04 August 2014

Kata pepatah 'raja bertitah hanya sekali'

TS Khalid Ibrahim mencabar PKR untuk membuat laporan terhadapnya jika benar beliau menghadapi masalah intergriti. PKR boleh membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah jika mereka yakin beliau mempunyai bukti kukuh tentang apa yang mereka dakwa  melalui kenyataan Saifudin Nasution, Setiausaha Agung PKR.

Saifuddin telah membuat kenyataan yang beliau akan membentangkan laporan setebal 50 muka surat dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat 10hb Ogos ini. Jika apa yang di bentangkan itu tidak ada kebenarannya maka secara natural tindakan itu hanyalah satu konspirasi setengah pihak untuk menjejaskan intergriti beliau sebagai pemimpin kerajaan negeri Selangor.

Tetapi beliau (Khalid) juga patut mempunyai ruang untuk membuat tindakan mengadu kepada pihak badan undang-undang untuk membersihkan nama beliau pada pandangan rakyat khususnya di Selangor.`

Diantara yang di sebut oleh Saifudin ialah isu ‘outside court settlement’ dengan Bank Islam sebanyak RM66 juta berhubung dengan pinjaman Khalid dari Bank Islam yang membiayai pembelian 5 peratus saham Guthries  semasa beliau menjadi Ketua Eksekutif Syarikat Perladangan itu.

Isu ini sememangnya telah menjadi pengetahuan umum semasa beliau belum menjadi aktif dalam politik PKR ini. Di mana letaknya kesalahan Khalid dalam isu ini Saifuddin sahaja lah akan membentangkannya dalam perjumpaan dengan ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat nanti.

Tentunya Saifudin dengan pimpinan PKR yang mahu Khalid keluar itu sedang mencari segala kesalahan atau kesilapan Khalid sebelum ini. Sememangnya susah untuk mencari kesilapan itu dan jika ia masih dilakukan ia ibarat 'mencari kutu dalam rambut yang tebal'. Tidak kira apa, baginya Khalid mesti berhenti kerana itu adalah kehendak Anwar Ibrahim.

Saya seolah-olah tidak mahu mempercayai yang Saifuddin sanggup menunjukkan dendamnya sehinggakan berikrar akan menunjukkan segala kesalahan Khalid dan terpaksa keluar dari Pejabat Setiausaha Kerajaan di Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Bagi Saifuddin tindakan beliau untuk berkata dan bercakap dengan nada tinggi yang disulami dendam itu adalah satu tindakan yang ‘heroic’ untuk menzahirkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Saifuddin mesti menunjukkan segala tuduhan beliau itu semuanya benar yang tidak boleh diragukan dan dipersoalkan. Jika kurang dari itu adalah hak Khalid Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dan apabila sampai ketahap itu Saifudin perlu meletakkan jawatan, jika beliau ada apa-apa jawatan yang beliau pegang sekarang ini.

PAS dan TGHA nya mungkin dipaksa membuat ikrar bersama untuk menyokong Khalid di ketepikan pada 10hb nanti, tetapi hakikatnya mereka adalah berbeza pandangan dan pegangan. TGHA pula akan menjadi sasaran pihak lain yang akan menganggap TGHA sebagai seorang yang mempunyai sikap ‘flip-flop’ seperti juga pemimpin dan pucuk pimpinannya yang selalu melakukannya. TGHA semasa itu akan dianggap seperti pemimpin yang senilai dengan pimpinan UMNO yang terlalu banyak dipersoalkan oleh orang ramai.

Bagaimana pun itu adalah hak TGHA untuk meletakkan dirinya di mana kata pepatah, selalunya, ‘raja bertitah hanya sekali’. Tidak tahu pula kita samada TGHA bertitah berkali-kali dan dalam setiap titahnya sentiasa berbeza-beza niat dan tindakannya.

Walau bagaimana pun dalam politik dunia ketiga seseorang pemimpin itu membuat tentangan hanya untuk diubah selepas ada perundingan. Sesungguhnya isu Khalid Ibrahim ini bukan sahaja melemahkan sokongan terhadap PKR, tetapi ia juga memberikan risiko yang tinggi terhadap sokongan rakyat terhadap PAS sendiri.

Kata pepatah lagi, ‘jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang dari kata-katanya’. Kalau kata-kata tidak dapat dipegang lagi, tidak tahu apa yang boleh dipegang dari seseorang manusia itu.

Walau bagaimana pun itu tidak menjadi perkara dan isu besar lagi hidup dalam akhir zaman ini. Dalam politik Malaysia kini semnemangnya slogan ‘Malaysia boleh’ itu terpakai di mana-mana dan bila-bila.

Semua mengharapkan isu Khalid Ibrahim ini akan selesai secepat yang mungkin walaupun penyelesaiannya terpaksa ada pihak yang mengubah pendiriannya  Jika terpaksa membuat U-Turn, elok bagi alasan yang kuat untuk melakukannya.

Takut-takut nanti ada yang terfikir untuk meminta mereka membuka mulut seluas-luasnya untuk melihat jenis apa lidah yang ada di dalam mulut mereka itu. Pemimpin yang berbohong akan memberikan bekas yang sangat mendalam dalam pemikiran mereka terhadap pemimpin seperti ini.

5 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kekalutan dan kemelut dalam,PKR walaupun semakin keruh tetapi di penghujungnya sudah nampak jernih.

Malangnya yg menderita dan akan merana seumur hidup ialah PAS yg tidak pandai membawa diri sehingga terpalit terseret menikam diri sendiri.

Semua pemimpin PAS walau mereka cenderong kpd siapapun telah memainkan peranan memalu dan merosakan parti sendiri.

Anonymous said...

Saya tidak nampak salahnya khalid disingkirkan. Beliau dipilih oleh parti bukan rakyat untuk jadi MB. Sama seperti Mahathir ke Abdullah ke Najib. Parti yang pilih.Kalau Anwar berjaya mempengaruhi keputusan maknanya berjaya usaha penukaran itu. Kalau nak ikut pilihan rakyat pakatan sudah perintah Malaysia dengan sokongan 52% rakyat. Tetapi Barisan menang perwakilan dan majoriti perwakilan pilih Najib jadi PM.Kalau ikut teori Saudara Aspan hanya orang baik jadi Ketua baik dianjurkan pemilihan presiden seperti di Indonesia dan Amerika Syarikat.

TokBoy said...

Jawatn MB bukn 'personal to holder'. Parti yg mlantik. Maka klw parti dh buat kputusn, brhenti sje la ... sblum dpecat. Tk reti malu ke? klw parti dh tk suke, paham2 jer la.

Anonymous said...

Jangan lupa, disebabkan raja bertitah hanya sekali itulah yang menjadi punca Tuah dan Jebat bertikam.

Hansley Arnaz Hawana said...

Jika benar ada 'settlement' di luar mahkamah atau jika benar TSKI mempunyai hutang sebanyak itu, maka ia dengan sendirinya tidak melayakkan beliau menerajui kerajaan negeri. Rakyat tidak mungkin menaruh kepercayaan mereka yang menanggung hutang sebesar gunung sebagai pemimpin mereka. Hutan itu sendiri menjadi beban ke atas diri beliau.

Berundurlah Khalid!