04 March 2012

Makhluk perosak tidak boleh memperbaiki kerosakan. Bagaimana hendak memaafkan mereka?

Kali ini saya menulis lagi tentang PM Najib kerana apa yang beliau perkatakan di Kedah itu amat pelik dan membuat saya begitu berminat untuk memberikan pandangan. Najib memohon maaf diatas kesilapan yang dilakukan oleh BN sehinggakan BN telah kalah dibanyak kawasan dan hilang sokongan 2/3 di Dewan Parlimen. Najib mengakui yang BN telah membuat banyak kesilapan terhadap rakyat sehinggakan rakyat hampir mendamparkan BN dalam pilihanraya yang lalu.

Dengan permohonan maaf itu ianya bermakna apa yang dikatakan oleh rakyat termasuk parti pembangkang selama ini yang BN itu adalah parti yang tidak senonoh adalah benar belaka. Sekarang UMNO sudah mengakui kesalahan mereka maka adalah wajar parti itu sedar dan insaf dan janganlah menyalahkan parti-parti pembangkang bermula dari sekarang. Kita tidak tahu samada permohonan maaf itu adalah satu kesilapan 'political language' bagi UMNO, tetapi yang jelas UMNO mangaku yang mereka merupakan pihak yang bersalah di dalam kemungkaran politik dan ekonomi yang dihadapi oleh negara kini.

Bagi saya memohon maaf ini tidak ada salahnya dan memang patut BN memohon maaf kepada rakyat kerana telah ‘menipu’ rakyat sebegitu lama. Rakyat hanya dididik untuk menjadi masyarakat yang materialistik dan segala-galanya berkisar kepada wang ringgit. Baru dua hari yang lepas Najib telah melakukan kesalahan lagi dengan menjanjikan rakyat Kelantan yang segala masalah mereka akan selesai jika mengundi BN.

Dimana letaknya kesalahan itu? Letaknya ialah diatas kemampuan BN untuk menunaikan janji-janjinya dan telah terbukti BN hanya berjanji semasa menghampiri pilihanraya dan begitulah sejak 3 dekad yang lalu. Saya sebut dalam posting saya yang lepas yang BN telah membuatkan negeri Kelantan yang dianggap Najib sebagai miskin. Najib memperolok-olokkan rakyat Kelantan kerana dimana-mana Najib bercakap beliau mempermainkan cerita rakyat Kelantan miskin dan memandang rendah terhadap rakyat negeri itu.

Saya terlupa dimana insiden ini berlaku. Dalam ucapannya dihadapan ramai hadirin Najib telah bertanya dengan sindiran kepada hadirin, “negeri mana miskin????”. Beliau bertanya berulang kali dan setiap kali beliau bertanya hadirin pula menjawab, “negeri Kelantan!!!” Ini dilakukan beliau berulang kali sambil semyum dan ketawa melihat rakyat Kelantan miskin dan isu itu dijadikan isu dimana-mana beliau berucap. Sesungguhnya Najib seorang Perdana Menteri yang takbur dan seolah-olah seperti orang yang kufur nikmat.

Najib begitu sombong dengan membawa orang dari negeri lain untuk mentertawakan orang Kelantan kerana kononnya rakyat Kelantan ini miskin. Najib bangga dengan kekayaan negeri atau keluarganya dan beliau bangga melihat negeri Kelantan itu miskin kononnya. Beliau berbangga yang pemimpin persekutuan telah merampas hak royalti minyak rakyat Kelantan yang berbillion-billion itu yang menyebabkan negeri Kelantan mendapat pendapatan yang rendah berbanding dengan banyak negeri yang lain.

Setelah mencuri wang rakyat Kelantan, beliau ke Kelantan dan meminta rakyat Kelantan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya nanti dan menjanjikan rakyat Kelantan yang semuanya masalah akan selesai jika mengundi BN.

Persoalan saya, adakah ini sikap seorang Perdana Menteri yang mengaku bijak dan pandai yang boleh membawa segala transformasi kepada negara. Ini kah sikap baik seorang PM sebuah negara merdeka? Siapa yang membuatkan kerajaan negeri Kelantan miskin kalau tidak Pimpinan Persekutuan? Najib mesti bayar tunggakan royalti minyak sebanyak RM7.4 billion itu dan mari kita tengok negeri mana yang kaya dan mana yang miskin?

Di Kedah Najib bercakap dengan nada yang lain pula. Kali ini Najib membawa watak sedih pula sambil meminta maaf. Najib boleh membawa apa watak sekali pun tetapi janjinya untuk memperbaiki keadaan tidak mungkin dapat dilakukannya. Semasa beliau meminta maaf Najib masih melakukan apa yang dilakukan oleh BN dalam 2008 dan sebelumnya.

Rasuah bercambah-cambah, salahguna kuasa semakin menjadi-jadi, dan berbagai-bagai jenayah sedang bertambah dinegara kita. Jika Najib benar-benar mahukan perbaikpulih keyakinan rakyat, semua RM250 juta kes NFC mesti kembali kepada Perbendaharaan Negara. Dana Modal mesti kembalikan wang rakyat sebanyak RM50 billion yang dipinjamkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada Dana Harta. Najib mesti memberikan penerangan kepada rakyat siapakah yang mengambil alih syarikat-syarikat yang ada dalam Dana Harta itu sekarang.

Kalau Najib hendak memberikan keyakinan, rakyat mesti melihat wang yang hampir RM2 billion yang diambil oleh anak seorang bekas PM yang termasyur didunia untuk menyelesaikan perniagaan anaknya. Najib jangan sekali-kali meneruskan penyenaraian Felda kerana ia membawa maut kepada generasi Felda dalam jangkamasa yang tidak lama lagi, walaupun sebahagian dari hasil penyenaraian itu akan diberikan kepada peneroka sebagai durian runtuh.

Najib mesti beritahu berapa billion ringgitkah yang dijanjikan akan mengalir kepada Jabatan di bawah Najib jika penyenaraian itu dilakukan juga dan berapa billion pula yang akan sampai kepada Felda.

Adakah perkara-perkara yang sebahagian saya sebut ini usaha Najib untuk memperbaiki keadaan? Kalau inilah dia program membaikpulihan Najib, maka ia benar-benar satu kejadian yang dinamakan ‘tikus memperbaiki labu’.

Sebenarnya rakyat ramai tidak pernah membuat masalah kepada negara. Yang membuat masalah ialah pemimpin negara, bukan rakyat. Selagi pemimpin-pemimpin negara mempunyai air liur yang cair, selagi itulah masalah tidak akan dapat diselesaikan. Air liur itu sentiasa meleleh apabila melihat wang ringgit kepunyaan rakyat, dan tidak berdaya untuk menahan nafsu untuk mencurinya melalui berbagai cara tindakan rasuah. Itulah sebenarnya yang berlaku dalam isu penyenaraian Felda yang akan saya tulis tidak berapa lama lagi.

Oh ya, satu lagi perkara yang sangat ‘urgent’ untuk diselesaikan oleh Najib ialah untuk memberikan kursus sivik kepada penyokong-penyokong UMNO supaya memberhentikan budaya samseng yang sedang bercambah didalam UMNO sekarang ini. Katakan kepada penyokong-penyokong UMNO itu bahawa menggunakan samseng dalam politik itu adalah satu tindakan yang tidak bertamaddun.

Kalau Najib tidak boleh lakukan saya percaya UMNO semakin hari semakin tidak relevan lagi. Bagaimana hendak menjadi relevan kerana parti itu sudah menjadi mahkluk perosak kepada rakyat yang inginkan kaedah berpolitik yang aman dan damai.

Bagaimana kita hendak memaafkan makhluk perosak kerana habis jahanam tanaman-tanaman kita sejak dua tiga dekad dahulu. Habis hasil mahsul kita oleh kerana makhluk-makhluk perosak ini.

Bagaimanakah makhluk perosak boleh memperbetulkan keadaan? Itu adalah perkara yang tidak menesabah. Ia terpaksa di perbaiki oleh pihak lain, bukannya oleh mereka yang telah merosakan segala-galanya.

Jika yang merosakan diharapkan untuk memperbaiki keadaan maka saya ulangi, ia adalah seperti ‘tikus memperbaiki labu’.

20 comments:

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

A big slap on our face.

Kita yang bersalah kerana mengundi makhluk2 perosak tersebut.

Tetapi UMNO sedang dimakan anai-anai,rosak dan reput dari dalam.

Menjelang pilihanraya mereka bercakaran sesama sendiri utk menonjolkan diri supaya dipilih jadi calon.

Yang tidak dipilih dan kuncu2nya akan memboikot atau sabotaj calon yg dipilih.

Kalau sesama sendiri pun tak boleh bersatu,jangan omong kosong soal perpaduan dan 1Msia.

Surrogate

Anonymous said...

Saudara AA,

It is a very simple case, isn't it? If the PM is really serious with his apology to the rakyat, then all he needs to do is to give back the oil royalty to the Kelantan people as a gesture of sincerity. Period.

Anonymous said...

Sesiapa yang kenal Hassan Ali, cuba pergi beritahu dia untuk lawan parasit-parasit UMNO yang sedang merosakkan negara dari duduk pergi buat roadshow semata-mata untuk kepentingan peribadi beliau.

Beliau telah sebenarnya menjadi parasit rakyat Malaysia yang inginkan kerajaan yang bersih,adil, cekap dan amanah - BACA bukannya JATI...

wonder why said...

Saudara AA,
Kalau Najib jujur dengan kata2nya, BUBARKAN parliment sekarang juga.Lihatlah keputusan PRU 13 ini, adalah rakyat telah memaafkan dia dan UMporNO.Bukanlah dengan cara meminta maaf, dan taburkan janji janji kosong.

Anonymous said...

Senang yer minta maaf selepas berbilion bilion duit rakyat lesap ke poket kroni2 UMNO BN. Selagi duit yang lesap itu tidak dikembalikan semula..UMNO BN tak layak untuk diberi kuasa lagi. Tempoh lebih 50 tahun bukan jangka waktu yang singkat tetapi UMNO gagal melaksanakan amanah untuk memberi yang terbaik kepada rakyat, sebaliknya leka untuk mengkayakan diri dan kroni2 mereka saja.

Tengoklah dengan mata kepala sendiri gaya hidup para pemimpin dan kaum kerabat pimpinan UMNO BN, tengok sendiri cara Rosmah dan anak2 bershopping..apa nak heran berbelanja juta2 kerana duit masuk juga berjuta2 macam air mengalir..kalau tak...senang ke nak memboros macam tu kalau bukan ada sumber tertentu..lubang duit !

Aku harap rakyat tak biarkan diri terus ditipu. Pemimpin UMNO cakap tak serupa bikin, termasuklah Najib. Bila mereka bercakap...dengar dan kemudian perhatikan. Mereka sebenarnya bercakap dan mnyuruh rakyat lakukan sesuatu yang sebenarnya mereka sendiri tidak buat atau amalkan.

Pimpinan UMNO BN dan Najib tidak mengamalkan "Pimpinan Melalui Teladan", mereka cakap tak serupa bikin, suruh rakyat buat baik tetapi mereka sendiri menonjolkan teladan yang buruk.

Cukup lah..humbankan Najib serta UMNO BN ke longkang sejarah pada GE 13 kerana itulah tindakan "pemaafaan" terbaik buat pemimpin yang hipokrit alias penyamun khazanah negara Malaysia ini. Sesungguhnya Najib dan UMNO BN sangat2 tidak layak untuk dibenarkan berkuasa lagi.

Mohd606 said...

Salam tuan..tunggakan bukan 7 juta tapi 7bilion..sy org Kelantan yg di katakan miskin tapi tinggal di usj subang dan seorang ahli DAP...ABU..

A.B.U. said...

A leopard will not change its spots !

Anonymous said...

Najib has not been given the mandate as yet.He has worked really hard unlke Pak Lah.In his short stint he has delivered a lot for the Rakyat.His apology was sincere.As Daim said BN will perform better this time.Let us all see who will have the last laugh .PR, get your act together else PR will be doomed.

Tobat Aku Tak Mau UMNO said...

pencuri, perompak & penjenayah boleh ke senang2 minta maaf?

TIDAK BOLEH.

Mereka wajib diadili dan dijatuhi hukuman setimpal dan setelah melalui segala jenis hukuman dan correction, barulah boleh diterima maaf mereka oleh mereka rakyat yang jika sudi memaafi kesalahan mereka.

Mereka (umno) wajib diajar dengan mengalahkan mereka dalam PRU13 akan datang ini.

MAHApenipu said...

Hak rakyat Kelantan RM7.4 billion bila nak bagi?Ada lagikah duit tu?Beri duit tu dulu baru boleh cerita.Buat roadshow utk promosi BN ni,guna duit BN atau rakyat?

Dari cara Jib kehulu kehilir mengelentong macam saudagar jual ubat,dapatlah kita membuat andaian yg roadshownya hanyalah utk kepentingan dirinya sendiri.Sekiranya gagal mendapat 2/3,kerusi presiden UMNO menjadi panas dan jika BN tewas kes2 penyelewengan beliau dan BN akan timbul macam buih sabun banyaknya.

Sekarang ni Jib sangat terdesak dan sedang berusaha keras utk merasuah rakyat.Macam2 janji bolehkah ditunaikan?Janji2 PRU lepas banyak lagi yg tak terlesakna oleh BN.Yg nampak jelas dilakukan oleh BN ialah mencuri,menipu dan rasuah.

Jikalau seseorang PM itu jujur,tegas dan berintegriti,tak payah bersusah payah membuat roadshow membuang masa dan
menghabiskan duit rakyat.Rakyat bukannya bodoh tak tau mana intan
dan kaca.

Masih ada rakyat dinegeri2 Msia miskin adalah disebabkan kerajaan pusatnya yg lemah,tidak adil dan tidak lagi ada keupayaan memimpin.

PM cakap dan janjilah apa yg diinginkan,masuk telinga kanan keluar telinga kiri,PRU13 dah nekad utk undi PR.

Dah nak muntah dengar janji2 pemimpin2 BN.

bat8 said...

Bro Aspan,

1. Tindakan meminta maaf itu adalah satu tindakan yang mulia. Bila kita memohon maaf dari seseorang kita wajib menyebut apakah kesalahan-kesalahan yang kita pohon kemmaafan. Barulah nampak keikhklasan kita dimata orang yang kita pohon kemaafan.

Begitu juga dengan tindakan najib ini. Kita perlu berbaik sangka dengan permohonan maafnya.

Antara syarat memohon maaf ialah kita perlu menyatakan apa kesalahan kita kepada seseorang itu. lepas itu terpulanglah kepadanya untuk memaafkan kesalahan-kesalahan kita tersebut setelah dia tahu apa kesalahan-kesalahan yang telah kita buat kepadanya.

Syarat kedua kita perlu memperbetulkan apa-apa kerosakan yang timbul akibat kesalahan-kesalahan kita itu jika ada. Kalau kena bayar ganti rugi, walau berapa pun, kita kena bayar.

2. Diharap permohonan maaf Najib ini bukan tipu daya politik. Tipu daya untuk menipu atau berhelah semata-mata untuk meraih undi.

Sdra AA telah menyenaraikan sebahagian dari perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh najib bagi membuktikan bahawa dia ikhlas dengan permohonan maafnya. Mulai hari ini kita hendak mendengar Najib memberitahu apakah kesalahan-kesalahan yang beliau minta maaf itu. Apakah tindakan-tindakan yang beliau akan buat bagi memulihkan kerosakan-kerosakan kepada rakyat dan negara akibat dari kesalahan yang dilakukan oleh UMNO Baru selama ini.

Yang paling penting beliau kena mula buat esok. Bukan setelah diberi mandat dalam PRU13. Kalau nak buat selepas PRU 13 - kita lupakan sahajalah permohonan maaf najib tu. Temberang saje....temberang nak suruh orang undu UMNO Baru/BN je agar dapat terus merompak dan memperkayakan diri dan kroni-kroni je.

Mengapa perlu tunggu selepas diberi mandat dalam PRU 13 sedangkan ianya boleh dilakukan sekarang dan segera. ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN DAN MEMINTA MAAF TIDAK ADA HAK MELETAKKAN SYARAT - ITU ADALAH HAK ORANG YANG DIAINAYAI!. FULL STOP!

BAT8

Asam Pedas said...

Salam Saudara Aspan.
As the saying " to err is human, to forgive is devine" and as human we are compel to forgive.

Then again my attempt side-tracked when read Mrs Najib and her Bakti entourage enjoying a recital in New York curtesy Malaysians tax payer money while PM Najib trying to seek forgiveness with the voters.

My heart bleed to watch today's Nona program to see our younger generations facing such dilemma and social illness thus succumb them to Mat Rempit culture. Hard to imagine what future hold for them.

Who wouldn't  weep to see in another program an elderly man passed his prime, had to depend generosity of others to care for his needs and mobility. Judging from his age, in his younger days he perhaps the unsung heroes that contributed to see Malaysia achieved independent for better future for him and future generations. He  must had wondered whether life worst living.

Now I understand better that to forgive takes bravery. Unfortunately not many are that "saintly".

Anonymous said...

This is what we face if we are led by a fake leader. Najib is nothing more and nothing less an actor like those in Bollywood. I don't need to get close to him and I know he is totally faked leader with little substance. But he has the forms.
What do we do when we have such a leader leading us here?
Just vote out his party!! I think we deserve a better leader. Is Muhyiddin be the one who should replace him? No, he is even worse. If Muhyiddin is worst, for God sake, Zahid Hamidi, Hishamudin should not dream to be the alternative. Please lah!!

jamil

Anonymous said...

Jamil,
I do not see any PR leaders deserve to be a PM either.Nik Aziz,Hadi,Mat Sabu,Anwar,Nurul,Azizah are all clowns.That is why some even propose ku Li,an UMNO recipe
PR just do not have a calibre and credible leader.Daim was right BN has the edge.BN untuk Rakyat.Sorry,PR can continue to be opposition.

kelab afyassin said...

Seronok gak baca posting dan komen Sdr Aspan dan kawan-kawan. Nasihat yang baik ialah belajar daripada sejarah. Dalam hal ini saya juga salut kepada Allahyarham Dharmala NS. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah!

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Syabas dan terima kasih untuk jutaan, malah, trillionan kali!!! Bagi saya, senang aja: mereka yang di bawah Mahathir-Najib kini, bukan lagi tikus, malah, radioaktif yang merbahaya! Itu baru aja perkara-perkara yang saudara sebutkan; bagaimana pula dengan kesongsangan aqidah dan nilai-nilai kerohanian warga Malaysia yang kian membarah? Bagaimanakah juga dengan sikap kebabrakan Mahathir yang redha menjual Malaysia kepada Yahudi haram tu? Ke manakah perginya falsafahpendidikan negara yang secara dasarnya ingin melahirkan insan-insan berkualiti, tapi akhirnya lebih ke arah pengkormersilan? Kenapa juga kita dengan angkuh mendakwa kita negara Islam contoh serta dengan gahnya melaung memperjuangkan hak-hak kemanusiaan seperti anti-apartheid walhal UBN inilah yang telah sekian lama menanamkan sikap "racism" dan "libralism" melampau?

Justeru, elok benar mereka kini dijatuhkan sepertimana jatuhnya Marcos dan Suharto. Lagipun, secara logiknya, kalau diikutkan umur wajib bersara penjawat awam sepertimana yang dipraktikkan pada dekad 80-an dan 90-an, bukankah umur wajib persaraan itu ialah 55 tahun? Lalu, setelah itu, biarlah mereka pula merasai kehidupan sebagai rakyat biasa yang fakir miskin lagi tak punya apa, serta kurang upaya ... Menutup bicara, sekalung penghargaan dan jutaan ampun atas ulasan yang tidak wajar. Teruskan dan semoga usaha murni saudara dikira antara jihad di sisi-Nya, insha Allah.

Terima kasih.

Anonymous said...

Saya maafkan, tapi nak maafkan kamu Najib atau UMNO tak pasti. Lebih jelas kalau kamu Najib, bersama Mahakutti, Pak Lah, Daim, pemimpin2 BN yang lain berbaris dan bersama-sama memohon maaf. Tepat lagi kalau dapat jelaskan kesalahan spesifik, yang penting2, yang besar2, yang mengakibatkan rakyat merana, mengalami kepahitan hidup. Mungkin, mungkin juga rakyat akan dapat pertimbangkan.

Punked said...

I don't know what others call his apology but to me it's an "Election apology" or an apology to win the sympathy of rural folks who get emotional easily. If Najib is seriously repentance of BN's past sins and mistakes, he would immediately form task forces to combat all crimes that took place in the past and now. Will Najib do just that if he really sincere in his apology? Your guess is as good as mine.

Anonymous said...

Setuju 100%...1)

Anonymous said...

Put them to rest so that they will learn real good lesson and not to be arrogant...