Rafizi Ramli, pengarah strategik
PKR, berkata dengan sombongnya yang beliau sanggup melihat Pakatan Rakyat kalah
jika itulah harganya untuk memberhentikan Khalid Ibrahim daripada memegang jawatan
Menteri Besar Selangor. Kata-kata seperti ini melambangkan sikap dan sifat
pimpinan PKR dan ia menunjukkan beliau sendiri bersifat angkuh dan rela semuanya
hilang asalkan sahaja musuh politik dalam partinya dapat dihapuskan.
Bagi Rafizi. Biar hancur semua,
Khalid wajib dibuang dan tidak boleh lagi memegang jawatan Menteri Besar. Saya
tidak tahu bagaimana masyarakat memandang Rafizi dengan kenyataannya yang
sangat tidak baik matlamatnya dan kekurangan akhlak politiknya.
Dengan adanya pemimpin seperti
Rafizi ini, PKR tidak perlukan musuh lagi. Orang-orang seperti Rafizi ini sudah
cukup jika ada dua atau tiga orang dalam kepimpinan PKR sekarang ini sudah cukup untuk menjatuhkan parti itu.
Jika tidak dapat menjatuhkan buah
yang dikaitnya, pokok buah itu akan ditebang. Yang penting buah itu mesti jatuh,
biar pun kehilangan pokok itu. Dengan adanya pemimpin seperti ini ia akan lebih
membuatkan rakyat terutamanya yang pernah menyokong PKR akan terasa terguris
kerana mereka telah bersusah-payah untuk menaikkan pemimpin seperti Rafizi ini
dan PKR itu keseluruhannya.
Jika benar apa yang akan dipaparkan oleh PKR tentang salah laku Khalid, tidak sepatutnya ayat dan
cakap-cakap seperti Rafizi itu keluar dari mulutnya dengan begitu lancar kerana
beliau dipersepsikan sebagai seorang yang berpendidikan tinggi melangit.
Di Croatia dahulu setiap keluarga
bukan Islam mesti membunuh orang Islam walaupun orang Islam itu adalah jiran
mereka. Walaupun sudah berjiran dan bersahabat begitu lama mereka mempunyai
hati untuk membunuh rakan dan jiran mereka semata-mata kerana sikap untuk menghapuskan
orang Islam semasa peperangan saudara di negara itu.
Kita begitu hairan kenapa mereka
mempunyai kudrat untuk membunuh saudara tetangga mereka di sana , tetapi rupanya sikap seperti itu sudah
berputik di negara kita ini di kalangan pemimpin-pemimpin kita dari PKR ini.
Kita tidak dapat berbuat apa-apa
dengan sikap Rafizi ini, hanya kita mengucapkan ‘May God bless you’ sahaja
kepada beliau kerana hanya Tuhan sahaja yang boleh mengubah sikap beliau itu. Inilah pemimpin didikan Anwar Ibrahim. Seperti Rafizi, Anwar tidak kira apa yang
berlaku kepada negeri dan negara, yang penting jalannya ke Putrajaya jangan ada
halangan. Isterinya mesti menjadi Menteri Besar ‘at all costs’.
Jalan ke Putrajaya ini
sememangnya terbuka luas untuk beliau melaluinya, tetapi aneh, beliau sendiri
yang meletakkan halangan terhadap dirinya sendiri untuk ke sana. Tetapi
pihak-pihak lain pula yang disalahkan kerana ada halangan untuk beliau ke sana ,
Sesungguhnya PKR sedang
menghadapi kemusnahan kerana sikap pemimpin mereka sendiri. Rupa-rupanya
pendidikan yang tinggi tidak dapat memperbaiki sikap dan nilai negatif yang ada
dalam sesetengah manusia pemimpin ini. Rupa-rupanya kekalahan PR dalam PRU yang
lalu mempunyai hikmah yang sangat besar. Kalau PR berjaya dan Anwar menjadi
Perdana Menteri, tidak dapat dibayangkan apa yang beliau lakukan terhadap
mereka yang beliau tidak suka. Ingat Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa memasukkan
orang dalam dan mengeluarkannya dari penjara itu. Perdana menteri Malaysia lebih berkuasa dari Presiden AS.
Kasihan juga saya terhadap DAP
kerana begitu taksub untuk membela PKR, tetapi mereka tidak nampak yang PKR
sendiri melakukan perkara-perkara yang menzalimi diri mereka sendiri.
15 comments:
jk dengar ucapan Rafizi tu, ada sambungnya lg dan memberi maksud yg baik.
masalahnya org akan pilih apa yg nak didengar..dan rakyat sedang lihat pkr sebagai parti yg tidak mengenang jasa, habis manis sepah di buang dan gila kuasa...kenapa gopoh sangat hingga tidak dapat tunggu PRU seterusnya..sekarang nampak tuduhan atau hasutan UMNO betul , DSAi, azmin gila kuasa, dan PKR pun TIADA bezanya dgn UMNO..sama2 mahu kuasa sebagai tiket 'menjarah' harta negeri dan wang rakyat...betul lah kata mahathir " better the devil you know'...dan beliau lah yang akan ketawa besar..yg ruginya..rakyat biasa yang meletakkan masa depan Negara , diri dan keturunan mereka ketangan pemimpin yang berjanji sakan...kononnya lebih baik...kononnya..kononnya...dan kita lah itu..
This dude Rafizi is a real moron.If PKR has him as strategic director,it does not take a genius to figure out why PKR did so badly in GE 13.
I thought that Azmin was bad enough.But compare Azmin to Rafizi,Azmin looks like a minnow swimming among kois.
With this stupid Kajang move and Anwar's thirst of power and the three billion reserves,has set PKR on steady cruise control to self implosion.
PKR akan musnah dengan sendirinya selepas Anwar masuk penjara.
PAS akan terpaksa bersetuju khidmat Khalid ditamatkan kerana bagi mengelak masalah lebih besar.
Tetapi masalah Azizah dan Azmin belum selesai lagi dan masih panas membara. Masalah akan muncul semula lepas ini.
pak aspan berbeza pendapat dgn pak sayuti omar dalam hal pertukaran Mb selangor ini.. sangat menarik untuk dibaca dan dinilai pandangan kedua2nya..
asuk PKR 2 hari dah nak cabar PAS. Nak cabar orang tu nak cabar orang ni. Sapa Kau? kalau dari segi ekonomi mungkin kamu cerdik. Politik belum tahu. sebenarnya kamu kerja kuat sekarang projek yang kamu jadi master mind Kajang move tu gagal, tergolek dog. Nak tunjuk Hero yang ni. Memang kamu, saifudin, zuraida balik awal laa. Kamu lawan PAS memang kamu cari penyakit. Kau lihat Azmi, orang yang bijak politik, masa orang sedang bergocoh dia tunjuk cool. Kalau PKR pecat khalid, azmi tadah tangguk, kalau pas tak mau wan azizah, azmi tadah baldi, kalau DSAI dah tak boleh jalan lagi politiknya, Azmi tadah bakul. Syabas Azmi, kau memaang smart politik. Rafizzi masih berhingus, saifudin salah kapal.
ye betul tu, ni mesti salah laporan dari utusan, berita harian dan tv3.
Tipikal pembangang..
Dgn kemelut yg melanda PKR ni, kita boleh lihat pemimpin mana yg patut di tonjolkan sbg pemimpin. Saya lihat sikap tski begitu tinggi profesionalimenya. Kalau rafizi di latih oleh tski, insyaallah beliau boleh menjadi pemimpin masa depan. Tetapi beliau tersalah pilih guru...guru yg pandai membentuk persepsi drpd reality...
Saya suka surat tski ke lembaga disiplin - sejak bila parti nak masuk campur urusan pentadbiran negeri? Satu2 nye parti masuk campur pentadbiran negeri adalah Pkr
Sepatutnya khalid perlu jadi timb presiden membantu presiden. Tapi ada yg x suka sehingga pelbagai penipuan dibuat semata-mata maahu menyekat kemaraan khalid...
Itu tuan baca dalam facebook. Faktanya apa yang tercatat itulah hakikatnya. Mereka yg hadir tapi tidak bias, baik pd pas atau pkr, boleh memperakukan.
TRANSKRIP RAKAMAN KENYATAAN MURSYIDUL AM PAS, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT @nikabdulaziz - ISU POLITIK SELANGOR DI DALAM SIDANG MEDIA DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR DI KOTA BHARU, KELANTAN - 7 OGOS 2014
MINIT KE 0:20: “Petang kelmarin Mesyuarat Syura, saya menjadi pengerusi sekejap, dalam tak sampai setengah jam lari tubik, kerana berasa sekak, alhamdulillah hari ni segar balik.”
MINIT KE 2:12: “Saya hadir sekejap je, belum sampai keputusan dah keluar, jadi kaedah mesyuarat ni ada jurucakap dia, saya tak boleh jadi jurucakap, ada setiausaha dia, dia setiausaha tu pergi ke rumah saya belum waktu maghrib, lepas pada maghrib dia naik ke rumah saya, terang pada saya keputusannya, saya tak boleh sebutlah hari ni, kena disebut oleh setiausaha mesyuarat, jaga peraturan, tak boleh tiap-tiap orang bercakap saja, walaupun langit terbuka, bumi pun terbuka sekarang ni, tapi kita ada peraturan, ada nizam.”
MINIT KE 4:47 “Politik Selangor tu, saya sebut dah hari tu, Kelantan lagi saya beri kepada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pula, Kelantan yang saya buat semacam anak, negeri Kelantan saya jaga macam jaga anak, pun saya beri kepada orang lain, kerana letih, ini nak jaga Selangor buat apa, pandailah orang Selangor buat.”
PADA MINIT KE 5:33 “Saya ulangi, kenyataan saya di Selangor saya tak boleh buat.”
Nota: Sekarang siapa yang berbohong? Tok Guru atau Majlis Syura??
Anom 17:58
Cukup2 lah sebar fitnah tu....itu sumber mana ambik tu? Takkan tk pus hati majlis syura dah kelurkn statement dah pun ditandatngani nik aziz dan harun din. Kalu dah hti busuk susah nak terima kenyataan, hiduplah dlm denial syndrome forever
sdr AA, boleh tukar tajuk tak? PKR dan PR dan ada Pas, kenapa perlu musuh lagi...boleh?
Sembang lebih. Bubar jela cepat2. Menyusahkan org jela depa ni. Tangan ni dah gatal nak ngundi balik ni.
Ini mmg dh kuar video n berita bebas..bacala skit malaysian insider n malaysiakini..
Badigol
Post a Comment