Selalu saya bercakap dan menulis
yang sifat ‘greed, anger and foolishness’ merupakan racun yang amat berbisa
bagi seseorang atau pertubuhan. Dalam isu politik di Selangor ini ketiga-tiga
racun berbisa itu wujud dengan nyata di kalangan pimpinan atasan dalam PKR
mahupun dalam parti-parti seperti UMNO dan DAP. Mereka bercakaran bukan kerana
hendak membangunkan negara, tetapi mereka bercakaran kerana kesemua mereka
adalah ‘social and political climbers’ yang tidak dapat mengelakan diri mereka
dari menjadi hamba kuasa dan wang ringgt.
Tanpa mengulangi apa yang sedang
berlaku, yang pasti kini, Pakatan Rakyat tidak lagi mempunyai kerajaan di
Selangor. Dengan pemecatan Khalid dari parti PKR maka Pakatan Rakyat sudah
tidak lagi mempunyai kerajaan yang sah di Selangor kerana Menteri Besar yang
mengetuai kerajaan itu bukan lagi ahli kepada mana-mana parti dalam Pakatan
Rakyat. Kerajaan Selangor telah di bunuh oleh PKR sendiri.
Sekali gus Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Selangor sepatutnya berhenti kerana Menteri Besar yang melantik
mereka semasa beliau menjadi ahli PKR sudah di pecat dari menjadi ahli parti
itu. Ada
pemimpin dalam Pakatan meminta Exco kerajaan PKR supaya jangan meletakkan
jawatan sedangkan mereka sepatutnya sudah tidak lagi memegang jawatan itu.
Elok di buat pembetulan kepada
pandangan ini. Yang melantik Exco-exco kerajaan negeri itu adalah Menteri Besar
dari Pakatan Rakyat, bukannya Pakatan Rakyat. Jika Menteri Besarnya sudah tidak
mendapat kepercayaan parti itu dan dipecat maka Ahli-Ahli Exco kerajaan itu
secara naturalnya hilang kedudukan mereka sebagai Exco itu. Maka kerajaan
Pakatan Rakyat di Selangor sesungguhnya telah terbubar dan yang tinggal
hanyalah Menteri Besar yang tidak berada dalam mana-mana parti. Khalid Ibrahim
kini adalah Menteri Besar bebas.
Kita perlu ingat yang jawatan
Menteri Besar itu masih di sandang oleh Khalid dan Khalid boleh melakukan
rombakan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
yang baru selagi beliau masih menjadi Menteri Besar. Jadi arahan DAP dan
Pakatan Rakyat yang menyatakan Exco Kerajaan Selangor kini mesti mengikut
arahan Pakatan Rakyat adalah satu tindakan yang agak aneh juga. Mana dia Exco
kerajaan negeri sekarang? Mereka (Exco) adalah lantikan Menteri Besar Pakatan
Rakyat Khalid Ibrahim, tetapi Khalid sudah tidak lagi menjadi ahli PKR.
Kabinet Negeri itu adalah Kabinet
Khalid bukannya kabinet Pakatan Rakyat. Sebelum Khalid berjaya di berhentikan,
beliau sepatutnya melantik Kabinet Negeri yang baru untuk kerajaan negeri
berfungsi.
PKR mesti mengemukan nama Wan
Azizah sebagai yang di kehendaki oleh PKR dan Ketua Umum PKR itu. Tetapi
keadaan belum membenarkan nama Wan Azizah di cadangkan kerana Khalid masih ada
sebagai Menteri Besar negeri itu.
Khalid masih mempunyai kuasa
untuk menasihati Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, dan mengadakan
pilihanraya negeri dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu.
Apa yang perlu PKR lakukan
selanjutnya jika tidak mahu pilihanraya negeri di adakan ialah dengan
mengusulkan undi tidak percaya terhadap Khalid. Tetapi bolehkah Pakatan Rakyat
mendapatkan suara majoriti dalam Dewan undangan Negeri itu?
Tetapi yang lebih selesa bagi
rakyat membuat keputusan muktamad dan menyelesaikan masalah besar yang sedang
di hadapi oleh kerajaan negeri Selangor ialah dengan Khalid mengadakan
pilihanraya negeri.
DAP telah menggertak PAS yang
jika di adakan pilihanraya kecil negeri kali ini PAS akan tersungkur, tetapi
itu hanya pandangan DAP sahaja. DAP amat takut untuk mengulangi pilihanraya
sekali lagi. DAP sebenarnya akan menghadapi masalah yang besar juga untuk
mengekalkan jumlah kerusi yang mereka menangi pada pilihanraya umum yang lalu.
Jika pilihanraya negeri di adakan
sekali lagi aura sokongan rakyat tidak akan sekuat dahulu dan tidak mungkin
aura sokongan itu akan menjadi sama seperti dalam pilihanraya umum yang lalu.
Malahan PAS bagi saya akan mempunyai kelebihan jika parti itu mempunyai
‘understanding’ dengan UMNO.
Jika Khalid memanggil pilihanraya
negeri sekali lagi PKR dan DAP tidak mempunyai masa yang cukup untuk memulihkan
keyakinan rakyat yang sudah jatuh merudum sekarang ini. Lagi pun rakyat sudah
mengetahui yang Anwar hampir sudah pasti tidak akan menyampaikan hajatnya
untuk menjadiPerdana Menteri kerana masalah yang beliau hadapi dengan perundangan
negara yang melibatkan kes sodomi beliau.
Itu sebabnya DAP amat takut jika
PAS tidak lagi bersama Pakatan Rakyat kerana PAS mempunyai kesempatan untuk
kekal di Selangor dengan jumlah kerusi yang ada membolehkan parti itu sandar- menyandar dengan UMNO.
Pemimpin veteran DAP terlolong
apabila mendengar cadangan supaya Khalid menjadi ahli PAS dan PAS bekerjasama
dengan UMNO. Mereka mengutuk cadangan itu dan menganggap PAS sebagai
pengkhianat.
Tetapi PAS boleh bertanya kepada
diri mereka sendiri, apa bezanya mereka bersama UMNO dengan bersama mereka
dalam Pakatan? Masalahnya sama besar dan retorik yang menyatakan PR itu dengan
perjuangan untuk membersihkan negara dari politik kotor itu tidak sampai
kemana.
PKR dan Pakatan Rakyat hanya
menumpukan untuk mengajak rakyat sejak belasan tahun dahulu untuk menyelamatkan
politik Anwar sahaja sehinggakan berperang kita sesama kita kerana kesalahannya
sendiri. Anwar mempunyai 'baggage' yang terlalu besar dan ia terlalu berat untuk
mengendung masalah beliau yang tidak berkesudahan itu. Itu sebabnya blog ini
pernah menulis beberapa hari yang lalu, jika Anwar yang berhenti banyak masalah
besar akan dapat di selesaikan.
Maksud saya yang selayaknya
berhenti ialah Anwar, bukannya Khalid. Jika Anwar sudah bersara maka PAS akan
lebih selesa kerana tidak perlu menahan ragam Anwar sepanjang masa lagi kerana
untuk membetulkan kerosakan oleh UMNO itu merupakan perkara yang amat mendesak
untuk masa depan negara dan generasi yang akan datang.
Hendak membetulkan keadaan negara
jika tambah pula dengan tugasan untuk menutup dan menyelesaikan masalah Anwar
itu merupakan beban yang terlalu berat untuk di pikul terutamanya oleh PAS.
Masakan kita akan berjaya untuk
membetulkan keadaan negara jika perjalanan masih jauh disamping itu mengendung
pula beban yang di sumbangkan oleh Anwar yang berat itu?
Kita tidak boleh mendapat kesemua
kehendak kita dalam hidup ini. Justeru jika PAS bertindak tidak bersama dengan
PR seperti yang di war-warkan oleh setengah pihak itu, ia merupakan berita yang
baik kerana dengan tidak bersama PKR dan Anwar itu, maka sebahagian besar beban
yang dipikul selama ini dapat di ringankan dari bahu PR.
11 comments:
Apa yang belaku ,dan tindakan PKR dan PR ,OK kot ?.
Ianya hanya akan salah jika dibuat olih UMNO sahaja!.
Kobou Den tengah relex mengunyah rumput yang diragut terdahulu.
Pak Aspan,
Saya rasa yang paling ketar lutut jika snap election diadakan adalah parti yang mencetuskan krisis ini PKR.Semua orang tahu di atara 3 parti PR merekalah yang paling lemah.DAP saya rasa mungkin kekal undi dari kaum Cina,PAS mempunyai ahli akar umbi yang taat,BN terutama UMNO sokongan ahli mereka tidak berganjak,tetapi PKR apa yang bolih kita katakan dengan pergolakkan parti sekarang,pemilihan parti tergantung,pecat memecat,gantung ahli,nepotisma dan kronisma berleluasa,fitnah,sebut saja apa keburukan lawan yang mereka selalu laungkan berlaku pada mereka.Rakyat terutama atas pagar bukan buta dan dunggu saperti ahli parti PKR untuk menilai semua ini.Kwsn yang PKR menang tipis pada GE 13,belum tentu menang sekali lagi,saya rasa hendak menang 5 kerusi pun susah.Jika begini kisah nya salahkan diri sendiri kerana golojoh dan tamak,yang dikejar tak dapat sebalik yang dikendong berciciran.
Hikmah besar disebalik peristiwa ini adalah rakyat berinternet dlm menilai akhlak pkr dari pemimpin smpi blogger2 upahan mereka. Dari tuduhan, makian, character assasination, tohmahan, psyop....dgn menggunakan internet to the utmost. Smpi akhbar internet yg kononnya menaja freedom of press....jadi lidah x rasmi pkr.
Klu pun pas kekal dlm pr...next pru...pkr is on their own...x mungkin jentera pas nk menolong lagi anjing yg tersepit.
And klu pas kuar pr...it is better for dap to form alliance only with pas.
TSKI patut masuk PAS, lepas tu bertanding di DUN Kelantan. PAS Kelantan dan ulama PAS patut sokong TSKI jadi Menteri Besar Kelantan.
Ini baru betul, Kelantan dan PAS dapat nama baik punya... bila TSKI berjaya mentadbir Kelantan menjadi negeri terkaya di Malaysia. Apa macam Pak Aspan, baguskah komen macam tu.
Jadi TSKI tak payahlah sibuk di Selangor jika dapat menjadi Menteri Besar walaupun di negeri lain.
Sokong BN duit rakyat hilang, sokong PR pemimpinnya tikam sesama sendiri. Malang sungguh rakyat Malaysia mempunyai pemimpin yang tidak amanah dan haru-biru.
Pak Aspan...
niat penguasa zalim & bacul hanya utk memenjarakan Anwar Ibrahim bagi menghalangnya terus bergerak dalam politik yg sudah menjadi darah dagingnya....saya tak nampak apa yg dibuat oleh Anwar dalam kemelut langkah Kajang & MB Selangor , mampu menghalang niat penguasa zalim dari memenjarakannya.Apa yg saya nampak beliau cuba berbuat sesuatu yg berfaedah utk partinya sebelum beliau disumbat ke Sg Buloh.
Pak Aspan menulis...Anwar bersara byk masalah akan selesai?? Masalah apa ?? Masalah rasuah akan berkurangan ke ?? Najib punye adik antara terkaya di Malaysia , Dr M punye 2 anak lelaki antara terkaya . Antara status quo Najib yg mati2 beliau pertahankan dengan kununnya Anwar gila kuasa...mana lebih logik ?
Anwar bersara , hanya masalah rasuah & penyelewengan kuasa 50 tahun umno BN yg akan selesai bawah karpet . Masalah rasuah & masalah rakyat yg kena bayal tol sampai hujung nyawa tidak akan selesai. Tkasih.
Parti berasaskan kaum tidak dapat menyatu-padukan komposisi kaum di Malaysia, begitu juga parti yang berasaskan ugama. Sebab itu di Malaysia hubungan antara kaum dan ugama sukar disatukan, ada saja yang tak kena. Saya berpandangan parti yang tidak berasakan kaum dan ugama perlu diwujudkan, maksud saya parti yang diwakili oleh pemimpin2 dari pelbagai ugama dan pelbagai kaum. Agenda politiknya adalah berteraskan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum ataupun ugama.
mmg betul elok Pas berdiri sendiri keluar Pakatan. disebabkan perbezaan yang jauh dari matlamat perjuangan dengan DAP inilah Anuar menggunakan nya untuk kepentingan diri. Tapi sikap Pas dah bagi byk kerusi utk PKR agar perintah Msia Konon untuk menyatukan tapi dah menghuruharakan nya. Anauar mmg bijak mencari kesempatan tu. Negeri Selgor boleh huru hara kalau dah Msia nanti mcmmana tak hancur kita semua....mungkin dulu anuar di landasan betul ...skrg sudah lain...fkir tempolok sendiri sahaja. Kalu najib suruh rosmah bertanding dan lantik rosmah pengang jawatan..bagaimana gak nya dia buat road show seluruh malaysia....sekedar pendapat yang tak seberapa jer ni
Sdr Suffian,
Sudah sudahlah mempertahankan idol sdr itu.Siapa yang mempenjarakan DSAI,Kjaan ke Makhamah. Apabila Makhamah memberikan keputusan yang memihak pada anuegarah Tuhan sdr tu,melambong tinggi memuji keputusan yang adil dan jika sebaliknya tuduh kjaan zalim.Saya rasa yang zalim di sini adalah Anuar sendiri menzalimi diri dengan melibatkan diri dalam activiti tak bermoral dan orang yang saperti sdr yang senantiasa mempertahankan beliau.atau memberi moral support.Masaalah rasuah tidak akan selesai walau pun Anuar jadi PM,selagi kawanx sdr dari DAP wujud sebab mereka ini lah memulakannya.Saya rasa semua faktax yang sdr tuliskan mengenai Anuar di atas adalah amat jauh dari apa yang beliau miliki sekarang...bukalah mata,gunakan otak,rajinx sikit cari fakta yang sahih,elakkan dari ditipu,buat rumusan yang rasional bukan emotional dan dgn cara ini saya rasa sdr tidak akan merapu membuat komen.
Persoalan mudah yang dibangkitkan oleh Sdr Suffian, kenapa susah sangat untuk difikirkan? Harga minyak petrol, gula, tol, tarif elektrik, GST dan pelbagai lagi yang membebankan rakyat adakah akan diturunkan sebaik sahaja Anwar bersara?
Kemelut yang berlaku di Selangor itu tentunya ada perkara rahsia yang masih belum diketahui. Yang jelas UMNO mempertahankan TSKI, kenapa? Jika diselami ia ada muslihat serampang dua mata. Mana mungkin Anwar terlalu bodoh dalam tindakan politiknya.
Assalamualaikum Pak Aspan. Kenapa berlaku pelbagai permasalahan dimasa kini? Pada pendapat saya semua ini berlaku atas kejahilan masyarakat dalam menilai apa itu politik. Politik adalah satu perjuangan? Mana perjuangan? Apabila masyarakat sudah buta politik maka mereka mereka yang ingin mejadi pemimpin akan mengambil kesempatan dalam kesempitam. Lihatlah cara berpolitik sekarang, siapa yang ikhlas menegur dianggap penentang maka sebab itulah para bijaksana susah dapat jadi ahli? Tak kurang juga yang hilang keahlian ketika musim pemilihan. Apa agenda bapa bapa yang ada sekarang lakukan bagi memastikan keselamatan anak cucu kita selain mengejar kekayaan? Apakah dengan segala permasalahan moral yang ada masa kini tidak merisaukan anda? Buang anak,bunuh ibu bapa,bunuh atok dan nenek, penindasan dan pelbagai lagi. Saya rasa agenda orang orang yang tidak bertanggungjaqa bagi merosakkan anak bangsa kita sudah 80 peratus berjaya. Kenapa? Orang sorak kita pun sorak, akhirnya menang sorak kampung tergadai. Faham benarkah kita dengan politik zaman sekarang? Kemana hilangnya suara suara lantang yang berani menegur bagi kebaikkan parti? Apa yang telah hilang dalam sebuah perjuangan? KeIKHLASan? Segalanya money talk hinggakan bab agama. Apabila hilang ikhlas maka timbullah generasi yang dia katakan cerdik tak boleh dan bodoh tak boleh diajar. Siapa yang menyiapkan grand design politik dunia dan negara? Saya ingin bertanya disini, siapa Tun M? Apakah kita semua makhluk yang telah diacuankan beliau? Melayu mudah lupa. Siapa kata. Bila melayu mudah lupa senang kerja. Tukar cerita baru lupa cerita lama. Tapi ingat cerita P.Ramli orang ingat sampai bila. Tak semua mudah lupa. Cuba tuan tuan kaji semula sejarah perletakkan jawatan Tun M sebagai PM. Apa yang menyebabkan beliau meletak jawatan ketika itu? Ulang balik rakaman ketika beliau mengumumkan perletakkan jawatan. Saya dak letih, I had enough, saya nak rehat dll. Sekarang tak letih pun diarak kesana sini? Baik, setelah 22 tahun jadi boss kepada Pak Lah(yang kononnya bodoh) dan DS Najib (kononnya bijak) apakah Tun M tak tahu tentang kebodohan Pak Lah dan cerdiknya Najib. Akan tetapi kenapa sibodoh didahulukan. Tidakkah untuk buat come back dalam pasaran. Inilah sikap sikap yang masih panas dalam parti. Sayang kedudukkan. Apa salahnya, dah habis diam sudah ler. Ini semua berlaku kerna pemuda hilang kekuatan atau jati diri. Dahulunya kita memilih yang terbaik disekalangan kita untuk memimpin tapi sekarang kita memilih siapa yang tabur lebih dia yang menang. Orang yang bodoh tapi berwang dapat jadi pemimpin jadi janganlah rasa tak puas hati kerna sedikit wang sudah cukup untuk kita menggadai maruah anak cucu. Apabila kaldai dilantik untuk memimpin inilah yang berlaku? Asal ditubuhkan atas dasar ALIF, BA, TA. Kemana hala tuju agama kita sekarang? Majoriti sekarang ulama akedemik? Apa ulama pondok tak dak nilai ke? Siapa yang memperkenalkan sistem bersijil dalam dunia Islam dan kenapa ia diperkenalkan jika bukan bermotif untuk menjajah mentaliti ummah. Banyak ayat dalam al quran mengatakan,"maka rugilah mereka mereka yang mempunyai mata tidak mahu melihat dan telinga tidak mahu berfikir dan beruntunglah mereka mereka yang mahu berfikir". AKAL fungsinya adalah untuk berFIKIR. Bukan untuk meniru. Ini apa orang cakap angguk dan geleng. Kalau dah tak faham tanya jangan ikut membuta tuli. Jadi berhentilah kerja mengutuk orang kerna kita tak hebat mana pun. Jadilah bangsa yang suka ingat memperingati baru bolih seFAHAMan.
Post a Comment