Semua terbaca dalam akhbar dan media alternatif tentang seruan DS Najib kapada ahli-ahli UMNO untuk melakukan serangan balas terhadap parti-parti pembangkang kerana menyerang kita dengan bertubi-tubi.
Beliau membuat seruan itu semasa berucap meresmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh baru-baru ini.
Beliau meminta ahli-ahli UMNO untuk menonton perlawanan bola sepak piala dunia dalam kontek politik….jangan berkumpul didepan gol sahaja untuk mempertahankan kubu kerana ia boleh dibolosi pada bila-bila masa sahaja.
Jika kita hanya mengambil sikap ‘defensive’ sahaja kita tidak ada peluang untuk berjaya menyumbat gol.
DS Najib meminta kita melakukan ‘counter attack’ untuk mencari gol kemenangan atau dalam politik kita untuk mendapatkan kemenangan mengambil hati rakyat.
Anoloji yang dipaparkan oleh PM itu ada benarnya dan kita boleh melakukan ‘counter attack’ itu dan ada kemungkinan boleh membawa jaringan gol untuk pihak kita.
Tetapi persoalannya, kita mempunyai pasukkan yang tidak mampu untuk melakukan ‘counter attack’ itu kerana barisan hadapan kita tidak mempunyai kekuatan mental untuk bermain sehingga tamat.
Barisan hadapan pasukkan kita kalau pun mampu selalu menjual permainan kepada pihak lawan kerana bayarannya terlalu besar untuk ditolak.
Rasuah bola sepak adalah perkara yang sangat biasa dan kepada ‘team’ kita yang berimejkan rasuah maka ianya begitu mudah untuk terperangkap dengan isu itu.
Saya juga peminat bola walaupun saya tidak pandai untuk bermain. Saya tidak mampu untuk diletakkan dalam posisi ‘right inside’ dalam permainan bola.
Itu sebabnya saya memilih untuk mengambil posisi ‘right outside’ (luar padang) dan itulah posisi yang paling seronok sekali kita ambil kerana dalam posisi itu boleh mengata pemain itu tak betul dan pemain ini tak betul dan sebagainya.
Berbalik kepada cadangan Najib tadi, sebenarnya 'team' kita tidak kuat. Buat masa ini ‘team’ kita hanya mampu untuk bertahan sahaja. Itu pun kita sedang menghadapi risiko untuk dibolosi pada bila-bila masa sahaja.
Kalu kita naik keatas untuk menyerang, maka mudah sahaja pihak lawan akan menumbat banyak gol kedalam ruang gol kita.
'
Dikalangan pemain 'forward' kita itu pun, ramai yang tidak ada perasaan sayang kepada 'team' dan negara yang mereka wakili. Apabila kita mempunyai pemain yang tidak bersemangat kental maka pemain-pemain kita telah menjual ‘game’ untuk mendapatkan wang ringgit yang banyak.
Mereka selama ini bersusah payah untuk menjadi pemain negara kerana nak jual ‘game’ dan boleh cari makan. Sama ada penonton suka atau tidak mereka tidak peduli. Yang penting mereka dapat ‘fulus’ yang banyak.
Masalahnya dalam ‘team’ kita, ketua pasukkan itu dikhuatiri boleh dibeli dengan wang. Itu sebabnya penonton telah ramai yang menyokong team lawan kerana sikap dan perangai dan nilai pemain-pemain kita sendiri.
Saya ingin menekankan kepada Najib bahawa semua pemain-pemain dalam team yang beliau ketuai ini, menjual ‘game’ dan penonton-penonton nampak semuanya itu.
Jadi kalau ketuanya mencari makan dan semua pemain dalam ‘team’ itu juga mencari makan seperti yang dipercayai oleh ramai penonton, maka akhirnya penonton-penonton akan memberikan tepukkan dan sokongan kepada pasukkan lawan, kerana pasukkan lawan lebih serius bermain bola tersebut.
Apabila pemain-pemain pasukkan tidak mempunyai semangat yang kental bermain untuk negara, maka mereka mudah untuk menjual ‘game’ tersebut untuk kepentingan diri masing-masing dengan mengisi saku masing-masing.
Dalam posting-posting yang lepas saya telah menekankan yang kita memerlukan ‘team’ yang baru dan ‘fresh’ untuk menghadapi ‘team’ lawan yang semakin hari semakin mendapat sokongan dari penonton-penonton.
Selama ini penonton-penonton kecewa kerana mereka selalu terserempak dengan pemain-pemain yang sedang membuat perundingan untuk menjual ‘game’ dengan harga yang mahal-mahal.
Ramai penonton-penonton telah memihak kepada ‘team’ lawan atau pun tidak lagi mahu menonton permainan kerana tidak mahu membazirkan wang membeli tiket perlawanan yang tidak bersih itu.
Sekarang, kita fikir-fikirkanlah bagaimana nak cari ‘team’ yang baru untuk mewakili kita.
‘Team’ yang sekarang sudah terlalu kenyang dan mereka tidak mempunyai ‘stamina’ yang kuat untuk bermain dan untuk menangkis sogokkan rasuah yang begitu besar kepada ‘team’ yang sanggup menjual permainan ini.
Penonton sudah letih bertepuk dan bersorak bagi pihak ‘team’ kita tetapi pemain-pemain kita menggunakan sokongan kita itu untuk menjual permainan dengan harga yang tinggi untuk membuat simpanan dalam bank-bank dimerata tempat dalam dunia ini.
Lagi pun pemain-pemain handalan kita mempunyai isteri-isteri yang 'glamorous' untuk membeli belah digedung-gedung membeli belah diLondon, Paris dan New York. Mereka terpaksa menjual permainan (rasuah) untuk memenuhi keinginan isteri-isteri yang mabuk 'shopping' itu.
Penonton sudah tidak mahu lagi dijadikan sebagai kerbau yang disuruh membajak sawah setiap hari sedangkan hasilnya dibaham oleh tikus-tikus gemuk didalam kepuk padi kita.
Cukuplah setakat ini.
Sekian…………………………………Asapan Alias
10 comments:
Yu huuu, pandai kau sindir dia orang ni Aspan.
Syok aku membacanya.
rahimdin
kita tak mahu jadi lembu lagi.
jalil
Salam Sdr Aspan,
Semua orang tahu,termasuk pemain-pemain sekalian,iaitu jika mahu menang pemain misti bermain cara agresif dan sentiasa menyerang.Para penyokong merasa seronok dan akan beri tepukan yg gemuruh dan meransangkan.Pemain-pemain sekalian akan bermain dengan lebih bersemangat.
Persoalannya bagaimana mereka hendak bermain cara agresif dan lancarkan 'counter attack'apabila pemain-pemain kita ini,sudahlah 'tua-tua' semuanya tetapi juga terlampau gemuk dengan perutnya buncit,dan kurang latihan.Mereka ini mudah terasa penat dan letih.Lebih malang lagi apabila ada diantara pemain-pemain kita yg gemar menjual permainan.
Apa yg lebih malang lagi kita mempunyai ketua pasukan yg hanya bijak membuat perancangan secara teori tetapi teramat lemah dalam perlaksanaan.Beliau tidak ada keberanian untuk membuat rombakan besar-besar terhadap pemain-pemainnya.Pemain-pemain yg uzur,letih dan yg suka main gaya sendiri,kadang-kadang merembak sesama sendiri menyebabkannya menjadi laibiliti tidak ditukar ganti.
Dalam keadaan begini nampaknya harapan untuk pasukan kita menang sangat tipis kecuali pasukan lawan menjadi lemah dan lumpuh sebelum perlawanan.Jika tidak kita bersedialah untuk menerima kekalahan melainkan kita bertindak secara drastik untuk merombak pasukan kita,jika perlu menukarkan ketua pasukannya sekali.
Askar Tua
DS Najib hanya pandai bercakap sajalah! Dia yang buat masalah, tapi dia pulak yang suruh kita berperang.
Isu isteri dia dah cukup untuk merudumkan UMNO. Itu tidak termasuk isu dia sendiri.
Bak kata Aspan, kita hanya jadi hamba abdi sahaja. Dia orang kat atas belasah kekayaan kita, aleh2 dia suruh kita pula membetulkan sdengan membuat serangan.
Kpd DS Najib, perbaikki diri sendiri, tak payah kita serang orang lain.
joyce
Sir,
A great analogy of the political match being played in Malaysia. BUT I think you have left out one important fact which is the corruption of the "referee" as well as the "match official". "Throwing the game" is not only limited to the team member but it has spread to infect the people who were supposed to remain impartial and enforce the rules (the very people who are seen by the spectators as people trusted to keep the playing field level for all/both side).
And this is the biggest mistake (or should I say "NO-NO") done by any team, in any match. Once you have tempered with this sacred tenet, then you risked being alienated and despised (in the case of Malaysian voters, "deeply hated")by the spectators/penonton/voters. Once the spectators knows that the referee and the official are "berat sebelah" or no longer impartial, the side which the referee and the official are partial to, will be considered as "the enemy of the game" by the spectator and will forever lose the support or love of the spectators.
Sadly that's what happening to your team and I can say for certain that once "that team" lose the love and support of the spectator, there's not much chance of ever regaining it back. Even "never" maybe putting it mildly. It would seem that your team forgets the most important trait of their supporter/spectator (the Malays), they maybe forgetful (mudah lupa) but once they are emotionally hurt or betrayed or wronged, the emotional pain will be transferred for at least 7 generations (7 keturunan)and maybe more. I can see the irony of your team's slogan of "Dulu, Kini dan selamanya" if it ever came to that! Things are definitely not looking too good for your team, I dare say so, Sir!
I wish you good luck in your endeavor and may GOD reward you for remaining to be the conscience of your team.
Nick.
Pasukan BN bukan sahaja sibuk makan rasuah untuk jual permainan, bahkan selalu ponteng latihan untuk menggoda gadis-gadis tempatan kerana nafsu tinggi. Lagipun, dalam perlawanan, sellau hayal sampai "score" goal sendiri. mana penonton tak bosan....Mesti tukar semua barisan, termasuk ketua pasukan yang begitu lembik.
Mat Jenin, Kuala Brang,Tgn
sdr Aspan,
pandai sangat geletek sedap pula saya membacanya. Lawatlah keblog miskin kawan tu melayurayadaily, letak gambarpun tak apa asal masuk.Teruskan. Tq sahabat
Kan hari tu Najib dah beri contoh bagaimana nak serang balik serangan pembangkang.
Katanya, gelaran First Lady untuk isteri comelnya tu bukan bererti megatasi DYMM Raja Permaisuri Agong.
Mungkin maksudnya gelaran itu dipinjam sementara untuk buat main pondok pondok.
Rasanya lebih baik diam apabila diserang daripada mengong dan mangang dalam memberi jawapan balas serangan.
nick,
Yes, I totally forgot to mention about the 'referee'. The referee has not been impartial. The referee always try to give one side of the teams playing penalty kicks and the spectators in the end boo him and leave the matches and let them play by themselves.
That is why we cannot develop a good and strong team. The chief all the while does not care and just be happy with the predictable results.
Now when the team plays with international class team, it crashes even before taking off.
dat' Azizan Yaacob,
Hi bro, you duduk kat mana bro? Kat Pahang ke kat KL?
Ya, I shall visit your blog often. Thanks for giving me news about you. We should chat...
Post a Comment