Apa yang selalu membuat kita
bingung dan merasa ‘fed-up’ ialah apabila pemimpin itu berbohong dan secara
terang-terangan berdusta di hadapan kita seolah-olah kita semua ini pekak dan
buta. Bertindak meremehkan usaha dan pelan pihak lain, tetapi mengambil pula
pelan yang diremehkan mereka itu sebagai pelan dan perancangan sendiri pula, amat
mengaibkan.
Inilah yang dilakukan oleh
Muhyidin Yassin dalam isu menurunkan harga kereta. Jelas-jelasnya isu penurunan
kereta itu dijanjikan oleh pihak Pakatan Rakyat tidak berapa lama dahulu. Rancangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta itu dibidas oleh
pimpinan BN khususnya UMNO dengan berbagai-bagai cemuhan. UMNO mengatakan
tindakan Pakatan itu membahayakan ekonomi negara dan berbagai-bagai lagi
kata-kata nesta yang terhambur dari mulut pimpinan BN termasuk Muhyiddin
sendiri.
Semalam Muhyiddin pula mengatakan
Pakatan Rakyat meniru dan menceduk idea BN kerana BN sudah lama hendak
menurunkan harga kereta di negara ini. Sesiapa yang boleh menasihatkan
Muhyiddin ini, elok beri ingatan kepada beliau yang rakyat yang ramai-ramai
ini bukanlah bodoh seperti yang beliau fikir itu. Sudah pasti beliau beranggapan yang kita
semua ini bodoh dan tuli. Kalau beliau tidak beranggapan begitu masakan beliau tergamak menuduh perancangan untuk menurunkan kereta itu adalah usaha BN,
bukan Pakatan Rakyat.
Kita tidak kisah siapa yang
berniat hendak menurunkan harga kereta itu, tetapi mengaku yang pelan itu
datangnya dari BN adalah satu usaha menghina rakyat seolah-olah rakyat ini
tidak sekolah belaka. Inilah dia siapa UMNO selama ini yang tidak tahan ditanggung
oleh sesiapa yang sudah boleh membaca dan menulis sedikit sebanyak dan tidak
mempunyai masalah pendengaran.
UMNO termasuk Muhyiddin telah
membidas pihak Pakatan Rakyat, apabila rancangan itu disebut oleh Rafizi Ramli,
Pengarah Strategi PKR beberapa bulan dahulu. Kami di bawah ini tahu dan sedar,
kami ini bukanlah pemimpin atau menteri, tetapi ingatlah Muhyiddin, yang kita
ini pergi juga sekolah sikit-sikit dan sudah pandai menulis dan membaca
sikit-sikit.
Kami masih lagi mempunyai daya
ingatan dan isu ini adalah isu yang baru dan masih segar dalam ingatan kami.
Kami mungkin bukan orang pandai, tetapi kami tidaklah sebodoh yang anda
sangkakan. Tolonglah Muhyiddin, jangan memperbodohkan kami. Kami sedar yang
saudara mahukan undi dan sokongan dalam pilihanraya ini.
Tetapi bercakaplah dengan jujur
yang saudara juga boleh menurunkan kereta seperti yang dijanjikan oleh PR itu.
Janganlah pula usaha menurunkan harga kereta yang disebutkan oleh PR itu adalah
‘copycat’ daripada manifesto BN pula. Kalau hendak berbohong itu janganlah sampai
orang ramai tahu. Berbohonglah sekendak hati, tetapi jangan bohong saudara itu
nampak ‘menenggek’ sangat.
Apabila Muhyiddin cuba berbohong
kepada orang ramai yang tahu isu sebenarnya ini, mereka merasa tersinggung.
Takkanlah mereka semua ini tidak berotak, buta dan tuli pula. Muhyiddin mesti
ingat, di bawah ini masih ada orang yang boleh berfikir dan keramaian mereka
yang boleh berfikir ini bertambah dari hari ke hari.
Muhyiddin sendiri pernah memberi
kenyataan yang hanya 1% sahaja rakyat negara ini yang masih buta huruf, tetapi
kenapa Muhyiddin berani berbohong dan cuba mengelirukan pihak lain?
Banyak perkara telah ditiru dan
diusahakan oleh BN mengikut apa yang terkandung dalam buku jingga Pakatan
Rakyat itu. Tak apalah, tetapi berilah penilaian kepada Pakatan Rakyat yang
telah membuatkan BN melaksanakan apa yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat
itu.
BN sepatutnya berterima kasih kepada
Pakatan Rakyat kerana berusaha melaksanakan terlebih dahulu apa yang dicadangkan
oleh PR itu. Tetapi janganlah meremehkan pihak yang memberikan ‘idea’ yang BN
tiru dan cuba
untuk melaksanakannya.
Jagalah sedikit ‘dignity’
kepimpinan BN, sementara masih ada saki baki kuasa itu. Kalau dikaji dari sudut
moral dan undang-undang, BN tidak lagi mempunyai kuasa pada hari ini, kerana
sekarang ini negara ditadbir oleh pentadbiran kerajaan ‘care-taker’ sahaja.
Selepas ini tidak pula diketahui
isu mana pula yang Muhyiddin akan tuduh Pakatan Rakyat meniru dan menceduk ‘idea’
BN. Muhyiddin! berkempen lah sekuat mana pun. Itu hak saudara. Tapi jangan berkempen macam budak-budak. Bukan saudara sahaja yang pernah ke sekolah.
26 comments:
Salam Pak ASPAN,
Allah telah menentukan bahawa manusia ini apabila umurnya lanjut {sekitar 75 tahun ke atas} akan beransur-ansur menjadi pelupa, kembali ke perangai kanak-kanak dan lebih parah lagi menjadi pikun(nyanyuk).
Saya merasa simpati keatas apa yang dialami oleh TPM(tamat tempoh). Umur baru mencecah 60++ tetapi telah pun menyerlahkan kesemua tanda yang tersebut di atas.
KAAASIIIHAAAN !!!!
Entah lah saudara AA, kenapalah TPM yang saya perhatikan sebelum ini tidaklah seteruk sangat tiba2 tanduknya keluar dengan drastik sekali. Masih saya ingat, semasa nyawa politiknya nyaris berkubur semasa perlawanan dgn Datuk Ali Rastam, beliau pergi ke kota baru berkempen & bersolat dgn berkopiah putih, dgn wajah yg suci ajer...Wah! sekarang...Inilah wajah sebenar pemimpin, anak kepada guru ugama yang terkenal di Muar. Jangan lebih2 spin ceramah tok guru tan sri...nanti makan diri...
Hahahaha......ada juga menteri jadi pak pelawok...
TPM boleh menipu rakyat sebilang masa ttp TPM x boleh menipu setiap masa...mungkin TPM fikir rakyat terutama melayu mudah lupa..melayu generasi madey mungkin ttp tidak melayu skrg..melayu skrg akn kuburkan ameno pd PRU 13 nnt.. insyaallah
Selama ini saya menganggap cuma wajah Muhyiddin ini saja yang sembab dan nampak bodoh....rupa-rupanya memang bodoh pun.
Si sembab ini juga kadangkala terikut-ikut membuat kenyataan melulu terhadap pemimpin PAS seperti terhadap Tuan Guru Nik Aziz tanpa menyelidiki sepenuhnya apa yang sebenarnya diucapkan oleh TGNA. Walaupun berjawatan TPM Si Sembab ini berperangai macam bloger-bloger pencacai upahan UMNO yang tidak berpelajaran. Makin banyak Si sembab ini berbohong kepada rakyat makin banyak tompok-tompok hitam di wajahnya......
Saudara AA,tahniah kpd saudara dan Sak berhijrah keDAP, tentang TPM kwn saudara ini adalah org lupa diri yg tak terfikir yg dia tak cerdik, malu sebagai anak ulamak Muar, kalau dilihat dan dihalusi sekarang banyak ucapan dia mengarut dan berjelur tak tahu apa yg dicakap asyik bergoyang badan tandanya org yg tak confindence atas apa yg dia cakap. Org Johor tidak akanlupa akan kesalahannya semasa dia jadi MB dulu, saya menyokong dan menyeru agar rakyat Johor jatuhkan dia.
Standart politik org ulu. Sungguh memalukan kita mempunyai ahli politik yg tidak mempunyai idea yg bernas yg bercita2 utk menjadi Perdana Menteri
Saudara Datok Aspan,
It's been awhile I didn't comment on your blog but u definitely have done a very good job by writing a very fine article that not onlymopen d mind of rakyat but also the Pakatan, what the Administrators do is to fool the people outside the big city or even small town, n it's too bad at times becuz they control d mainstream medias, Pakatan must make more efforts to distribute and spread d news to these people becuz theybr d keys to Putrajaya...sometimes UMNO statements is very disgusting, n liked what u said, UMNO can only stay in power if WE are not well informed...thank you again Datok Aspan
muhyidin
mana dia jawatankuasa kaji beban guru punya dapaan. takkan dari 2010 tubuh tak selesai
thn lepas janji berita baik untuk guru tp hampeh..mulut tttutt
thn ni suruh pa doa panjang kerna ada berita baik..last2 untung atm dgn pdrm sbb depa ni nak diguna utk pru13.
heyy muhyidin kami ingat ko ni lg teruk dari najib la..
Menifesto PKR juga dikenali sebagai buku jingga sebenarnya sudah di hebahkan lebih kurang 2 tahun lepas di Stadium Malawati oleh dato menteri besar selangor.yang mana menifesto ini juga telah di cerca oleh puak-puak pemerentah UMNO masa itu. Inilah dia rupa UMNO pandai meniru saja.
Semoga lepas PRU13 ni yidin akan jadi ketua pembangkang yg efisen. Kenapalah ada pemimpin umno yg berfikiran macam org tak sekolah. Apa dia ingat semua rakyat bodoh?
Bilalah org kampung & felda nak sedar dari mimpi. Dah 55 tahun ditipu masih lagi menyokong. Pemimpin umno johorlah yg jual tanah2 melayu kpd rakyat singapura.
Dasar Wilayah Iskandar Johor jual tanah & rumah kpd pelabu luar terutama rakyat singapura. Org johor terutama melayu nak duduk mana?
Jual tanah = jual negara
umno/bn pengkhianat negara
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama jadi menteri.
Sakit hati betul bila Muhyidin kata Pas parti ajaran sesat semalam. Terasa nak tanya dia ajaran bagaimana yang dia kata betul sebab dia sendiri berbohong secara terang-terangan. Mengigil tangan dengar dia kata macam tu, kalau anak sendiri dah tentu kena penampar semalam...........
Muhyideen is a Joke...
Kalau SiBadut ini Jadi Perdana Menteri Malaysia dah sah Malaysia akan jadi Circus.
Peminat Circus
penulisan yang baik pak aspan...well done!!
Bang,
What is the because neh??
http://msomelayu.blogspot.com/2013/04/mahathir-minta-tanding-di-putrajaya.html
kah kah kah!!
Den ghaso nak carut2kan budak Muhidin ni tapi kawal je ayat2 yang nak di keluarkan. Penampilan dia memang macam org yg kurang tapi bila dia bercakap memang kurang pun.
Inilah ajaran mursyidul am UMNO/BN....mamak mahathir....ajarannyer "Melayu mudah luper"..jadi dia ingat org melayu dah luper...jadi bolehlah dia kelentong....dia tak tahu yg Malaysia nie buakan terdiri dari melayu sajer....dan melayu sekarang tidak mudah luper.....malah melayu kini berazam bhw parti sarang penjenayah UMNO/BN akan dikuburkan pada PRU 13 nanti.......JOM TUKOR....INI KALILAH.......
Kalau menifesto pun UMNO tak segan2 mencuri memang tidak heran lah kekayaan negara yang selama 55 tahun yang lepas habis disonglap oleh pemimpin2 lanun UMNO/BN tu, meninggalkan negara berhutang begitu teruk dimasa kini. Perkataan MALU tu memang tak jumpa didalam kamus UMNO. Apakah negara ni masih hendak Umno berkuasa lagi dimana kebanyakan pemimpin2 nya tidak layak langsung walau menjadi CEO dan pengurus syarikat atau organisasi kecil, apatah lagi memimpin sebuah negara? Jawapan nya - tentu lingkup, cuma tunggu masanya saje.
TPM kAKI kelentong 1 malaysia....bercakap ikut sedap mulut hingga dia sendiri tak tau apa yg dia cakap , itulah Mahyuddin...
saya yakin Muhyidin tahu dia sedang menipu..
tetapi penipuan ini terpaksa diteruskan..
sekurang2nya org2 kampung yg kurang terdedah dgn berita alternatif masih percaya dgn penipuan ini..
contoh paling mudah adalah keluarga isteri saya sendiri yg memang percaya bulat2 apa sahaja yg dtg dari akhbar utama serta TV..
Tak baik panggil si Sembab ni Sembab. Tak baik panggil Mahyudin tu Bodoh Walaupun dia nampak Bodoh dan memang Bodoh.
Akal dan mulut pemimpin bee end ini sudah tidak ada sambungan. Wayar antara keduanya sudah putus.
memang kita tidak ada pilihan dah
- by hook or by crook
- umno mesti dihapuskan
- bukan soal pemimpin2 nya merompak kekayaan negara
- tetapi
- lebih daripada itu
- pemikiran rakyat dijadikan semuanya bodoh , bebal ,dunggu & benggong , ini khusunya kpd org2 melayu umno
- 1 generasii melayu umno jadi bodoh , bebal , benggap & dunggu
- oleh kerana muhyidin ini dah sgt biasa berucap didepan org2 bodoh iaitu melayu umno
- maka
- dia beranggapan , semua rakyat malaysia khususnya melayu adalah bodoh , benggap , dunggu & bebal
Saya sokong Muhyiddin jadi ketua pembangkang. Senang nak balun otak dah tak de.
PR membantu rakyat dengan mengambil duit AP (cronies) untuk mengurangkan harga kereta.
BN ikut manifesto PR tetapi dia mengambil duit dari rakyat (kenakan cukai GST dan AES saman...dll) untuk mengurangkan harga kereta.
Rakyat perlu tanya dimanakan peruntukan wang untuk memberi BRIM 1200, turun harga kereta....dll.
Adakah Bn pimjam duit dari bank dunia untuk membiayai sumbangan manifesto?
sekarang dah RM 550 billions hutang negara. Selepas 2018 jadi RM 600 billions dan nagara akan bankrap.
Post a Comment