10 August 2014

Jika ayam tidak berkokok, hari akan siang juga

Saya amat yakin yang untuk mendapatkan pembaharuan dan kebaikan, kita perlu melalui yang terburuk. Apabila keadaan menjadi terlalu buruk maka kebaikan akan mendatang. Apa hikmah yang akan mendatang yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu. Bagi kita yang penting ialah untuk mencari jalan dan penyelesaian yang terbaik bukan sahaja untuk diri kita, ia juga yang terbaik bagi negara dan rakyat yang ramai.

Isu di Selangor tentunya salah satu dari perkara yang saya sebutkan tadi. Mesti ada yang kecundang, malahan apa yang berlaku kini membolehkan pembersihan diri bagi pemnimpin-pemimpin yang sedang bergolak sesama sendiri sekarang ini.

Besok kita akan mendengar apa keputusan PAS dalam menentukan sikapnya berhubung dengan isu yang di hadapi oleh Pakatan Rakyat Selangor. Jika di nilai dari keputusan awal, Dewan Ulamak PAS tetap tegas dengan keputusan untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar dan ia perlu di hormati oleh ahli-ahlinya terutamanya dikalangan Ahli-Ahli Dewan Undangan negerinya di Selangor.

Amat janggal jika PKR meminta semua ADUNnya taat dan setia kepada parti maka tentulah tidak menyalahi moral jika ADUN-ADUN dan ahli-ahli PAS juga menghormati kepimpinan partinya itu. PAS sudah biasa bersendirian dan parti itu masih wujud, malahan PAS tidak lagi parti yang bertompok-tompok sokongannya tetapi parti itu berada di mana-mana dalam Semenanjung Malaysia ini.

PAS nampaknya tegas dengan pendirian dan ia tetap akan mengambil keputusan berdasarkan kepada keputusan yang di ambil oleh Dewan Ulama nya. PKR tidak boleh marah dengan keputusan itu kerana dalam politik ini banyak keputusan di ambil bukan setakat dengan apa yang tersurat, tetapi yang lebih baik lagi ialah keputusan yang berdasarkan apa yang tersirat.

DAP dan PKR mungkin mengkritik PAS kerana tidak bersama dalam isu Khalid ini, tetapi PAS juga boleh memberikan alasan yang ahli-ahli Pakatan Rakyat juga wajar menghormati apa yang diminta oleh PAS. Jika tidak bertemu keserasian diantara kedua pihak berpisah bukannya tindakan yang tidak baik. Jika tidak mahu pertelingkahan yang berterusan maka perpisahan itu adalah wajar berlaku.

Dalam isu Selangor ini tidak ada pihak yang sepatutnya memaksa mengambil keputusan yang berat bagi PAS untuk mengambilnya. Walaupun banyak keputusan yang di ambil oleh PAS dalam banyak hal tidak berapa selesa, tetapi adalah tidak betul memaksa PAS membuat keputusan yang tersangat berat bagi PAS untuk bersama. Tekanan terhadap PAS oleh Anwar begitu kuat sehinggakan PAS sendiri terutamanya dikalangan ulama PAS sudah sampai ketahap yang mereka tidak dapat menerimanya lagi.

PAS tidaklah begitu tegas terhadap kemahuan Anwar ini, malahan selama ini PAS telah memberikan Anwar begitu banyak laluan dalam banyak perkara. Tetapi jika PKR dan Anwar mengambil kelembutan PAS itu sebagai kelemahan yang boleh di ambil kesempatan, itu adalah satu sikap yang sangat tidak bermoral. Hanya kali ini PAS mengambil keputusan dengan tegas takkan lah sampai menganggap PAS sebagai pengkhianat kepada Pakatan Rakyat pula.

Apa yang Anwar sebenarnya mahukan? Sesungguhnya PAS juga ada maruahnya dan pimpinan mereka juga ada yang berkualiti yang tidak mempunyai masalah peribadi. Sampai bila Anwar mahu menggunakan orang lain untuk menyelesaikan masalah peribadi beliau?

PKR menggunakan isu-isu yang tidak begitu betul secara ‘expedient’ bagi menghalalkan tindakan mengenepikan Khalid. Jika Khalid mempunyai isu seperti yang di sebut oleh PKR dan Anwar sendiri, Anwar juga mempunyai masalah yang besar dan telah diputuskan oleh Mahkamah. Isu terhadap Khalid belum pun di tentukan salah benarnya seperti yang di sebut oleh Majlis Syura PAS.

Tetapi isu yang dihadapi oleh Anwar sudah nyata kesalahan Anwar. Buat setakat ini Anwar telah di dapati bersalah dalam isu sodominya. Keputusan Mahkamah itu rasmi. Anwar hanya akan terlepas jika Mahkamah Persekutuan melepaskan beliau dari tuduhan itu. Pakatan Rakyat sepatutnya selesaikan masalah yang di hadapi oleh Anwar dari mencari masalah terhadap orang yang belum di tentukan kesalahanya.

Tetapi kumpulan ini menuduh keputusan mahkamah itu sebagai ‘conspiracy’ politik terhadap beliau. Semua yang terkena kepada Anwar itu adalah ‘conspiracy’ politik. Apa yang di tuduh terhadap UMNO itu benar. Tuduhan Anwar yang UMNO menggunakan 40,000 pengundi haram dari Bangladesh itu benar dan apa sahaja tuduhan terhadap beliau itu adalah ‘conspiracy’ politik. Semua orang berniat jahat kepada beliau dan semua niatnya adalah niat yang baik-baik yang halal dan toyibah.

Manusia ada juga batasan kesabarannya apabila menghadapi sikap dan kelakuan pemimpin seperti ini. Pemimpin-pemimpin yang lain tidak ada kerja dan tugasan lain selain dari menyelesaikan masalah peribadi beliau sahaja.

Semua pihak sepatutnya menumpukan pembetulan yang sangat terdesak hasil dari kerakusan UMNO dengan kuasa sekarang ini.  Jika Pakatan Rakyat berhajat untuk menjadi barisan ‘alternative’ adalah penting orang yang menerajui pimpinan ‘alternative’ itu keluar dalam keadaan yang bersih dari banyak masalah peribadinya.

Pemimpin yang sarat dengan masalah peribadi tidak akan mengambil keputusan dengan tepat kerana semua keputusannya terpaksa memasukkan agendanya sendiri. Kalau tiada Anwar tidak semestinya perjuangan tidak akan mendapat rahmat. Yang baik akan tetap mendatang, hanya menunggu masanya sahaja kerana masa untuk berjumpa dengan penyelesaian itu di tentukan oleh Yang Maha Penentu.

Kata orang, jika ayam tidak berkokok hari tetap akan siang juga.

11 comments:

Anonymous said...

"Kata orang, jika ayam tidak berkokok hari tetap akan siang juga".

Benarlah tu..Tanpa Khalid Ibrahim PKR dan PR terus hidup. Pemimpin datang dan pergi, parti masih kekal.

XUMNO said...

Pak Aspa......Right on the dot!!!

Anonymous said...

Suatu perkara yang saya paling tertarik tentang Khalid Ibrahim ialah kebijaksanaan, kemampuan dan skil beliau yang berupaya melangsaikan hutang beliau puluhan juta RM dengan Bank Islam dalam masa yang cukup cepat. Saya percaya kaedah yang digunakan beliau dalam melangsaikan hutang beliau itu sah dan halal disisi agama. Jika tidak masa kan Majlis Syura Ulama PAS, Presiden, Tuan Guru Nik Aziz, barisan para ulamak parti mau pun sebahagian besar pengikut PAS berdiri teguh di belakang Khalid Ibrahim.

Untuk itu saya kira skil melangsai hutang cara pantas yang ada pada Khalid Ibrahim ini perlu dikongsi dengan orang ramai khususnya dengan anak anak muda bumiputra yang dikatakan ramai bakal diistihar muflis gara gara hutang bank yang tidak seberapa.

Disebabkan sokongan Majlis Ulama PAS yang tidak berbelah bagi kepada Khalid Ibrahim itu, saya cukup yakin teknik selesai hutang cara Khalid itu hakak dan boleh dimenafaatkan oleh ramai rakyat Malaysia yang dikejar hutang bank. Mereka boleh mempraktikkan teknik Khalid Ibrahim untuk kehidupan yang lebih sejahtera selain dapat tingkatkan taraf hidup masing2 bila tidak lagi dibebani hutang. Saya menjadi yakin dan percaya kaedah langsai hutang Khalid Ibrahim dengan bank lebih baik dan berkesan berbanding cara Deepak selesaikan isu hutang beliau dengan Bank Rakyat selain banyak kes kes lain lagi yang melibatkan menteri menteri tertentu.

Membandingkan cara Deepak atasi masalah hutang beliau dengan cara Khalid, pasti rakyat lebih yakin kaedah yang diguna Khalid itu halal dari segi agama berbanding cara Deepak (kerana PAS meragui kes Deepak dan Bank rakyat malah pimpinan PAS tidak segan silu mempertikai isu ini) tetapi sebaliknya ulama PAS kuat menyokong Khalid selain tidak langsung pertikai isu berkenaan dalam syura sesama mereka. Keputusan syura PAS membuktikan tidak ada sedikit keraguan pun berkenaan perkara settle hutang bank MB Selangor itu.

Dengan ini menjadi tanggung jawab ulama PAS dan pimpinan parti berkenaan mendapatkan persetujuan Khalid Ibrahim agar dapat dedahkan teknik langsai hutang beliau itu dan kongsikan dengan ramai diluar sana yang memerlukan. Bukan kah menurunkan ilmu yang baik dan bermenafaat itu serta berkongsi dengan mereka yang sangat memerlukan merupakan amalan yang mulia malah menjadi tuntutan agama?.

Saya percaya dengan kerjasama ulama dan pimpinan tertinggi PAS, Khalid Ibrahim tidak akan segan silu kongsikan teknik dan kaedah lupus hutang cara pantas, sah dan halal ini (???) Beliau itu dengan seluruh masyarakat Malaysia yang terikat dan dibebani dengan hutang bank. Cara dan teknik Khalid ini pada saya cukup ampuh, berkesan dan luar biasa kerana berupaya lunas hutang puluhan juta RM dlm masa yang cukup singkat. Jika rakyat dapat implementasi teknik Khalid ini, sudah pasti hutang ratusan ribu warga Malaysia lain yang tidak seberapa dengan bank lebih cepat dapat diselesaikan.

Muga muga barisan ulama PAS, Presiden Parti, Ketua Dewan Ulama PAS serta para pimpinan parti yang sentiasa perjuangkan kebenaran dan Islam dapat usahakan perkara ini menjadi satu realiti yang memberi faedah tidak sedikit kepada rakyat umum. PAS mungkin boleh sarankan Khalid Ibrahim paten kan teknik selesai hutang ini kalau pun beliau takut ianya diciplak pihak lain.

Kalam Putih said...

Kesan Perancangan Pertukaran Menteri Besar (MB) Selangor Terhadap Pakatan Rakyat

Pendedahan kelemahan masing-masing akhirnya didedahkan satu persatu oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sendiri. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini dipuji melangit oleh para politikus Pakatan Rakyat sebagai tokoh korporat yang cekap dan bersih telah berjaya mentadbir Selangor dengan begitu berjaya sekali.

Kini, para politikus yang sama dari Pakatan Rakyat mendedahkan satu persatu tindakan tidak berintegriti yang dilakukan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim khususnya berhubung pelupusan hutang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bernilai ratusan juta dengan Bank Islam yang dilakukan melalui persetujuan diluar mahkamah.

Kisah hutang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bernilai RM66 juta dengan PNB dan beberapa perjanjian yang meragukan diantara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili kerajaan Negeri Selangor dengan beberapa syarikat-syarikat korporat juga turut didedahkan.

Anonymous said...

Kita kalau tak tahu cerita sebenar terutama aspek perbankan dan aspek undang-undang penyelesaian luar makhamah antara dua pihak yang bertelagah tak perlulah membuat spekulasi dan serkap jarang kerana silap silap jadi satu fitnah dan dapat dosa kering.Dalam aspek perjanjian negeri dengan syarikat koperat saya rasa kebanyakkannya terdiri dari GLC negeri dan cuba rajin rajin sikit check sapa yang yang jadi pengarahx dan MD dalam GLC .Kalau ada pun perjanjian negeri selalunya ianya diputuskan setelah dibincangkan dengan EXCO Negeri,siapa pula yang jadi EXCOx.Memang lawak sebab segala tembelang dipecahkan sendiri dan tak payah dilakukan olih seteru politik....seteru politik tersenyum lebar melihat gelagat spesisx yang dulu menuduh mereka tak amanah,nepotisma,korup dan lainx lagi membogelkan perangai dan diri masingx.Tapi ianya tak menghairankan kerana ianya berlaku di dalam parti yang Pemimpinnya arrogant dan ahlix nya Bangang telan hidupx apa yang Pemimpin suap tanpa membuat penilaian sama ada ianya benar,sahih atau nsekadar fitnah.

Anonymous said...

Pecat Anwar Ibrahim Munafik...Peliwat itu

Pecat Wan Azizah dan Azmin Ali...

Nescaya PKR akan jadi Parti Tulen perjuangkan KeADILan untuk Rakyat..

Bukannya Perjuangkan Anwar drp LIWAT, PELIWAT, Perompak Harta, dsbnya

maae said...

Namun ada ayam jantan berkokok waktu dini hari di kala tidur semakin lena. Mengejutkan tidur, jadi ngeri apabila mimpi indah tiada penghujung nya....

Ayam yang sentiasa ingin menjadi jagoan, salah jam naluri nya kerana sentiasa terdesak mencari semula saat-saat gemilang nya.

Akhir nya akan di sembelih jua...

mohamad said...

Apalah yang tak kena pada DSAI kali ini. Leftenan nya yang 2 orang semakin bercakap semakin orang tak percaya. Kali ini dia betul betul silap. Dia cuba menarik buloh secara sonsang. Dia silap orang. Yang hendak dijadikan mangsa ialah DS Khalid. Seorang Menteri besar yang dilantik secara perundangan di Bawah undang undang tubuh kerajaan negeri selangor. Khalid menjadi MB daripada 3 gabungan parti yang bergabung dan mempunyai majoretiap parti adalah mempunya perlembagaan tersendiri dan tidak serupa BN yang bertanding atas satu entiti. Masing masing bebas dengan keputusan parti mereka dan tidak ada satu parti yang boleh menghalang keputusan parti lain. Jauh sekali menyimpang dengan apa yang dilakukan kepada PAS mengutuk dan menyuarakan rasa tidak puas hati. Siapa mereka berdua. PAS sudah boleh menghidu apa sebenarnya yang berlaku dan PAS hanya akan digunakan sebagai Back UP. Malang bagi DSAI bila TGNA sendiri yang selama ini kagum dengan perjuangan DSAI tidak lagi bersama. Begitulah seorang ulama, bila bertembungan antara kehendak Allah dan kehendak manusia, kehendak Allah yang dijunjung dahulu. Perjuangan PAS untuk menegakkan syariat dan untuk mendapat redha Allah. Buat apa menang kalau Allah tidak redha. Ahli ahli PAS ditarbiaah sepanjang masa, bahawa perjuangan islam tidak adaa istilah kekalahan. Orang yang berjuang islam adalah orang yang berjaya di akhirat. Kalah menang atas dunia ini bukan kerja kita, kerja kita hanya berjuang. Allah lah yang mengangkat sesebuah kerajaan dan Allah lah yang menurunkan sesebuah kerajaan. Tugas orang orang PAS terhadap orang bukan islam ialah berdakwah, tunujukkan bagaimana ajaran yang diajar oleh islam. masalah orang bukan islam hendak terima perjuang islam atau sebaliknya bukan urusan kita. Hidayat milik Allah. Dialah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yaang dikehendaki dan dialah yang menyesatkan sesiapa yang dikehendaki. Hidayat adalah milik Allah, kalau milik manusia sudah lama bapak saudara nabi masuk islam. Dalam hal ini DSAI mungkin kesuntukan masa, semua pengisytiharan permatang pauh dilanggar. Semua kritikan pada UMNO dijadikan pakaian nya sekarang. Kenapa begitu desprade sekali. Kemana pergi rukun iman yang dipelajari sejak dahulu. Bukankah Allah lah yang menentukan sekelian perkara dan kita hanya melakuakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Saya tidak heran apabila rafizi bercakap. tapi saya rasa begitu pelik apabila saifudin juga terjun degan labu labunya. kemana ilmu agama saifudin. Kenapa baru sekarang? Seolah olah khalid tidak pernah lakukan kebaikan, mana pergi pujian kepada TS Khalid selama ini. Aku yakin ulama PAS tidak buat sesuatu perkara tanpa pohon petunjuk dari Allah. Kita tidak tahu berapa banyak solat istikharah yang dilakukan olih mereka memohon petunjuk sebelum mengambil keputusan. Aku amat yakin kalau kes ini berterusan, PKR akan mewarisi parti semangat 46, semakin menghampiri kuburan untuk disemadikan dan DSAI akan mengakhiri azam politik nya ia disini. TSKI ibrahim mungkin tidak cekap politik tapi kita nampak dia cekal, kental dan sabar. Dia tidak mendedahkan cerita apakah sebenarnya disebalik kemelutnya. kita tunggu dan lihat. wallahuaalam

Anonymous said...

Assalamualaikum sdr Mohammad,
Ayat terakhir sdr adalah yang sebenarnya tepat boleh dipakai. Apa yang diperkatakan ramai itu mungkin juga benar dan mungkin salah. Kita tidak tahu perkara hakikat sahih yang benar-benar berlaku. Boleh jadi ada perkara yang masih tersembunyi diluar pengetahuan umum. Maka itu saranan sdr tunggu dan lihat itu amat sesuai untuk mengelakkan kita mempercayai berdasarkan prasangka dan andaian semata-mata.

Anonymous said...

Heran serta Pelik dan Kadang kadang melucukan.So much praises has been given to TSKI and Selangor is the best model of PR ruling government. PKR Sarawak talked so much about TSKI and he was all out in campaigning in PRK Balingian .Now apa sudah jadi "manok sik berkokok dan sik berpekak lagi -pun Hari tetap akan Siang ?". PR Sarawak sonyap ajo ;mungkin ado yg nak Lompat Katak ? LOMPATLAH HAI KATAK KATAK KE KOLAM YG BERAIR ; NANTI MATI BERAGAN SIK DAPAT APO APO ? SYABAS PAS yg ada Pendirian yg JITU dan MAT Sabu and Gang -apa gerangan dan Halatuju ? PRN Sarawak udah dokek ; silap silap BN Sarawak sapu bersih kerana YAB KM Sarawak yg baru is "a good listener and a very action oriented man ". Eden totap "tunggu KATAK LOMPAT MASUK SUNGAI SARAWAK ". SYABAS PAK ASPAN ..SUCCINTLY WRITTEN ANALYSIS.

Anonymous said...

Hi Anon. Apa nak heran dengan cara penyelesaian hutang TSKI. Kalau faham English ni dari the Edge Daily:In the original suit filed in 2007, Bank Islam had sued Abdul Khalid to recover RM70 million given to the latter under an Islamic loan facility. The money was used by Abdul Khalid to buy a 5% stake in Kumpulan Guthrie Bhd, of which he was chief executive officer.
Abdul Khalid subsequently countersued Bank Islam and, among other things, said the bank had wrongfully sold the Guthrie shares that were pledged as collateral. The two cases were subsequently consolidated into one.Dua-dua piohak pun ada kes. Berapa jumlah syer TSKI yg Bank Islam jual kau tahu ker? Kalau jumlahnya bersamaan atau lebih banyak dari RM 70 juta dan BIMB memang boleh didapati bersalah menjual saham TSKI tanpa kebenaran, out of court settlement tak mustahil. Contoh, kau buat biz loan RM 65k gunakan rumah kau sebagai cagaran. Lepas tu tak semena-mena kau sangkut bayar 2 bulan jer bank dah lelong rumah ko yg berharga RM 100k. Kau saman tak bank tu? Tengok2 tahun 2014 rumah ko naik pulak valur RM 145 k..naik angin tak? Yang lain pikirlah sendiri..Bumiputera kena banyak mengaji sendiri macam mana nak buat urus niaga..jangan salahkan non-bumi sahaja. Untuk makluman, kompeni aku kena tipu dengan kontraktor bumi jugak...yg siapkan kerja non-bumi..