11 March 2012

Nak hadapi pembangkang dah payah, masalah dalaman bertambah pula

Ada setengah pihak dalam UMNO sendiri berkehendakkan kemenangan BN dalam pilihanraya yang akan datang hanyalah kemenangan yang lebih tipis dari kemenangannya dalam pilihanraya yang lalu. Kumpulan ini seolah-olah mahukan segala-galanya berlaku mengikut kehendak dan kemahuan mereka sahaja. Kehendak ini disebabkan masalah dalaman UMNO sendiri dan ia bersabit dari keinginan setengah pemimpin mahukan berlakunya peralihan pimpinan dalam UMNO selepas pilihanraya ini.

Mereka yang saya maksudkan ialah mereka yang saya anggap sebagai dedalu di dalam UMNO dalam posting saya yang lalu. Kumpulan ini mahukan Najib mendapat kemenangan yang tipis sahaja kerana dengan kemenangan kecil itu akan menjadi formula mampan untuk mengenepikan Najib dari pimpinan parti dan negara. Kegagalan Najib untuk meraih kemenangan yang lebih baik dari pilihanraya pimpinan Abdullah Badawi pada 2008 dahulu akan dijadikan penyebab untuk UMNO mengenepikan Presidennya itu bagi memberi peluang kepada ‘Tengku Mahkota’ UMNO. TS Muhyiddin Yassin untuk mengepalai pimpnan UMNO selepas itu.

Abdullah telah tunduk dengan kumpulan Muhyiddin yang dibelakangnya Dr Mahathir yang merupakan pencatur ‘master’ dalam menolak Abdullah Badawi dan memulakan usaha untuk menjadikan Muhyiddin sebagai PM.

Saya telah menyebut perkara ini dalam posting saya pada tahun 2008 yang lalu. Dr Mahathir sebenarnya bukan mahukan Najib semasa itu tetapi oleh kerana keadaan, Mahathir telah menonjolkan Najib kerana bagi beliau Najib adalah pemimpin yang mudah diketepikan jika Muhyiddin menjadi Timbalannya. Kumpulan ini percaya yang Najib mudah diketepikan dengan isu-isu besar yang menyaluti beliau. Saya percaya kepada kemungkinan ini, kerana akhir-akhir ini ramai dikalangan ahli-ahli UMNO yang bergiat menemui saya dan memberikan saya gambaran yang sama.

Pelan peralihan kuasa dari Najib kepada Muhyiddin ini memang telah dirancang dari dahulu lagi dan Najib nampaknya hanyalah dijadikan sebagai ‘stop-gap’ untuk menunggu waktu yang sesuai untuk melaksanakan niat mereka untuk menggantikan Najib dengan ‘Tengku Mahkota’ UMNO itu. Tetapi ada juga dikalangan penyokog Najib supaya jangan mengambil peduli dengan permintaan Mahathir untuk menangguhkan pilihanraya kali ini.

Ini didasarkan kepada kenyataan yang Najib perlu mempastikan yang calon-calon yang dianggap boleh menang itu adalah kesemuanya dari calon pilihan Najib. Matlamat mereka ini ialah jika BN menang maka Najib akan lebih kuat dengan penyokong-penyokong tegarnya berada disekelilingnya. Dr Mahathir mahukan Muhyiddin menjadi pengganti Najib secepat yang mungkin kerana bermotifkan untuk mempastikan ahli keluarganya akan dapat tempat untuk menaiki tangga politik tanahair kita ini.

Dalan situasi yang begini UMNO bolehlah mengalihkan fokus mereka terhadap pembangkang dengan melakukan berbagai-bagai tindakan yang rendah moralnya. Budaya samseng pun sedang berkembang pesat yang tidak dikawal oleh pihak yang berwajib. UMNO akan melakukan apa sahaja untuk memalingkan fokus rakyat daripada masalah dalaman UMNO itu sendiri.

Salahlaku pimpinan UMNO menjadi buah mulut disetiap sudut dimana rakyat berkumpul dan berbincang. Kali ini sejarah Abdullah Badawi akan berulang lagi. Kali ini adalah giliran Najib pula.

Tektik menjatuhkan pimpinan UMNO oleh kumpulan ini merupakan tektik yang sama dan oleh ‘warlord’ yang sama Hanya mangsanya sahaja yang berlainan. ‘Warlord’ inilah yang telah menjatuhkan ramai pemimpin Melayu yang berkemampuan, untuk beliau menjadi pemimpin yang paling celik dari kumpulan pimpinan buta.

Saya menyebut ini kerana penolakan terhadap UMNO oleh ramai orang Melayu sekarang ini bukan tidak bersebab dan UMNO sendirilah yang memberikan penyebabnya itu.

15 comments:

kampong lad said...

kalau mahathir benar2 mahu muhyiddin jadi pm, kenapa dia menghalang pak lah dari melantik 'tengku mahkota' sbg timbalan pm?. ini kerana dia sendiri yg buat pengumuman perlantikan najib 'bagi pihak pak lah'. why delay the process? open secret ni orang kampong pun tahu.

Anonymous said...

Salam Pelayar Blog.

Bagi yang duduk diluar umno, memang dah lama nampak pelahap mereka ini. Ada juga diberi teguran tapi kita yang menegur pula dicop anti Melayu, kemajuan dan kerajaan.
Manusia ini berakal,tak payah ada umno pun tetap akan berusaha untuk membaiki hidup.
Tengoklah mana-mana negara didunia ini, semuanya begerak kearah kemajuan, kecuali bagi negara yang kerajaannya korup(macam yg kita ada sekarang)yang ini serupa kita, puak2 mereka kaya raya, rakyat nak makan pun tidak ada apa yg nak dikais.
Lebih setengah abad kita ditindas, hak orang melayu ada peratus pencapaiannya tapi 90% dibolot oleh kroni pemerintah.
Bodoh sangatlah kita jika tak tukar kerajaan selepas apa yanag dilakukan kepada kita selama ini.
Jangan kerana gula2 dekat pilihanraya kita gadai maruah dan akal kita yang tuhan beri.
Allah maha besar, sampai masa bala diturunkan kepada puak yang zalim, tak tentu keruanlah nanti.
ALLAHUAKBAR..

matpenang said...

Kalau Pak Lah mahu mengekalkan kedudukan MP di Kepala Batas, anak Merican akan frust menonggeng.

Kalau sebaliknya pun, ramai yang dah ready nak pangkah PR !

Quiet Despair said...

Tidak dinafikan pepecahan dan pertelingkahan memang berlaku di setengah bahagian UMNO.
Itu yang ditakuti oleh pemimpin UMNO kerana boleh menyebabkan UMNO kalah dalam PRU.
UMNO tidak takut dengan pembangkang. Senang untuk mematahkan mereka. Tapi UMNO amat bimbang dengan divisions di kalangan akar umbi UMNO.
Tapi yang tak fahamnya kenapa opposition suka memfitnah kononnya Najib dan Muhyiddin tak sebulu. All is well between them.
Muhyiddin bukan macam Anu-War yang main belakang Mahathir.
Dia tahu he's the next PM after Najib and will bide his time.
And Mahathir dah berkali-kali endorse Najib sebagai PM yang efektif.
Najib adalah anak emas Mahathir. Mahathir terhutang budi kepada Tun Razak kerana rehabilitatenya selepas beliau in political wilderness semasa zaman Tunku.

Anonymous said...

Eloklah kita undi BN sahaja kerana PAS sibok dengan kebodohannya di kudakan DAP dan PKR .DAP pulak terlalu mementingkan satu kaum dan PR lagilah macam nak mati.Teruskan dengan UMNO/BN Malaysia insyaallah berjaya untuk semuA kaum dan ugama.

anak Selangor ori

MAHApenipu said...

Selagi MM masih hidup,dan anaknya tidak menjadi PM,selagi itu UMNO akan kacau bilau.

Anonymous said...

mahathir kiasu kiasi, pantang LKY & anak, self & sdn bhd pride, perjudice and interests ! tu saja, yang lain semua temberang to divide for him, anak pinak, cicit to rule

Anonymous said...

Kisah keburukan dan "busuknya" pentadbiran UMNO BN selam ini makin terbongkar satu persatu. Cerita bagaimana pimpinan tamak & krono UMNO BN membolot khazanah negara terdedah tanpa henti, rakyat marhaen kini memerhati bagaimana sistem kehakiman dan undang2 negara di permainkan untuk kepentingan kelompok, cerita belakang tabir dan pelik jabatan kepolisian dan pimpinan tertinggi terlibat dalam kes2 jenayah dan bagaimana jabatan terpenting negara dimanipulasi..sangat2 mengejutkan dan menyedihkan rakyat yang prihatin terhadap masa depan negara.

50 tahun lebih UMNO BN diberi kuasa dan tanggungjawab untuk mengendalikan negara tetapi ini hasilnya. Kemudian heboh menyalahkan pembangkang dan pihak yang sebenarnya tidak pernah pun diberi peluang memacu negara. Adil dan logik kah ini ?. Kalau 50 tahun lebih kuasa ditangan tapi UMNO BN masih tidak mampu melakukannya tetapi lebih suka menyalahkan pihak lain yang tidak pun mempunyai kuasa..tak masuk akal langsung !.

Saya adalah ahli UMNO BN sekian lama tetapi kini tidak lagi menaruh kepercayaan kepada pertubunhan UMNO dan pemimpin yang menerajui parti ini. Seikhlasnya saya katakan bahawa saya benar2 menyesal dan kecewa kerana sokongan dan kepercayaan saya kepada parti ini selama lebih 20 tahun merupakan satu kerja sia2, menyokong yang menyebabkan rebah.

Malaysia kita kini kalut dan serba tak kena dalam banyak perkara. Maah2 undang2 sedia ada dan perlaksanaannya tidak memberi jaminan bahawa pihak yang benar akan terbela. Hidup dalam suasana begini amat tidak tenteram apatah lagi terdapat dakwaan bahawa pihak2 berkuasa berkenaan yang cuba menegakkan kebenaran, telah ditekan dan dimanipulasikan oleh satu pihak lain yang berkepentingan. Lebih menyedihkan kerana ini berlaku dalam satu jabatan dan kementerian yang sangat2 penting bagi negara Malaysia.

Saya bimbang, risau dan resah mengenai masa depan negara dan rakyat negara ini. Dan jika dibiarkan pimpinan berkuasa yang ada sekarang terus ditampuk kekuasaan..saya bimbang..segala2nya akan terlambat nanti dan yang akan menjadi mangsanya adalah majoriti rakyat bawahan yang tidak berdosa.

Dengan ini saya menyeru malah memohon agar semua kawan2 dan sahabat yang selama ini setia menyokong UMNO BN agar memeprtimbangkan kembali sokongan yang anda berikan selama ini kepada parti UMNO BN. Masa untuk kita berikan tanggungjawab menguruskan negara kepada pihak lain sudah tiba, sekurang2nya sebagai cubaan bagi menggantikan penguasa yang ada sekarang yang telah terbukti tidak mampu melahirkan Malaysia seperti yang kita harapkan. Marilah sama2 kita berikan undi cubaan pada PR, sekurang2nya memberi peluang agar mereka dapat buktikan keupayaan dan janji2 mereka saat memegang kuasa.

Sebagai rakyat yang bijak, undi kita mampu menentukan hala tuju negara sesuai dengan matlamat dan cita2 murni semua yang cintai negara ini. UMNO BN sekarang sudah tidak relevan lagi dan situasi negara dalam banyak perkara kini dikedudukan genting disebabkan manipulasi sekelompok pemegang kuasa yang tamak haloba. Kita mampu mengubahnya dan gunakan GE 13 nanti sebaik2nya. Jangan terpedaya dengan gula2 manis yang semakin mencurah datang kebelakanga ini..manisnya sementara, sengsaranya mungkin selamanya. Salah undi..kita mati dan terus dinjak bagai abdi dinegara sendiri.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Teguran berkaitan perpecahan dalaman ini patutnya ditujukan kepada BN dan PR. Seburuk mana perpecahan dalam BN begitulah buruknya perpecahan dalam PR. Cuma org BN berpecah kerana berebut kuasa yg sudah dumiliki manakala PR berebut kuasa yg bakal/belum dimiliki. Lagi geli dan gelak melihat mereka ini dari Maharaja Lawak.

Anonymous said...

So sad to read the comments that some are still so adamant about supporting UMNO.

If only these people care to leave their cosy chair and take a peep at what's happening outside Malaysia, they will find that the rest of the world are moving forward at a furious pace, the per-capita income of our neighbours like Thailand, Vietnam, Indonesia are growing by leaps and bounds. Meanwhile, Malaysia under UMNO, is going backwards, still absorb in 'jaguh kampung' mentality.

So, so sad!!!

Anonymous said...

Begitu senang seorang Mamak Kutty dapat menipu sebahagian besar orang Melayu selama ini. Kesian kita Melayu.

Busuk Punya Olang! said...

Tuan,

Tuan kena mula menaip pandangan Tuan mengenai masa depan bangsa Melayu dari perspektif baru Tuan dalam DAP. Entri-entri sebelum ini selepas kemasukan Tuan ke DAP masih lagi belum menunjukkan perubahan. Tuan masih bernada seperti sebelum masuk ke DAP. Perkara ini penting bagi kami sebagai pengundi.

Bak kata P Ramlee,"Jangan marah haa" :)

Anonymous said...

@BPO..

some said we learn from history...dats what pak AA did...umno is his past...so he want rakyat knows d true face of umno...

Anonymous said...

AnonymousMar 11, 2012 06:38 PM.....Benar tu tuan, saya pun sama mcm tuan, berpuluh2 tahun ditipu oleh pemimpin UMNO yang amat pandai 'berlakon'ni. Saya amat sedih melihat bangsa saya sendiri...ditipu oleh bangsanya sendiri, pemimpin yg di percayainya. Pemimpin UMNO ni memanipulasi sifat 'taat' setia dan kerendahaan budi orang melayu dan menjadikan 'modal' untuk meraih sokongan. Cuma yang pemimpin UMNO lupa, bila orang melayu tu sudah hilang kepercayaan kpd mereka...cakap le apapun; masuk telingga kiri, keluar telinga kanan....Hujah2 penipu2 Melayu mcm QD ni x mkan lagi dah....Mari kita sama2 berdoa dan berusaha bersama2 menyelamatkan umat Melayu yang malang ini...dari ditipu pagi, petang, siang, malam oleh pemimpin UMNO dan orang2 mcm QD...kita kempen, sebarkan, pengaruhi ibu, bapa, anak,isteri, saudara mara, jiran tetangga...menumbangkan kerajaan UMNO yang menipu Melayu ni....

Anonymous said...

Siapa cakap pemimpin Melayu UMNO BN tak bela Melayu ? Siapa cakap Melayu tak ada perubahan. Tolong lihat bukti ini En Aspan dan pembaca ! Walau pun usia masih mudah Melayu ini dah serba mampu..sudah pakai PORSCHE ! Fikir2lah kemampuan Bapak Melayu ini !

Melayu2 kebanyakan yang lain pandang sajalah yer ! Patut la berhempas pulas tak setuju nak declare asset dan harta peribadi. Wahai Melayu UMNO BN..teruskan perbodohkan semua Melayu2 agar terus layu dan makin layu. Tahniah bpk Melayu pemilik porsche kerana kejayaan menyantau fikiran majoriti Melayu Malaysia.

Satu bukti jelas kemampuan Melayu UMNO mentadbir !!!!