28 April 2013

Betulkah puluhan cawangan UMNO di Selangor akan dibubarkan?

Berita yang mengatakan UMNO akan menghadapi masalah besar dalam sehari dua ini telah saya dengar seminggu dulu. Semalam saya mendengar pula banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor terutamanya akan berlaku dalam tempoh yang terdekat ini. Jika benar berita ini ia tidak mengejutkan kerana saya telah menyebutnya setahun dahulu tetapi tidak pula menyangka yang keadaannya sampai ke tahap membubarkan cawangan-cawangannya.

Saya selalu memberikan komen tentang hasrat Najib dan Muhyiddin yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang ‘winnable’. Blog ini selalunya menyatakan yang mana mungkin UMNO boleh menurunkan calon yang ‘winnable’ sedangkan UMNO itu sendiri sudah tidak ‘winnable’ lagi. UMNO tidak ‘winnable’ lagi kerana pimpinannya tidak ‘winnable’.

Jika kita lihat di Selangor, pemimpin yang sibuk untuk mengambil alih kerajaan PKR ini adalah pemimpin yang sama yang telah ditolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya lalu. Tidak nampak ada pimpinan baru yang boleh meyakinkan rakyat Selangor. Malahan pimpinan UMNO Selangor telah kehilangan hidayah sama sekali dengan meminta Zulkifli Nordin sebagai calon bagi kawasan elit Shah Alam dan ini sekaligus menjadikan orang ramai tidak lagi yakin terhadap kewibawaan UMNO Selangor itu.

Penyertaan Zulkifli Nordin itu bukan sahaja menjatuhkan imej UMNO itu di Selangor tetapi menjatuhkan keyakinan ramai terhadap UMNO di seluruh negara. Itu belum ditambah lagi dengan isu yang berlaku di Pasir Mas dalam mana UMNO sendiri telah berperanan untuk meletakkan Ibrahim Ali sebagai calon UMNO malalui pencalonan bebas di sana. Semakin hampir kepada plihanraya semakin banyak perkara yang buruk dihadapi oleh UMNO itu.

Di sebaliknya pihak PAS telah mendapat lonjakan yang besar di Selangor dengan penyertaan TS Muhammad Taib dalam PAS yang sekaligus meninggalkan UMNO buat selama-lamanya. UMNO telah mengabaikan ramai pimpinan kerana ramai pimpinan yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan tidak diendahkan oleh UMNO. Semangat PAS dan rakan Pakatan telah naik mendadak dengan penyertaan Muhammad Taib. Jika berita banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor itu terjadi dalam masa yang terdekat ini, ia tentunya sedikit sebanyak kerana pengaruh Muhammad Taib itu tadi.

Itulah keadaan sebenarnya walaupun cuba diselindungi oleh UMNO sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan UMNO itu tidak mungkin berjaya meletakkan calon ‘winnable’ dalam pilihanraya kali ini kerana UMNO itu sendiri bukan parti yang ‘winnable’.

Apa yang dihadapi UMNO sekarang ini bermula tiga puluh tahun dahulu. Penyakitnya sudah berada dalam parti itu sejak itu dan penyakit itu beransur-ansur merebak keseluruh tubuh UMNO itu sendiri sehinggakan ia sudah melumpuhkan seluruh tubuh parti itu.

Sejak hampir tiga dekad dahulu saya mengkritik dari dalam kerana di setiap peringkat pemimpin-pemimpin yang ‘winnable’ telah dihapuskan oleh sistem berparti yang dimulakan oleh Dr Mahathir. Ramai pimpinan UMNO di peringkat Bahagian telah diketepikan dan hasilnya UMNO terpaksa memilih calon-calon ‘winnable’ dari kumpulan pemimpin yang tidak ‘winnable’ dalam sebuah parti yang sudah lama tidak ‘winnable’ lagi.

Rupa-rupanya kami terpaksa mengambil masa hampir 30 tahun untuk membuktikan kebenaran ini. Bagi ahli-ahli UMNO yang sedar, dan sebagai orang Melayu saudara-saudari sekalian wajar memberikan dukungan kepada PAS kerana PAS sahajalah yang ada sebagai pilihan kepada orang Melayu sekarang ini.

Kewajaran orang Melayu untuk beramai-ramai memberikan sokongan kepada PAS itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang sudah hilang segala hidayah politik mereka. PAS sahajalah nampaknya sampai ke saat ini membuktikan segala janji-janjinya ditepati.

Yang lain itu mungkin masih bergelumang dengan masalah-masalah masing-masing, dari masalah berebut-rebut jawatan kerana masih mempunyai DNA UMNO itu, dan masalah parti yang masih rasis yang masih tidak dapat dipecahkan dalam ‘mindset’ mereka.

Oleh kerana yang lain itu masih dengan cara mereka yang lama maka rakyat harus memilih parti yang sudah benar-benar terbuka untuk perubahan yang dimahukan oleh rakyat sekarang ini.

18 comments:

ahmadyani said...

Selagi umno tidak kalah selagi itu dia tidak berubah. Mari kita tolong umno berubah dengan mengalahkannya!

Anonymous said...

kita merancang......tapi perancangan Allah lagi hebat,buktinya....tengok saja bagaimana zul nordin terpilih sebagai calon bersama abg breheng walapun masyarakat terang2 tolak 2 bradik ni....

Anonymous said...

DAP memang rasis, anti-melayu, terutama Anthony Loke, calon DAP Parlimen Seremban ...

Anonymous said...

Umno sekarang dah jadi "dokter persendirian" yg ramai hasil didikan umno sendiri lagi diduntik lagi menambak reput tdtapi tak mati2 mungkin belum ajal

gopal, jalan keyser seemban said...


Anthony Loke tidak hormat kepada pengundi India dan Melayu. Betul kata John Fernendez, pasal dia rasa sudah mahu masuk Putrajaya dia bawa kaum cina sahaja. Pangundi India dengan melayu boleh jalan. Saya dengarAnthony Loke banyak kali janji dap untuk semua kaum tapi apa pun takdak. Dia rasis kita pun boleh rasis.

Kaum indi dan melayu patut begabung dan tolak cina rasis ini. Dia ingat cina saja boleh undi dia. Kita biarkan cina saja beri sokong sama dia.

Azy Malaiholo said...

As salam Tuan Aspan,

Saya rasa ada kelainan dalam artikle kali ini.

Is it a mistake you chose DAP ? I guess so. You should choose PAS or PKR instead. I am pro PR, don't get me wrong. Let us win this war against BN first and formost.

Then I'll get back to you.

Anonymous said...

Tok jib cakap kita 1M~ awak2 cakap ya ya ya.Tok jib gi kg mel cina dap sgt rasis.komunis.akan jadi pm msia. MASUK KAW CINA ..PAS NAK BUAT HUDUD... HARI2 DLM PAPER.PAS jadi PM TERUK CINA. HARI 2 LAGA CINA ~MEL SEBUT 13 MEI ....APA MOTIF.55 TH GAGAL SATU RAKYAT MALAYSIA.PR BARU BUAT MOU SUDAH NMPAK GELOMBANG BERSATU PADU.MEREKA BOLEH TUKAR MEMBAWA BENDERA.CERAMAH PAS PENUH DGN CINA DAN SEBALIKNYA.TETAPI CERAMAH UMNO AKU XTAK NMPAK CINA DAN SEBALIKNYA.DIMANA PERPADUAN YG DI SEBUT2 SEBELUM INI
SEBAB ITU TOK HIM DI PASIR MAS.ZUL DI SHAH ALAM DAN SOI LEK BEBAS BERCAKAP RASIS.BILA PAS CKAP HUDUD YG SEPATUTNYA DISOKONG OLEH UMNO DIA SIBUK TANYA DAP.TANYA MCA.DIA SEJAK 50TAHUN DULU SUSAH MENOLAK HUDUD.PAS HANYA INGIN MENYATAKAN BETAPA BAIKNYA MANUSIA BILA HIDUP BERAGAMA.PAS TIDAK PERNAH MEMAKSA ORANG BUKAN ISLAM MENERIMA ISLAM.PAS HANYA MENERANGKAN KEINDAHAN MANUSIA MENGAMALKAN AJARAN ISLAM TERUTAMA ORANG MELAYU YANG UMNO DAKWA ISLAM.
..

Gedung Akal said...

PRU13 adalah peluang terbaik untuk Ubah...Jika selepas ini BN kembali berkuasa maka tunggulah 50 tahun lagi untuk rakyat bangkit semula. Pemimpin karismatik PR akan pergi selepas ini dan peluang BN untuk berkuasa dengan sepenuhnya.....ini kalilah....

ryan said...


Dear AA, nothing is changed yet. I mean Umno with its ultra Malay and Dap with its chauvinism. Until now we have not decided to vote which side of the divide. It's like choosing between devil and deep blue sea.

Anonymous said...

Betul kata Gopal ... tolak Anthony Loke

Anonymous said...

UMNO adalah wadah perjuangan melayu untuk mengubah nasib Melayu. Ramai Melayu dah berubah nasibnya. Melayu yang pandai-pandai sekarang disebabkan kerajaan beri peluang maksimum selepas mei 1969.

Tetapi yang pandai-pandai dan kaya-kaya tak puas hati kerana susah nak masuk dalam kerangka kuasa politik UMNO.

Cuma kita harap yang telah pandai-pandai dan kaya raya sempat mengucapkan rasa terima kasih kepada UMNO kerana perjuangannya. Kalau tidak kerana perjuangan UMNO untuk memartabatkan Melayu selepas mei 1969, mungkin hanya 30 peratus Melayu dapat belajar tinggi.

Tanpa affirmative action UMNO, berapa ramai Melayu dapat bertapak dalam dunia bisnes setakat ini dalam keadaan bisnes telah diboloti orang Cina selama beratus tahun.

Dulu ada Long Jaafar sebagai bisnesman Melayu yang sangat berjaya, namun telah dipupuskan oleh Inggeris dan Cina. Sekarang ada Syed Mokhtar, itu pun Tony Pua dan Lim Kit Siang dari DAP rasa geram dan nak pupuskan jua.

Kejayaan bangsa Melayu bukan usaha sehari. UMNO harus bertapak lebih lama untuk tingkatkan Melayu pada kedudukan yang gagah.

Ramai percaya semangat UMNO, cuma pemimpin UMNO harus ditapis supaya keberkesanan perjuangan lebih terasa dan meresapi ke akar umbi.


(Paklong Man)

Anonymous said...

Kereta rusak terpaksa guna tenaga untuk menolak mengeraknya. Kalau "tenaga" dah rusak macamna kereta nak bergerak? Begitu juga dgn UMNO BN, kalau pengikut dah berpecah longkanglah tempatnya.

prfct stranger said...

kalau bn menang kali ni bkn kerana mereka kuat tp kerana seorang dua pemimpin pakatan yg gelojoh x tahu mcmana nk jaga mulut,apa pn saya berdoa ini kalilah

Anonymous said...

People's common enemy is UMNO.Lets focus to get rid of UMNO so that issues on corruption,cronyism,greedy,materialism,etc slowly disappear .If PR practice the same thing we therefore remove them at PRU 14...So within 10 we should be able to educate our political leaders the meaning of honesty and thrusworthy .Pls support PR if you love our country otherwise it will go into the drain.

Anonymous said...

Saudara AA,

I am in line with Azy Malaiholo. You are a man true to your principles and it is your right to choose a platform that best serve your objective.

If indeed you feel that other parties can provide a better platform, I do not see why you cannot join them, while you still preserve your relationship you have carved thus far with DAP.

I see 'unity in diversity' between PR component parties. That should promote cooperation in many common grounds while agreeing to disagree on some issues, with parties continuing efforts to narrow down the disagreements.

All roads lead to the ruins of Rome; rebuild it from the ashes Nero left.

Scrooge

Anonymous said...

Saya sangat setuju dng prfct stranger. Kereta rosak ni dah tepi longkang, tunggu usik sikit dia bedebum! Tapi kalau kita asyik bertengkar pasal tahi cicak, kereta buruk tu bertenggek lagilah kat situ

Suci Dalam Debu said...

Masih ramai Melayu tak sedar bahawa UMNO sekarang tak sama dengan UMNO dahulu.

Dapat sekolah tinggi pun masih tak pandai menilai? Apa sudah jadi ni?

UMNO-BN harus dikuburkan supaya benih baru dapat bercambah. Kalau benih baru jadi busuk, kita undi pulak UMNO BN dalam bentuk baru. Kan bagus begini.

Anonymous said...

Bang,

Masa mahadey nak masuk 'INNER CIRCLE' umno asal pada pertengahan 1960'an, dgn usahanya, kita dapat peristiwa 13 may 1969.

Kini dia seolah2 hendak terlepas dari genggamannya umno (baru) yang dia cipta dan miliki setelah lama dia control orang2 melayu dalam umno. Nampak nya tarikh 13 may 2013 macam akan ada 'hadiah' lagi bagi rakyat negara ini!

Najib, Muhideen, Paklah, Ku Li nak ikut Mahadeyyy???