12 August 2014

Cukup-cukuplah, jangan 'tiada beban batu digalas' pula

Tuanku Sultan Selangor berkenan untuk TS Khalid terus menjadi Menteri Besar. Itu adalah isu pokok yang ingin di ketahui oleh rakyat yang tertunggu-tunggu perkembangan terakhir yang melibatkan krisis PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor. Mengikut perundangan dan undang-undang tubuh Negeri Selangor, Khalid boleh berfungsi sebagai Menteri Besar dengan sekurang-kurangnya empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan empat ahli Exco ini boleh diisi dari kalangan empat ahli Exco kerajaan negeri sekarang ini.

Mengikut undang-undang tubuh Negeri Selangor ia memerlukan untuk sekurang-kurangnya empat orang ahli Exco dan jumlah maksima keanggotaannya seramai sepuluh orang. Jika itu keputusannya maka jelas PAS akan terus bersama Khalid Ibrahim dan tentunya PAS di beri tanggungjawab yang besar bagi menangkis usaha setengah pihak untuk menggunakan kerajaan Negeri Selangor bagi kepentingan peribadi mereka sahaja.

Sementara itu Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah membuat kenyataan yang UMNO akan menyokong tindakan Tuanku Selangor untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar dan dengan itu Khalid sudah mendapat undi pukal dari 12 kerusi UMNO dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Besok TS Khalid akan bertemu dengan Exco yang ada sekarang ini untuk bertanya samada masih mahu bekerja dengan beliau. Jika mereka tidak mahu, dengan hanya melantik semula empat ADUN dan Exco dari PAS sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan dan kerajaan akan berfungsi seperti biasa. Perkembangan ini amat menarik kerana sedikit demi sedikit kebenaran tentang kenapa ‘Kajang Move’ dahulu di lakukan oleh PKR pada bulan mac yang lalu.

Bagi pandangan setengah orang yang bercakap sesama sendiri yang saya dengar, dengan perkembangan mutakhir ini ia telah merungkai sedikit sebanyak  punca berlakunya pergeseran di Selangor ini. Justeru yang pasti dilihat sekarang ini adalah ‘the end is near for Pakatan Rakyat’ di Selangor.

Krisis keyakinan sedang menghantui Pakatan Rakyat dan untuk mengembalikan aura sokongan yang pernah kita lihat, akan mengambil masa yang agak lama. Sesungguhnya percubaan Anwar dan PKR untuk menunjukkan otot politiknya telah gagal dan ia bukan sahaja di rasai oleh PKR tetapi akan juga di alami oleh DAP, bukan setakat di Selangor tetapi ia menyeluruh di seluruh negara.

Selepas ini polimik tidak akan berakhir malahan polimik ini dijangkakan akan sampai ke tahap yang lebih tinggi lagi dengan pertengkaran di khalayak ramai yang akhirnya akan membuatkan lebih ramai naik bosan dengan kerakusan Pakatan Rakyat.  PR bukan untuk membina negara tetapi untuk mereka berebut-rebut dengan harta rampasan selepas memenangi peperangan.

Apa yang sedang terjadi di Selangor ini akan membawa ‘consequence of events’ yang mungkin tidak boleh di jangka. Polimik akan bertambah hebat.

Salah satu hasil dari pergelutan ini, banyak pihak sekarang mempersoalkan kejujuran Anwar Ibrahim. Tuduhan terhadap Khalid kesemuanya berdasarkan kepada syak wasangka yang bertujuan politik bagi setengah mereka dalam Pakatan Rakyat. Tetapi pihak Anwar dan penyokongnya tidak pula membuat apa-apa tindakan terhadap pemimpin tertinggi mereka yang telah secara undang-undangnya di dapati bersalah dalam isu liwat beliau.

Mereka sebaliknya akan menuduh keputusan mahkamah itu adalah mengikut telunjuk BN dan UMNO. Segala keputusan yang tidak memihak kepada mereka, itu keputusan ‘conspiracy’ politik terhadap Anwar. Tetapi Khalid hanya diperlukan untuk menampilkan syak wasangka sahaja sudah di minta dan di desak untuk berhenti.  Pendeknya sejak 16 tahun dahulu tugas penyokong pembangkang hanya untuk menyelamatkan Anwar dari menghadapi zaman gelapnya dalam politik yang di hasilkan oleh kelalaian dan moral buruk beliau sendiri.

Bagi pendapat setengah orang, selama 16 tahun politik Malaysia asyik berlegar di keliling Anwar, untuk menutup perlakuannya dan cuba untuk menyelesaikan masalah peribadi beliau sahaja. ‘Kajang Move’ yang membawa padah kepada PKR sendiri ini adalah salah satu dari tindakan untuk meyelesaikan masalahnya sahaja.

Akhirnya nanti apabila pembetulan itu sudah sampai, orang yang selalunya mampu menyelesaikan masalah seperti ini adalah orang yang mempunyai lebih kesabaran, kerana kesabaran itu tidak akan dapat di lawan oleh sesiapa. Yang sabar itu akan selalu menang walaupun ia memakan masa untuk memperlihatkan buktinya. Itulah sebabnya blog ini selalu dan tidak berhenti menulis yang negara perlukan politik yang baru. Yang akan membawa ‘ambience’ yang baru terhadap situasi siasah negara.

Apabila situasi yang baru itu wujud, barulah parti-parti seperti DAP dan mana-mana parti yang membangkang akan dapat menjamah kuasa di Putrajaya. Ia memerlukan pembaharuan politik secara drastik berlaku baru ada perubahan.

Saya bukan ahli nujum, tetapi saya tahu yang Anwar tidak akan dapat menjejak kaki ke Putrajaya selagi beliau tidak membersihkan hati dan jiwa beliau dalam politik ini. Pendeknya mana-mana pihak yang bersama mendukung Anwar dalam politik sekarang atau di masa yang akan datang ini, segala cita-cita mereka akan hanya tinggal cita-cita dan semua tindakan mereka semuanya merupakan ‘misadventure’ politik yang sangat mahal harganya.

Tetapi itu adalah pilihan masing-masing. Setengah orang sememangnya suka, ‘tiada beban batu di galas’. Itu terpulang kepada nasib dan bahagian masing-masing.

19 comments:

Anonymous said...

Sdr. Aspan,
Ada perangkap telah dipasang, sama-samalah tunggu dan lihat siapa yang akan terjerat nanti. PKR? DAP? PAS? UMNO? Atau yang lain.

Nazaruddin si Hamba Allah said...

Apakah segala dakwaan dan kesangsian terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah dikemukakan angka dan fakta tersebut harus dibiar sepi tanpa jawapan daripada empunya diri yang kena tuduh? Apakah wajar dalam masa beliau sepatutnya membuktikan bahawa segala tuduhan dan syak wasangka tersebut adalah rekaan semata-mata tetapi digunakan lebih banyak mempertikaikan aspek teknikal yang kononnya cacat dan tidak mengikut perlembagaan parti? Rakyat sekarang pun bukan terlalu naif untuk mempercayai segala dakwaan dan tuduhan sebagai benar tetapi jika yang tertuduh kelihatan tidak berusaha untuk menyangkal segala tuduhan tetapi lebih berminat kepada perkara lain serta berputar-putar membelitkan isu, maka secara umumnya rakyat melihat yang menuduh lebih berkredibiliti daripada yang dituduh.

Amat berbeza dengan fakta pertuduhan kes liwat DSAI yang menampakkan bahawa yang menuduh tampil dengan bukti2 yang tidak konsisten dan meragukan manakala pihak yang dituduh berusaha bersungguh-sungguh membawa segala bukti dan alibi untuk mempertahankan diri.

Saya sangka mulanya Tuan Aspan seorang yang amat matang berpolitik hasil tindakan Tuan meninggalkan UMNO dan mempertaruhkan kerjaya politik Tuan di dalam arus politik baru, namun seolah jangkaan tersebut meleset jika diperhatikan kepada penulisan Tuan yang seolah-olah banyak menjurus kepada menzahirkan kebencian kepada DSAI secara peribadi.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Macam main catur pulak Aspan. Satu saje pergerakan, a grandmaster dah pikir 4 ke 5 langkah kehadapan dan pikir macam macam senario. Kau tolak ni..aku tolak itu. Silap langkah kena checkmate.

Sekarang the kingmaker adalah PAS bukan DAP ataupun PKR.PAS boleh ranapkan Khalid ataupun PAS boleh beri talian hayat pada Khalid. Kalau PAS tarik sokongan pada Khalid, PAS tak kemana mana, jadi alas kaki DAP dan PKR seperti kata Aspan dulu.Secara stratejik PAS kena fikir apa yang baik untuk orang PAS dan Islam keseluruhannya.Inilah masanya dan peluang tak datang berulang kali.

XUMNO said...

Saya amat setuju dengan kupasan saudara. Isu cubaan menggugurkan Khalid ini mendatangkan banyak hikmah dan membuka mata bagi mereka yang mahu membuka mata. Ia menjadi titik atau "Moment of Truth"; merungkai dan menelanjangi berbagai2 sifat politik dan individu.Sedikit demi sedikit rakyat mula memahami sifat2 seseorang pemimpin terutama Anwar Ibrahim yang selama ini disaluti oleh selimut simpati rakyat.Slogan2 yang dilaungkan oleh PKR selama ini rupa2nya hanyalah untuk halwa telinga, sedangkan apa yang dilakukan terhadap seorang ahlinya sendiri amat bertentangan dengan slogan2 tersebut.Pemimpin2 Tertinggi Pas telah menunjukkan kematangan politik dalam menangani kemelut ini; menapakkan kebijaksanaan menenpatkan kepentingan rakyat di hadapan kepentingan politik. Saya lebih cenderung berpendapat bahawa di akhirnya Pas akan keluar sebagai "the winner'.

albert magic said...

As salam mualaikum tuan Aspan dan slmt hari raya, saya tertarik drngan coretan tuan yang mengatakan DSAI moral nya kurang elok justeru tak sesuai menjadi pemimpoin negara, tetapi apakah pemimpin negara yang sedia ada ini tinggi nilai moralnya

Suffian said...

Pak Aspan....

makin banyak Pak Aspan menyebut nama Anwar Ibrahim dlm tulisan Pak Aspan, makin terserlah kebencian yg tak tertanggung tu pada Anwar Ibrahim. Anwar cuba digambarkan sebagai "menace" dalam politik tanahair kita. Bagi saya jenama Anwar adalah terlalu besar utk digambarkan sebagai "menace". Menace ialah orang spt. Ibrahim Ali, Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim skrg ni, Zamil Ibrahim, Zulkifli Nordin dan byk lagi.
Anwar memimpin Pakatan Rakyat yg memenangi lebih 50% undi popular dan menawan beberapa buah negeri dlm keadaan padang yg tak samarata. Adakah orang macam tu kita gambarkan sebagai "menace" . Kecuali Pak Aspan skrg dah jadi penyokong umno BN. Tkasih.

Anonymous said...

Anon 09.06,
Saya rasa nilai moral pemimpinx negara sekarang secara amnya adalah baik sebab belum ada setakat ini mereka terlibat di dalam kesx peribadi yang serious atau dihadapkan ke makhamah.Apa yang Pak Aspan katakan mengenai DSAI adalah satu fakta yang jelas dan telah dibukti dalam makhamah,Saya tak payahlah sdr nak pertikaikannya,melainkan sdr masih dibuai mimpi atau sengaja menutup mata dan telinga di atas apa yang berlaku sekarang melibatkan AI.

ELBI RISALAH said...

Saya berpendapat kemelut MB Selangor sekarang bermula dari pengumuman DSAI ingin menggantikan MB sedia ada. Sebeleum itu tenang saja.

Apa salahnya cadangan ganti MB sekarang ditangguhkan sehingga tamat penggal MB sekarang supaya kemelut itu senyap ?.

Kalau Wan Azizah jadi MB pun masih ada suara tidak puas hati, sebab beliau bukan rakyat Selangor tulen.

Dari sebuk bertengkar, lebih baik kekalkan MB sekarang. Itu kemahuan majoriti rakyat bawahan.

Anonymous said...

Anon 12:56 disyorkan juga melihat moral pemimpin sekarang yg bila mana kesnya dilaporkan, mereka menggunakan segala peluang supaya mereka tidak didakwa oleh siapa, tidak lain dan tidak bukan Peguam Negaralah yg melakukan pendakwaan terpilih.

Anonymous said...

Pendawaan terpilih....Kalau tidak ada bukti yang sahih mascam mana nak dakwa.Apa awak ingat senang nak mendakwa sasorang itu tanpa bukti sebab jika dibawa ke makhamah pun ia nya akan dibuang.Terlalu banyak kes yang bolih lepas terutama atas alasan teknikal.Contoh yang paling saya rasa sdr tak mahu ungkit kes sodomi 1 AI.

Anonymous said...

Teringat kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Nor..

"Bila musuh mula memuji menyokong kita, maknanya ada sesuatu yg tak kena"

Anonymous said...

Buat anon 16:53, tidak faham atau sengaja buat tidak faham ia itu jentera kerajaan dipergunakan untuk merosakkan bukti bagi hakim mendapati ianya ragu. Natijahnya maka terlepaslah dari pendakwaan ataupun keputusan sabit kesalahan. Ia mudah diatur.

Anonymous said...

Sdr Anon 1.17,
Sila komen sikit kes Sodomi 1 KETUM kamu tu dan Keputusan Kes Sodomi 2 di Makhamah Tinggi.You are just a very lousy hypocrite.Give facts,I say again facts not preceptions.

Anonymous said...

Anon 12:34, anda cuba untuk mengalihkan isu yg diperbincangkan. Anda ingat lagikah kisah Prebet Adam yg akhirnya dihantar ke Hospital Permai/Hospital Bahagia, sedangkan dia siuman? Bagaimana sistem keadilan dimanipulasi untuk menutup pekung penguasa sewenang-wenangnya. Jika anda cukup matang untuk berfikir, jawap persoalan itu terlebih dahulu!

Anonymous said...

Betul ke apa yang sdr nyatakan? jangan ianya hearsay evidence.Kalau benar pun memang dia deserved pun,nobody that possessed a sound mind will do like he did by doing a shooting spree in the middle of the city.Luckily he was tried in Civil Court if he was tried by Gen Court Martial and found guilty AKTA 72 of the Army Act ,the max sentenced will be death by firing squad.Puas hati dan bukan nak mengalih isi tapi saya mahu kita berbincang berserta fakta bukan auta...skrg sila pula tuan persoalan saya..ok, no hard feeling.

Anonymous said...

Lebih 14 jam menunggu jawapan anon 12:34, tapi langsung tiada. Adakah tidak berani, atau tidak cukup maklumat ataupun tidak tahu langsung mengenai peristiwa tersebut.
Jika input kurang janganlah beri output berlebihan.

Anonymous said...

Either my reply is block sebab saya sudah jawab di mana di antara isinya saperti berikut,mengenai Pbt Adam,saya rasa dia deserved dikenakan tindakan begitu sebab tidak ada orang yang berminda sehat berkelakuan saperti beliau melepaskan tembakan liar di khalayak ramai.Luckily dia dihadapkan dimakhamah awam,kalau dia diadili di General Court Martial di antara hukuman yang bolih dikenakan kepada beliau kalau didapati bersalah di dalam AKTA 72 Army Act adalah Death BY Firing Squad.By the way you test the wrong person,Pse check with Lt Gen[R] Abdul Ghani about Pbt Adam case as he was the BGS totally involved in the case.Now it is your term to answer my question on KETUM Sodomi 1 and 2 in relation to selective prosecution.

Anonymous said...

Dalam aspek perundangan pendakwaan boleh memilih,dipilih atau terpilih,sebarang bukti boleh direkacipta atau dilupuskan..lihat kata kata ini "rupa macam saya,suara macam saya tapi itu bukan saya " atau "itu bukan saya,rupa tidak seperti saya tapi hakim putuskan itu adalah saya"

Anonymous said...

ANON 5,52
Above is the answer foe selective prosecution,read carefully.