Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana bertindak untuk memohon ampun kepada Sultan Johor kerana isu kenyataan beliau di Singapura baru-baru ini. Kenyataan beliau itu telah diisukan sebagai kenyataan yang memburuk-burukkan negeri Johor serta Sultan yang menaungi negeri itu.
Guan Eng telah memohon ampun dan maaf kepada Raja yang menaungi rakyat dan negeri Johor. Beliau memohon ampun jika kenyataan yang belum tentu kesahihannya itu menyinggung perasaan ke bawah Duli Tuanku Johor.
Tindakan Guan Eng ini melambangkan sifat gentleman beliau dan memahami yang negara kita mempunyai Raja-Raja Melayu yang rakyat patut menzahirkan ketaatsetiaan kepada Raja-Raja Melayu sentiasa. Tindakan memohon ampun ini adalah satu sifat kepimpinan yang tinggi dan merendah diri yang ada kepada pemimpin muda ini.
Sekarang saya ingin pula menunggu bila pula UMNO untuk memohon ampun dan maaf kepada Raja-Raja Melayu kerana menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis Perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Sehingga sekarang UMNO belum lagi memohon ampun kepada Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kerana menelanjangkan kewibawaan Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan itu.
Jika UMNO benar-benar parti yang melindungi orang Melayu dan Raja-Rajanya maka parti itu tidak sepatutnya teragak-agak untuk memohon maaf di atas sikap kurang ajar serta merendah-rendahkan mertabat Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 dahulu.
Perlakuan UMNO terhadap Raja-Raja semasa itu amat memalukan kerana UMNO menghina Institusi Raja yang menjadi teras kepada identiti dan maruah orang Melayu. Jika benar UMNO sudah sedar yang Institusi Raja itu penting parti itu tidak sepatutnya teragak-agak untuk memohon ampun daripada Raja-Raja Melayu kerana keterlanjuran itu.
UMNO sepatutnya mengikut langkah DAP dengan memohon ampun jika melakukan tindakan yang sangat mendhaifkan yang UMNO lakukan semasa krisis perlembagaan itu. Guan Eng tidak menunggu lama untuk memohon ampun walau pun beliau belum mendapati rakaman ucapan beliau di Singapura dalam ‘private function’ di Singapura itu. Yang penting bagi Guan Eng ialah beliau tidak mahu melihat Tuanku Sultan merasa tersinggung kerana pentingnya institusi itu dihormati dan disanjungi.
UMNO sepatutnya memohon ampun di atas kerana besar parti itu kepada Institusi Raja-Raja itu. UMNO patut mengadakan perhimpunan Agong Khas untuk memohon maaf kepada semua Raja-Raja Melayu.
Selagi UMNO tidak memohon ampun selagi itulah UMNO masih derhaka kepada Raja yang menaungi negara bertuah ini.
18 comments:
UMNO(Baru)? Jangan harap! Dah terlalu sombong dan besar diri.
AA,
jelas, there are world of difference in dignity betweenDAP and UMNO (B).
UMNO Baru dilihat tak ubah seperti seekor anjing yang tersepit. Dalam keadaan dalam kesusahan dia akan melolong minta dilepaskan.
Selalunya tempat UMNO Baru mengadu adalah raja melayu. Bila raja melayu lepaskan masaalahnya dalam keadaan tidak disangka-sangka UMNO Baru pula menggigit tangan raja melayu yang telah menolong mereka.
Banyak kes dah berlaku tapi ianya dibiarkan berlalu.
Masa bila UMNO Baru nak memohon ampun pada raja sedangkan raja mesti dengar nasihat mereka ?
spin again Aspan,
saya imbau balik sejarah antara UMNO dan raja-raja.
Dalam tahun 1946, orang Melayu yang diketuai oleh pemimpin UMNO telah memberontak cadangan penubuhan Malayan Union oleh Inggeris yang mengambil kuasa raja kecuali dalam hal-hal agama Islam saja. Perlu saya ingatkan , ketika itu sebahagian raja-raja telahpun bersetuju dengan penyerahan kuasa raja-raja kepada pihak Inggeris.
Akibat protes ini, pihak Inggeris telah bersetuju untuk membatalkan cadangan Malayan Union dan kuasa raja-raja dikembalikan.
Usaha siapa yang mengembalikan hak raja ni; DAP, PAS ataupun UMNO? UMNO kan..
Dalam masa krisis UMNO dan raja-raja dulu, perlu saya ingatkan ketika itu rakyat marah dengan tindakan sebahagian kerabat diraja kerana telah melebihi undang-undang negara ini dan bertindak diluar batasan.
Hinggakan disebabkan satu kes,( tak perluah saya sebutkan disini), perdana Menteri ketika itu TDM telah bertindak bijak mengadakan undang-undang baru untuk menangani masalah tersebut. Syukur alhamduliiah semenjak adanya undang-undang tersebut, tiadanya raja yang bertindak diluar batasan. Sedikit demi sedikit institusi raja semakin dihormati dan disayangi oleh rakyat Malaysia.
Tanya soalan mudah kepada Aspan, siapa lagi yang menyelamatkan institusi raja; DAP, PAS atau UMNO? Ini sejarah Aspan, tak elok spin-spin kan!
Kritis atau tidak, penulisan tuan serta rencana daripada penulis lain mengenai byk isu yg diketengahkan amat menarik serta membuka minda. Malangnya media arus perdana MSM langsung tidak bermaya untuk menonjolkan penulisan yg bukan sahaja konstruktif malah yg positif juga amat jarang kelihatan. Pembesar media mungkin sibuk cari makan besar atau carma (pinjam kata Pak Samad Said)sehingga tidak mempedulikan kepentingan rakyat mahupun kerajaan. Bila ini berlaku MSM terjejas teruk, blog dan portal berita menjadi pilihan ramai. Pembesar MSM boleh makan kenyang tetapi pembesar negara yg risau kerana populariti bertambah teruk sehingga memberi kesan kpd masa depan negara. Tahniah Tuan Aspan memberikan pandangan positif dan saksama demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
AA,
UMNO is a pest.
Pemimpin pemimpin UMNO ingat mereka tu tinggi dari Raja.
Tak lama lagi mereka akan tahu siapa yang tinggi.
dulu mohd ali rustam tak bagi kakitangan kerajaan melawat kelantan..rileks je sultan kelantan.kalau ikut 'terasa' memang ada point untuk terasa...
deris,
seingat aku dari aktivis hinggalah ke pemimpin pakatan rakyat yang ingat mereka tinggi dari raja.
ingat lagi korang berguling atas jalan raya nak halang sultan perak? kalau aku jadi sultan dah lama aku gelek bagi penyet. mujur sultan tu baik dan bertimbang rasa.
ingat lagi aktivis hisham rais yang buat konmsert jilat dulu. bukan ke dia duduk hina sultan dalam blog dia?
Nak wat camana, UMNO dah mati. Yang wujud sekarang UMNO Baru(A).
Salam.
Apa yg british lakukan kepada raja2melayu telah di copy n paste oleh umno. .atas kertas sbgai penasihat tetapi sebenarnya sbgai authoritarian regime. .raja2 pun tahu nasib mereka . .Hanya monarki yang duduk tahta..yang akan diperlukan bila orang umno tersepit. .Walaupun rakyat menyanjung tinggi institusi raja. .Raja2 adalah penyelamat negara ini sebenarnya bukan umno atau pakatan. .tetapi politik membodohkan rakyat yg diwarisi dari british terus digunapakai hingga sekarang. .siapa sebenarnya pengkhianat. .sebelum merdeka raja2 diheret ke kancah politik. .Selepas bebas dari british pun raja2 melayu ini diheret oleh umno ke kancah politik yang makin hari makin haprak.daulat tuanku. .
memang lim guan eng berhati mulia, apabila dia buat salah dan raja-raja murka dia akan memohon ampun. dan setiap kali dia membuat salah dia akan minta maaf. begitu juga nawawe dia akan meminta maaf setiap kali dia membuat salah atau silap. mulianya hati mereka berdua ini. jangan harap kepada umno untuk minta maaf. mereka UMNO(Baru)? Jangan harap! Dah terlalu sombong dan besar diri. seperti kata anom 2105. aku amat bangga dengan sikap dan keperihatinan dap dan pkr yang memerentah selangor mereka berjiwa besar. di bawah kepimpinan mereka rumah yang berharga rm 200 ribu ke atas dibina dengan banyaknya dan banyaklah melayu pkr dan pas akan membeli rumah itu maka melayu umno akan dipinggirkan dari arus pembangunan dan politik yang sedang mencanak naik di selangor dan pulau pinang. ah pedulikan melayu umno yang bodoh itu, kita melayu pas dan pkr mesti berjiwa besar, mesti meroboh jiwa yang kecil dan kerdil yang ada dalam melayu umno, kepimpinan melayu umno hanya bernafsu besar untuk kaum puak mereka sendiri dan tidak nampak kebaikan dan kemurnian jiwa lim guan eng ini, teruskan perjuangan anda menghalang kemunafikan umno itu asfan. hebahkan kejayaan melayu yang mampu membeli rumah berharga rm 200ribu dan ke atas ini di pulau pinang dan selangor agar umno tersipu-sipu malu.
Anon. di atas ada komen seperti berikut...
"Syukur alhamduliiah semenjak adanya undang-undang tersebut, tiadanya raja yang bertindak diluar batasan. Sedikit demi sedikit institusi raja semakin dihormati dan disayangi oleh rakyat Malaysia."
Memang ketika itu kita tak tahu undang2 yang mana boleh digunakan utk membanteras tindakan raja tanpa batasan ini.
Tapi, kita kena ingat dalam usaha menggubal undang2 itu,raja2/sultan telah diaibkan dengan begitu rupa.
Persoalannya kini benarkan rakyat yang didedahkan kisah2 buruk raja2 oleh UMNO masih menghormati dan menyayangi raja2?
Janganlah kita tunjuk lagak kepura2an saja sedangkan jauh dilubuk sanubari kita lain pula rasanya.
Aku rasa rakyat akan menghormati raja2 ini kalau pemimpin2 UMNO yang bongkak lagi sombong itu, mohon ampun kepada raja2.
Sekurang2nya Guan Eng berani menyatakan kesilapannya, tapi pemimpin2 UMNO ada teloqkah untuk berbuat demikian???
Betul kata Aspan..."Jika UMNO benar-benar parti yang melindungi orang Melayu dan Raja-Rajanya maka parti itu tidak sepatutnya teragak-agak untuk memohon maaf di atas sikap kurang ajar serta merendah-rendahkan mertabat Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 dahulu."
Tapi sapa yang nak jilat ludahnya sendiri?
Rakyat sedang memerhati pemimpin UMNO ini yang cakap tak serupa bikin!!!!
Biar rakyat ajar mereka secukup2nya dalam PRU ke-13 ini.
Bacalah apakata Mursyidul Am UMNO yang lanjut usia....go to
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahathir-umno-boleh-kalah-besar-jika-pru-13-sekarang/
UMNO 1963
Abang AA,
Harap abang jangan lagi guna UMNO, tetapi UMNO Baru dalam tulisan abang. Ini kerana UMNO asal yang mementingkan rakyat dan orang orang melayu telah lama berkubur.
UMNO yang ada hari ini adalah UMNO Baru, yang hanya mementingkan kroni kroni UMNO baru sahaja.
to Anonymous 30 September 2011 22:55:00 GMT+08:00
Org citer pasal UMNO Baru bukan pasal UMNO yang tubuhkan pd thn 1946..betul x tuan A.A...
En. Ainon..30 September 2011 22:55:00 GMT+08:00
Sorry, my sejarah karat sikit..
Gerakan menolak Malayan Union bukanlah jasa UMNO..ini kerana UMNO hanya tertubuh pada 11 May 1946..dan Perarakan menentang Malayan Union pada 1 March 1946..
Pada hari tersebut, gabungan perjuang-perjuang melayu turun ke Kuala Lumpur untuk menentang dasar British yang ingin membuang Sultan sebagaiman berlaku di India dan Indonesia...hanya selepas itu barulah timbulnya idea supaya Perjuang-perjuang ini Bersatu, dan barulah tertubuhnya Kesatuan Melayu Bersatu (UMNO)...
Malangnya pada tahun 80an..Persatuan yang menentang Dasar Malayan Union ini pula berlagak sebagai British, iaitu dengan mudahnya membuang kuasa Duli Tuanku sebagaimana yang Malayan Union kehendaki...ha ha ha..amacam ironik tak ..ha ha ha..
Sejarah tak menipu kita, tapi kita yang selalu menipu Sejarah..ha ha ha.
Tuan blog,
kalau tuan tidak keberatan, mintak pautkan blog saya dgn blog tuan yg popular ini.
t/kaseh.
Paku buah keras yang cukup mantap dari anda Ha ha ha..
Post a Comment