03 August 2014

Jalan ke Putrajaya semakin sempit, berliku-liku dan susah untuk di lalui

Sangat jelas kecelaruan sedang di hadapi oleh Pakatan Rakyat sekarang ini.. Setengah dari pimpinan dan ahli-ahli PAS mahukan Menteri besar sekarang kekal dan menyanggah kehendak PKR untuk menggantikan Khalid dengan isteri Anwar Ibrahim. Ada juga yang bersetuju untuk Khalid di gantikan, tetapi bukan Wan Azizah.

Ada yang mahukan PAS keluar sahaja dari Pakatan Rakyat dan berangan untuk bersama UMNO dan membentuk kerajaan dengan parti yang berkuasa di Persekutuan itu. Setengah bahagian di Selangor telah mengambil sikap mempertahankan Khalid Ibrahim dan meminta Khalid di kekalkan sahaja sebagai MB sehingga tamat penggal pilihanraya ini.

Diperingkat terrtinggi Pakatan Rakyat pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti pun tidak sehaluan kerana TGHA meminta agar Khalid di kekalkan dan di sokong pula oleh TGNA. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin PKR pusat mengungkit-ngungkit yang PAS menjadi parti yang besar di Selangor kerana sokongan PKR dan DAP.Tidak pula mereka sedar yang PKR dan DAP pun berjaya kerana sokongan PAS juga.

Sesungguhnya PAS mendapat kemenangan yang agak lebih kecil walaupun parti itu menyokong DAP dan PKR dalam pilihanraya yang lalu kerana PAS mendapat kekurangan kerusi dari 22 semasa PRU 2008 kepada 21 dalam pilhanraya yang lalu. Apa yang dikatakan PAS mendapat sokongan DAP itu tidak dapat dikenali kerana DAP telah memainkan isu ALLAH yang telah membuatkan rakan kongsinya PAS menjadi defensif dan kehilangan jumlah kerusi di Parlimen dengan satu kerusi.

Jika berlaku perpecahan diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat ia tidak mengejutkan dan keadaan ini tidak perlu menjadi isu yang menakutkan. Keadaan ini sememangnya satu keadaan yang ‘predictable’ sejak dahulu kerana masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza, dan untuk mengelirukan rakyat mereka mempunyai persefahaman yang hanya boleh diterima oleh semua parti dalam PR. Tetapi isu-isu seperti memperjuangkan kerajaan islam di kutuk dan di persoal oleh DAP misalnya.

Bukan ada segan silunya pimpinan DAP membidas PAS dan memberikan amaran yang DAP tidak akan bersama dalam Pakatan jika PAS masih memperjuangkan untuk membentuk kerajaan islam. Pendekmnya perjuangan yang asas bagi PAS tidak termasuk dalam manifesto pilihanraya umum. PAS sebenarnya telah berkorban begitu banyak kepada DAP sehinggakan perjuangan ‘ultimate’ nya ia itu untuk membentuk kerajaan yang berteraskan islam sentiasa di jadikan alat untuk memberikan amaran kepada PAS walaupun mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.

Jika ditanya sebabnya PAS mendapat kekurangan kerusi dalam pilihanraya 2008 berbanding dengan PRU 2003, ia adalah di sebabkan oleh rakan kongsinya sendiri. PAS telah dijadikan  sebagai parti pelapik oleh DAP dan juga PKR dan kesabaran serta kebaikan PAS itu diambil sebagai kelemahan oleh rakan-rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat. PAS telah dijadikan sebagai alas kaki kepada rakan-rakan kongsinya dan dalam masa yang sama pemimpin dalam gabungan itu sendiri membawa isu keagamaan dan isu rasis yang tidak berkesudahan dengan menuduh semua pihak rasis untuk menutupi sikap rasisnya sendiri.

Tetapi oleh kerana kelemahan UMNO dan BN sendiri tuduhan ini membuatkan mereka menjadi defensif dan tidak berdaya melawan ombak penentangan terhadap mereka. Kali ini sampai giliran PR pula menghadapi tanggapan yang mereka sedang berpecah seperti yang di alami oleh BN dahulu. Malahan mereka berpecah belum pun mendapat mandat di Putrajaya.

Kenyataan bersama Pakatan Rakyat semalam yang menjanjikan yang PR tidak akan berpecah dan tetap bersatu itu menunjukan lagi yang mereka sedang berpecah. Jika mereka benar-benar bersatu mereka tidak perlu membuat kenyataan seperti itu, tetapi kenyataan itu wujud setelah pucuk pimpinan parti-parti dalam PR itu serang menyerang di antara satu dengan lain.

Bersatunya pemimpin tidak boleh mempastikan dibawah akan bersatu sama sedangkan kekuatan kesatuan sesebuah parti itu letaknya di peringkat akar umbi. Baik dari BN mahu pun dari Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin mereka terlalu ‘detached’ dengan akar umbi. Hanya PAS yang nampak hubungan yang berterusan dengan ahli bawahan kerana orang bawahan turut sama melakukan kerja politik melalui penglibatan Unit Amalnya yang begitu ramai diperingkat ranting parti itu.

Melalui penglibatan unit amalnya itulah yang membuatkan parti itu bertambah kuat selain dari kehadiran pimpinan parti itu secara berterusan di setiap ranting dan daerah. PAS tidak lagi parti yang pernah di tuduh sebagai parti yang bermusim.

Sesungguhnya Pakatan Rakyat tidak sekuat sokongan seperti setahun yang lalu. Masalah ‘inter-party’ begitu ketara dan dalam masa yang sama PKR berhadapan dengan masalah ‘intra-parti’ yang sehingga ini tidak dan masih belum selesai hasil dari kekecuhan semasa menyuarat agung tahun di banyak cabang parti itu.

Apabila masalah bertindih-tindih diantara masalah ‘inter-party’ dengan masalah ‘intra-party’ wujud, kecenderungan untuk ‘coalition’ ini bertambah lemah lebih besar dari kecenderungan untuk bertambah kuat.

Tidak terkejut jika apa yang ‘dikejar tidak dapat dan yang sedia ada akan berciciran’. Jika PAS bertindak untuk tidak bersama dengan Pakatan Rakyat lagi, ia bukanlah satu tindakan yang salah. Dengan kekecuhan ‘intra-party’ yang di hadapi oleh PKR sekarang ini, ia juga akan menjejaskan PAS secara ‘direct’. Malahan banyak pendapat yang menyatakan yang PAS sebenarnya boleh berdiri sendiri dan tidak aka nada elemen yang cuba membantutkan niat dan matlamat parti itu untuk Islam dan sebagainya.

Tidak akan ada lagi suara yang garang dalam pakatan parti-parti dalam PR itu membuat kenyataan tentangan kuat terhadap perjuangan parti itu sendiri. Tidak akan kita dengar lagi kenyataan ‘over my dead body’ jika PAS hendak kekal bersendirian untuk mewujudkan negara Islam itu.

Selalunya yang akan menjejaskan perjuangan parti itu ialah rakan kongsinya sendiri. Parti musuh tidak akan berjaya melakukan ‘insubordination’ terhadap PAS itu. Selalunya yang akan menjejaskan sesebuah parti itu ialah rakan kongsinya sendiri.

Tanda-tanda kebenaran itu semakin hari kian jelas dan tidak dapat di tutupi lagi. Dengan keadaan hari ini harapan PR untuk ke Putrajaya semakin hari semakin jauh. Walaupun ramai akan berada dalam ‘denial syndrome’ kenyataannya sama-sama kita lihatkan nanti. ‘Tidak akan lari gunung di kejar’.

Saya berharap pandangan saya ini adalah pandangan yang salah.

9 comments:

sharizan said...


Proposing the wife of the PKR's head is ridiculous. We are still way apart from the mentality of the third world. What kind of alternative PKR is? We are still like people of Congo's mentality AA. OR shall we agree we actualy Congo in different name?

brown said...


Sonia Ghandi is the president of the Congress Party, but she was never the PM of India when Congress was in power.

Look at that AA

Anonymous said...

Setuju dgn penulis. Kerusi PAS tidak beertambah pun dlm PR. Banyak isu yg dibangkitkan dap memberi kesan negatif kpd pengundi melayu tidak mengundi PAS.

Anonymous said...

Masalah mudah nak selesaikan..tak perlu ribut ribut..tak perlu jalan yang berliku liku..Kalau ada masalah..perlu cari penyebab masalah..dan selesaikannya..mudahkan..

Zuhdi..senario politik PAS keluar Pakatan Rakyat.rafizi..langkah kajang..Khalid kena berhenti..kesemuanya adalah kesan kesan sampingan tapi kenapa kita sebok menyelesaikan kesan sampingan ni ..contohnya zuhdi letak jawatan..PAS keluar Pakatan tak tentu masalah dapat diselesaikan. Macam padam api..penat asyik padam..tapi ada orang kerjanya menyalakan api dan pulak tumpuan orang lain nak memadamkannya..Ada faham..

Biar saya brutal sikit..Penyebab masalah ni semuanya berpunca oleh seorang insan nak jadi perdana menteri..macam macam usaha dah dilakukan..tapi tak berjaya..Nak selesaikan ..bersarakan beliau..Mediang Karpal Singh pun pernah berkata.." XXX has done enough trouble to this country"..Kalau dia bersara, Negara akan aman, PAS akan kuat kembali kerana balaci balaci beliau dalam PAS pun akan jadi lemah.Pakatan kena brutal dalam hal ni..mintak si mamat ni bersara dari politik..kalau tidakpun biar dia merengkok dalam penjara..dan teruskan kehidupan tanpa paksi beliau.

Anonymous said...

Teruskan ukhwah... Teruskan persepahman... Iinujian Allah.. Kita tetap percaya dgn kebesaran Aalah... Barang yg hilang akn dijumpai..barang xnampak akan dilihat barang yg sukar menjadi mudah nanti...tiada yg sukar di sisi Allah...teruskan perjuangan dan kuat saf perjungan....

Anonymous said...

apa pon isunya terserlahlah masing masing punya pungkok...dap dah clear sapa hadi awang...pas dah clear sapa dap...anwar dah clear sapa kawan dia lepas fadzil noor...hahah tahniah anak menantu...tahniah bini ku..tahniah anak ku...yg bungkuih melayu aku....kiri kena kanan pon kena.

Anonymous said...

Rakyat menaruh harapan kepada PR untuk memimpin negara kerana telah muak dan jelak dengan UMNO/BN dan melihat PR sebagai satu peluang perubahan.
Kami masih berharap dan berdoa segala kemelut ini akan terungkai dan menjadikan PR akan bertambah kuat dan matang.
Ilmu dan pengalaman tidak memadai untuk memimpin tetapi ujian getir akan menguji kebijaksanaan pemimpin dimana UMNO/Bn telah kehilangan kebijaksanaan itu.

Unknown said...

UMNO/BN telah hilang kebijaksanaan memimpin dan rakyat mengharap PR sebagai pengganti.
Kemelut ini adalah satu ujian getir yang PR mesti lepasi sebagai bukti adanya kebijaksanaan.
Lebih besar ujian, maka lebih hebatlah kejayaan itu.
Doa kami kepada Allah swt, semoga PR teruskan kebijaksanaan demi rakyat dan negara tercinta.

Anonymous said...

Allah swt telah menjatuhkan balaNya keatas pemimpin pemimpin PR yang hipokrit. Semoga Allah swt juga akan menghancurkan PR dalam PRU 14