23 August 2014

Ibu Nurul lebih baik dari Khalid, ibu-ibu lain pula lebih baik dari ibu Nurul

“My mum is better than Khalid” kata Nurul Izzah Anwar kepada media dua hari yang lepas. Perasaan dan penilaian seorang anak kepada ibunya sememangnya begitu, kerana seorang anak yang baik tidak akan mengatakan ibunya kurang baik dari orang lain. Apabila ibunya disebut akan menggantikan Khalid, sudah tentulah beliau akan berpendapat ibunya lebih baik dari Khalid.

Saya sudah ketiadaan ibu lagi. Jika ibu saya masih hidup, tentu saya akan berkata yang ibu saya lebih baik dari Khalid, malahan lebih baik dari Wan Azizah atau Rosmah Mansor.

Apa tidaknya, sebagai ibu tunggal puluhan tahun lamanya dan hidup membesarkan anak-anak nun jauh di pedalaman, ibu saya boleh membesarkan anak-anak dalam keadaan serba serbi kekurangan dan akhirnya mempunyai puluhan cucu dan cicit.

Ibu saya boleh menghantar anak-anaknya kesekolah sampai ketahap yang termampu oleh anak-anaknya untuk pergi tanpa halangan walaupun dalam keadaan kekurangan sumber untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah dan keperingkat pengajian tinggi. Hasilnya saya dan adik beradik bolehlah membaca perlahan-lahan dan menulis sikit-sikit sekarang ini.

Ramai ibu-ibu yang lebih baik dari Wan Azizah jika didasarkan kepada keadaan kehidupan mereka yang kekurangan, telah berjaya menjadikan anak-anak mereka menjadi pemimpin dan orang-orang yang berjasa kepada negara. Ada anak-anak mereka yang ,menjadi ‘corporate captains’ dan ada yang menjadi pemimpin negara.

Abdul Ghaffar Baba seorang yang datang dari keluarga yang miskin, tetapi ibu dan keluarganya telah membesarkan beliau dan dengan izin Allah telah menjadi Timbalan Perdana Menteri yang ditumbangkan tanpa belas ehsan oleh Anwar Ibrahim pada November 1993 dahulu.

Sesungguhnya memang lebih ramai ibu-ibu yang lebih baik dari Khalid, kerana fungsi seorang ibu dengan Khalid seorang lelaki itu sememangnya berbeza. Khalid telah berjaya bukan sebagai seorang ibu dan wanita, tetapi Khalid telah berjaya membawa ke depan segala perkara dan niat tidak baik setengah pihak setelah diberikan mandat oleh rakyat.

Jika ditinjau dari sudut itu, ibu Khalid telah berjaya dan mungkin lebih baik dari ibu Nurul Izzah kerana membentuk beliau bersabar menghadapi situasi di mana beliau dicungkil segala kesalahannya untuk diturunkan dan dimusnahkan karier politiknya.

Ibu Khalid telah membentuk Khalid walaupun dengan kelemahan biasa sebagai manusia tetapi oleh kerana didikan ibu beliaulah yang membuatkan beliau berani dan bergaya menambahkan risab negeri ke tahap yang belum pernah dicapai oleh negeri Selangor.

Jadi, ibu Nurul Izzah dan ibu Khalid sememangnya lebih baik dari Nurul Izzah dan Khalid sendiri kerana kejayaan Nurul Izzah adalah kerana didikan ibunya dan kejayaan Khalid pula adalah di atas didikan ibu beliau juga.

Yang belum tentu lagi ialah kejayaan Nurul itu sendiri samada akan berjaya sebagai ibu kepada anak-anaknya seperti kejayaan ibunya membentuk beliau menjadi seorang pemimpin Dewan ‘Legislature’ negara.

Apa yang disebut oleh Nurul itu adalah satu yang biasa dan tidak jauh bezanya dengan kejayaan ramai ibu-ibu yang lain.

Hanya yang belum tentu ialah samada ibu Nurul ini akan berjaya membina satu kerajaan yang kuat jika ibunya ini dijadikan Menteri Besar negeri terkaya di negara ini. Sesungguhnya Nurul seorang anak yang baik dan solih terhadap ibunya.

Hanya yang menjadi persoalannya samada tindakan ibunya merampas kerusi dan jawatan secara ‘hostile’ itu akan menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin yang tahan menghadapi risiko kepimpinannya setelah tercapai apa yang dihajati beliau itu.

Takut-takut semasa dalam keadaan sekarang semuanya baik, tetapi apabila sudah mendapatnya keadaan akan menjadi sebaliknya. Itu jugalah yang berlaku kepada Khalid yang telah diberikan imej ‘the best MB the nation ever had’ dalam sekelip mata dipanggil sebagai MB yang paling tidak bermoral.

Selalunya, sejarah itu akan kembali. Ingat satu perbilangan, ‘what goes around comes around’. Mungkin Nurul Izzah patut mengingatkan ibunya selalu tentang isu ini, kerana kita tidak boleh terlalu yakin apa yang kita lakukan terhadap orang lain itu tidak akan berlaku kepada kita sendiri.

Satu lagi yang Nurul mesti ingat, jika kita masuk bakul, kita tidak boleh mengangkat bakul itu sendiri. Biar orang lain yang angkat. Kalau kertas peperiksaan biar orang lain kasi markah, jangan sendiri beri markah, bukan gitu Nurul?

20 comments:

Anonymous said...

perrrghh...complete...perfect..advise. sincerely I'm touched.

Anonymous said...

Tu diaaa.....
Bila aku baca ni.... aku tergolek2 ketawa ROTFL

SHAH ALAM: PKR vice-president Nurul Izzah said her mother, Wan Azizah, will be a better Menteri Besar (MB) than Khalid Ibrahim because of her caring nature to listen to problems.

“All leaders should show empathy, which is a vital quality,” she told a press conference after launching the PKR Wanita Congress in Stadium Melawati Shah Alam today.

I say Ms nurul izzah, klu hanya kerana "caring nature" boleh jdi pemimpin, brpa million orang pun boleh qualify leh?
I've always found pkr's First Daughter ni shallow. Proven again.


Anonymous said...


Nurul's mother is a caring lady....so take care of her pussy cat. We Selangorians are not pussy cats..boleh gosok tengkok dan apa-apa lah

bon said...


Bet you, Wan Azizah will be a flop MB. Don't react against my comment, as we are going to see that soon after she becomes the MB.

Anonymous said...

Menang parlimen pun dgn menipu...

Anonymous said...

Pak AA, kejam sekali. Lawak jenaka betul. Wa suami God's gift. MB yang paling sesuai ialah My Bini. Sekarang My Baby pun ikut jenaka si keluarga yang berimpian negeri jadi warisan keluarga sendiri.

bren said...


Nampak sangat parti mereka ni parti keluarga, sekarang kerajaan Selangor hendak di jadikannya kerajaan keluarga.

Kecewanya aku. PAS pulak sokong parti keluarga ni?

Hancur...hancur....dan hancur!May God bless you people in Selangor.

Sampai hajat DAP nak pecahkan Melayu...

Anonymous said...

I think her mum is better than mine!
No way would my mum tolerate my father appearing in a video screwing a chinese prostitute.
No way would my mum allow my father's guy lover to live in our house.
Probably my mum would have done a Lorena Bobbit by now.
Yes Nurul you mum is better!

Anonymous said...

AA..saya kagum dgn bicara anda..sungguh versatile dgn gaya bahasa yg menusuk kalbu...

tebing tinggi said...


Nak buek cha no , dah nama PKR semuo buleh .

Kalolah kobou Den pandai bercokap ,pasti dio kato ibu merka yang terbaik ,untuk jawatan IBU kapada semua ibu kobou , macam ketua wanitalah.

Nyokomeng said...

betul tu!..
tapi dalam banyak hal, khalid lebih baik dari ibu-ibu lain...

Anonymous said...

Ibu ku seratus kali lebih baik dan bagus drp ibu kau Wan Azizah yg mana mempunyai wang jutaan ringgit bela adik beradik kau. Ibu aku tak punyai byj wang ringgit yg hanya bergantung pd suami yg gaji nya tak seberapa lumayan utk tampung ramai adik beradik aku.. Wan Azizah anak2nya tak ada hidup kebuluran dan susah dan tentu ada pembantu dan orang2 PKR membantu beliau. Tidak seperti banyak ibu2 yg lain yg hidup kesempitan bila 'kehilangan suami atau dipenjarakan'... Ini kah kata2 ucapan Nurul Izzah salah satu ahli politikus PKR.... sigh

maae said...

He..he..dalam tenang nurul di belasah... Semua yang ber Ibu akan mengangkat tinggi martabat Ibu. Mertabat dalam Islam pada kedudukan ketiga. Allah yang utama, Rasul kita yang kedua dan Ibu yang ke tiga. Ayah jatuh selepas nya. Kepada yang tidak beribu(meninggal) memang sedih. Kepada yang di lahir, tidak pernah berjumpa ibu, maka menumpang kasih sayang saja lah.

Seperti Sdr AA, saya juga sudah lama yatim piatu... he..he.. sodih bila tiba hariraya...

Mana boleh Nurul banding Ibu nya dengan TSKI ? Apa-apa pun kerusi MB itu bukan semudah ibu membela anak-anak nya. Dunia yang jauh berbeza!

Jika di bandingkan dengan ibu TSKI boleh sahaja. Ibu Nurul tidak larang Nurul murtadkan dan pesogkan Akidah orang ! TSKI tidak pernah murtadkan orang. Jauh di sudut hati nya, beramanah kepada Bangsa dan Agama nya. Beramanah menjaga tabung Selangor. Ini yang nyata di lihat. Lain nya terserah kepada yang tahu.

Maka Ibu TSKI lebih berjasa dan 'humble' berbanding Ibu nurul...lantaran itu TSKI juga seorang yang merendah diri, asuhan terbaik. Bapa TSKI juga mungkin tahu duduk nya selaras Sunnah Rasul. Bapa nurul ? Semua boleh jawab. Bukan menghina, ini kejadian yang semua pun berbicara.

Belum terbukti terbaik. Dugaan Allah SWT itu besar ! Jika kita merampas dan menganiaya, maka tunggu sahaja 'doa-doa' mangsa di makbulkan.. Tidak takut ? Tidak mengapa kerana Allah baru sedikit menduga sahaja. Mungkin bencana lebih besar akan menghempap Selangor. Siapa tahu? Atau mirakel sebalik nya ! Juga kita tidak tahu. Maka Sultan Selangor patut bersikap lebih arif untuk kesejahteraan Negeri Naungan Baginda.

Kata Pak Aspan, Nurul jangan lah masuk bakul angkat sendiri... satu teguran dan nasihat yang bernas untuk anak buah sekutu nya. Nasihat orang tua kepada yang berstatus anak.

Sebagai Melayu saya amat bersetuju jika Nurul dan Ibu nya tidak merosakkan Bangsa yang sudah lama berjasa...kerana Bangsa ini begitu prihatin terhadap Negara Tanah Tumpah Darah nya ini yang di jaga dengan darah perjuangan.

Anonymous said...

Satu kupasan yang bernas saudara aspan. Dah tak ada yang nak angkat bakul terpaksalah angkat sendiri.

Anonymous said...

Terima kasih AA.kiri kanan dihentam,dia tak membalas pun.

Anonymous said...

Yong kuning marah kt hang...dok ungkit tang emotional2...tp yk ni lupa...bapak fitnah tski...anak fitnah nong chik...adab berpakatan buang kot tingkap...susah...org lain kene kesian kt depa...tp depa?

RD. said...

Setiap kali ada Pemiliham PKR, mesti kecoh, baling kerusi dan kelam-kabut pecat memecat. Dah hampir 5 bulan, masih belum selesai.
Kalau di ikut standard apa sekalipun, ibu Nurul sebagai Presiden sudah tidak ada credibility. Sudahla, bapa sebagai Ketum dan Nurul sendiri sebagai Naib President.

Yang saya hairan mengapa DAP memilih Azizah yang tiada berkebolehan. Bercakap atas pentas pun, tidak pandai. Asyik berkipas je. Pakai glove pulak tuh.
Mana pergi slogan C.A.T?

Yang pasti, KUASA & WANG adalah segalanya.

Anonymous said...

Tuan aspan terbaaiik
Dari siti. Usj 9

Anonymous said...

syabbasss atas renungan AA. terkesan dihati. tadak sapa pun akan kata ibu dia teruk dari ibu orang lain. kalau ada... mungkin anak itu terpisah dari ibunya bila ibunya menuntut fasakh dari suaminya dan menyerahkan anak-anak kat bapa. sibuk nak politik. kalau nurul kata ibunya lebih baik dari khalid... hebatkah ibunya jika diberi tanggungjawab untuk membawa balik maruah negara dari kota london suatu ketika dulu... peristiwa Dawn Raid...

Anonymous said...

Siapa yang lebih baik antara Najib, Pak Lah, n Mahathir???