09 August 2014

Patah tumbuh hilang berganti, tetapi jangan di patahkan semata-mata untuk mengganti

Pepatah kita ada menyebut, ‘patah tumbuh hilang berganti’. Maksud pepatah ini, jika patah, ia boleh diganti dengan yang lain, tidak kira samada ia dari jenis yang sama atau yang lain. Tetapi yang patah itu tetap akan berganti. Tetapi pepatah itu tidak menyebut pula samada untuk mengganti dengan yang lain  yang ada boleh di patahkan. Maksudnya yang patah boleh di ganti tetapi jangan pula sengaja di patahkan semata-mata untuk mengganti.

Itulah yang berlaku di Selangor. PKR sengaja cuba untuk mematahkan Khalid semata-mata untuk di gantikan dengan Wan Azizah. Sesungguhnya sebab Khalid hendak di ganti ini bukan kerana isu air, Kidex atau yang lain. Isu-isu ini keluar sebelum ‘Kajang Move’ berlaku. Malahan Anwar sendiri mengakui melalui media yang Khalid telah di beritahu yang beliau akan di gantikan dengan beliau sendiri melalui Kajang Move yang mana beliau sendiri sepatutnya bertanding dan mengambil alih jawatan MB itu dari Khalid.

Semasa Anwar memberi tahu Khalid itu, tidak wujud pun isu-isu yang kita dengar sekarang yang menyebabkan Khalid di panggil oleh jawatan disiplin parti untuk menjawab pertuduhan salah laku beliau sebagai Menteri Besar. Kajang Move itu tidak lain dari agenda Anwar sendiri. Anwar mahukan jawatan itu kerana sebab yang ‘obvious’ dan di ketahui ramai. Tetapi ada masalah pula, kerana Anwar telah di sabitkan dengan kesalahan melakukan sodomi maka kes ini tidak melayakkan beliau bertanding.

Itu sebabnya Anwar mahukan isterinya untuk menggantikan dirinya untuk mengambil alih jawatan MB dari Khalid Ibrahim. Begitu rapat beliau dengan Azmin Ali, Anwar tidak percaya dengan Azmin kerana beliau tahu Azmin bukannya mudah untuk di kawal. Yang beliau boleh kawal tentulah isterinya sendiri yang juga Presiden PKR.

Anwar tidak mahu apa-apa bentuk ‘circumvention’ terhadap gerakan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan akan menggunakan jawatan MB Selangor untuk menyelesaikan masalah undang-undang yang beliau sedang hadapi. Sebenarnya kalau dari segi moral persahabatan, Anwar sepatutnya mengambil Azmin sebagai Menteri Besar dari awal lagi. Tetapi beliau mengambil Khalid Ibrahim kerana Khalid bukan serapat dengan beliau seperti Azmin justeru mudah untuk di alih dan di anjak seperti yang mahu dilakukan terhadap Khalid sekarang ini.

Jika Azmin, beliau ambil dari awal sebagai MB, untuk menolak Azmin akan menambah masalah pada pandangan beliau (Anwar) dan Anwar faham Azmin bukan calang-calang orang. Beliau mempunyai pengaruh besar di akar umbi dan seperti pemimpin-pemimpin dalam UMNO yang mempunyai kuasa akan sentiasa mencari jalan untuk melemahkan musuhnya secara sistematik. Ingat Anwar belajar banyak dari tok gurunya Dr Mahathir yang akhirnya menjadi lawan beliau sampailah sekarang.

Lantaran memilih Khalid untuk di jadikan ‘stop-gap leader’ di Selangor itu gagal dan hasilnya meleset, Khalid rupa-rupanya bukanlah orang yang beliau percayai lagi. Bagi Anwar kecemerlangan Khalid mentadbir negeri bukanya kriteria yang baik untuk kepentingannya. Sekarang ini Anwar hanya ada Wan Azizah sebagai orang yang paling dipercayainya. Maka Wan Azizah mesti di letakkan di Pejabat Menteri Besar untuk menyandang jawatan itu. Anwar sejak beberapa ketika dahulu,‘suspects everybody and trusts nobody’. Azmin yang telah bersama beliau sejak dari dulu sehingga hari ini pun, tidak mendapat kepercayaan beliau sepenuhnya.

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas hari ini kerana tiada siapa yang nampak sebagai ‘clear winner’ di antara Khalid dengan kumpulan-kumpulan berperang dalam PKR itu. Ini mewajarkan parti-parti sekutunya dalam Pakatan Rakyat terpaksa berhati-hati kerana kecundangnya PKR, maka kecundang seluruh anggota dalam Pakatan Rakyat itu.

PKR dan pimpinannya sedang berebut-rebut memanjat kuasa dan ini lah satu perkara biasa dalam mana-mana parti yang sudah hilang punca perjuangannya kerana mereka hanya menumpukan waktu dan tenaga untuk memenangi dan merebut harta rampasan perang sahaja.

Dengan apa yang kita lihat berlaku dalam PKR kini, tumpuan untuk membuktikan ia sebagai sebuah parti ‘alternative’ yang terbaik untuk menggantikan BN sudah tidak menyengat lagi, kerana keseluruhan pimpinannya sedang berpecah-belah. Untuk memenangi Putrajaya bukan boleh di lakukan oleh Anwar seorang sahaja...‘sebatang lidi mudah dipatah-patahkan, tetapi segumpal lidi-lidi yang halus itu jika di susun dengan rapi ia akan menjadi penyapu’ yang mampu membersihkan keadaan. Sekumpulan lidi penyapu itu payah untuk dipatah-patahkan.

Kita perlu ingat mana-mana parti atau kumpulan yang mahukan mandat rakyat ia perlu mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu. Tiada sokongan besar orang Melayu tidak mungkin mendapat mandat untuk ke Putrajaya itu dan jika masih berangan untuk mendapatkannya dengan berpecah-belah ia hanyalah mimpi di siang hari. Kepada penyokong-penyokong Anwar mereka boleh berteriak dan memaki hamun sesiapa yang mereka tidak bersetuju, tetapi hakikatnya tetap sama, tanpa mendapat sokongan orang Melayu mereka tidak akan kemana-mana.

Itu sebabnya seperti yang saya sebutkan awal-awal tadi, jangan dipatahkan semata-mata untuk mengganti, walaupun setiap yang patah itu akan tumbuh dan berganti. Tindakan terhadap Khalid ini sebenarnya hanyalah tindakan politik beragenda Anwar, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Isu-isu terhadap Khalid yang di hebohkan itu merupakan isu yang tidak mempunyai kekuatan untuk membuktikan Khalid itu sebagi Menteri Besar yang tidak bertanggungjawab. 

Baru beberapa bulan yang lalu sahaja Khalid itu di jadikan ‘testimonial’ yang hebat sehinggakan Pakatan Rakyat mendapat kemenangan yang begitu besar dalam PRU yang lalu di Selangor. Akhirnya semua penyokongnya termasuk pemimpin seperti Khalid Ibrahim dan yang lain-lainnya sebagai papan landasan untuk menyiang dan menyembelih seiapa yang hendak di sembelihnya.

2 comments:

Anonymous said...

Syabas..ulasan yang sangat tepat...semua ini hanya lah agenda peribadi.

kerani pejabat tanah said...


Saya masih menunggu tindakan undang-undang oleh Anwar terhadap keptusan PORU yang lepas. Anwar tuduh BN telah bawa 40000 orang pengundi dari Bangldesh dan saya masih menunggu. Kalau tidak ada sman Anwar tu maka sah Anwar telh banyak membuat fitnah sebelum ini. mampu saya mewnolong PR dalam pilihanraya, rupa-rupanya saya telah ditipu dgn pembohongan Anwar.

Tobat lahom saya tak hormat pemimpin seperti dia ni.