Pakatan Rakyat sudah kehilangan
satu lagi kerajaan negeri yang di menanginya pada PRU yang lepas. Selepas PRU
yang lepas, masing-masing parti dalam Pakataan Rakyat memperolehi satu kerajaan
masing-masing. DAP mentadbir Pulau Pinang dan
PKR mendapat mandat untuk menjadi kerajaan di negeri Selangor.
Dengan pemecatan Khalid Ibrahim
maka PKR telah hilang satu-satunya negeri iatu negeri Selangor dan sekarang
Selangor di tadbir oleh Menteri Besar bebas tanpa parti dan empat orang Exco dari
PAS. PKR kehilangan kerajaan negeri terkaya di negara ini bukan di pecahkan
oleh mana-mana pihak tetapi dicampakkan oleh PKR sendiri. Itu bukan lagi salah
sesiapa dan PKR tidak boleh memindahkan kesalahannya sendiri kepada pihak dan
individu lain.
Kesalahan Anwar bukan sahaja kepada
rakan pimpinan seperti Khalid, tetapi kesalahannya terbit dari awal PKR di
tubuhkan yang tidak selari di antara penjawat parti dan kerajaan. Anwar menjadikan Khalid sebagai Menteri Besar
bukan beliau mahukan Khalid sangat, tetapi Khalid di perguna untuk mengimbangi
pengaruh pendukungnya sendiri seperti Azmin dan yang lain-lain.
Kalau di pandang dari sudut moral
politik dalam PKR itu sendiri, Anwar sepatutnya memberikan peluang kepada
Azmin, yang merupakan orang yang paling setia dengan beliau untuk mengendalikan
kerajaan negeri Selangor sejajar dengan kedudukannya sebagai Pengerusi kepada
PKR Selangor.
Oleh kerana Azmin terlalu rapat dan
setia kepada Anwar, Ketua Umum parti itu hanya mengambil Azmin ini sebagai 'orang semendanya sahaja, dipanggil datang dan disuruh pergi'. Segala-galanya
Azmin ini dianggapnya sebagai 'tali untuk mengelak dan sebagai tangkai untuk
menjinjing' sahaja. Dia mengambil Azmin ‘for granted’ sejak dari mula lagi.
Sekarang Khalid telah dipecat dan
apa pun ‘consequence’ terhadap tindakan pemecatan Khalid dari PKR itu
sepatutnya menjadi tanggungan PKR dan Pakatan Rakyat sendiri. Sekarang Khalid
adalah seorang Menteri Besar bebas yang diperkenan oleh Tuanku Sultan dan
Khalid telah memecat semua anggota Exco Selangor dari DAP dan PKR, kedua-dua
parti yang sangat kuat untuk menurunkan Khalid dari jawatannya untuk menyambung
‘langkah kajang’ yang di akui oleh Anwar sendiri, satu agenda hendak
memberhentikan Khalid dari menjadi Menteri Besar Selangor.
Alih-alih sekarang LGE pula yang berang
dengan pemecatan Khalid dan meminta Khalid terus dengan mengekalkan Exco dari
DAP dan PKR dalam kerajaan Selangor yang sekarang adalah Kerajaan Khalid yang
di sokong oleh Exco-Exco dari PAS. PKR dan DAP berkata yang Exco-Exco itu di
lantik oleh Tuanku Sultan dan hanya Tuanku Sultan sahaja yang boleh memecat
mereka. Tetapi PKR dan DAP juga terlupa kenapa mereka mahukan Khalid berhenti
kerana perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar dahulu pun adalah di atas
perlantikan Tuanku Sultan.
Sekarang Tuanku telah meminta
Khalid meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar dan masalah pemecatan Exco
oleh Khalid itu biarlah Menteri Besar dan Tuanku Sultan untuk menyelesaikannya.
Jika perlu pemecatan itu di persetujui oleh Tuanku, itu adalah urusan Khalid
dengan pihak Istana. Pimpinan DAP dan PKR ‘should stay outside and smoke
cigars’.
DAP nampaknya sedang menghadapi
masalah ciptaannya sendiri. DAP sekarang sangat panik kerana jika PAS akhirnya
bersama dengan Khalid Ibrahim maka ia mengesahkan yang Pakatan Rakyat sudah
kehilangan satu lagi kerajaan negeri yang di ketuai oleh PKR.
Ini semua adalah berpunca dari
‘Kajang Move’ anjuran Anwar Ibrahim dahulu dan sekarang untuk
melangsungkan ‘Kajang Move’ itu tidak
kesampaian kerana tersangkut di tengah jalan. 'Di sangka panas hingga ke petang,
tetapi hujan di tengah hari'.
Kejatuhan kerajaan PR di Selangor
adalah hasil dari tindakan Ketua Pembangkang itu sendiri. UMNO tidak pernah
mempunyai apa-apa peranan dalam isu ini. Sekarang jika UMNO membuat kerja
‘overtime’ kerana keadaan, itu adalah kerana tindakan Pakatan Rakyat yang
seolah-olah terminta-minta UMNO berbuat demikian.
UMNO yang begitu mengantuk,
tiba-tiba Pakatan Rakyat terutamanya PKR tersorong-sorongkan bantal kepada
mereka. Jadi jangan disalahkan UMNO jika mereka tidur nyenyak kerana PKR
sendiri yang menyorongkan bantal kepada UMNO yang sudah begitu lama mengantuk
itu.
Sekarang PKR dan DAP tidak dapat
tidur kerana bantal-bantalnya telah diserahkan kepada UMNO. Sekarang PR sedang
tercari-cari tempat berlindung kerana rumah yang dibinanya telah roboh akibat
tindakan bodoh mereka sendiri.
Sekarang dari menjadi penguasa
kerajaan yang megah dan kuat, sekarang ini ada tanda-tanda PKR dan DAP sudah
menjadi pengemis dan kembiri politik di Selangor jika kita baca kenyataan-kenyataan
dari pimpinan DAP dan PKR semalam. Salah seorang rakan politik saya yang begitu
lama tidak saya temui berkata, “I feel sorry for DAP, Kenapalah mereka menumpang pokok yang hendak rebah tu”
23 comments:
AA, pls be patient...the game is just started and much much more to comes...kita sama2 tengok sape yg kena nanti
Thumb up!!
Saya cukup marah tak kira siapa pun kalau amanah dibuat main2!
Sabor je lah nuar.anda gagal.tski seorang keturunan melayu banjar yg berani.tahniah tski.kasi bungkus lah dia org.HQ pkr tski nk ambik balik.
Analogi yang menarik di sini ialah regim israel dan holokasnya.
Bila ada saja kesalahan yang regim lakukan mereka akan salahkan holokas.
Soalnya sampai bila holokas akan dijadikan kembiri hitam?
Jawapannya adalah jelas, sampai waktunya, dunia akan sedar bahawa holokas tidak boleh dijadikan senjata kekal untuk mereka menguasai dunia menerusi keganasan.
Kepada pihak regim, tak mengapalah kalau nak kuasai dunia pun tetapi carilah alasan (senjata) lain yang lebih bermaruah.
ibarat senjata makan tuan, takpalah pakailah sejata tumpul tu yang selalu anda guna pada salah tempat ...
Satu-satunya yang berpolitik secara 'anak jantan' adalah Datuk Shahril Samad (UMNO) ketika itu, sanggup mengosongkan kerusi yang baru dimenanginya dan bertanding atas tiket bebas. Dia kekal menang kerusi itu. TSKI elok bubarkan DUN serah kepada rakyat buat penentuan, ada berani?
Pas perlu bersama dgn TSKI dan UMNO sehingga pru 14, itu adalah yg terbaik buat masa sekarang. Nanti bila pru 14, PAS wajib letak calun di semua tempat. Saya rasa PAS akan perolehi kemenangan yg besar dan boleh pilih siapa yg akan bersama PAS untuk tubuhkan kerajaan baru.
Kajang Move is the worst poison....,
Khalid Move is the best antidote.....
(ATM)
Khalid mesti menjauhkan dirinya umno kecuali untuk minta sokongan jika undi tidak percaya dizahirkan atau kalau terpaksa antara hidup dan mati.
Khalid boleh merapatkan dirinya dengan PAS dalam situasi win-win.
Khalid perlu kekal sebagai MB dalam setiap langkahnya mengikut peraturan dan undang2 dan atas perkenan Sultan Selangor.
PKR dan DAP sedang cuba membuat tafsiran undang2 menghalalkan cara dengan menamakannya krisis perlembagaan, pemecatan tidak sah dan sebagainya.
komen mohd nor sharif tu bunyi lain jer...
Situasi PAS sekarang berada dipersimpangan antara dua jika boleh dikatakan mudaratlah. PAS sepatutnya memilih jalan yang paling kurang mudaratnya kepada perjuangan parti dan rakyat. Silap langkah PAS akan menyesalinya nanti yang tidak berguna lagi.
Kepada yamg saban hari mengutuk Pas dalam isu Khalid ini dan beranggapan Pas akan kerugian besar pada Pru14 nanti tentu sekarang menggeletar tubuh badan. Sehingga ini Pas rireks aje; yang menggelupur ialah PKR dan DAP. Kita kesihat kepada DAP yang tersilap perahu. Patur hala ke muara, tapi perahu PKR hala ke hilir. Dah tu sekarang enjin pula dah mula semput2. Sahlah Langkah Kajang dah bertukar jadi Langkah Terajang; tapi yang memulakannya yang kena tendang.
pas plg gentleman hdpi isu ni. pkr n dap jgn ikut emosi
P a s
U m n o
K h a l i d
I b r a h I m
Kalau begabung . Nama apa paling sesuai utk pakatan diatas . . .
Itu hanya sementara saja supaya DUN tidak d bubarkan. PAS perlu bina kekuatan sendiri dan boleh berdiri sendiri tanpa mengharap kawan lain. PAS boleh pilih siapa yg hendak bersamanya dan mengikut kehendaknya.
Adakah perkenan baginda sultan menyelesaikan masalah krisis kepimpinan di sngor...? Dan adakah itu keputusan yg tepat.?
Oghang NS selalu berkias dalam percakapan. PKR dan DAP tidak pernah memahami " cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"
Setelah puas melakukan onar dan memfitnah UMNO kini boomerang fitnah kembali dan mengganas mencantas kedua-dua parti yang dasar nya memang berbeza. Sebelum ini PAS umpama anjing melalak minta ihsan dan kebanyakan terlopong kerana taiko-taiko PR tidak pernah menghormati mereka, layak nya sebagai pecacai sahaja. Kini pecacai tersebut boleh ' makan keliling!' , boleh menjadi tuan.
Sultan Selangor yang selalu di abaikan dan di kondem, kini telah menunjukkan bahawa Istana ini bukan boleh di usik sembarangan. Kuasa Tadbir Negeri tetap penting dan berfungsi demi menjaga Selangor di persada nya.
Lakukan lah apa saja jenis penipuan. Allah SWT tetap Benar, membalas penipuan, menjaga hamba-hamba nya yang bertawadduk. Sekarang JELAS di perlihatkan.
Manusia merancang Allah menentukan segala-galanya. Allah akan mengambil kuasa daripada siapa yang dikehendakiNYA dan memberikan kuasa kepada siapa yang dikehendakiNYA.
Kalau kito bongkak sangat begitulah jadinyo.
Kobau Den sentioso bejalan tunduk.
Pakatan rakyat? ada ke pakatan rakyat?
sama je pkr dap kaki bedal duit.
PAS for aLL
edel,
Sungguhpun saya tidak menggemari pemecatan TSKI tapi ia telahpun berlaku. Maka selepas itu berlaku, timbul kebencian pd tingkah laku TSKI disamping peranan UMNO serta keputusan yg diambil oleh PAS setakat ini, menimbulkan kebencian lebih berbanding bencinya pd Anwar. Namun begitu tetap tidak tergamak menukilkan seperti yg anda lakukan itu.
Dun b surprise bila ajk pas pusat akan revolt against majlis syura come this aug 17. Anuwar objective was to used dalang2 beliau dlm pas utk menguasai pas in d near future but then status parasit2 ni terdedah akibat krisis mb. Objektif ni selaras dgn polisi amerika utk menjadikan parti2 islam lebih moderate atau liberal. So klu xdpt control pas what else to do...pecahkan pas. Harap2 majlis syura ada strategi tuk chkmate kan ajk2 pusat yg wala sgt pd anuwar
Assalam Pak Aspan,
1) Ramai yang dapat NAIK bila DSAI cabar Dr M, contohnya Hassan Ali, Zul Kulim, Azmin Ali, Khalid Ibrahim dll. Ramainya yg 'ikut' DSAI utk jadi balachee UMNO. Saban hari, berbagai kemelut, akhirnya belang masing2 kita dapat kenallah....rupa2nya upahan umno rupanyer....
2) Dulu masa Ku Li cabar Dr M, ramai juga ikut bontot Ku Li. Teratas, mamat bakar jambatan dari Jelebu tu. Dia ni lah yang sebenar2nya membunuh Semangat 46 dari dalam!. Berahim Ali orang kedua.
Kini saya lihat Azmin Ali berperanan sama nak bunuh PKR dari dalam. Kemelut MB Selangor ni design Azmin Ali dan umno, jangan lupa! (siapa bapa angkat Azmin?)
3) Ada orang marah Dr M tapi masih sayang umno sampai akhirat.....mereka menegur cara lembut dari luar umno.....kalu masih dalam umno, mereka berdiam diri sahaja sehingga mati......
Inilah kemelut umat melayu akibat ikut model politik sekular yang umno tunjangi.....masing2 buat game sendiri2 ikut cara 1, 2, atau 3. Hukum agama Islam entah kemana mereka sudah campakkan!
Sekian.
The MIND!
Post a Comment