Kenapa PKR meletakkan Wan Azizah
sebagai pengganti Khalid, semua orang tahu sebabnya. Kenapa PKR tidak meletakkan
Azmin Ali, Pengerusi PKR Negeri Selangor, ke jawatan itu pun semua orang tahu.
Sebagai seorang yang mengetuai parti di Selangor Azmin sebenarnya adalah orang
yang ‘legitimate’ untuk mengambil alih Khalid jika benar Khalid tidak lagi
mendapat sokongan dari Dewan Undangan. Malahan ramai bertanya kenapa selepas
pilihanraya ke13 dahulu Azmin tidak dibawa ke Istana untuk mengangkat sumpah
jawatan Menteri Besar itu?
Jika Anwar dan PKR menganggap
Khalid tidak sesuai lagi dan perlu diganti, mencadangkan Wan Azizah itu juga
merupakan satu ‘misadventure’ bagi PKR. Keadaaan di Selangor tidak kan kembali seperti
dahulu kala lagi. Azmin bukannya seorang yang sakit atau mengidapi penyakit mental atau sebagainya. Azmin sihat dan segar
bugar. Beliau adalah Ketua PKR Selangor dan juga seorang Ahli kepada Dewan
Undangan Negeri Selangor.
Azmin merupakan seorang arkitek
pembinaan PKR dan beliau bukan calang-calang orang untuk tidak dipertimbangkan
kepada jawatan ini. Nasib Azmin yang tidak dipandang oleh pucuk pimpinan PKR
ini juga adalah diatas pertimbangan politik peribadi seseorang atau keluarga
seseorang itu.
Bukan tidak ada desakan untuk
Azmin ditempatkan ke jawatan itu. Kenapa hendakkan Wan Azizah juga? Tetapi
persoalan itu hanya boleh dijawab oleh Anwar Ibrahim dan keluarganya sahaja.
Jika kita sebut sebabnya yang benar, nanti kita akan dinafikan kebenaran itu.
Kalau hendak mencari setakat
orang baik, mungkin bilal dan imam di mana-mana masjid di Kuala Selangor dan
Tanjung Karang ada yang layak untuk menggantikan Khalid Ibrahim ini.
Nama Azmin ini bukan terbit dari
saya atau sesiapa, tetapi itulah yang saya dengar berlegar dipemikiran orang
biasa di bawah-bawah ini dan saya bersetuju dengan pandangan itu. Saya sendiri
mengenali Azmin dan pernah duduk bercakap tentang apa yang berlaku dalam politik
negara.
Adalah tidak adil bagi saya untuk
menafikan yang Azmin adalah seorang yang mempunyai ‘sisek’ kepemimpinannya.
Beliau mempunyai pemikiran dan jiwa yang mantap untuk menjadi calon pengganti
kepada Khalid jika Khalid terpaksa juga berhenti. Azmin menjaga bukan
sahaja kekuatan mentalnya, tetapi beliau juga menjaga kesihatan tubuhnya
seolah-olah sudah bersedia untuk menyeliakan sebuah negeri yang maju di negara
ini.
Tetapi apa yang menyebabkan
beliau dipinggirkan tidak dapat ramai yang tahu. Hanya Anwar boleh memberikan
jawapannya walaupun agak ramai juga yang boleh ‘menyelam air dalam tunggak itu’.
Relatively speaking, memilih Azmin itu adalah lebih dari okay. Yang nyata Kajang Move dahulu merupakan satu tindakan yang menghasilkan apa kita semua lihat hari ini. Ia tidak berapa nak menjadi.
3 comments:
Azmin berjaya kumpul kekayaan untuk dirinya , termasuk untuk ummi hafilda yang memfitnah Anwar serta untuk Azwan Ali amboi amboi amboi dan juga untuk kroninya. Tiada beza Azmin dengan pemimpin umno yang akan melahap harta negeri Selangor jika beliau naik jadi MB. Bukan Anwar tak tahu bagaiman Azmin menyusun orang-orangnya dalam PKR , malah Wan Azizah sebagai presiden PKR juga boleh disingkirkan jika Azmin mahu. Apa pilihan Anwar ada? Pilih selain Azmin akan jadi pepecahan , pilih Wan Azizah PAS pula tak mahu ..
Kajang Move, the move that breaks PKR and Pakatan Rakyat. Next time think before you leap Anwar. I am sick of watching the acting and the political drama of Selangor.
Tell us why we should not withdraw our support to Pakatan Rakyat. We gave you the mandate not for you to back stab each other DSAI.
You take our softness as weaknesses. Please stay away from Selangor and do something better in Penang.
Azmin memang mempunyai ketokohan sebagai seorang pemimpin. Cuma masalah azmin ialah beban yang dibawa. Dia terlalu banyak menyimpan hanturaya dibelakangnya.
Jika azmin jadi MB ia akan jadi macam dr mahathir. Pemimpin bijak tetapi trailer yg dibawa akan membawa kerosakan.
Apa pun, anwar ialah kepala trailer
Post a Comment