Tidak ada isu kedegilan TS Khalid
untuk meletakkan jawatan. Khalid sudah meletakkan jawatan, hanya Tuanku Sultan
mahu Khalid memegang jawatan itu sehingga selesai siapa yang akan menjadi
Menteri Besar. Sekarang PKR yang menambah dan menyambung masalah kerana parti
itu mahu memaksa Tuanku Sultan memilih siapa yang parti itu pilih.
Tuanku hanya dikehendaki untuk menurut sahaja kehendak parti itu kerana parti itu tersilap sangka yang PKR itu adalah lebih besar dari Raja. Mereka tidak mahu mengakui yang Tuanku merupakan proponen besar dalam undang-undang tubuh negeri dan mempunyai hak untuk memilih Menteri Besar negeri itu. PKR telah menggunakan peguam-peguam yang menyebelahi mereka untuk menafikan kewibawaan Raja dalam perlantikan seorang Menteri Besar itu.
Tuanku hanya dikehendaki untuk menurut sahaja kehendak parti itu kerana parti itu tersilap sangka yang PKR itu adalah lebih besar dari Raja. Mereka tidak mahu mengakui yang Tuanku merupakan proponen besar dalam undang-undang tubuh negeri dan mempunyai hak untuk memilih Menteri Besar negeri itu. PKR telah menggunakan peguam-peguam yang menyebelahi mereka untuk menafikan kewibawaan Raja dalam perlantikan seorang Menteri Besar itu.
Mereka mengatakan mereka adalah
dipilih rakyat maka Raja wajar mendengar sahaja dan mengangguk sahaja seperti
burung balam. Mereka lupa yang rakyat itu beraja. Ia bukan setakat siapa yang
mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri, tetapi yang lebih
afdal lagi ialah siapa yang menjadi Raja kepada seluruh rakyat bukan setakat
apa yang dikatakan sebagai sokongan 52 peratus rakyat dalam pilihanraya yang
lalu.
Raja itu ada rakyatnya, termasuk
ahli-ahli PKR dan penyokong parti itu di Selangor. Tidak menghormati Raja serupa
tidak menghormati seluruh rakyat yang bernaung di bawah jajahan Baginda. Itu
sebabnya Raja mempunyai kuasa untuk menentukan siapa Menteri Besar nya dan di
sinilah usaha untuk mendapatkan ‘point of reconciliation’ wajar dilakukan.
Jika bertegas untuk memaksa Raja menerima sahaja keputusan parti politik ia
melambangkan sikap dan sifat pemimpin parti itu sendiri.
Ia tetap menunjukkan yang pimpinan
parti itu sebagai pemimpin yang 'arrogant' dan tidak boleh hidup dengan tradisi
dan nilai hidup sebagai rakyat di negara yang bermajoriti melayu dan islam itu.
Nyata PKR telah menunjukkan keangkuhannya dengan memberitahu Tuanku, ‘my choice
or nothing and just nod my wish, and we are the choice of the rakyat’. Mereka
terlupa yang Raja itu mempunyai rakyat dan Raja itu juga adalah kepunyaan
rakyat.
Kita pasti yang jika rakyat tahu
dari awal pemimpin dan parti yang mereka pilih itu menderhaka kepada Raja nya
belum tentu lagi rakyat memberikan sokongan pada pilihanraya yang lalu.
Sepatutnya PKR dalam kempen pilihanraya dahulu jadikan menentang Raja itu
sebagai salah satu dari apa yang terkandung dalam manifesto nya.
Sepatutnya Anwar Ibrahim telah
naik ke pentas dan menjerit dalam pidatonya yang Tuanku tidak ada kuasa
menentukan siapa Menteri Besar. Katakan dalam pilihanraya itu yang Raja
hanyalah ‘rubberstamp’ dan mesti ikut apa kehendak mereka.
Tetapi sekarang nyata yang Tuanku
pula tidak mahu seorang Menteri Besar ‘rubberstamp’ kerana Baginda tahu siapa
orang di sebalik calon tunggal Menteri Besar Selangor itu. Bukan sahaja Tuanku
yang maklum, orang ramai juga maklum calon Menteri Besar PKR untuk menggantikan
Khalid ini akan membawa chop Menteri Besar itu ke rumah dan mengambil banyak
keputusan di dalam bilik tidurnya.
Ramai tidak mahu, mungkin juga
Tuanku Sultan pun sama, seorang Menteri Besar itu hanya menggunakan pejabat
Menteri Besar itu untuk melabuhkan punggungnya sahaja kerana segala-galanya
telah selesai dilakukan di rumahnya. Menteri terbesarnya berada di rumah. Nanti
akan terjadi budaya, ‘perundingan dibuat dalam gelap, adat berlalu dalam
terang’.
Apa pun PKR perlu menghantar
lebih dari dua nama. Jika tidak PAS akan menghantar nama-nama yang lain kerana
parti itu akan menghantar tiga nama. Jika PKR tidak mahu menghantar nama-nama
yang diminta oleh Tuanku, maka Tuanku bolehlah memilih satu diantara beberapa
nama yang dihantar kepada Duli Tuanku.
Selepas itu jangan pula
memberontak kerana kedegilan sendiri. Jangan menyalahkan sesiapa lagi. Tuanku
bukannya menolak calon PKR tetapi PKR engkar dan tidak mahu menamakan sesiapa
selain dari Wan Azizah.
Maka tidak kehairanan kita jika
akan berlaku pilihanraya negeri Selangor agar biar rakyat sendiri menentukan
siapa yang mereka mahu menjadi Menteri Besar. Rakyat bukannya memilih 30 orang yang berkumpul itu melakukan
kerja biadap itu.
Masalahnya rakyat tidak tahu yang
PKR akan menjadi begini. Mereka menyangka yang PKR benar-benar jujur dan tidak
berlaku biadap kepada Raja mereka.
Jika berlaku pilihanraya negeri, PKR
dan DAP boleh bercakap menentang Raja itu, dan kita boleh tengok samada mereka
boleh menerima kelakuan dan sikap mereka itu. Jika tidak berjaya meyakinkan
rakyat jangan pula berbuat perkara yang bodoh-bodoh, kerana Raja juga dilindungi oleh Perlembagaan dan Raja-Raja Melayu mempunyai 'apparatus' melindungi
diri dari terjahan mereka yang derhaka itu.
Setidak-tidaknya Raja-Raja
mempunyai kekuatan yang lebih besar dengan ada nya Angkatan Tentera di Raja Malaysia dan Polis di Raja Malaysia
(PDRM). Kedua-duanya membawa panji-panji
di Raja yang mempunyai banyak makna yang terselindung. Kita jangan lupa bukan
Anwar sahaja yang kuat. Jika Anwar kuat ada yang lain yang lebih kuat dari
beliau.
Pengakhirnya yang Maha Kuat
sahaja yang akan menentukan siapa yang sepatutnya berjaya dalam perebutan kuasa
Menteri Besar di Selangor ini. PKR sepatutnya menjadikan Wan Azizah sebagai
calon Perdana Menteri kerana PKR begitu yakin akan berjaya ke Putrajaya dalam
pilihanraya yang akan datang.
Bagaimana mereka membuat
perkiraan itu pun kita tidak tahu, tetapi kita hormati lah keyakinan mereka itu.
Kata negara ini demokrasi, mereka tidak salah jika mereka membuat perkiraan
yang PKR akan berjaya dalam PRU yang akan datang.
Mereka tidak tahu yang
semua orang membuat perkiraan dan bukan sedikit yang berpendapat kali ini
mereka masih tidak akan berjaya dan jika mereka masih yakin untuk berjaya
mereka berpendapat itu hanyalah mimpi di siang hari sahaja.
10 comments:
Untuk mereka mungkin mimpi percuma tetapi untuk rakyat terlalu besar kosnya..
Kerana mimpi mereka rakyat dipinjam telinga untuk mendengar hujah mereka walaupun omongan kosong kadangkalanya, Khalid sendiri pernah nyatakan bahawa manifesto bukan janji, mahkamah sudah bersetuju !!!
Hari ini kalau PKR atau Pembangkang Selangor khususnya turun ke bawah berjumpa rakyat apa lagi isu yang ingin mereka bawakan.
Memburukkan Khalid umpama menembak kaki senddiri, ketidakadilan BN..di mana? Kekejaman Sultan ? Parahlah kalau isu itu dibawa kepada rakyat Selangor..kroni, nepotisme..anwar lebih hebat dari itu.
Tidak siapa tahu, dalam tunjuk berani mereka, malamnya mereka mimpi ngeri takut DUN dibubarkan..mimpi ngeri pun percuma juga.
Best, Encik AA.
Tapi heran dgn Pas. Tetap nak masukkan nama nenek dan lain2 adun pkr.
Ya saya faham sebab nak tunjuk semangat setiakawan. Tapi kan budak cerdik rafizi dah sound org2 PKR supaya tidak menerima jika di calon.
Soalan saya:
1) Jadi Pas nak buat juga kerja sia-sia ni? Tetap hantar nama2 orang2 pkr yg akan tolak (klu ikut plan lah)?
Then Pas patut hantar saja nama2 ahli sendiri.
2) Why not? Kenapa? Pas takde jati diri ke? Tak confident ke? Klu nenek yg berkipas dan bersarung tangan tu (heh, rimas nya aku tengok!!!), dap dan pkr bermati-matian nak jadikan MB walhal takde apa2 skill pun, kenapa tak Pas men?
Pelik lah Pas ni. Apa game dia orang main ni?
Saya ckp direct: Selagi ada lelaki yg berkemampuan, kita jadi kan dia imam. Saya guna istilah Imam dari segi menyeluruh, bukan tafsiran cetek Nik Nazmi, ya.
Allahua'lam.
Dengan berdegil dengan istana, rakyat Selangor terutama orang2 Melayu sudah pasti melebelkan PKR sebagai parti "mengong". Pemimpin2 PKR ternyata terlalu mentah dalam mainan politik apabila ia melibatkan istana. Orang2 Melayu kecuali sebilangan kecil akan terasa tersinggung apabila Sultan dilihat sebagai telah dipaksa atau diaibkan. Dalam kegelojohan dan rasa bongkak, mereka lupa bahawa tindakan Pas menghantar dua nama calon ke istana adalah satu simbol penghormatan terhadap Sultan Selangor yang PKR kena belajar. Keangkuhan PKR akan mengakibatkan pengundi2 Melayu di Selangor akan lari dari parti itu bila Pilihanraya diadakan.
Kalau ikut akal lojikal, setiap parti hanya boleh mencalonkan ahli sendiri saja. Ini kerana ketiga tiga mereka adalah 3 puak yang berasingan. Makanya setiap parti hanya boleh menamakan ahli dari parti masing masing saja
Kalau ahli sendiri tidak diletakkan sebagai calon MB, sepatutnya tak perlulah menamakan ahli dari parti lain sebagai penama dari pihak mereka. Yakni hanya parti yang mahukan kerusi MB yang akan menghantar penama penama.
Ibarat orang bergaduh dengan isteri. Pas tidur kat serambi, Pkr dan Dap tidur dalam builek....
Kalau kawin kerana sebab kepentingan, inilah jadinya kawan-kawan ku.
Pas tak lagi tidur dengan Anwar sekarang. Dia tidur sorang sorang, lagi aman.
Assalamualaikum tuan,
Saya ingin mengajak kita berfikir jauh sedikit. Perihal Tuanku Sultan Selangor meminta tambahan nama calon untuk baginda memilih MB, boleh dijadikan kes duluan (precedent) dimasa akan datang. Jika selepas PRU dengan merujuk kes ini, maka Yang Dipertuan Agong juga 'boleh' meminta dikemukakan lebih calon PM supaya baginda Yang Dipertuan Agong boleh memilih PM yang akan diperkenankan. Harap dapat sedikit kupasan mengenai persoalan saya ini. Terima kasih.
Isu MB selangor sudah sampai kemuncak penyelesaiannya. Tahap ini bukan lagi soal undang2 atau pun tafsiran kpd undang2 tetapi ia benar2 isu psikologi.... siapa yang kuat maka merekalah yg menang dlm ekspidisi politik ini.
Undangx tetap undangx dan ia perlu di patuhi.Tidak terdapat elemen psikologi di dalam kes MB Sgor.Tuanku juga bertindak berlandaskan dengan Undangx Tubuh Negeri.Yang nyata ujud di sini adalah sikap keangkuhan dan ketamakkan ahli Politik.Setengah dari mereka menganggap mereka kebal dari undangx dan hanya pendapat mereka saja yang betul.Rakyat sedang memerhati gelagat mereka,dan saya percaya mereka akan dihukum jika ada pilihanraya Negeri khasnya dan piliharaya umum amnya.
Semua pehak mengsku ikut undang2.... tak tsu diapa yg benar..... setuju dgn anon 6.51.
Anwar nak test kuat tak Penasihat2 sultan.... undang2 kata sultan betul dan anwar pun betul..... memang betul kata anon diatas kemuncaknya ialah faktor Psikologi..... yg kuat akan menang..... yg lemah kena ikut yg kuat..... sunah alam cam tu..... kalau tak kuat jadilah penonton yg setia jgn cuba2 nak main politik.... duduk tepi2 sbb nak ajak 10 org ikut kita pun tak ada macam mana nak suruh rakyat ikut kita. Setuju mimpi disiang hari...
Post a Comment