05 June 2010

Mencari Kebenaran : Perjuangan Keakhir Kalam-- Bhg Terakhir.

Dalam posting yang lepas saya menyebut tentang addin atau cara hidup sebagai seorang Muslim dalam segala bidang kehidupan termasuk dalam bidang pengendalian negara dan politiknya.

Negara kita telah dikurnia tuhan kekayaan yang melimpah ruah dengan adanya hasil mahsul dari Petrolium yang banyak. Dugaan tuhan datang dengan 2 cara yang sangat menyalahi diantara satu dengan lain.

Yang pertamanya ialah dugaan melalui kesusahan dan keperitan. Jika kita menerima dugaan-dugaan ini dengan sabar dan sentiasa berikhiar maka Tuhan akan akhirnya memberikan kita kenikmatan yang manis-manis dan mengembirakan.

Segala-gala kesusahan ini telah kita lalui dan akhirnya rakyat dan negara telah mencapai kemerdekaan setelah pejuang-pejuang kita dahulu Berjaya membawa kemerdekaan dan mentadbir negara sendiri.

19 tahun selepas kita mengecapi kemerdekaan kita telah dianugerahkan oleh Tuhan Maha Esa tadi hasil mahsul dari perut bumi, iaitu minyak petroleum yang begitu banyak.

Kawasan minyak yang telah diserahkan oleh British kepada Syarikat Shell dahulu telah dapat kita ambil alih dan kita menubuhkan PETRONAS untuk menjadi syarikat mengendalikan minyak ini serta membina industri petolium yang telah memberikan banyak faedah kepada negara dan rakyat.

PETRONAS kini telah berjaya mengeluarkan bukan sahaja minyak tetapi telah membentuk kumpulan pakar yang ramai dalam industri ini yang juga melibatkan ramai anak-anak Melayu kita.

Tengku Razaleigh dalam usianya yang masih terlalu muda telah dapat mengambil kembali kawasan-kawasan yang telah diserahkan kepada pihak British sebelum kita mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu dan jauh sebelum kita mencapai kemerdekaan dahulu.

Ini merupakan dugaan yang kedua yang mana kita diberikan kekayaan yang melimpah ruah untuk melihat samada kita bersyukur dengan nikmat yang besar anugerah tuhan ini.

Segala kenikmatan ini telah digunakan dengan baik sehinggakan Petronas telah memberikan kenikmatan kepada rakyat yang berkelayakkan dengan memberikan kemudahan Scholarship untuk anak-anak muda keluar negara untuk melanjutkan pelajaran kerana pelajaran itu adalah kunci kepada segala kemajuan.

Didalam politik juga terlaksana apa yang dikatakan sebagai addin (cara hidup) yang agak baik dan tidak tersasar begitu jauh.

Permimpin politik yang diamanahkan oleh ahli UMNO dan orang Melayu menjalankan tugas dengan jujur dan akan mengembalikan segala yang mereka dapati yang diamanahkan oleh ahli itu kepada mereka tanpa menyalahgunakan kuasa untuk membina kepentingan dan kekayaan peribadi.

Bendahari Agung UMNO semasa Tunku Abdul Rahman memimpin parti iaitu Hanafiah Husein telah menyerahkan segala wang dan harta UMNO kerpada Bendahari Agung UMNO yang baru YBM Tengku Razaleigh yang mengambil alih tugas itu semasa pemerintahan Tun A Razak.

Tengku Razaleigh telah membina kekuatan kewangan parti dengan begitu jujur dan beliau telah menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang mampun berdiri diatas kaki sendiri.

Malahan UMNO telah mampu membiayai parti-parti MCA dan Gerakkan didalam pilihanraya umum 1974 sehinggalah beliau menyerahkan harta kekayaan kepada Bendahari Agung UMNO yang baru, tidak lain dan bukan sdr Daim Zainuddin.

2 billion wang UMNO telah diserahkan kepada Bendahari UMNO yang baru itu dan dari saat itulah bermulanya UMNO kembali menadah tempurung dari taukeh-taukeh Cina termasuklah pemimpin parti itu disetiap peringkat.

Wang yang 2 billion itu sampai sekarang tidak tahu kemana perginya. Mungkin toyol telah mencuri duit-duit itu sedikit demi sedikt sehingga habis dan kering kontang dalam akaun Bendahari parti itu.

Sejak itulah amalan bekerja untuk parti itu sebagai fardhu kifayaf dilupakan kerana ada orng yang bermasalah alam perniagaan diberikan tugas menjaga wang dan harta kita.

Sejak dari waktu itu jugalah pimpinan tidak menanam sikap rasa bersalah untuk menjadikan harta orang lain itu dengan penuh amanah.

Semenjak itulah pihak yang cuba memperbaikkinya akan diketepikan kerana mereka sudah begitu hayal untuk menggunakan harta rakyat untuk kepentingan dan kekayaan peribadi dengan mudah.

Semenjak inilah pimpinan membiarkan tidakkan kufur nikmat ini berputik dan membuahkan budaya songsang apabila menerima nikmat tuhan ini.

Sehingga hari ini Dr Mahathir diam membisu, tidak mahu bercerita kemana wang tersebut telah disimpan atau dipakai, sedangkan beliau adalah Presiden kepada parti yang melantik Bendahari Agong yang baru itu.

Terlalu banyak ketirisan yang berlaku sejak itu dan budaya diam dan membisu ini terbina apabila UMNO dan kerajaan menanamkan budaya dan kepercayaan ‘zaman aku aku belasah, jika kamu nak belasah tunggulah giliran kamu.’

Menggunakan wang ahli UMNO melalui UMNO dan wang rakyat keseluruhan melalui kantung kerajaan sudah menular sehinggakan kepada siapa yang tidak tergulung kedalam kartel perasuah ini mereka akan diketepikan dalam parti, apa lagi untuk memimpinnya.

Apabila kita menegur kita pula yang akan mendapat cercaan dan penghinaan kerana tidak bersetuju dengan cara yang baik dan bersih.

UMNO dan BN telah menyalahgunakan nikmat kekayaan yang dianugerah tuhan ini dan kita sudah tergulung dengan jelas kedalam lingkungan kaum yang kufur nikmat.

Belum lagi kita mempunyai bukti yang sesebuah kerajaan dan temaddun yang kufur nikmat itu mampu bertahan selama-lamanya.

Dalil dan tanda-tanda kemusnahan sudah banyak yang nyata berlaku didalam kerajaan kita dan budaya siasah yang tidak bertanggung jawab bukan sahaja kepada rakyat dan negara serta diri mereka sendiri tetapi juga kepada Agama dan Tuhan yang Maha Esa.

Setiap pemimpin sudah tidak menjadikan kepimpinan mereka sebagai fardhu kifayah tetapi ramai diantara mereka sedang gagal didalam peperangan hjawa nafsu dan nafsi masing-masing kerana bisikkan khatir yang sangat merbahaya.

Agama hanya disebut dan diretorikkan dalam majlis ritual Mauludirrasul dan program Agama yang lain.

Tuhan hanya untuk menyedapkan retorik ucapan dan dengan selamba sahaja berucap kononnya untuk mengimarakkan keesaan Tuhan. Macamlah tuhan tidak tahu apa yang ada didalam sanubari mereka.

Agama hanya menjadi tempelan yang tidak ada kifayahnya kerana disaluti oleh niat yang selalu didapati didalam masyarakat yang kufur nikmat itu.

Nyata yang salah sedang cuba dikatakan baik. Memberikan lessen judi yang jelas bertentangan dengan fitrah Agama kita dikatakan halal dengan memberikan alasan untuk menghalalkan kegiatan judi haram yang berluas luasa.

Perjuangan untuk yang mengakkan Agama Islam sudah tertewas kerana kelemahan pemimpin kita berperang terhadap kegiatan yang maksiat yang disokong oleh elemen yang bathil itu.

Kita yang tidak sunyi dari dosa dan noda yang besar dan kecil ini wajar diberi peluang untuk menegur sesame kita sendiri.

Pejuangan Islam diperlekehkan dan sesiapa yang tidak mahu memperjuangkan Islam itu sentiasa mendapat berbagai sokongan kerajaan yang mengaku Islam sebagai Agama resmi negara.

Tidak salah rasanya kalau saya katakan yang Islam itu akhirnya akan berjaya; semua yang mempermainkan Agama dan hanya menjadikan Agama sebagai tempelan akan menerima akibah dari sifat kufur keatas nikmat yang tuhan anugerahkan kepada kita.

Hanya menanti waktu dan saatnya untuk tiba, tetapi kita yang tidak terlibat pun akan merasakan bahangnya kerana kita tidak bertindak membetulkannya.

Tetapi juga kita ingat kepada firman Tuhan, ‘selagi masih ada umatku yang masih berzikir kepada ku walaupun seorang dunis belum lagi akan kiamat’.

Ianya memberi makna jika masih ada yang faham dan berjuang untuk memperbaikki perjuangan dengan menjadikannya sebagai amalan fardhu kifayah yang disebut itu, UMNO dan kerajaan masih ada peluang untuk mendapat keredhoan tuhan yang Maha Esa.

Mari kita membina kembali perjuangan yang dipelupori oleh bapa perjuangan kita yang terdahulu dengan berperang dengan unsur yang kotor yang sedang bermaharajalela kerana peperangan ini merupakan peperangan besar yang terpaksa kita galas sehingga akhir kalam kita.

Peperangan terhadap diri sendiri ini mungkin memerlukan pengorbanan besar. Rasulallah saw telah menyatakan bahawa peperangan ini adalah lebih besar dari peperangan khandak yang hampir-hampir menewaskan tentera Islam pimpinan junjungan besar Muhammad saw.

Peperangan melawan nafsu ini mesti diteruskan sehingga kita merasakan perdamaian diantara perasaan kita dan keadaan yang menyelubungi kita.




Sekian………………………………………….Aspan Alias

18 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara Aspan,

Kebelakangan ini suara YBM Tengku tidak kedengaran lagi, senyap tak ada berita..Saya harap beliau patut terus aktif lagi dalam sahsiah negara sebab keadaan sekarang lagi parah dan meruncing

embi said...

Terbelit budaya dan tersimpang perjuangan dibuat oleh TDM. Pembangunan pesat dibawahnya terlalu mahal harganya kerana org Melayu menjadi bangsa yang hilang nilai budayanya diatas nama pembangunan.

Bangsa jepun negara yang termaju, tetapi bangsanya masih menjaga nilai budayanya sehingga hari ini.

Lagi maju lagi halus budaya mereka.


embi

Anonymous said...

Aspan! sdr mengakui bahawa kita hidup dlm akhir zaman. jgn kita ikut menjadi pembawa dalil untuk menyelamatkan kita didunia dan akhirat.
saya memahami maksud sdr tetapi bagaimana nak mengajar manusia yg sudah hilang hidayah! Biarkan saja!

Anonymous said...

Daim yang serakah itu senyap-sahaja bro. Dia yang sapu bersih segala peluang untuk orang lain sedangkan dia seorang Menteri.

Mahathir tidak ambil tindakkan apa-apa terhadap Daim, tetapi orang lain macam Pak Lah dibelasah habis.

Rasuah pun ada orang yang boleh dan ada yang tidak boleh. Daim boleh!

suhud said...

Sdr Aspan,

masakan bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru.
Rosak kepimpinan Melayu dibuat oleh Mahathir.
Mahathir ada polisi 'buat apa yg aku suruh, jangan buat apa yg aku buat'
sekarang dia bercakap banyak.

Quiet Despair said...

Salam Saudara

Sungguh murni apa yang Saudara suarakan. Itu juga yang orang Melayu dan Islam mahukan.
Tapi itu idealisma yang tidak dilaksanakan oleh politikus kita di kedua-dua kem politik.
Jangan ceritalah bab UMNO. PKR yang bersekutu dengan PASpun tidak berusaha melaksanakannya kerana bersekongkol dengan DAP.
Bro Anwar semasa menjadi orang kuat parti pemerintah juga hanyut dan khayal bersama dengan kekayaan dan keperkasaan UMNO.
Rasanya cukuplah kita mempersendakan Tun M dan menyalahkannya dari segi dasarnya dan projek meganya.
Kenapa kita tak bersuara dulu? Kita smua mengiyakannya dan bangga pula masa tu?
Tun M telah tujuh tahun tidak menjadi PM. Kenapa perlu mengungkit keburukannya?
Kita dah jadi macam orang Amerika yang masih menyalahkan Bush dalam segala hal termasuk tumpahan minyak di Gulf Of Mexico sekarang.
Okay juga itu kerana baru dua tahun Obama mengambil-alih tampuk pemerintahan.

bat8 said...

Anon 01:30:00 GMT+08:00,

1. Rasanya Kuli faham dan mengerti bahawa beliau tidak mampu dan berupaya lagi untuk membaiki dan membawa UMNO(Baru) kembali kelandasan asal perjuangan UMNO yang ditubuhkan dalam tahun 1946.

2. Kita kena terima hakikat bahawa Kuli seorang tidak mampu dan telah gagal membawa perubahan dalam UMNO(Baru). Kuli, tanpa apa-apa jawatan dalam parti dan kerajaan, tanpa sokongan majoriti ahli UMNO(Baru) GAGAL! dan akan terus menerus gagal!

3. Lets face it, satu perangai kita orang melayu, kita suka menyerahkan tugas perjuangan kepada seorang dua sahaja. kita expect mereka ini pergi berlawan dengan angkatan besar lawan sedangkan kita duduk dirumah minum teh sambil cecah roti kering sahaja. kita lebih rela hero kita berlawan keseorangan.

macamana seorang dua berjuang melawan satu angkatan besar boleh menang. Round pertama belum habis lagi, hero kita dah kecundang...mati katak!


bat8

Anonymous said...

Benar suatu ketika nanti tidak mustahil Umno akan terkubur dari pesada poltik Malaysia.
Tanda tanda kearah itu sudah banyak kelihatan hanya masa akan menentukan
.....BILA?.....

....Mat Dollah.....

dollah lebai man said...

...Mat Dollah...,

Dari segi teknikalnya UMNO sudah terkubur. Hanya nak disahkan oleh satu pilihanraya umum sahaja.

Yr thinking is also mine sir!!

bat8 said...

Mat Dollah,

1. UMNO asal yang menjadi payung dah wadah perjuangan umat melayu yang ditubuhkan pada tahun 1946 dulu telah mati dan dimatikan dalam tahun 1987 dulu. Bagaimana ia dimatikan tak perlulah saya sebutkan disini.

2. Hakikat yang perlu kita terima ialah UMNO yang asli itu telah mati dan sebanyak mana kita merintih, kita merinduinya, kita rakyat marhaen tidak boleh memulihkannya.

Kuasa memulihnya bukan ditangan kita, tetapi ditangan Menteri Dalam Negeri.

3. Kita juga harus menerima hahikat - UMNO(baru) yang ada hari ini bukanlah UMNO lama yang telah mati/dimatikan. ia adalah sebuah pertubuhan baru yang ditubuhkan oleh segelintir bekas pemimpin UMNO lama untuk cuba meneruskan perjuangan sebagaimana UMNO asal.

Jadi, UMNO(Baru) bukan UMNO asal. Baik dari segi perundangan maupun dari segi lain....ini hakikat kita kena terima walaupun segala harta UMNO lama diserahkan kepada UMNO(Baru) dan lain-lain milek UMNO asal diwariskan kepada UMNO(Baru). Bodohlah orang yang menganggap bahawa UMNO(Baru) itu adalah UMNO yang ditubuhkan dalam tahun 1945.

4 Selama 22 tahun UMNO(Baru) diberi mandat oleh orang melayu untuk meneruskan perjuangan UMNO lama yang mati/dimatikan tahun 1987.

5. hari ini ternyata UMNO(Baru) gagal memperjuangkan nasib orang melayu, gagal meneruskan perjuangan UMNO lama. bahkan UMNO(Baru) hari ini telah menjadi satu " creature" lain yang bukan lagi represent perjuangan UMNO lama lagi. bagi yang pernah berjuang di dalam UMNO lama, saya pasti mereka sudah tidak dapat meneganli lagi perjuangan UMNO(Baru) sekarang.

6.ia telah rosak to the core dan ibarat kata sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Kita pun tidak nampak cara dan usaha untuk mengembalikan perjuangan UMNOBaru) kepada perjuangan UMNO lama yang ia cuba meneruskan dulu.

7. to me, let UMNO(Baru) demise. apa nak nostalgia tentang kematian UMNO(Baru). As l said above, UMNO(Baru) bukan UMNO asal. Ia adalah sbuah pertubuhan baru yang cuba menghidupkan semula perjuangan UMNO lama yang telah mati/dimatikan.

8. Ia telah gagal meneruskan perjuangan UMNO Asal - apa pasal nak nostalgia. in fact, the demise mana-maan pertubuhan yang datang selepas kematian yang asal, disebabkan kegagalan meneruskan perjuangan adalah sesuatu yang baik.

Diatas kematian pertubuhan yang gagal itu, kita bina pertubuhan baru untuk meneruskan perjuangan asal. kita susun semula pertubuhan baru, kita elakkan kegagalan yang sebelumnya.

What comes after the demise of the original tidak penting dan bukan isu besar. hakikatnya, perjuangan bangsa itu yang lebih penting dari pertubuhan-pertubuhan yang datang selepas kematian yang asal.

bat8

labaiman. said...

Mat Dollah dan bat8,

Sungguh sdr2 kata tu. Kalau jatuh pun UMNO (baru) ini saya tidak sedih.

Saya sedih dengan kematian UMNO (Asal) dulu dan sampai hari ini saya menyampah dgn Dr Mahathir yg tidak mahu menggunakan kuasa yg ada pada dia Sek. 70 Akta Pertubuhan 1965 untuk menghidupkan UMNO asal.

Kuasa ada padanya kerana dia adalah Menteri Dalam Negeri.

Dia nak tubuhkan UMNO yg baru dengan pendaftaran baru untuk menhindar ramai yg dia tidak suka dan yg dia takut.

Sedangkan parti yg naikkan dia pun dia bunuh, masakan dia nak perjuangkan orang Melayu.

Siapa nak kata Dr Mahathir baik, silakan. Saya seorang tidak!!!

lebaiman.

Anonymous said...

Dalam pimpinan perang diutamakan seorang yang gagah dan berani, walaupun dia seorang fajir (akhlaq kurang sempurna) berbanding dengan seorang yang yang daif dan lemah walaupun dia seorang yang beramanah. Sebagaimana apabila ditanya kepada Imam Ahmad:

Yang manakah satu di antara dua lelaki yang patut diangkat menjadi ketua perang, seorangnya gagah tetapi fajir, atau seorang soleh tetapi daif, di belakang siapakah di antara keduanya yang sepatutnya mereka berperang?

Imam Ahmad menjawab:

Adapun bagi orang fajir yang gagah itu, kegagahannya akan bermanafaat kepada muslimin, kefajirannya itu (akan memudaratkan) dirinya sendiri. Sedangkan orang soleh yang daif itu pula, kesolehannya akan bermanafaat untuk dirinya sendiri, dan kedaifannya memudaratkan kepada muslimin, maka berperanglah di belakang orang fajir yang gagah itu.

Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya Allah akan menolong agama ini dengan lelaki yang fajir.

Persamaan riwayat di atas benar-benar telah berlaku dimana:-

Sepanjang 22 tahun pimpinan negarawan Tun Dr Mahathir Mohamed, kerana keberanian dan kebijaksanaan nya, rakyat Malaysia keseluruhannya samada muslimin atau bukan muslimin telah merasai manafaatnya, malah kesucian agama islam terjaga dan nama negara Malaysia telah dikenali dan di hormati di antarabangsa.

Berbanding dengan hasil pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kesolehannya tidak membantu membawa nama negara Malaysia kemana-mana malah kedaifan dan kelemahannya telah memudaratkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

labaiman said...

Anon 35.

Gagahnya Mahathir gagah apa? Gagahnya untuk menipu yg sentiasa dilakukannya itu sudah pasti ke yg direstu junjungan besar kita.

Kalau macam itu kata sdr, sokonglah Mahathir. Tidak ada siapa mencegah.

Bagi saya kalau orang tidak beriman menjadikan Agama kita untung tak apa. Ini Mahathir merugikan Melayu dan bangsanya sendiri.

Punah ranah budaya, punah ranah institusi kehakiman, punah ranah institusi raja.

Baik ke hasil Mahathir yg gagah tadi. Gagahnya gagah kerbau bala....menanduk semua org sampai lumat kepimpinan selepas dia.

Dia adal penyokong no 1 Anwar Ibrahim hinggakan Anwar jadi TPM dalam tempoh 11 tahun.

Dia juga yang melanti Dollah Badawi...apa eloknya Mahathir.

Tinggal lagi sdr sokong dia itu sdr punya pasal. Itu hak sdr.

lebaiman

bat8 said...

Anon 35,

1. betulkah TDM gagah. kalau dia memang gagah, dia tidak akan membiarkan UMNO lama mati. Dia akan hidupkan UMNO dan terus memimpin UMNo lama walaupun dia akan ditentang berkali-kali dalam pemilihan jawatan presiden.

2. yang pasti TDM penakut. Dia biarkan UMNO lama demi kepentingan politiknya. Jika dia gagah dan hebat, dia tidak sanggup membiarkan UMNO lama yang menjadi nadi perjuangan melayu mati.

3. Jika dia gagah, dia tidak akan menubuhkan parti baru, sedangkan parti lama masih boleh dihidupkan. Jika dia gagah, dia tidak akan menghalang TAR mendaftar UMNO Malaysia, sebagai jalan untuk memulihkan UMNO lama.

4. jika dia gagah, dia tidak menubuhkan parti baru at the expense of an old UMNO semaata-mata kerana mahu berkuasa penuh. dengan buat parti baru dia boleh menghalang bakal-bakal pencabarnya menjadi anggota parti barunya.

5. Jika TDM gagah, dia tidak akan buat macam-macam peraturan di dalam UMNO(Baru) semata-mata kerana takut dicabar dalam PAU.

6. Jika TDM gagah dan hebat, nasib orang melayu hari ini tidaklah seteruk sekarang. Keadaan ekonomi negara tidaklah seteruk sekarang ini.

7. Kalau TDM hebat, awal-awal lagi dia tidak akan lantik AAB sebagai pengantinya.

8. kalau TDM hebat dan pejuang melayu, dia tidak akan menindas rakyat kelantan yang memilih PAS sebagai kerajaan negeri. Dia tidak akan menukar duit royalti minyak terengganu semasa PaS memerintah menjadi wang ehsan kerana 95% rakyat adalah melayu islam. Kerajaan PAS Terengganu adalah kerajaan me3layu islam!

Senarainya panjang.....mungkin orang lain boleh sambung. Kita minta Anon 35 senaraikan kehebatan TDm untuk tatapan semua disini!

bat8

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Sampai bila agaknya kita mahu terus menerus bercakaran,tuduh menuduh dan menyalah pemimpin itu dan pemimpin ini yg membawa kepada keadaan politik,khususnya kedudukan UMNO yg dilihat amat goyah dan seterusnya menyebabkan kedudukan orang Melayu menjadi lemah dalam segala aspek, tercabar dan terancam.Tidak habis-habis kita mengukit,kadang-kadang,dengan perasaan marah dan meluat yg pastinya sedikit sebanyak akan melahirkan persaan persengketaan dan bermusuhan diantara kita.Sekali gus merenggankan hubungan setiakawan dan muhibah yg amat diperlukan pada masa kini untuk kita mencari kata sepakat dalam usaha untuk mempekukuh dan memperkuatkan bangsa kita yg terancam ini.

Nampaknya kita lebih seronok bertelagah sesama kita sedangkan kaum lain cukup fokus dan sepakat dalam memperjuangkan kepentigan kaum mereka walaupun mereka dari berlainan parti politik.Barang kali kita semua akan hanya berpuas hati dan berhenti daripada berckaran apabila bangsa kita menjadi pengemis di bumi sendiri atau diburu dan diperkutabkatikkan seperti apa yg berlaku kepada bangsa Palestin sekarang ini.

Insaf dan sedarlah bahawa tidak ada siapa yg akan nembela dan memperbaikikan nasib bangsa kita melainkan kita sendiri sepertimana Firman Allah yg bermaksud,"Tuhan tidak akan mengubahkan nasib sesuatu kaum melainkan atas kehandak dan usaha kaum itu sendiri".

Dalam kontek politik dalam negara kita sekarang,bangsa dan kaum lain hanya menunggu
masa dan peluang untuk melakukan tindakan sepertimana kerajaan Singapura melakukan keatas orang Melayu di sana.Oleh itu,lebih baik rasanya kita kurangkan polemik tudu menuduh dan perdebatan yg tidak menguntungkan kita semua.Oleh itu marilah kita, dengan ikhlas, sama-sama memikir dan mencari jalan yg terbaik untuk penyatuan dan perpaduan bangsa kita sekarang.

Harus diingatkan juga bahawa jika sekira nya orang Melayu hilang kuasa politik untuk mentadbirkan negara ini maka orang Melayu akan ditimpa malapetaka yg amat menakutkan.Kita akan hilang segala-gala dan selama-lamanya.

Demi untuk masa depan bangsa dan keturunan kita semua marilah kita bersatu dan bertindak dengan nekad dan positif kearah itu.

Askar Tua

Aspan Alias said...

Askar Tua,

Saudara bertanya sampai bila kita hendak bertengkar?

Saya tidak berniat untuk bertengkar sesame kita.

Apa yg saya tulis hanya yang saya lihat dengan meta kepala dan setengahnya dari pengalaman sendiri.

Sdr bertanya kenapa saya marah sangat dengan Dr Mahathir. Itu pandangan sdr.

Saya hanya menceritakan apa yg terjadi jika kita buat itu dan ini.

Saya terpaksa memberikan contoh yg nyata apa yang membuatkan kita menjadi begini dan begitu.

Apa yg saya tulis tentang Dr Mahathir tidak ada siapa yang boleh menafikannya.

Yang hanya dikatakan kepada saya ialah saya bencikan Dr Mahathir.

Saya bukan orang baru, saya mengenali individu ini secara peribadi dan say boleh berbincang jika diizinkan.

Tetapi yang saya tulis hanyalah contoh-contoh yang membawa kita kepada keadaan ini.

Memang pun yg 2 billion yang diberikan kepada Daim semasa mengambil alihBendahari Agung UMNO tidak siapa yg mahu menjawabnya.

Kalau 2 billion itu masih ada cakap kepada saya yg 2 billion itu masih ada.

Yang saya tahu dan ramai yg tahu, duit itu sudah tidak ada.

Jadi salah kah saya disitu. Orang ramai boleh marah kalau apa yg saya katakan itu tidak betul.

Yang menhairankan saya, bila kita bercakap benar selalu org marah! Kenapa ya?

Tetapi masing-masing kononnya nak kuatkan UMNO.

Jika ini semua berlaku macam mana UMNO nak kuat.

I am telling every one that I have no personal interest. That is why I don't swim with the flow like a dead fish.

bat8 said...

Tuan askar tua,

1. Sebenarnya kita orang melayu disini tidak bergaduh. Sebenarnya lebih kepada cuba mengatikulasi pandangan yang berbeza. Walaupun mutunya tidak ilmiah sangat, tetapi sebagai permulaan, kita patut mengalu-galukan dan menyemarakkan lagi agar mutunya meningkat.

2. Sekurang-kurangnya ini akan mencambahkan minda sesama kita. Contohnya pembahas yang membawa hadis dan ayat Al-Quraan diatas. Ia harus dilihat sebagai satu percubaan yang baik beratukulasi dan mencambah minda.

3. Kita orang melayu selalunya mudah naik baran bila pndapat orang tidak selari dengan kita. Disini kita berhujah, belajar mengekspresi pemikiran, mengasah minda untuk menilai pendapat orang lain.

bro Aspan,

I am with you all the way....

bat8

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Menurut komen-komen kebelakang ini, ada kesepakatan kepimpinan Melayu/ UMNO banyak cela dan kekurangan dan kita bersama bergelisah dengan halatuju yang hendak dibawa yang maseh banyak perlunya difikir panjang lagi.

Adakah macam kita sudah meredhai dengan keadaan kegersangan diUMNO kepimpinan yang berkaliber sekarang?

Mungkinkah ini adalah akibat pemikiran kita adalah pemikiran yang terkongkong seperti dalam kotak. Kita macam ditinggalkan hanya dengan pemikiran yang diusulkan GEMPAR dan PERKESA. Reaksi kita pula macam terpinga -pinga dengan ya atau tak ya untuk bersama memperjuangkannya?

Mengapa ada lagi orang Melayu menolak bulat-bulat konsep PAS dengan Ketuanan Islamnya, menolak konsep PKR dengan The Inclusive Malaynya? Tak nampakkah kita bahawa kepimpinan Melayu PAS dan PKR telah mula berfikiran progressive (mengikut arus global view think) untuk memperjuangkan konsep masing-masing. Disini Quiet Despair berpendapat mereka telah bersokongkol dan mengalah dengan DAP. Apa UMNO sangat murnikah dengan perjuangannya?

Sudahlah UMNO tidak mengendahkan lagi Ketuanan Melayu, tidak pula menyedari perlu demi kejayaan bangsa pada masa depan UMNO sepatutnya berseiringan dengan global view think. Inilah yang akan membawa kelenyapan UMNO ...