07 June 2010

Kita akan diaibkan - Keputusan Pilihanraya 1969 akan berulang?

Dalam pilihanraya 1969 dahulu PERIKATAN telah tewas dalam banyak kawasan Parliamen dan Dewan Undangan Negeri-Negeri dan pilihanraya ini merupakan pilihanraya yang paling getir bagi sejarah PERIKATAN yang membawanya kepenghujung kewujudannya.

DiSelangor Dato Harun Idris hampir gagal menubuhkan kerajaan PERIKATAN Selangor kerana kekurangan kerusi yang dimenangi. Kerajaan negeri Selangor hanya boleh menubuhkan Kerajaan negeri kerana campur tangan DYMM Sultan Selangor mengikut peruntukan Perlembagaan Negeri.

Jika keadaan yang sama berlaku pada pilihanraya yang akan datang ini,ianya tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana peruntukkan perlembagaan itu telah dipinda pada tahun 1993 dahulu semasa krisis perlembagaan yang negara hadapi semasa itu.

Semenjak pilihanraya umum Persekutuan diadakan selepas mencapai kemerdekaan, PERIKATAN yang ditunjangi oleh UMNO mendapat sokongan dari tiga kaum terbesar, Melayu, Cina dan India.

Orang Melayu dan UMNO semasa itu sangat rendah taraf ekonominya dan perbelanjaan pilihanraya dan urusan parti terpaksa bergantung kepada sumber kewangan dari orang Cina dan MCA.

Apabila orang Cina menarik sokongan kepada PERIKATAN, maka UMNO terkapai-kapai dan telah banyak kehilangan kerusi Parlimen dan kerusi Dewn-Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

MCA sendiri telah kecundang dalam banyak kerusi kerana pengundi-pengundi Cina telah memberikan sokongan kepada DAP dan sebuah parti yang baru ditubuhkan oleh Syed Husein Al-Atas iaitu parti Gerakkan.

Pulau Pinang telah dapat ditawan oleh Gerakkan dan menubuhkan kerajaan pembangkang yang diterajui Gerakkan. Gerakkan kemudiannya mnyertai BN yang dilahirkan oleh Tun Razak pada tahun1974.

Oleh kerana berlakunya peristiwa berdarah tiga hari selepas pilihanraya itu (13hb Mei) maka Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan negeri seluruh negara telah digantung dan negara telah diletakkan dibawah pentadbiran Majlis Gerakkan Negara mengikut peruntukkan ordinan dharurat yang terkandung didalam Perlembagaan Persekutuan.

Apakah sebenarnya yang menyebabkan kekalahan teruk PERIKATAN didalam pilihanraya umum 1969 itu?

Penyebab kepada kekalahan PERIKATAN dalam pilihanraya itu adalah banyak dan waktu dan masa tidak dapat memuatkan segala-galanya dalam tulisan dan posting yang pendek ini.

Kali ini biarlah kita sentuh tentang sebab=sebab yang penting sahaja yang kita perlu mengetahui untuk kepentingan kita orang Melayu dalam menghadapi krisi keyakinan yang sedang kita hadapi sekarang.

Orang Melayu sudah mula merintih kerana masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding dengan bangsa-bangsa asing walaupun kita telah mereka selama 12 tahun sewaktu itu.

Orang-orang Melayu banyak tinggal dikampong-kampong dan didesa-desa dan cara pengenalan sesuatu kaum semasa itu adalah berdasarkan kepada fungsi ekonomi.

Orang Melayu adalah kaun tani atau bekerja di pejabat-pejabat kerajaan. Melayu petani tinggal dikampong-kampong dan desa-desa.

Orang Cina dikaitkan dengan bangsa yang berniaga dan selalu dipanggil towkay oleh bangsa Melayu dan India. Mereka duduk dibandar-bandar besar dan kechil.

Orang India bekerja sebagai buruh dan ramai diantara mereka tingal dalam lading-ladang kepunyaan orang Inggeris dan syarikat-syarikat besar diseluruh negara. Pangkat yang paling tinggi bagi kaum India didalam lading-ladang tersebut ialah jawatan ‘mandur’ sahaja.

Apabila orang-orang Cina menarik sokongan dari PERIKATAN maka hampir semua calun-calun MCA/PERIKATAN tewas dalam hampir kesemua Bandar-bandar besar dinegara ini.

Pengundi-pengundi Cina memberikan sokongan kepada DAP dan Gerakkan. Semasa ‘coalition’ PERIKATAN MCA bertanding dalam kawasan-kawasan Cina dibandar-bandar dan itu pun consept PERIKATAN semasa itu.

Hanya beberapa orang pemimpin besar MCA yang menang kerana mereka kebetulan bertanding dikawasan-kawasan yang ramai pengundi Melayu seperti Seamat dan Labis.

Dikawasan Kota Setar, Kedah pengundi-pengundi Cina sanggup memberikan undi kepada calun PAS Tuan Haji Yusuf Rawa, Mursyidul Am parti itu dan Calun PERIKATAN Dr Mahathir Mohammed telah tewas dalam pilihanraya umum itu.

PERIKATAN semasa itu memang kekurangan sumber kewangan untuk menyempurnakan pilihanraya itu kerana kaum Cina telah menarik sokongan kewangan seperti yang dilakukan mereka dalam pilihan-pilihanraya sebelum itu.

Keadaan sekarang sama dengan keadaan semasa itu dimana orang Cina telah dengan jelas menolak kepimpinan UMNO dengan jelas dan tidak menjadi masalah bagi sesiapa pun menerima hakikat yang BN sebagai ganti kepada PERIKATAN ini aka menerima nasib yang sama.

Bezanya, jika sampai keadaan seperti itu berulang, kali ini kaum Cina tidak akan melakukan sebarang perarakkan seperti yang mereka lakukan pada tahun 1969 dahulu.

Setelah UMNO diambil alih oleh TUN A Razak dari YTM Tunku UMNO mendapat Bendahari Agung UMNO yang bari, YBM Tengku Razaleih untuk manggantikan Hanafiah Husein dan UMNO telah betekad tidak lagi mahu bergantung kepada orang lain untuk pengendalian parti dan pilihanraya.

Pada pilihanraya 1974 BN yang baru lahir itu telah berjaya dengan kemenangan besar tanpa bergantung kepada MCA dan komuniti Cina untuk mendapatkan sumber kewangan.

Malahan UMNO telah membiayai parti lain seperti MCA, Gerakkan dan MIC dan itulah sebabnya parti-parti lain menghormati kita kerana kita tidak lagi menjadi peminta sedekah dari mereka.

Dimasa itu tidak payah pemimpin UMNO bertindak mengeluarkan lessen judi bola kepada kapitalis Cina untuk mendapatkan sumber kewangan untuk mengendalikan parti dan pilihanraya.

Semasa itu UMNO dilihat sebagai parti yang tidak boleh lagi diperkotak katikkan oleh mereka kerana kita mempunyai harga diri yang tinggi tanpa bergantung dari MCA, Gerakkan dan sebagainya.

TR telah menjadi Bendahari Agung sehingga Jun tahun 1984 dimana TR telah menyerahkan harta dan wang ringgit UMNO yang besar kepada seorang Senator bernama Daim Bin Zainudin yang dilantik oleh Presiden UMNO Dr Mahathir Mohamed.

Jika sesiapa yang faham dan tahu keadaan yang sebenar politik sejak itu, tentu mereka akan mampu untuk mendapat jawapan kenapa UMNO telah terjebak dengan keadaan yang kita hadapi pada hari ini.

Bertanyalah dan buatlah ‘research’ yang mendalam dan dikembarkan dengan roh dan semangat perjuangan yang telah dibina oleh pemimpin semasa itu dan bagaimana roh perjuangan itu beransur-ansur luput dan dilupakan oleh pimpinan dan ahli-ahlinya.

Sesungguhnya masalah yang kita hadapi pada hari ini bermula pada waktu yang saya katakana tadi, dan itulah yang diwarisi oleh kepimpinan dan ahli-ahli UMNO sekarang ini.

Salahnya dipihak kita, tetapi kita mengalihkan tuduhan itu kepada pihak lain terutamanya parti-parti pembangkang. Itu sahaja yang kita pandai, dan kita masih takut untuk menerima hakikat kelamahan kita.

Selagi kita takut untuk menerimanya selagi itulah kita akan jatuh dan jatuh dan hilanglah tempat Melayu hendak berteduh.


Sekian………………………………………….Aspan Alias.

18 comments:

Anonymous said...

Parti nak pakai duit, bini nak pakai banyak duit dan pilihanraya nak pakai banyak duit. Itulah jadinya.
Pakai duit Vincent untuk semua yg perlu tadi sekarang kena bayar hutang budi dan wang ringgit dengan memberi Vincent Tan lesen judi.

Yang untung vincent yg rugi kita semua. Brengsek!

flyer168 said...

Aspan,

All his Local Big Wigs, just cannot put back "Humpty Dumpty (UMNO)" together again, lor...

Maybe he or Mama can ask his brother Nazir for help, or to APCO to lobby for a meeting with Obama again, or Ehud Barak or Soros to borrow some money...

Already the nation, its assets & rayaat are Fcuked, so what difference does it make...

For these "Desperados (Jibby & Mama)" who are afraid to lose their "Usurped" Euphoric Position & who must get what they want...

Even if it is against their own Religion, the Constitution (to amend it!), the UMNOputra Grassroots' growing anger, their impending revolution & anarchy, etc, etc,etc.

Looks like the end is near...the Self Destruct Impolsion !

Rayaat semua sakit Jiwa, Bro...

So just sit back & watch the "Fireworks Show" soon.

Cheers.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Sudah sangat jelas bagi orang Melayu secara amnya, kepimpinanan asyik dengan berlandasan yang salah, berterusan bertingkah laku kebal melanggar hukum-hakam negeri ... semua ini tetap akan dan sudah pun memakan diri. Bukankah itu yang dijanjikan Allah swt. Apa tidak! Kian lama sewaktu TDM,Pak Lah dan kini NTR gaya bermaharajalela menghalalkan yang diharamkan?

Apa maseh dan boleh lagi difikirkan ada way out? Bukankah sudah lama keadaan "checkmate"?

Anonymous said...

umno pasti akan jatuh kerana kemaksiatan mereka telah ke tahap kemuncak.wang ringgit menjadi Tuhan baru umno dan Allah hanya sekadar tuhan ritual umno yang dipakai bila perlu (kenduri,nikah kahwin dll)!poltik umno sekadar memenuhkan nafsu dan perut!lagi besar jawatannya lagi besar rasuahnya!Duit,Perempuan,Minum,Dangdut,Pub adalah sinonim dengan pimpinan umno!Hidup hipokrit sudah sebati dalam kehidupna pimpinan umno.Motto politik dari atas sampai ke cawangan ialah 1.Selagi aku berkuasa inilah masanya aku nak buat harta 2.Yang bawah sanggup jilat yang atas asalkan dapat projek 3.Dapat projek makan komisen 4.Lepas secure projek ramai-ramai yam seng 5.Masa kau ada kuasa aku kawan bila dah hilang kuasa kenal pun tidak 6.Islam sekadar alat politik untuk lawan Pas 7.DUIT DUIT DUIT!!!

IES Agencies said...

JOKE OF THE DAY: Haris Ibrahim thinks Pakatan can produce a fair and balanced newspaper....

Read all about it HERE

Anonymous said...

!0 tahun lagi bila malaysia musflis. Kerajaan umno akan membantu rakyat malaysia menjadi buruh asing . seperti di restoran2 dan jadi amah2. tepat juga kerajaan malaysia sekarang mempertingkatkan kemahiran B. ingeris. buruh2 kita akan berupaya bersaing dgn buruh filipina terutama di pub2 yang mana pengujung2nya terdiri dari mat saleh. wawasan 2020 pandangan jauh BN syabah.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Lebeh berkemungkinan ramai lagi menganggap Shamsul Yunus berlebehan dan dia adalah JOKER keterlaluan! Taktahukah hanya di bloggersherelah adalah fakta dan pemikiran yang bebas dan pada MSM itu adalah the joke for any truth and critical thinking.

joyce said...

Red Alfa,
have you seen Shamsul in person? His look is already a great joker.
He is trying to be smart but he will never be one.

joyce

Quiet Despair said...

Terima kasih kerana menceritakan sejarah terutama untuk golongan muda menimba pengetahuan.
Apa yang dibangkitkan oleh saudara adalah satu pengajaran untuk kita renungi dan cuba atasi.
Kita memang takut sejarah berulang lagi memandangkan orang Melayu sekarang terasa terpinggir oleh sebab IMalaysia and NEM.
Sudah tiba masanya UMNO medekati orang Melayu. Najib perlu pergi ke kampug-kampung for walk-abouts. Janganlah tumpu kepada Little India dan Little China sahaja.
Bro Aspan, di mana-mana saya pergi nada yang sama disuarakan oleh ramai. Iaitu BN yakni UMNO akan tewas pada 2012.
Saudara dan mereka, saya anggap alarmist. Saya masih mahu berfikiran positif ynag UMNO masih ada dalam hati orang Melayu. Masih ada tempat untuk UMNO.
Saya mahu positive vibes sebab saya terlalu sayangkan UMNO yang saya anggap pelindung bangsa.
Pada saya, sebusuk-busuk daging dikincah, di makan juga.

Joyce

What has looks got to do with being smart. You are so shallow.

Red Alfa
Shamsul is not a joker. He's a man who shares my opinion. I still believe in MSM as compared to some blogs who incite racism and spin half-truths.

orang lekio said...

quiet despair,
this is no longer 'sebusuk2 daging' situation.
it's already in the poisonous state.
unless someone is fanatically supportive of umno-apco or plain dumb, i doubt there's much support to garner from the ordinary folks.
how can u say umno is pelindung bangsa when they only give 'alm' and help to people who support them.
umno of today is no longer the umno of yesteryears. today's umno is corrupted right to the roots.

Red Alfa said...

@ Quiet Despair 16:57

The general theme of Saudara Aspan's postings have always been his concern for what UMNO is becoming to the remaining third of the orang-orang Melayu and for UMNO to return to the principles of its founding to regain the loyalty and trust of this third. Speaking for myself this third will not any more stomach any "daging busuk"!

You have been following Aspan's and Sakmongkol's blogs, so we know which part of their arguments you have not been able to follow.

I am reminded of RasuluLah SAW mentioning there are 3 types of people no reasoning is ever possible, wallahualam!

bat8 said...

Bro Aspan

1. UMNO(baru) bertuah mempunyai ahli seperti Guiet Despair. Anda adalah asset yan perlu digilap dan akan menjadi tunggak-tunggak yang akan mengukuhkan UMNO(Baru). Syabas!

2. Saya ingin berbeda pendapat mengenai sayang anda kepada UMNO(Baru). Izinkan saya.

3. As l and few others berpendapat UMNO dan UMNO(Baru) adalah dua entiti yang berbeza. UMNO adalah wadah pertama yang menyatu padu orang melayu yang ditubuhkan dalam tahun 1946. Jasanya terbesar adalah mendapatkan kemerdekaan dan sehingga tahun 1987 telah memimpin perikatan/BN untuk mengisi kemerdekaan. Yang berjuang untuk orang melayu. UMNO asal ini telah mati dari segi jasad and jiwanya dalam tahun 1987.

3. UMNO(Baru)pula ditubuhkan oleh TDM dalam tahun 1988 setelah UMNO mati/dimatikan. Ia adalah sebuah pertubuhan baru yang cuba bergerak untuk menghidupkan kembali perjuangan UMNO yang telah mati itu.

4. UMNO(Baru) bukan UMNO lama itu dan will never be no matter how hard one try to justify. Keyword is - UMNO(Baru) adalah sebuah pertubuhan baru yang cuba menghidupkan kembali perjuangan yang telah mati/hilang. Soal berjayakah atau gagalkah UMNO(Baru) membawa obor perjuangan UMNO lama adalah isu lain dan boleh dihujahkan sebagai satu topik tersendiri.

Selagi perkara ini masih dikelirukan dan mengelirukan kita, kita akan terus tersesat dan keliru dalam menumpahkan kasih dan sayang kita kepada entiti bernama "UMNO".

5. Pada saya, apa yang datang selepas yang asli perlu diberi peluang untuk membuktikan keupayaannya. Jika berjaya kita orang melayu wajib menyokongnya. Jika gagal dan tidak berupaya atau/dan lari jauh terpesong, forget it.

what comes after yang asli, jika dah menyimpang jauh dan dah tak ada harapan untuk dipulihkan, kita lupakan. kita bina vehicle baru.

6. kita mula from scratch. Kegagalan pertubuhan sebelumnya kita jadikan ikhtibar untuk meneruskan perjuangan yang asal.

wat comes afer the demise of the original tidak penting. yang penting ialah perjuangan menghidupkan perjuangan parti asal yang telah tiada.

bat8

Quiet Despair said...

Orang lekio
It's okay. You stick to your beliefs. I have mine.
I hold steadfastly that as long as there are Malays, there will be UMNO.

Red Alfa

Yes. Sak and Aspan are my two fave bloggers. Din Merican too. But I used a differet moiker.
I respect their viewpoints.
But they allow differing opinions.
We are on the same boat, same journey, maybe we choose different route to get there.
I am an active UMNO member, and wtinessd first-hand when the UMNO lama was dead and buried.
We will be together, you , I and Aspan, on this blog until 2012. We will wait and see, boleh?

Aspan Alias said...

bat8,
You are indeed a person who understands issue up to the details and I know you are with me all the way as we may be experiencing the desperation of losing the party which gave us a small but grand nation like Malaysia.

As for Quite despair he is our good person to interact as he knows how to give respect to differing view and he express it with intellectual flavor. He is an active member of this 22 year old party, and let us respect that.

bat8, the new UMNO can never be the same as the original one. The new UMNO is an entirely a new registered party and to accept it as a party with same parity with the old one is not appropriate.

Two person may look alike but surely they have different behavior, attribute and tastes.

In the case of UMNO, the total different struggles of its leaders make the party too far from the attributes of the original one.

Many others may disagree but time will tell that the purity of the old UMNO will be be realized by every thinking Malay.

Don't wait for the moment, it will come to us sooner or later.

bat8 said...

Bro Aspan,

1. saya bersama sdra all the way. Selama 22 tahun keyakinan saya tidak pernah berubah.

2. saya berasa gembira mengetahui bahawa keyakinan saya yang tidak pernah goyah juga dikongsi oleh sdra dan rakan-rakan yang lain, walaupun kita tidak pernah kenal mengenali selama ini.

Saya rasa kecil kerana saya tidak keseorangan dalam perjuangan ini.
Subhanallah......

bat8

Anonymous said...

Saya juga nak tumpang seronok kerana masih ramai yg mengingati UMNO asal yang ditubuhkan oleh Onn Jaafar.

UMNO baru pada saya begitu fake dan tidak akan kekal lama.

Saya ingin bersama sdr Aspan.


jaya

Anonymous said...

Bro Aspan, perhaps it's time to look at a new goal n objective, at a new perspective. Times have changed, Malaysians wants reforms and developments with a better living standards. It's not very difficult to win Malaysian votes eg. better transportation, better education system, better service in all areas -private n public, cleaner and healthier environment, affordable healthcare, affordable homes, transparency and justice.
All this is what all Malaysian wants, irregardless of race. For some countries like Sabah n Sarawak basic necessities are like luxuries.

Why Malaysians cannot get it ?
As long as we think along racial lines, we will sideline others and that is where discontent arises.
Think along lines of what all Malaysian needs, we can't go wrong.
When everyone is happy, people are more receptive to "give n take" and being more charitable.

On a good day, a person is less grouchy and calculative. Note there is a rising number of road bullies, why ? Our stressful work environment and traffic jams doesn't encourage us to be "tolerant and patient "
At the end of the day, Malaysians don't have time to worry about others when they have to "think about themselves first". Is it healthy ?

Anonymous said...

If GOD love us, then UMNO will perish. If UMNO don't perish, it gonna be bad for Malaysia.

Please pray that UMNO perishes.