27 August 2014

Kerana terlalu berpencak dan berkeris, akhirnya menikam diri sendiri

Tindakan Tuanku Sultan untuk menolak Wan Azizah sebagai pengganti Menteri Besar Selangor sambil meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari dua nama calon memberi makna calon kehendak Anwar tidak diterima. Tetapi DAP sudah pasti tidak berkelayakan untuk mencalonkan sesiapa dari partinya kerana DAP tidak mempunyai calon berbangsa Melayu di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. DAP sesungguhnya adalah parti Cina walauipun bersyarah di sana sini mengakui parti itu sebagai parti berbilang kaum.

Dalam isu ini hanya PKR dan PAS sahaja yang layak untuk mengemukakan nama-nama calon kerana kedua-dua parti ini adalah parti-parti orang Melayu. Oleh kerana PKR dan DAP masih kekal dengan satu nama, iaitu Wan Azizah sahaja, maka yang akan mengemukakan calon lain hanyalah PAS. PKR tidak mahu akur dengan titah Tuanku untuk memberikan nama yang lain dari Wan Azizah. Maka parti mana yang mahu menerima titah Tuanku itu akan dipertimbangkan untuk menjadi pengganti kepada Khalid Ibrahim.

Situasi ini sangat menarik kerana PKR tidak akan mengemukan calon pilihan selain dari Wan Azizah, maka secara langsungnya PKR tidak akan dipertimbangkan untuk sesiapa menjadi Menteri Besar, pengganti Khalid Ibrahim. Di sini adalah garis penamat kepada ‘Kajang Move’ yang dikatakan adalah buah fikiran pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli dahulu.

Jika calon PAS tidak diterima oleh Pakatan Rakyat maka jalan terakhir ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor dan diadakan pilihanraya negeri yang baru. Jika ini terjadi maka PKR adalah penyebab kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor dan tiada pilihan yang lain, melainkan DAP bertukar pendirian dan menyokong calon dari PAS. Itu sukar untuk terjadi kerana DAP lebih mendengar ‘titah’ Anwar Ibrahim yang mahukan Wan Azizah sebagai pengganti kepada Khalid bagi melangsungkan tindakan ‘Kajang Move’ tadi.

Sesungguhnya ‘Kajang Move’ itu telah mengecilkan padang permainan bagi PKR khususnya Anwar Ibrahim itu. Sekali gus keadaan ini meniruskan sokongan ramai terhadap Anwar Ibrahim, 'ibarat tali gasing, semakin ke hujung semakin menirus (kecil)'. Jika sokongan terhadap Anwar semakin kecil ia memberi makna yang Anwar semakin menghapiri hayat politiknya dan mana-mana parti atau mana-mana yang bersekongkol dengan Anwar dan hilang dalam ‘oblivion’ politik negara secara beransur-ansur.

Samada DAP masih mahu menghadapi risiko ini terpulang kepada parti itu. Bagi banyak pihak dari apa yang berlaku di Selangor ini, mana-mana pihak yang masih mahu bersama Anwar serta menumpang memikul bebannya sekali, adalah satu pendirian yang dikatakan 'berenang dan tenggelam bersama'.

Tetapi DAP akan membayar harga yang terlalu tinggi ‘to swim and sink together’ bersama PKR dan Anwar khususnya..Jika itu pilihan DAP maka DAP akan dikenang sebagai parti yang mempunyai setiakawan yang tinggi sehingga sanggup bersama kehilangan ‘plot’ perjuangan parti itu sendiri untuk bersama menjamah kuasa di Putrajaya yang selama ini yang dikeliurkan oleh parti itu.

Isu yang dihadapi oleh Selangor ini bukan sahaja dirasakan tempiasnya oleh PKR, tetapi tidak ramai yang sedar apa yang lain yang akan berlaku. Kecenderungan untuk DAP 'menjilat lukanya sendiri' secara sendirian akan dialami mereka kerana berpendirian ‘sinking and swimming’ bersama dengan PKR itu.

Hakikatnya mana-mana parti yang wujud diatas perpecahan rakyat seperti PKR ini, parti itu tidak akan kekal lama. Keadaan ini sudah mula terbau dengan perpecahan parti itu di setiap peringkat hasil dari pemilihan pimpinan parti itu yang baru sahaja selesai beberapa hari yang lepas sebelum kongress parti itu diadakan. Kekusutan dan masalah ‘intra-party’ yang dihadapi oleh PKR itu ditokok-tambah pula dengan masalah dan kerumitan ‘inter-party’ dalam Pakatan Rakyat, khususnya masalah parti itu dengan PAS.

Keadaan ini telah jelas membawa PKR kepada krisis keyakinan yang begitu serius dan akan terbongkar dalam masa yang tidak lama lagi. Krisis ini akan membawa padahnya sekali kepada DAP yang menganggotai Pakatan Rakyat itu. Tidak kita ketahui bagaimana DAP untuk mengelak dari tercalar dalam menghadapi krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR ini.

Itu sebabnya blog ini selalu mengingatkan semua samada satu-satu 'coalition' itu kekal lama atau sebaliknya bergantung kepada manusia yang memimpinnya. Pemimpin yang bermasalah tidak mungkin bertindak dengan betul dan tepat kerana pemimpin seperti ini akan menjadi beban kepada jemaah dan kumpulan yang dipimpinnya. Pemimpin itu sendiri akan bertindak mengikut apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah beliau.

Pemimpin seperti ini akan mendahului tindakannya untuk menyelesaikan masalah sendiri dan sebagai contoh ‘Kajang Move’ itu boleh dijadikan iktibarnya. ‘Kajang Move’ sudah terbukti dilakukan hanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Anwar yang beliau sendiri merupakan penyebab masalahnya itu.

Akhirnya ini yang terjadi dan masalah dan isu Selangor sekarang merupakan ‘pinnacle’ terhadap masalah pucuk pimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri. Tidak tentu pasal DAP dan PAS menjadi mangsa hasil dari tindakan melulu seorang individu yang bermasalah itu. Cita-cita tinggi yang tidak mungkin tercapai jika dinilai dari zahir dan adatnya. Kehendak Tuhan kita tidak tahu dan itu bukannya tahap makam kita untuk melihat secara makrifah apa yang akan terjadi di masa depan.

Pendeknya ‘Kajang Move’ itu bukan menambah peluang PR ke Putrajaya tetapi sebaliknya terbukti yang langkah itu merupakan satu tindakan menyempitkan jalan bagi PR untuk menghampiri Putrajaya selepas pilihanraya akan datang.

Sesungguhnya ‘Kajang Move’ itu merupakan satu tindakan yang ‘unnecessary’ dan yang membazirkan peluang untuk mencapai cita-cita ke Putrajaya. 'Yang dikejar tidak tercapai dan yang dikendung berciciran'.

'Terlalu berpencak dan berkeris, akhirnya menikam diri sendiri'. Jangan salahkan sesiapa cukuplah.

21 comments:

Anonymous said...

Yang bodohnya bukan cina DAP atau MCA atau Gerakan atau apa saja parti cina tapi Melayu yang bercakaran sesama sendiri dan berunding scara sulit dengan musuh tak hairanlah semua keputusan dalam berbincang bocor dan bolos kepada musuh,elok sangat jika kemelut ini berkesudahan dengan PRN dari situ baru kita dapat lihat siapa yang berkuasa parti atau pemimpin yang gilakan kuasa.

Ami Experia said...

Sekarang bukan lagi terhidu bau taik tetapi telah terpijak tahi.

Anonymous said...

Aku tengah fikir siapa calon MB Melayu yg nak dihantar kpd Sultan Selangor dari parti DAP ........

Hahaha.... DAP parti pelbagai kaum konon.

maae said...

" Terlalu berpencak dan berkeris, akhirnya menikam diri sendiri'. Jangan salahkan sesiapa cukuplah "

Keris bukan sahaja memakan diri, malah adakala di tepis, terpelanting menikam orang lain di gelanggang ! Pencak silat nya sumbang, malah mendabik dada mengisytihar jagoan, merendahkan martabat Panglima lain yang terbukti tersimpan pintar dalam ilmu persilatan nya.

Konon nya tembus bumi yang di pijak hentak.....

Anonymous said...

Along the "move" too many bridges were already burnt down beyond repair between pas n pkr by "useful idiots" especially by anuwar fan club both in pkr n in pas.
Why dap play along? What can dap gain from this crisis? Is it position being promised? Is it business opportunity? Don't think so. Dap won't be that careless to be too obedient knowing that electorates are frustrated with pr internal struggle.
Maybe it was a favored being return or a favored being given and the only reason i can think of is hudud.
Pas was adamant...yet dap was adamant too. Pkr is the power broker in this issue and anuwar has proven to always be on dap side subtly.
But then again unless dap read polls wrongly. Propaganda can be good but never start to believe in your own propaganda.

Saadun Sulaiman said...

Selain dari diri saya sendiri mungkin ramai di luar sana yang mempertikai kan "KESOMBONGAN" PKR dan DAP yang hanya mencalon kan nama Wan Azizah sahaja. Kelebihan apa yang ada pada Wan Azizah sehingga di angkat begitu rupa. Sepatut nya PR di Negeri Selangor merasa bertuah kerana akhir nya TSKI akur dengan kehendak PKR dan tiada PRK untuk DUN Selangor. Kalau ada saya pasti PR, terutama PKR akan bungkus.

RD. said...

Saya sebagai pengundi di Selangor, tidak mahu seorang wanita yang mempunyai suami yang telah disabitkan kesalahan meliwat pembantunya. Ini akan mendedahkan bakal MB kepada bermacam-macam masaalah peribadi dan akan mendedahkan keselamatan Negeri kepada bahaya jika ada anasir mempunyai bahan bukti salah-laku suami beliau untuk tujuan peras-ugut.
Bayangkan, kita mempunyai seorang MB yang suaminya, bekas banduan dan besar kemungkinan akan dipenjarakan sekali lagi atas kesalahan meliwat pula. Mana ada negara atau negeri di dunia ini yang mempunyai Ketua Executive bermasalah dan bereputasi buruk seperti ini!

Suami beliau pernah didapati bersalah dan dihukum 9 tahun penjara kerana menyalah-guna kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 1998, Anwar pernah mengarah Polis untuk menangkap Ummni Hafilda dan mengertaknya, meminta maaf dan menarik-balik surat kepada TDM. Setahun sebelumnya, surat itu telah sampai kepada TDM yang mati-matian tidak percaya. Maklumlah, Anwar memperagakan watak alim dan warak.

Oleh kerana TDM tidak percaya, Ummi Hafilda membawa surat itu kepada Karpal Singh dan Mat Sabu yang kemudiannya menuduh Anwar seorang peliwat, di Parliament. Kerana watak 'Pak Sheikh' yang dibawa Anwar, Mat Sabu telah mengelarnya Al-Juburi.

Kepada yang belum lahir pada 1997 ataupun masih bayi ketika itu, tuduhan Karpal Singh dan Mat Sabu terhadap Anwar boleh dirujuk, Hansard Parliament.

PakNgahYobKider said...

sedari awei lagi PKR ini memanjang ayo mendapat simpati daghi pati lain. geghok koje (kempen p/ghaye)...kawalan keselamatan (unit amal)...sokongan moral...(memenuhi majeleh ceghamoh, sokongan masa dalam jei, sokong dan masuk demo)...dan segalenye...adalah ihsan ahli pati PAS. Usoh le sape pun nok napikan.
Tapi makin lama deme bila ghase udoh makin bekuase...deme pkr ni makin angkuh...nuar makin angkuh dan gelojoh...oghang bawoh dia makin angkuh....
tak sedo pati hanya ada sokongan sekumit je.....pati yang sentiase mendapat ihsan pati lain untuk hidup....sedo sedo le sikit pkr...

Anonymous said...

iktibar buat semua,
kpd rakyat yg memilih ketua,
yg menyangka diri tu berkuasa,
sedangkan ada yg lebih darinya,
sebab tamak haloba menjadi punca,
setitik nila rosaklah susu sebelanga...

ketua tak boleh kekal lama,
selagi orang suka selagi itulah dia terus berada,
jika ada desakan untuk turun pula,
seeloknya turunlah dengan sukarela,
jika menentang ia tak kena,
sendiri bikin sendiri tanggung akibatnya...

sayang tan sri orang yang bijaksana,
punya sejarah dalam segala kerja,
isu di selangor tak akan jadi kerananya,
jika akur kehendak parti dengan seikhlas hatinya....

boin said...


Anon 10:39

Benar kata saudara, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Kerana Khalid seorang raosak rancangan Anwar hendak mendapatkuasa untuk beliau dan keluarga beliau.

Kerana terlalu rakus maka hilang kepercayaan rakyat terhadap Anwar.

Kerana Anwar isterinya sendiri menjadi mangsa keadaan.

Kerana kerakusan maka Anwar menggunakan semua orang termasuk isterinya sendiri.

Saya setuju dengan pandangan saudara.

tebing tinggi said...


Sesungohnya saya ingin melihat yng kemelut poitik di Selangor ini dan apa yang terjadi kapada PKR ,PAS ,juga DAP ,sebagai satu pembalasan kapada keangkohan dan kebiadapan mereka semua.
Dalam pada mereka-mereka menonjolan keangkohan mereka dengan menghalalkan pelbagai cara ,mereka sering lupa ,yang sentiasa ada kuasa yang menentukan segala-galanya.
Peristiwa di Perak tidak mengajar mereka sebenarnya ,mereka mengangap itu sebagai permainan politik sahaja ,dan selagi mereka ada penyokong ,kuasa ditangan mereka.
Yang benar tetap benar ,disisi Allah Subhanahuwataala.

Kobou Den pon tahu hakikat itu ,sebb itu kita lihat selalau menunduk.

Anonymous said...

Apalagi PAS,Tuanku telah beri bola tanggung,libaslah terutama pada PKR yang sentiasa memperkecilkan kemampuan PAS.Sejujurnya,kalaulah tidak ada sokongan dari ahli akar umbi PAS,segala program PKR terutama demonstrasi hancur.PKR sebenarnya tidak mempunyai ahli tulin,yang selalunya meramaikan aktiviti mereka adalah kumpulan yang diberi sogokan wang untuk hadir.

Anonymous said...

Pak AA,

Saya rasa keadaan amat sukar kepada PKR untuk mencalonkan nama-nama lain untuk menjawat MB Selangor selagi Dr. Wan Azizah secara sukarelatidak menarik diri.

Anonymous said...

Adalah lebih bermarwah jika Wan Azizah tarik diri sebagai calon MB. Malulah signal Sultan yg dah menolak dari awal calon tunggal dari PR . Inilah fakta yg rakyat kena diberi paham betapa perlunya institusi Raja di pertahankan. Jika tidak DAP akan bermaharajalela. DAP akan guna mana2 ruang dan peluang yg mereka boleh celah yg akhirnya org melayu nak mengaku dia bangsa melayu pun dah malu.... Pandai pemimpin2 DAP ni oiii......

Anonymous said...

Istana sekarang tidak seperti istana silam. Istana sekarang mempunyai para penasihat yang ada merit dan kelulusan.

Pilihanraya semula tidak akan mengubah status quo PR iaitu 3 parti berasingan dan tidak akan mengubah pendekatan Istana dalam pelantikan MB.

Ini bermakna kalau ada pilihanraya semula dan kalaupun PR kekal sebagai pendahulu, setiap parti akan sekali lagi dipinta untuk memberi lebih dari satu nama.

Kalau tidak setuju juga? Jawapnya mudah dan ikut buku... iaitu bubar lagi dan lagi dan dalam masa sama MB sedia ada akan kekal duduk di situ hingga suatu masa, mungkin sampai PRU seterusnya.

Natijahnya: jangat ingat diri sendiri saja handal berpencak walhal pihak lain mungkin lebih hebat pencaknya tetapi sengaja tidak mahu menunjuk-nunjuk aja.

Anonymous said...

Dap tidak ada isu dengan PKR kerana 2x5=5x2

1. nak tuduh pihak itu amalkan nepotisme tak boleh kerana tuduhan berkenaan akan berbalik pada batang tubuh sendiri.

2. nak tuduh pihak itu amalkan kronisme nanti ibarat tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

3. nak tuduh pihak itu tidak ada muka Cina di kedudukan nombor dua tak boleh juga kerana parti sendiri tidak ada muka Melayu tulen dalam CEC.

Suffian said...

Saudara RD…
Saya ialah generasi reformasi . Saya berumur pertengahan 20 an pd waktu itu , punye kecergasan sangat baik pada tahun2 reformasi dan dapat merasai water canon , gas pemedih mata FRU , belantan dsbnya .
Anwar Ibrahim segala2nya telah dilondehkan secara maksimum , maka tidak timbul lagi apa lagi nak dilondehkan , maka tidak timbul lagi bakal MB akan diperas ugut . Tak payah lah memperbodoh-bodohkan sekalian pembahas & tetamu Pak Aspan.
Fasa 1 modus operandi Ummi Hafilda seawal 1997, ialah bertemu beberapa pemimpin opposisi menabur cerita fitnah DSAI . Karpal Singh & Mat Sabu masuk perangkap Umi . Cerita2 lendir DSAI harus bermula dari zaman Anwar di MCKK , student leader , Abim , menteri belia & Sukan . Pada zaman muda ketika nafsu serakah sedang membuak2. Cuba2 lah saudara RD korek2….saya nak dengar juga. Tkasih.

Anonymous said...

Anwar2... kau handal berdepan dgn musuh luar dari badan engkau.... tetapi engkau bodoh bila musuh yg dtg dari dalam badan engkau sendiri.... Apa yg kau lambung kau hoplah ..... kalau kau lambung emas kau hop emas kalau kau lambung najis kau hop najis.

XUMNO said...

Satu pandangan yang amat menarik yang dilontarkan oleh Sdr Aspan adalah... "parti yang tertubuh hasil dari serpihan parti induk kerana kekecewaan, biasanya akan bermasaalah dan akhirnya lenyap" (maaf sdr kerana saya tokok tambah supaya sedap bunyinya). Ini bukan andaian semata2 tetapi satu hakikat seperti mana Semangat 46; Hamim dan lain2 telah lenyap. Sebabnya adalah parti serpihan ini timbul bukan atas dasar prinsip seperti tertubuhnya Pas dari Umno, tetapi atas sebab yang superficial . PKR tertubuh cuma kerana penyokong2nya beranggapan Anwar telah dizalimi oleh Umno bukan kerana Umno itu parti yang mengamalkan rasuah, nepotisma, dsbnya.Dan ahli2 parti serpihan ini masih mempunyai sifat2 dan ciri2 parti asal mereka dulu.Sifat2 ini pula amat fluid, boleh berubah bila2 masa mengikut keadaan. Lihat saja bekas pemimpin2 S46 seperti Razali Hamzah, Rais Yatim dan lain2. Lihat pula Nor Azam, Lokman, dan beberapa pemimpin2 asal PKR yang berapi2 mencaci Umno pada awalnya. Lain halnya dengan Pas, Presiden atau Timbalan apalagi Naib2 Ketua apabila mereka meninggalkan parti, Pas masih utuh, tidak goyah, malah bertambah kuat dan maju. Diharap kepada pemimpin2 yang ada dalam Pas hari ini yang kebetulan menempah tempat dalam Pas kerana sebab lain dari memperjuangkan prinsip asal Pas, janganlah cuba2 nak heret parti islam ini ke haluan agenda sendiri. Anda akan dikecewakan oleh Halaqah.

RD. said...

Saudara Suffian.
Saya seperti juga ramai orang berumur macam saudara Suffian ada terdengar cerita kisah idola saudara di MCKK yang jijik itu, tetapi saya mahu sebarkan kerana ianya hanya cerita dari mulut ke mulut. Omputih kata, hearsay.

Tetapi, kalau pasal demo Baling 1974, saya amat tahu sekali, kerana saya dalam form 3 dan tinggal di (Kuala)Kupang, Baling, ketika itu. Budak yang di kelihatan kurus-kering itu mati, BUKAN kerana kebuluran, tetapi berpenyakit. Sebagai activist pelajar, Anwar bijak megambil kesempatan untuk mengambarkan orang kampung kebuluran tak makan, kerana harga getah amat rendah ketika itu. Secara logik, rakyat Malaysia mustahil kebuluran. Batang pisang pun boleh di makan.

Anonymous said...

Sdr Suffian,
Cukupx lah mendewa DSAI yang kamu puja.Kenapa suruh orang cerita pasal latarbelakang DSAI.Kalau dalam masa reformasi dulu,sdr turut terlibat saya rasa sdr masih kuat dan sehat untuk menggunakan mata melihat apa yang DSAI lakukan dan gunakan otak untuk menilai beliau.Tidak payah pergi jauh,situasi di Sgor sekarang dah cukup bukti di atas kerakusan beliau,lainlah kalau sdr letakkan otak sdr di kepala lutut atau sdr tutup mata sdr.