05 April 2013

Selagi BN berkuasa, Taib akan terus bermaharajalela

Taib Mahmud, yang enggan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), adalah petunjuk besar yang kekuatan pimpinan Persekutuan itu penting. Itulah sebabnya seorang Perdana Menteri itu tidak boleh mempunyai masalah undang-undang dan moral.

Sebuah negara berdaulat tidak akan mempunyai Perdana Menteri yang peribadi dan moralnya dipersoalkan oleh masyarakat dan rakyatnya. Itu sebabnya mana-mana Perdana Menteri yang dipersoalkan oleh rakyat tentang rekod peribadi mereka, pimpinan mereka akan berhadapan dengan berbagai-bagai masalah dan akhirnya rakyat yang menanggungnya.

Jika seorang Perdana Menteri itu tidak bersih dari sudut undang-undang dan moral peribadi, Perdana Menteri itu tidak akan mampu bertindak kerana beliau tidak akan dihormati oleh banyak pihak. Perdana Menteri yang tercalar imejnya dengan masalah moral tidak akan mampu bertindak terhadap kesalahan pimpinan yang di bawah mereka.

Taib mempunyai puluhan kereta semewah ini.
Dua minggu lepas saya ada menulis yang kes Taib Mahmud ini amat sukar untuk diperbetulkan. Walaupun Najib telah menyerahkan isu Taib Mahmud ini kepada SPRM, Taib dengan terang-terangan tidak mahu memberikan kerjasama beliau kepada SPRM. Sebaliknya Taib memberikan alasan yang SPRM itu nakal terhadapnya.

Najib mungkin bersungguh tidak mahukan Taib Mahmud memimpin Sarawak lagi, tetapi Najib tidak berdaya untuk meminta Taib untuk bersara atau pun berundur dari kedudukan yang beliau pegang sejak 30 tahun dahulu. Sebabnya mudah. Jika Taib dikatakan terpalit dengan isu rasuah yang besar-besar, Perdana Menteri seperti Najib tidak mungkin dapat melakukan perubahan di Sarawak. Saya telah menulis, jika Najib meminta Taib berhenti dari memimpin Sarawak kerana isu rasuah yang keterlaluan itu, Taib akan membalas balik dengan menunjukkan ‘middle finger’ beliau kembali kepada Najib.

Taib kaya lagi dari kerajaan Sarawak

Penolakan Taib untuk bekerjasama dengan SPRM itu merupakan memberikan Najib ‘middle finger’ itu kepada Najib. Najib sendiri mempunyai masalah yang berlori-lori, bagaimana beliau hendak menyelesaikan masalah Taib di Sarawak? Taib boleh mempermainkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong itu kerana Taib sudah menjadi seorang Maharaja besar di negara ini.

Saya merasakan SPRM perlu memulakan tindakan undang-undang terhadap Taib kerana keengganan beliau tidak mahu bekerjasama dengan SPRM itu. Saya berpendapat SPRM yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong itu tentu ada peruntukan yang membolehkan Taib ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah kerana keengganan beliau bekerjasama dengan SPRM itu.

Tetapi pendeknya saya bermaksud jika seorang Perdana Menteri tidak bersih dari segi undang-undang dan moral kes seperti kes Taib Mahmud ini tidak akan dapat diselesaikannya dengan baik. Najib sendiri mempunyai masalah yang sama, tidak mungkin beliau mampu untuk bercanggah dengan Taib Mahmud dalam semua isu.

Kita sedang menunggu dengan sabar apakah tindakan Najib terhadap Taib yang telah mencerobohi undang-undang negara itu. Isu ini juga merupakan isu yang boleh dijadikan asas pertimbangan dalam pilihanraya kali ini.

Kita memerlukan karektor yang kuat untuk menyelesaikan isu seperti ini dan karektor ini tidak ada di dalam barisan kepimpinan UMNO (MKT) sekarang ini. Jika Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan mental, moral dan tidak bersih dari isu rasuah, isu Taib tidak akan dapat diselesaikan. Jika BN menang dalam PRU ini, Taib akan terus bermaharajalela.

Fikir-fikirkanlah.

10 comments:

Anonymous said...

Pak Aspan

Saya berpendapat, budaya sebegini di dalam UBN bermula dengan restu Mahathir yang menyimpan sisi gelap orang2 bawahannya, membiarkan kebejatan moral berleluasa dan menutup sebelah mata selama mana beliau berkuasa dengan niat supaya tiada yang berani untuk bertindak menentangnya di kemudian hari.

Sesiapa yang kelihatan hampir terlepas dari kawalannya, maka dengan tiba2, fail2 kemungkaran akan terhidang di depan mata sedia untuk disebarkan ke khalayak. dan apabila Anwar bertindak untuk menentangnya dan bersedia untuk mendedahkan salah laku Mahathir, dia menjadi gabra.oleh kerana Anwar itu tidak mempunyai fail2 yang dimaksudkan, maka bermula la episod drama yang sudah maklum oleh rakyat malaysia.

Taib Mahmud dan Najib ini hanyalah sedikit contoh 2 babak yang ada dari beratus2 episod drama yang diarah dan dimulakan projek nya oleh Mahathir beberapa dekad yang lalu.

Anonymous said...

Salam tuan,

Bukan taib saja untouchble, madey,daim dan malaon BN yg lain termasuk PM sama aje. Mereka ni semua berada diatas undang2 termasuklah undang2 SPRM. Jadi memanglah sitaib ni bengang pasal apa dia sorang yg kena. Rasanya kalau SPRM mampu bertindak keatas semua malaon2 BN barulah sitaib ni akur. Hanya dgn Putrajaya bertukar tangan barulah parasit2 BN ni ternyah dari muka bumi.

Anonymous said...

Skrg sudah jelas..Agong..sekarang hanya boneka..tiada bezanya kerajaan umno dan kerajaan british..

Penyangak penyangak utama negara beranggapan..jika mahadey tidak di kenakan tindakan kenapa mereka pulak..kerana kesalahan mereka dahulu..adalah disebabkan mahadey...

Mahadey la kepala tuako..segala penyelewengan pembesar bn...

Anonymous said...

Beliau adalah Raja Sarawak berketurunan Melanau Laut......

ahmadyani said...

SPRM juga perlukan ketua yang berani dan berwibawa, baharulah dapat melayan orang macam taib ini.

Anonymous said...

Bila PR perentah nanti carilah setiap kekayaannya dan gunakan segala undang2 yang ada untuk dapatkan setiap sen yang diselewengkan...Rakyat semenanjung lihat ini satu penghinaan kepada pemerentah yang dayus dan penakut...

Anonymous said...

Siasat ajelah...inisiatif telah di lakukan oleh global witness. Katanya Rakyat didahulukan, tapi nampaknya, Rakyat dibahlulkan lagi..wahai saudaraku rakyat Sarawak..bersama kita sokong Pakatan Rakyat untuk mengheret lembu tua ni ke muka pengadilan.

Anonymous said...

Taib mahmud memalukan seluruh umat islam kerana kegiatannya.

Anonymous said...

Apabila rasuah telah menjadi ideologi dlm parti umno maka perbuatan hina ini tak rasa macam hina.

Anonymous said...

Islam..... Bini mati suruh kakitangan kerajaan dtg baca Yasin dirumahnya.....dia Dan anak2 Nya x nampak ....klu staf x pi diambil tindakan....orang srwk perlu tanya ke napa perlu pang kah Dan sokong bee..end? Ini Kali lah. Macc hanya patuh pd agong....Jln tjwp Serta amanah anda wahai MACC.....TAKUT MANUSIA OR ALLAH(swt) tanya sanubari anda.