Terlalu kecuh pemikiran ramai
berhubung dengan isu Khalid Ibrahim yang di desak untuk memberikan laluan
kepada isteri Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Bermacam-macam cara
masing-masing mempolimikan isu ini sehinggakan perhubungan diantara PKR dan PAS
menjadi mangsanya. Ada
suara yang mahukan PAS keluar sahaja dari Pakatan Rakyat kerana kenyataan TGHA,
Presiden PAS yang mahukan Khalid dikekalkan.
Pendeknya jika kesemua parti
dalam PR untuk menurunkan Khalid, keadaan tidak akan menjadi sama lagi.
Bolehlah mengambil gambar berpegang tangan dan mengangkatnya tinggi-tinggi di
depan kamera media massa, diperingkat rakyat biasa keadaan akan tidak berubah
dan kesatuan rakyat di belakang PR akan lemah dan tidak seiring dan selenggang
lagi. Kesatuan mereka akan hanya satu kesatuan yang ‘superficial’ sahaja. Parut
dari perselisihan diantara mereka dalam Pakatan Rakyat tetap ada dan akan
memakan masa yang lama jika ia boleh dipadamkan.
Keadaan dan rasa curiga diantara
satu dengan lain melibatkan rakyat seluruh negara. Nun di Sabah dan Sarawak
pula sudah kedengaran dengan jelas seruan untuk kedua-dua negeri itu
untuk berpisah dari Malaysia .
Isu ini bukan isu kecil-kecilan yang boleh di diamkan sahaja. Ia memerlukan
pencerahan yang cepat dan tepat. Perpisahan wilayah-wilayah dari sebuah negara
itu bukan perkara yang ‘uncommon’. Kita mesti ingat jika ia boleh berlaku di
negara lain, kita tidak boleh menganggap ia tidak boleh berlaku kepada kita.
Tetapi siapa yang akan
berkemampuan untuk menyelesaikan masalah yang sangat merbahaya bagi sebuah
negara yang di katakan berdaulat seperti negara kita? Siapa di pihak Kuala Lumpur mampu untuk
membuat keputusan tepat bagi menangani isu berat ini?
Persoalan ini sangat penting
kerana sesiapa yang bertindak untuk menyelesaikan kekusutan ini, ia memerlukan
seorang yang berintergriti yang tinggi serta ‘magnanimity’ yang 'natural' dan
dihormati oleh banyak pihak yang berbeza-beza pendapat ini. Pemimpin yang
boleh menjayakan usaha ini bukannya pemimpin yang terlibat dengan terlalu
banyak isu kelemahan peribadi dan berada dalam pertarungan politik yang
membabitkan kredibiliti pemimpin tersebut.
Pemimpin yang terlalu pekat
dengan perjuangan peribadi tidak mungkin berjaya menyatukan pemikiran yang
berbelah-belah. Pemimpin yang terlalu ‘parochial’
dengan wilayah dan jajahan masing-masing tidak mungkin berjaya jika diberikan
tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan bahaya ini.
Apabila diberikan tanggungjawab
menyatukan politik negara kepada mereka yang sedang berada di medan peperangan politik kepartian seperti
sekarang ini, tidak mungkin dapat membuahkan keputusan yang berdaya maju. Ini
ialah kerana segala keputusan mereka selalunya akan membawa isu parti dan
wilayah masing-masing bagi mereka yang mempunyai sifat ‘parochial’ yang menebal.
Kita tidak mahu melihat pemimpin
Sabah dan Sarawak yang hanya terlalu 'obsess' dengan negeri-negeri masing-masing
di sana . Ia
juga tidak boleh berjaya jika pemimpin dari Persekutuan Tanah Melayu terlalu
bersifat ‘parochial’ yang menebal kerana ia akan hanya mewujudkan perasaan
tidak puas hati dikalangan mereka dari Timur Malaysia itu.
Masalah ini masalah besar dan
sesiapa yang mampu untuk menyatukan perhubungan diantara wilayah dan negeri
dalam persekutuan ini hanyalah mereka yang memahami keadaan dan masalah-masalah
yang ada ‘up to specific’. Apabila sudah memahami masalah secara terperinci
segala masalah, barulah masalah-masalah dan kekusutan itu dapat di leraikan.
Pemimpin yang mempunayi ‘special
relationship’ dengan semua pihak sahaja yang akan mampu untuk membawa ke meja
perundingan mewakili setiap wilayah, bangsa dan politik yang ada dengan
semangat cintakan penyatuan dan perpaduan. Pemimpin yang dipertanggungjawabkan
itu seperti yang di sebutkan tadi memerlukan seorang yang ‘magnanimous’ dan mampu
berdiri sendirian dalam isu-isu besar yang berbangkit nanti. Maksudnya ia
mestilah seorang pemimpin yang tidak terikat dengan fahaman politik kepartian.
Kita tidak boleh memberikan
tanggungjawab itu kepada pimpinan yang masih terikat dengan kemahuan peribadi
mereka. Perubahan dan transformasi ini dan tidak boleh dilibatkan mereka yang
terpalit dengan rasuah dan ‘nepotism’ serta mementingkan kehendak parti mereka
sahaja. Kita tidak akan berjaya jika urusan untuk penyelesaian ini diberikan
kepada mereka yang masih terlibat dengan kepentingan anak dan isterinya sahaja.
Pendeknya pemimpin itu mestilah
pemimpin yang sudah menjadi ‘institution’ dan bukannya mereka yang masih
bergerak merebut kuasa dengan cara terbuka. Itu sebabnya blog ini tidak pernah
lupa menyebut dan berharap agar kita akan dibawa kepada ‘ambience’ politik yang
baru bagi rakyat merasakan situasi yang baru yang lebih memberangsangkan
kehidupan mereka.
Kita perlukan seorang ‘planner’
yang cukup ‘viable’ bukan sahaja yang berkemampuan untuk membawa poltik dan
siasah yang baru yang boleh merangkumi masalah perlaksanaan yang betul dan
adil. Isu GST merupakan isu yang sangat besar yang belum nampak jalan
penyelesaiannya.
Maka hanya pemimpin yang saya
katakan sebagai seorang ‘planner’ dan juga seorang teknokrat yang
berpengalaman sahaja yang boleh membawa kita semua kepada ‘ambience’ politik
yang baru. Kita mahu melupakan masalah-masalah yang terdahulu dengan
penyelesaian yang rapi dengan dasar-dasar yang baru yang menyenangkan semua
rakyat dan wilayah dalam persekutuan ini.
Jika tanggungjawab membawa
pembaharuan ini di berikan kepada pemimpin dan ketua yang sedang ‘berperang’
politik, hasilnya adalah ‘predictable’….iaitu kegagalan. Rakyat akan terus
tersepit dengan isu perbalahan yang kian hari kian menampakkan perpecahan yang
tiada penghujungnya.
5 comments:
Malaysia perlukan TDM untuk mengembalikan sinar semula.Period. Yang lain hanya kunang kunang yang berkelip kelip untuk keseronokan sementara.
Anon, you are frightening me by suggesting the master of fist rule Mahathir to come back and rule.
He is the cause of all political evil in this country. He is the architect of building weak leadership tut know?
If he dies while in office whom do you think can take over. You mean there would be no leader after that?
Please don't call for another haul of problems. He did more harm than good bro.
Actually you shiver me...
Khalil;
Be factuallah...Mahathir master of fist rule..really..he put u behind bar like LKY put a lot of opponents behind bars for years..he blocked Chinese from prospering..he blocked Chinese language and culture from progressing, he put you as second class citizens forcing you to migrate in boats??? like the Vietnam Chinese.??
One of his doing he make this country prosperous and we are proud to be call Malaysian..and one his greatest contribution is shackling the great impostor from become a Prime Minister. We shall thank him for doing this.
Tidak kira apa jua ideologi politik yang diamalkan oleh kebanyakkan negara pada hari ini termasuklah Malaysia, sama ada kapitalis, sosialis, liberalisme, sosialisme demokrat dan lain-lain lagi ianya tidak akan dapat lari daripada hakikat bahawa ideologi-ideologi tersebut merupakan ciptaan manusia.
Manusia yang menciptakan dan mendesignnya dengan meletakkan prinsip-prinsip asas serta methodologi untuk ideologi tersebut diamalkan dan dikembangkan. Semua ideologi tersebut berasal dari akal manusia yang tidak akan dapat lari daripada hakikat ianya didesign untuk memberikan kebaikan atau manfaat kepada golongan-golongan tertentu dan pada masa yang sama akan memberikan keburukan atau kerugian kepada pihak yang lain.
Walau sebijak mana atau ‘sucinya’ manusia yang melahirkan ideologi tersebut, dia sama sekali tidak akan dapat lari daripada keterbatasannya sebagai manusia yang mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan. Tidak mungkin, dia sebagai manusia dapat melahirkan ideologi yang dapat memberikan kebaikan dan keadilan kepada keseluruhan manusia.
Tuan AA,
Ini lah saja tahap manusia yg Msia ada. Baik pemimpin nya atau rakyat nya. Manusia bukan macam benda. Kalau x suka boleh buang benda tu dan reka/buat yg baru.
Nabi saw di beri manusia yg sgt teruk lbh teruk drpd haiwan tapi masih boleh di usaha kan utk jadi manusia yg sgt bernilai hingga xde lagi manusia yg akan dtg ke dunia lbh hebat drpd Sahabat2 Nabi saw
Post a Comment