05 August 2014

Kalau Anwar yang bersara, bukannya Khalid, banyak masalah selesai

Dalam posting saya semalam saya telah menyentuh tentang ura-ura setengah pihak untuk mennyokong calon kompromi bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Ada perkhabaran yang calon kompromi itu ialah Dr Idris Ahmad, seorang gynaecology terkenal. Beliau adalah ADUN Ijok Beliau menggantikan Khalid di kawasan itu setelah Khalid mengambil keputusan untuk bertanding di Pelabuhan Kelang dalam pilihanraya yang lalu.  PAS dikatakan tidak ada halangan untuk menyokong Dr Idris sebagai pengganti kepada Khalid.

Saya mengenali Dr Idris secara dekat dan saya secara peribadi menganggap beliau merupakan seorang yang baik dan tidak mempunyai apa-apa isu peribadi yang negatif terhadap beliau. Tetapi apakah benar beliau sebagai calon alternatif yang tepat. Pertamanya dalam kekecuhan sebegini mampukah Pakatan Rakyat mencari calon yang secocok dengan semua pihak?

Kita mesti ingat PKR Selangor di ketuai oleh Azmin Ali dan jika pun Khalid mampu di buang, maka Azmin lah dari segi kedudukan dalam parti itu yang sepatutnya di berikan keutamaan menyandang jawatan Menteri Besar itu. Tambahan pula beliau adalah Timbalan Presiden PKR kebangsaan dan jika beliau tidak di pertimbangkan, ia merupakan satu lagi langkah yang tidak adil.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Azmin memberikan sokongan terhadap pencalonan Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Jika Dr Idris di calonkan adakah tindakan itu mampu menyelesaikan kemelut itu? Jika tersalah langkah Idris akan menjadi mangsa dalam perebutan jawatan Menteri Besar ini dan beliau dengan tidak semena-mena akan cedera politik beliau dalam keganasan politik di Selangor ini.

Pertamanya boleh kah Anwar menerima seorang yang lain selain dari isterinya yang telah di calonkan oleh PKR itu. Walaupun Azmin adalah penyokong kuat beliau dari awal lagi, tetapi ingat Wan Azizah adalah isteri beliau yang telah bersama-sama mengharungi tsunami politik Anwar selama 15 tahun ini. Walaupun segala masalah yang berlaku terhadap Anwar itu hasil dari perbuatan sendiri tetapi Wan Azizah tetap dengan suaminya itu, setiap waktu dan keadaan.

Jika pun Anwar bersetuju dengan Idris, bagaimana dengan Azmin Ali? Ramai mengetahui keluarga Anwar tidak bersetuju dalam banyak hal dengan Azmin, tetapi perkara yang tidak boleh dilupakan oleh semua Azmin adalah hulubalang kepada Anwar yang sentiasa bersama mentornya itu dalam apa keadaan sekali pun. Kenapa Wan Azizah tidak berapa gemar dengan Anwar tidak pula kita ketahui. Tidak perlu kita sebut kenapa kerana kita mempunyai masalah yang lain yang perlu di berikan perhatian.

Jika Azmin kali ini bertindak berlainan dengan PKR dan Anwar, ramai yang tidak akan menyalahkan Azmin, kerana beliau adalah pengasas PKR bersama Wan Azizah dan telah begitu setia dengan PKR terutamanya kepada Anwar sendiri. Jika ada peluang, Azmin selama ini mengintai jawatan yang di sandang oleh Khalid itu. Lantaran jika Khalid diketepikan maka beliaulah yang sepatutnya dipertimbangkan sebagai pengganti.

Jika Azmin dipertimbangkan oleh Anwar, keluarganya (Anwar) sendiri tidak menyokong Azmin. Begitu juga PAS tidak begitu selesa dengan Azmin.  Sebelum pun PAS dapat bersuara Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR telah menempelak PAS dan memberitahu PAS yang PKR mempunyai moral politik yang tinggi untuk menentukan siapa Menteri Besar bagi Selangor.

Sesungguhnya keadaan politik di Selangor sudah sampai ketahap caca-marba. Ibarat parang yang sudah tidak tentu lagi yang mana hulu dan yang mana matanya. Politik di Selangor ibarat sungai mudik ke hulu, dan matahari terbit dari barat. Siangnya tidak terang dan malamnya tidak gelap lagi. Selangor kini ibarat sebuah bukit yang terlalu banyak singa dan harimaunya. Tidak dapat lagi menetukan yang mana pinggan dan yang mana piring.

Keadaan sekarang ‘tidak lemak lagi dek santan’ dan ‘tidak kuning dek kunyit lagi’. Ramai pemimpin akan kecundang, Datang mereka tidak nampak mukanya dan perginya tidak nampak belakang mereka.

Keadaan seperti ini tidak akan berlaku jika PKR tidak melakukan kerja yang merumitkan mereka ini. Usaha mengenepikan Khalid jelas merupakan ‘misadventure’ politik yang susah untuk mendapat penyelesaiannya.

Kenyataan Anwar semasa mengumumkan isterinya menjadi calon pengganti Khalid, beliau telah memberikan jaminan yang isterinya itu mampu menstabilkan keadaan di Selangor. Sekarang elok kita mengingatkan Anwar yang belum pun menjadi Menteri Besar keadaan sudah berkecamuk seperti ini. Mana dia kestabilan yang akan di bawa oleh Azizah.

Bagi saya hanya dua cara sahaja untuk menyelesaikan masalah ini. Pertamanya dibatalkan sahaja niat untuk memberhentikan Khalid dan cara yang kedua ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan adakan pilihanraya negeri sekali lagi.

Jika diambil pilihan kedua ini ia boleh memberikan pengajaran kepada mana-mana parti terutamnya PKR dan Anwar secara peribadinya, yang tidak semua orang yang sentiasa bernasib baik dalam semua tindakan dan perbuatan. Cuaca tidak semestinya baik sentiasa. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Jika PKR dan PR tidak dapat membaharui kemenangan yang mutlak seperti pilihanraya dahulu, maka tindakan terburu-buru PKR untuk membuang Menteri Besar pilihannya sendiri itu merupakan satu ‘misadventure’ politik yang tidak ada tolok banding hasil negatifnya.

Tetapi yang lebih dalam lagi implikasinya dengan keadaan seperti ini, impian Anwar untuk ke Putrajaya hanya Allah sahaja yang boleh membantu beliau kesana. Kalau di nilai dari hukum akalnya, Anwar sudah sepatutnya terfikir untuk hidup dalam persaraan. Ini pun boleh dijadikan alternatif untuk menyelesaikan masalah. 

Sudah jelas dan terang Anwar tidak mempunyai daya untuk menyatukan PKR sendiri, bagaimana beliau hendak menyatukan semua parti dalam PR itu. Anwar sedang menghadapi masalah ‘intra’ dan ‘interparty’ yang sangat serius.

27 comments:

Anonymous said...

Mantap tuan!

Saya org sgor, mmg tahap fed up dgn permainan anwar dan pkr. Memalu kan.
Kita selesa je dgn tski sbg mb, tiba2 dtg pulak kajang move. Time tu kata, bn dan dr mahathir lah nak take over sgor, dan entah apa lagi sampai encik razifi kita berlinang air mata sebab rakyat ni tak faham kajang move. Aduh. Skang, ambik ko!
Klu say di tempat TSKI, saya pun tak back down.
Elok kan klu anwar (bawa bini dia sekali) tingglkan sgor. Baru aman.

Last word must belong to the late karpal singh: "Anwar harus bertaubat. He has caused enough problems for this country"

Anonymous said...

Saya minta AA tolong kaji dan huraikan isu pelupusan RM66 juta hutang TS Khalid dengan Bank Islam. Pencerahan isu ini amat berguna bagi merungkai kefahaman kemelut rancangan pertukaran MB Selangor.

kluangman said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Anon 23:47

Jangan lupa isu Splash yg TSKI tawarkan RM250 juta, tapi Anwar bawa konconya WAzmi untuk minta bayar RM2.5 bilion. Sepuluh kali ganda yg diadvise oleh Punasihat tu anon. Kalau nak pencerahan lebih terang benderang lah. Kalau tak mahu, kau tutup sebelah mata lah anon. Kan PKR parti mata satu.

Anonymous said...

buat kesekian kalinya saya bersetuju dengan sdr. AA. Pada pandangan saya TSKI tidak mempunyai kesalahan 'BESAR' yang melayakkan dia di singkirkan. 'Penilaian' TGHH saya lihat lebih 'wajar' dan 'rasional' dikira dari corak pentadbiran Negeri Selangor selama hampir dua penggal. Begitu juga dengan pandangan sdr. Tamrin Tun Ghaffar perlu dilihat secara lebih terbuka dan pihak PMM tidak wajar berindak secara melulu dan 'tidak berhati perut' semata-mata untuk memuaskan sesuatu pihak.
Apakah pihak PMM mengambil contoh UMNO untuk dalam mengambil sebarang tindakan ? adakah kepentingan Parti mengatasi kepentingan Rakyat Selangor ? Apakah selama ini semua lapisan masyarakat yang simpati dengan PKR/Anwar atas nama Reformasi dan memperjuangkan keadilan adalah sandiwara semata-mata dimana matlamat 'kepentingan' sesetengah pihak sebagai agenda tersembunyi ? apakah kami sebagai penyokong PAS dan lain-lain rakyat biasa terpaksa berdiam diri dipergunakan oleh pihak tertentu untuk mencapai tujuan tertentu selepas itu pandangan dan pendirian kami tidak lagi penting. Apakah slogan memperjuangkan "RAKYAT" retorik semata-mata mengatasi slogan yang dilaung-laungkan oleh UMNO ? apakah PKR juga ingin menjadi laknatullah seperti UMNO ?

amin said...

Pada kebiasaan saya sentiasa suka membaca penulisan saudara Aspan Alias tetapi dalam penulisan ini, saya cukup rasa hairan tajuk dan isi yang tertulis. Anwar bersara semua selesai. Setakat mana kebenaran dalam penulisan ini.
Pada pandangan saya, Anwar bersara pakatan tutup kedai dan PAS DAP balik ke asal sepertimana mereka menang kerusi Parlimen dan DUN. PAS akan kembali jadi mjaguh parti kampung dengan hanya memenagi bebarap kerusi disana sini. Tetapi yang pasti, ramai MP PAS akan hilang kerusi mereka. Bagitu juga dengan DUN tanpa kira negeri mana pun, PAS akan berkubur. Bagi Kelantan, PAS akan tersungkur dalam PRU 14. Tunggu dan lihat saja. Dengan kepim[inan yang ada di Kelantan dan dengan adanya geng2 Ustaz yang merasakan mereka lebih Islamik dari yang profesional, mereka lah yang akan membawa PAS pulang ke kampung.
Pendek kata, pandangan tuan, bahawa Anwar bersara semua selesai hanya terpakai kepada UMNOBN. Ia, kalau Anwar bersara, semua akan selesai bagi UMNO dan mereka akan berkenduri dan berpesta hampir sebulan. Bukan kah itu yang mereka mahu. Kalau tidak, kenapa dibesar besarkan isu sodomi. Malas nak ulas banyak2.

Anonymous said...

Kenapa nak berkokok kesana kemari aja. Buat laporan aja ke SPRM biar seluruh rakyat tau kisah sebenar. Takkan ikut stail Saifuddin yg suka cakap merapu2 dan menuduh2, bila suruh buat laporan SPRM, senyap dan kecut terus lobang jub....

Nampaknya Anwar Ibrahim telah banyak belajar dari bekas mentornya, Tun Mahathir. Benarlah pepatah melayu, bapa borek anak rintik, anak rintik cucu berbelit. Memang kalau dah asal cap keris, keja nak menikam org aja.

Rakyat ingin tau kisah sebenar, samada dia benar melakukan pecah amanah, bukannya setakat "menimbulkan persoalan" seperti yang dijaja oleh rafizi. Rakyat yang mengundi kamu2 semua sekarang masih terkebil2 tak faham dan menanti apa sebenarnya alasan TSKI ditukarkan.

Lepas ni apa pulak anwar oii... Cerita video lucah TSKI pulak ke? Hilang respect dah ngan ko nii...

Anonymous said...

untuk kesekian kalinya saya bersetuju dengan sdr. AA sebab pada hemat saya TSKI tidak nampak membawa masalah yang 'BESAR' seperti 'penilaian' yang dibuat oleh TGHH maka pada pandangan saya tak wajarlah TSKI disingkirkan semata-mata untuk memuaskan hati sesuatu pihak. Merujuk kembali statement sdr. Tamrin Ghaffar pada pandangan saya perlulah diambil langkah yang berkesan dan yang paling penting berhemah untuk menyelasaikan kemelut ini.

Anonymous said...

23.47 - evidence pls...

dragon fly said...


Anon 8:21...Tn AA tak cakap kalau Anwar bersara semua selesai. Tn AA kata jika Anwar bersara banyak masalah selesai. Kita nak fokus kepada pembangunan politik, kita tak mau hiruk piruk kerana nak perjuangakn hak sendiri dan keluarga saja. Lepas dia bini, lepas bini anak. Lebih teruk dari pimpinan Umno.
Umno itu buruk tetapi tidak ada pemimpin yang ada dengan isterinya terus menjadi pewaris dan selepas isteri anak pulak. Mampuihlah macam ni.

Anonymous said...


Sarupo juolah Anuar ni...lagi angkat dari Umeno. Cakap macam nak runtuih dunio..tapi sarupo juo wak ang tengok.

Poning kopalo wak ang...

rudi, rombau said...


2 kali limo...limo kali duo. Jawab eh samo..

anwar ahmad said...


Anwar...good if you can cut loss. Don't wast time Dato Seri!!

leonard said...


Anwar can't bring changes, as he himself has changed.

Anonymous said...

Saudara amin,

Tidak di nafikan sumbangan dsai kpd pas. Tapi Tlg tengok jugak sumbangan PAS KPD DSAI. PAS sedia membantu sesiapa yg dizalimi, cuba lihat apa benda buruk yg dsai tak pernah kata ke pas semasa beliau dlm umno? Tapi kerana sifat2 baik yg ditarbiyah oleh ulamak dlm pas, maka pas membantu dsai. Salahkah pas kalau nak tegur benda yg tak betul dilakukan oleh dsai? Pas parti yg ada prinsip perjuangan, bukan sokong membabi buta. Matlamat tidak menghalalkancara

maae said...

Demokrasi yang tidak lagi demokratik ! Permainan Presiden republik PR yang memaksa tunduk dengan keputusan beliau.

Walau pun berbaris calon pengganti MB, jika tidak bertepatan dengan kemudi nya, mana mungkin ? Khalid sendiri dalam keadaan berkuasa sebagai MB pun kena akur dengan percaturan Anwar.

Masaalah nya bukan Khalid. Seperti AA katakan, sudah masa Anwar tinggalkan politik yang tidak lagi relevan dalam membela keadilan yang di retorikan, masyarakat dan halatuju negara di persada dunia !

Politik bawah tempurung !

Anonymous said...

Ahli politik mestilah mengikut setiap arahan parti terhadap dirinya,kalau ingkar bermakna masalah terletak kepada ahli politik itu sendiri bukan parti....simple aje.

Anonymous said...

AA sepatutnya hadir di China Hall mlm td...

Anonymous said...

Parti Dajal

StandardDouble said...

Anon 14.34,
Ikut logik awak, maknanya "masalah terletak pada diri" Anwar Ibrahim la ketika dia melawan sewaktu mahu dipecat dari UMNO dulu?

mo said...

Asalam,


Permasalahan tetap akan berlaku dlm mana2 parti. Umno pernah di haramkan dan perpecahan sering berlaku .

Tidak ada ayg ngal dlm soal kresis dlman parti. Dlm kita berpati, jelas setiap ahli parti seharus nya akur pada suara parti, ini hakikat yg benar. Namuan demikian mungkin oleh kepentingan diri dan kelompok mereka ini, menolak suara parti, atas sebab yg mereka fikir , itu hak mereka. Jelas s dlm tata tusila kepartian jelas sudah tempang dari tujuan asal. Oleh sebab berkepentingan yg mngatasi suara parti, hingga terjadi percangahan yg tdk akan mmbawa untung pada sesiapa ?


Khalid telah mmbuktikan bahawa dia berkemmpuan dlm mngurus negeri selangore dgn cemerlang, Namun dari aspek mnjaga pastisen yg terlibat, di mana khalid tdk sekata banyak soal dgn parti yg mmberikan jawatan pada nya, pkr, dap dan pas. Ini yg sering mnjadi isu pada PR.Ini makna nya khalid telah gagal dlm mngharungi makna kerjasama yg telus dan terebuka ?


PKR DAN PR, gunakan keadah yg matang dan bertemu secara ilmiah dgn khalid yg seolah mnjadi MB yg mnjaga maruah diri dan mnafikan suara parti ?


Pergolakkan yg adalah kini satu hikmah yg banyak mndtngkan kebaikan , klau di rungkai dgn baik dan matang.


Ingat siapa lah anda semua kalau tdk di dokong oleh rakyat ?

Iklas mo,

Anonymous said...

Buang masa jer hadir ke china hall tu.. Mereka menjatuhkan hukuman, merekalah hakim, merekalah pendakwaraya. Kalau ketua parti tak ikut peraturan, tak ikut undang2, buat apa nak ikut? Ingat duit mak bapak korang ke suka2 suruh org letak jawatan lpas tu buat prk? Nak ikut arahan ketua kena bertempat. Takkan ketua suruh seleweng duit rakyat bagi ke parti nak ikut? Takkan ketua suruh makan taik ko nak makan taik?

Anonymous said...

Agree dgn anon 14 34. Masa anwar tersingkir dulu pub sebab meputusan parti. Apa apa hal parti first

ras abu said...

Pesepsi umum menjurus kepada tamak kuasa Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Disatu pihak lagi Azmin Ali bersama Zuraida dan kuncu-kuncunya.

Kepimpinan PKR sudah hilang upaya berfikir secara rasional dan kini menampakkan ketamakkan, gila kuasa dan berperangai sangat hodoh dimata rakyat.

Khalid Ibrahim kini menjadi orang teranianya kerana tindakan kepimpinan PKR yang gelojoh.

Selamat berkubur PKR

Anonymous said...

on kajang move.....

kajang pkr kajang berlipat
kajang khalid mengkuang layu
kajang pkr kajang mengelat
kajang khalid disokong tok guru

Mat Tobias said...

Memang jijik permainan politik PR. Mula dengan PAS yang suka maki sesama Islam dan pulaukan jemaah ahli UMNO. Dibawa pula oleh PKR yang tanpa henti memfitnah manusia lain dan burukkan negara.

khalid Ibrahim dapat rasakan apa yang golongannya lakukan kepada UMNO. Selepas bunuh Khalid, mereka akan gigit sesama sendiri pula.

Allah Taala dah buka pekung mereka. Tak perlu tunggu kiamat, bala pengaiban kena balik pada mereka.

Anonymous said...

Seorang pengail sedang memancing ikan. Ikan dah hampir kena.
umpama penangkap ikan memasang lukah,