Dengan kuasa yang begitu besar
dan otot yang besar, UMNO masih tidak mampu mengekang kemaraan Pakatan Rakyat
dalam menghadapi Pilihanraya kali ini. BN mempunyai media massa arus perdana yang canggih sedangkan
Pakatan Rakyat hanya mempunyai media alternatif yang sama-sama dipergunakan
oleh pihak BN. Jalan yang sebenarnya ada kepada pihak Pakatan hanyalah majlis
ceramah yang diadakan setiap hari di seluruh negara.
Sekarang kekuatan Pakatan Rakyat
adalah sama dengan kekuatan BN. Pakatan Rakyat walaupun menghadapi kesukaran
untuk berhubung dengan rakyat melalui saluran TV perdana mereka (rakyat) tetap
jelas memberikan sokongan. Ini adalah bukti yang rakyat berkendakkan
pembaharuan yang besar kepada kehidupan bernegara. Keadaan 50/50 kali ini
mencemaskan BN khususnya UMNO sehinggakan BN hanya membubarkan Parlimen pada
3hb April yang lalu kerana mereka (BN) dalam keadaan terdesak.
Apabila keadaan seperti ini
wujud, mana-mana pihak yang melakukan kesilapan kecil akan menghadapi
kekalahan. Jika BN melakukan kesalahan lagi ia akan mempastikan BN itu kalah.
Begitu juga di pihak Pakatan Rakyat. Jika PR melakukan kesilapan kecil dan di
tarik balik sokongan oleh hanya segelintir masyarakat yang mengundi maka
Pakatan akan menghadapi kekalahan. Mana-mana pihak tidak boleh mengambil ringan
tentang isu ini.
Tetapi apabila keadaan 50/50
seperti yang berlaku sekarang ini, kewajaran untuk Pakatan Rakyat untuk
mendapat undi kemenangan itu lebih mudah kerana graf sokongan rakyat terhadap
PR sedang meninggi dan ditambah pula dengan kesalahan-kesalahan yang di lakukan
oleh BN dalam banyak perkara selalu terjadi sekarang ini. UMNO akan menghadapi
masalah untuk mengumumkan calon di setiap kawasan kerana sedikit permainan ‘cah
keting’ di kalangan ahli-ahlinya sudah pasti membawa mudharat terhadap UMNO
itu.
Kesalahan yang dilakukan di satu
kawasan dalam beberapa isu penting akan memberikan kesan kepada kawasan-kawasan
lain. Mencalonkan seorang yang ‘winnable’ di satu kawasan itu tidak semestinya
membawa kebaikan jika calon ‘winnable’ di kawasan itu adalah pimpinan besar
tetapi mempunyai masalah besar kepada diri mereka dari sudut persepsi rakyat
seluruh negara.
Contoh nya, jika Ibrahim Ali
terpaksa menjadi calon BN di Pasir Mas dan disokong oleh Dr Mahathir dan
mendapat kemenangan, ia akan menjejaskan UMNO di seluruh negara kerana Ibrahim
dipersepsikan sebagai seorang yang terlalu ‘controversial’ bagi seluruh rakyat
terutama nya di kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi dari berbilang kaum.
Keadaan yang serupa akan dialami
oleh mana-mana parti samada dari pihak BN atau pun dari pihak pembangkang.
Meletakkan calon di suatu tempat itu akan mempengaruhi kawasan-kawasan lain
kerana pemilihan calon-calon di satu kawasan itu menunjukkan sikap parti itu
sendiri.
Jika sikap yang ditunjukkan itu
memberikan gambaran yang tidak selari dengan apa yang dijanjikan oleh sesuatu
parti itu, maka rakyat akan berfikir banyak kali untuk terus menyokong
parti-parti tersebut. Isu ini menjadi isu besar apatah lagi keadaan sama kuat
di antara pihak pemerintah dan pembangkang sekarang. Kesilapan yang kecil akan
memberikan impak yang besar terhadap keputusan pilihanraya, lebih-lebih lagi
dari kumpulan atas pagar yang agak besar kali ini. Rakyat perlu ingat
parti-parti dalam Pakatan Rakyat kini bukan lagi parti-parti pembangkang tetapi
sebaliknya parti-parti ini adalah parti-parti ‘altenative’ yang mempunyai
‘consequence’ besar dalam pilihanraya kali ini.
Kedua-dua pihak akan menghadapi
masalah yang sama, iaitu untuk mendapatkan pengundi di atas pagar. Selalunya
pengundi di atas pagar ini akan mementingkan kredibiliti sesebuah parti itu.
Kredibiliti sesebuah parti akan dinilai dari kesungguhan parti parti itu
melakukan apa yang mereka janjikan dalam hal politik negara sekarang ini.
‘Communal politics’ sudah menjadi
elemen yang telah ‘outmoded’ buat generasi sekarang ini. Jika ada bayangan yang
sesebuah parti itu masih terbelenggu dengan ‘communal politics’ ini pengundi di
atas pagar lah yang akan menentukan kemana arah ‘pattern’ pengundian semasa
hari mengundi itu nanti. Bayangan itu tentu lah mudah di lihat dari senarai
calon-calon yang diturunkan oleh parti-parti itu.
Sebenarnya isu-isu dalam masa
berkempen sekarang sudah difahami oleh ramai rakyat dan itu bukan lagi menjadi
isu untuk diperbesar-besarkan. Yang menjadi pemerhatian rakyat sekarang
bagaimana seriusnya sesebuah parti itu benar-benar melaksanakan perjuangan
sesebuah parti itu.
Pihak mana yang membuat kesilapan
akan mendapat kerugian dan inilah yang selalu terjadi dalam
pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Peralihan 2% atau 3% undi sahaja akan
menentukan menang kalah mana-mana pihak kali ini.
Bagi rakyat yang penting bagi
mereka sekarang ini ialah perubahan, bukan sahaja dari perubahan parti politik
yang memerintah, tetapi juga berusaha untuk memilih perubahan suasana dan sikap
politik yang boleh memantapkan pengurusan negara dan negeri.
Mana pihak yang berkemampuan
untuk menjadikan rasuah sebagai sejarah dan tidak menunjukkan sikap politik
komunal parti itulah yang akan mencapai kejayaan. Parti itulah yang akan
berjaya menambat hati rakyat yang sedang dalam pencarian ini.
Kita lihat dan telah banyak
membaca sejarah, kuasa yang besar yang disandang sebegitu lama akan hilang
kerana kerakusan pimpinannya dan kufur terhadap nikmat yang mereka dapat sekian
lama..
Ada juga sejarah yang membuktikan kuasa yang
hampir diperolehi terlepas dari genggaman mereka semata-mata kerana kesilapan kecil
dan sikap yang menakutkan rakyat terpancar pada saat-saat matlamat mereka
tercapai.
Kewarasan pimpinan mana-mana
parti untuk membayangkan apa yang mereka katakan dalam paparan mereka terhadap
rakyat dalam siri kempen mereka sekarang ini menjadi salah satu dari elemen
penentu dalam pilihanraya kali ini.
2 comments:
Abang, bila nak datang Sabah. Ramai pengikut abang disini lah!
Datang KK kita tunggu!
After the 1997 financial crisis, many problems start to arise.
The bad leadership and gross mismanagement in the last 3 decades had caused enormous problems until today with no solution in sight.
Post a Comment