dengan kejayaan kepimpinan telah menjadi seorang yang menikus dan takut terhadap semua bayang yang beliau nampak. Beliau tidak dapat berehat lagi untuk mempertahankan BN yang kian hari kian merudum sokongan itu. Beliau sepatutnya berehat dan menghabiskan sisa-sisa hidup beliau seperti pesara-pesara PM yang sebelum beliau itu.

Rakyat tidak boleh lagi bertindak hanya untuk melindungi individu seperti Mahathir. Rakyat perlu bertindak untuk melindungi pihak yang ramai, iaitu rakyat. Mahathir sepatutnya sedar segala punca yang membuatkan negara berada di tahap sekarang ini adalah kerana perbuatan beliau juga. UMNO menjadi lemah kerana Mahathir tidak membina barisan kepimpinan semasa beliau berkuasa tetapi beliau hanya menunggukan penyokong-penyokong yang lemah untuk dijadikan orang penting di dalam kerajaan. Akhirnya UMNO ketandusan kepimpinan dan inilah yang kita semua hadapi sekarang ini.

Oleh itu, jika kubu kuat BN di Johor itu roboh kali ini, itu bukannya kehendak sesiapa tetapi hakikatnya itu adalah kehendak Mahathir sendiri. Mahathir hanya mahukan pimpinan lemah untuk menguasai UMNO dan kerajaan persekutuan dan negeri termasuk negeri Johor kerana dengan cara itu sahajalah beliau boleh dilindungi daripada banyak isu yang melibatkan beliau. Mahathir mahukan semua orang menyokong beliau bagi melindungi segala kesalahan dan noda beliau semasa menjadi pemerintah dahulu.

Sifat angkuh beliau itu masih belum dapat beliau buang dari dalam dirinya dan beliau mahukan semua orang tidak perlu berfikir sebaliknya hanya menerima pemikiran beliau sahaja. Tetapi beliau tidak sedar arus penentangan rakyat terhadap pemikiran beliau sendiri begitu besar dan Mahathir tidak akan dapat dihambat lagi. Hakikatnya walaupun semua orang cuba untuk mempertahankan beliau, Mahathir tidak akan dapat mempertahankan status beliau sebagai seorang negarawan.

UMNO sesungguhnya sudah sampai masa untuk direhatkan. Lakukanlah apa-apa tindakan untuk memperbaiki keadaan keputusan pilihanraya adalah ‘predictable’. Sesungguhnya UMNO terlalu sukar untuk memperbaiki diri mereka dan tidak mengejutkan yang UMNO akan kecundang kali ini termasuk di Johor.

UMNO semakin hari semakin lemah. Jangan dinafi-nafikan lagi. Sementara itu kita tunggu berita sama ada Mahathir akan turun ke Geylang Patah untuk bertanding, kerana beliau layak bertanding di sana.

Beliau pun mempunyai kad pengenalan yang sah, bukannya kad pengenalan daripada projek IC Sabah dulu. Beliau boleh bertanding di Geylang Patah untuk menerima cabaran LKS itu. 

18 comments:

antisyaitan said...


Saya sangat bersetuju supaya Musibedol Am UMNO/BN bertanding semula dlm PRU13.

PRU13 nanti akan mencatat sejarah dimana kemenangan mutlak akan memihak kpd UMNO/BN hasil dari pengaruh fatwa Mursibedol Am UMNO/BN bahawa rakyat mesti memilih "Kumpulan Syaitan yang Dikenali" untuk kesejahteraan didunia dan akhirat. Kejayaan ini akan disokong pula oleh keyakinan rakyat kapada prinsip wasyaitaniah yang dipelopori oleh Presiden Chuah Soi Legg dan Presiden Najib yang menjadi sekutu utama dalam UBN.

Anonymous said...

saudara aspan,tu satu pandangan yang bernas tentang mahathir, saya juga berharap n bedoa agar mahathir menerima pelawaan LKS, dan selurog rakyat malayasia akan menjadi saksi siapa yang akan terkubor....LKS akan benamkan mahathir...takbir......

Anonymous said...

maaf sdra aspan ,sdra kurang betul bila mahathir digelar bekas pemimpin besar negara, sebenarnya beliau 'pemimpin penipuan besar negara' dan beliau memimpin merosakkan negara dan bangsa, itu lah sahaja yang beliau mampu,fulstop.

Anonymous said...

Ever wonder what makes a leader?
What would people ever remember him as a leader?
Suppose one may ask, what have Dr Mahathir achieved that any other man of his or better than his caliber can achieve over a twenty years period reign? Far more perhaps ten times more better.
What he should do he didn't do them but on the contrary.
He could have develop or build capable leaders by instilling good and foster relationship between the ethnic groups to succeed him not divide the people to go against one another. He had corrupt almost all the institution with his corrupt power crazy leadership.
I can go on but let others have their say. He is so foul to say the least.

CSLee

Wan Hamzah said...

Tuan

Pembesar spesis-spesis UMNO mana ada telur untuk menyahut cabaran.Mereka hanya berani bercakap berdegar2 dimedia sahaja. dasar pengecut.

looes74 said...

Aaik.....apa macam gelang pun boleh geylang....Kenna macam itu red light district di singapura.....Maaf, Geylang Serai merupakan salah satu kawasan di mana majoritinya melayu pada satu masa yang dahulu.....Ia pun merupakan satu-satuny kawasan kuat UMNO-Singapura (PKMS) di mana pada tahun 1959, PETIR melayu berjaya menewaskan PKMS Melayu secara mutlak. Khir Johari, bapa Zairil "chatise" orang2 UMNO-SINGAPORE malas, kolot yang menyebabkan kekalahan yang teruk bagi UMNO & khususnya Tunku dan Abdul Razak

Kalau lah masa yang lampau, setengah2 pemimpin UMNO masih terharu mengapa penolakan orang2 melayu singapura secara mutlak terhap UMNO. Apa pulak dengan standard UMNO sekarang.....Sudah Kaput

Quiet Despair said...

Awaiting the announcement of your nomination to contest in NS
Happy that Sak is the DAP man for Raub..
Hope you will too, possibly to take on dinosaur Rais.

ulitmayang said...

AK47 SAKMONGKOL dah ke Raub

- AA kat mana ?????
selamat berjuang

Anonymous said...

AA kek nogori sombilan dah le. Jadi Montori Bosar pas PRU 13. Isu madet kutty ni... bukan kat Gelang Patah ; kat Kubang Pasu letak dia pun belum tentu menang. Bertanding untuk jadi perwakilan BHGN UMNO KUBANG PASU dlm Persidangan UMNO pun kalah... dah tu salah orang lain plak!!!

Anonymous said...

Bukan saya tak mau bertanding lawan Kit Siang. Persoalannya mau ka UMNO mengangkat saya sebagai calun....sedangkan nak jadi Perwakilan Kubang Pasu ke PAU dulu pun depa tendang saya keluaq..... Saya ni dah macam Quran Buruk la....bila nak pakai depa amik letak atas para buat halau jembalang.... Depa ikut juboq saya sana sini la ni pun bukan sebab depa betui betui kasih kat saya.....tapi sebab depa dah desperate sangat.....kita pun tau yang UMNO dah tenat sangat dah.... dalam keadaan sekarang kita kena pakat-pakat tulung Najib walaupun kita meluat sangat-sangat kat Rosmah. Saya tak mau la mati dalam jel Sungai Buluh....habih la legasi saya. Pakatan menang pecah la tembelang saya.......

abe long said...

AK47 SAKMONGKOL patutnye bertanding kat pekan. die kn org pekan.

Anonymous said...

Perkara pertama yg harus dilaku..jika pakatan rakyat menang pru13 nnti adalah menulis balik sejarah...dan mengatakan mahadey adalah pengkhianat negara...terdapat bukti bukti yg mahadey mengaku memberi ic pada pendatang...

Saya percaya akan datang akan terdapat rakyat malaysia yg akan kencing di kubur mahadey..jika mereka faham bahwa mahadey lah..melayu berpecah,rizab tanah melayu hilang..

Anonymous said...

Kalau IC dia dapat projek IC Sabah pun x apa. Dia kan pengasas. Mursyibendul Am UMNO ni patut ditangkap kerana melibatkan peperangan dalaman Filipina seperti didedah dalam berita Al Jazeera.

Amuraria said...

mamak kerala mari anak sikandar kutty sudah panik ! ABU jangan lupa !

ahmadyani said...

Mahathir ini masih tidak sedar, kononya dia berasa orang masih suka dan menyokongnya. Sedangkan dia tidak tahu orang senyum padanya, bersalam dengannya kerana hormat orang tua sahaja. Kalau selain itu, banyak yang meludah.

Anonymous said...

Bang,

PARLIMEN DAH BUBAR. JAGA2, LAMBAKAN BEDIO PORNO AKAN BERLAKU SECARA BEBAS DAN BERLELUASA.

KALO ANAK BALIK SEKOLAH, CUBA CHECK BEG2 MEREKA.

PARTI RAHIM TAMBI DAN MAHADEYYY UDAH NAK KALAH NEH. ORANG TERDESAK MACAM2 BOLEH BUEK BANG!!!

Anonymous said...

Bang,

Satu lagi. Jago2 ngan Berahim ali, Hassan Ali, Jahren Bayan Baru dan Zul 9/10 tu.

Ni smua JARUM Mahdeyy tukang cucuk. Tukang Laga. Terlebih melayu!!

Kita tunggu wayang mereka

Dan jangan lupa gak si Ridhuan Tee tu. Dia ni terlebih melayu dan terlebih Islam dari semua umat melayu kat Malaysia neh.

Jaga2 bang...

Suci Dalam Debu said...

Would Mahathir commit Harakiri if Pakatan Rakyat wins GE13?