Semalam saya terbaca tulisan
sahabat saya, MSO di dalam blog beliau dalam mana beliau telah menceritakan
kepada umum tentang pertemuan seorang pegawai tinggi PDRM dengan Tok Guru Nik
Aziz baru-baru ini. Pegawai tersebut diiringi oleh bekas Naib Canselor UiTM,
Ibrahim Abu Shah yang saya kenali sejak bersama di kampus dahulu.
Jika benar kunjungan dan
perjumpaan ini ada kena mengena dengan perpaduan Melayu (UMNO dengan PAS) ia
merupakan satu usaha yang agak terlambat kerana kebanyakan orang Melayu
memangnya mahu perpaduan itu, tetapi perpaduan itu mestilah di luar UMNO. Melayu
telah begitu lama berpadu di bawah UMNO tetapi apa yang kita alami sekarang ini
menunjukkan yang UMNO bukanlah wadah yang relevan buat masa ini untuk
menyatukan orang Melayu.
Bagaimana UMNO mampu untuk
menyatukan orang Melayu sedangkan orang Melayu sendiri sedang keluar
beramai-ramai dari UMNO. Jika tidak keluar secara rasmi mereka akan keluar
melalui sokongan mereka terhadap PR di dalam peti undi semasa pilihanraya
nanti. Bagaimana mungkin PAS boleh berbincang dengan UMNO sedangkan tindakan
itu akan melemahkan PAS itu sendiri. Tidak ada rasionalnya PAS untuk memikul
‘baggage’ UMNO yang terlalu ‘excessive’, besar dan berat itu.
Jika benar tujuan pegawai-pegawai
itu berjumpa TGNA untuk mengusahakan perpaduan Melayu, UMNO sepatutnya menjadi
pengikut dan bukannya memberikan syarat-syarat semata-mata untuk memberikan
parti yang hampir lumpuh itu nyawa untuk berkuasa lagi. Bagaimana parti yang
bertanggungjawab terhadap perpecahan Melayu ini menjadi pemain utama untuk
penyatuan ini kerana ia akan hanya memberikan masalah besar bagi pencapaian
matlamat itu.
Bagi saya jika PAS tunduk dengan
permainan UMNO itu, rakyat akan kecewa kerana rakyat sudah tidak lagi
berkeyakinan dengan parti itu. Rakyat yang ramai sedang berusaha untuk
merehatkan parti itu buat sementara waktu atau selama-lamanya, bergantung
kepada tingkah dan lakunya di hadapan rakyat pada masa-masa yang akan datang.
Apa yang penting sekarang ialah
matlamat PR itu sendiri yang bercita-cita kuat untuk mencapai perpaduan kaum
yang sedang terjalin dengan kuatnya dalam Pakatan Rakyat sekarang. UMNO yang
begitu hipokrit tidak mampu untuk mencapai matlamat yang ‘ultimate’ iaitu
perpaduan di antara kaum yang berbilang kaum sekarang ini. UMNO bercakap tentang
perpaduan kaum di hadapan rakyat tetapi dalam praktisnya
penyokong-penyokongnya masih memainkan isu perkauman yang menebal di peringkat
bawahan. UMNO tidak mampu untuk mendisplinkan ahli-ahli dan penyokongnya sedang
perpaduan itu amat penting berlaku di peringkat akar umbi.
UMNO mahu kekal berkuasa dengan
tipu helah yang keterlaluan tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan sokongan
dengan manampilkan sikap dan teladan yang baik kepada rakyat. UMNO
tertunduk-tunduk dengan MCA yang chauvinis perkauman itu dengan membiarkan Islam
dan undang-undang hududnya secara terbuka dan rasmi. UMNO tidak termampu lagi
untuk memimpin parti-parti dalam BN itu sendiri. Jadi bagaimana ianya boleh
berkemampuan untuk memimpin rakyat dengan baik dan telus? UMNO seperti orang
yang hilang akal yang mundar-mandir di jalanan kerana tidak berkesanggupan untuk menerima kekalahan dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang
seperti orang yang fasik yang tidak lagi tahu untuk membezakan yang mana satu
tangan untuk makan dan yang mana untuk digunakan untuk beristinjak. UMNO tidak
lagi mempunyai roh perjuangan kerana terpengaruh dengan bisikan khatir atau
iblis, yang sentiasa mahu parti itu sesat-barat dalam perjuangan memimpin
rakyat dan negara.
UMNO terlalu banyak perkara yang
hendak ditutupinya. Tetapi bak kata perpatah, bagaimana 'UMNO hendak menutupi
bangkai gajah dengan nyiru'? Rakyat tidak lagi mengambil hirau tentang UMNO
sekarang ini kerana pemimpin-pemimpin mereka sendiri tidak menghiraukan ‘dignity’
parti itu. Justeru, bagaimana rakyat hendak meneruskan sokongan terhadap parti
yang tidak lagi mempunyai harga diri itu? Bagaimana PAS yang merupakan parti
politik yang masih mempunyai ‘attribute’ boleh berjuang dengan UMNO yang rakyat
mereka sudah memahaminya sebagai parti taukeh-taukeh dari pucuk pimpinan sampailah ke bawah-bawah ini?
Sikap dan sifat UMNO sebagai
parti rasuah itu memang membuatkan rakyat naik mual dengannya. Tugas
pemimpin-pemimpin UMNO yang berkuasa hanyalah untuk mengambil wang rakyat dalam
perbendaharaan dengan sistem rasuah yang halus. Mereka bukan setakat mencuri
apa yang ada di dalam perbendaharan kita tetapi mereka juga sedang berusaha
untuk mencuri wang yang ada di dalam poket rakyat sekarang ini.
Perlaksanaan AES yang baru
dilaksanakan sekarang ini merupakan satu tindakan yang tidak berhati perut.
Sebenarnya rakyat tidak membantah jika saman-saman itu dimasukkan seratus
peratus ke dalam perbendaharaan negara tetapi sebahagian besar dari kutipan
saman itu masuk ke dalam poket kroni-kroni UMNO yang tamak haloba itu.
Bagaimana saman terhadap kesalahan lalulintas itu diambil oleh syarikat kroni
kerajaan dan pimpinan kita?
Kerja seperti ini adalah kerja
yang dianggap gila kerana terlalu jelas ada pihak di kalangan yang hampir
dengan pemimpin kita sedang menggunakan kesempatan untuk mengaut keuntungan
yang tidak ada tolok banding jumlahnya. Ini merupakan satu bukti yang amat
jelas yang UMNO merupakan parti yang menghimpit rakyat dengan tekanan ke atas
semua rakyat yang berkenderaan.
Kita tidak membantah untuk
memperbaiki sikap dan kelakuan pemandu-pemandu kita tetapi jika mereka
(pemandu-pemandu) bersalah tidak ada di antara mereka membantah jika saman
terhadap mereka itu dibayar sepenuhnya kepada perbendahaaran kerajaan. Sekarang
rakyat sedang begitu berang dengan kerajaan dalam masa inilah pula, ada wakil-wakil UMNO yang ingin berbaik dan
mengusahakan perpaduan Melayu bersama PAS.
Bagaimana kita hendak
berbaik-baik dengan manusia yang ‘cepat tangan’ itu. Rakyat sudah letih membina
pagar-pagar duri agar pencuri-pencuri tidak akan dapat mendekati perbendaharaan
kita. Jika mereka masih ada bersama maka usaha membina pagar untuk
menyelamatkan perbendaharaan kita dari didekati oleh pencuri dan perompak itu
tidak akan sampai ke matlamatnya.
Rakyat akan terus disamun dan dicuri
segala harta benda mereka sampai bila-bila. Kata perbilangan, sekali seseorang
itu mencuri dia akan tetap menjadi pencuri. Dalam keadaan terdesak sekarang
ini, UMNO akan lakukan apa sahaja. Perasaan malu dan silu sudah tidak lagi
wujud di kalangan pimpinan UMNO itu.
Walaubagaimana pun kita berharap
jika matlamat perjumpaan pegawai tinggi kerajaan berjumpa dengan TGNA itu tidak
akan berjaya untuk memerangkap PAS kali ini. Dengan UMNO kita wajar mempunyai
sikap, ‘suspect everybody and trust nobody’.
Bak kata sahabat saya dari Terengganu,
“dengan UMNO ini kita tidak boleh berurusan lagi. Nak berniaga durian pun tidak
boleh dengan mana-mana pemimpin UMNO ni. Kita akan kena tipu!”
11 comments:
Setelah diadakan pertemuan beberapa mata dan berbincang panjang lebar.. Tok Guru Nik Aziz berkata.. 'bubarkan saja UMNO-BN dan ikutlah kami dan berjuang demi Islam! mereka pun tarik muka dan blah begitu sahaja. hahahaha
Padan muka, 2 ekor ni, khasnya yang saekor bekas UiTM tu. Dia ni tak tahu nak bezakan antara majlis ilmu dan majlis politik (UMNO). Cakap Melayu macam mamak Restoran dari India, mana datang Melayunya.
Salam Pak Aspan,
Dua perkara yang amat mencurigakan saya
a) SIBUK kini khutbah solat Jumaat dan ceramah2 berkata tentang SYIAH. Tapi tadi, khutbah solat Jumaat sudah dicampurkan dengan istilah tambahan; pluralisme, pergaulan sex bebas, lesbianism, Gay, Sex songsang.
b) saya masih teringat xKPN musa buat statement akan berlaku DUA letupan di Batu Caves dan sebuah kuil di Penang angkara kumpulan fanatik agama.
Maka kita semua umat Islam dan Rakyat Malaysia wajib melihat dengan penuh sangsi mainan politik serba halal mereka ini.
Telahan saya mudah, sememangnya mereka akan menipu dan menang dalam PRU 13 ini. Bila rakyat bersuara dengan bangkit berdemo, mereka akan gerakkan dakyah mereka yang mengaitkan kebangkitan rakyat dengan kacau bilau yang mereka nampaknya sedang rancak mencipta puncanya!
Berhati2lah rakyat semua. Mereka akan letak punca kesalahan di kepala PR!!
sekian,
Gheng lama
p/s - dan jangan lupa latihan bersama PDRM-ATM beberapa bulan lalu sudah berlaku juga.
The ordinary people would like to distant themselves from the BN...they feel 'dirty' associating or identified with them.
Ordinary people want a new start to liberate themselves......NO ONE or political parties should betray and deny them this long overdue liberation and freedom to live ordinary lives.
Pak Aspan,
Dengar akar umbi tidak berapa selesa dengan PKR Dan DAP.Pas mahu jadi dominan tapi dari segi kerusi tak berapa pun.Habis camnoo..Yang motan tunjok yang Pas boleh ganti UMNo.Boleh ke ?
Kenapa pgawai tinggi PDRM yg dtg?nak ugut Tok Guru ka?skrg ketua polis dah jadi ketua gangster.Itulah transformasi Najib yg paling berjaya.
Salam Pak Aspan..
Boleh percaya ke dgn ameno?? Ameno skrg ne..ibarat anjing tersepit..bila dah lepas,digigit balik org yg tolong dia..ameno ni ibarat `killing bangsa melayu softly` sehingga bangsa melayu tersedar kehilangan perintahan negara nnti TETAPI sudah terlambat dan nasi telah menjadi bubur..itulah akibat perbuatan ameno..
Sekarang bangsa melayu telah SEDAR..dan ingin bersatu di luar ameno..
Dengan berterusan ameno memerintah,lagi ramai bangsa melayu akan menjadi munafik,kerana ameno parti munafik..Adalah sudah terlambat untuk ameno cuba berpadu dengan pas,kerana telah sekian lama peluang terbuka..
Jati diri Ameno telah lama mati..di bunuh oleh mahadey mamak kutty..ameno baru skrg menjadi alat untuk mahadey membina kelompok atasan kaum mahadey..iaitu mamak+bangla..
Jikalau dulu sebelum mahadey,keterunan seorang bayi ditentukan oleh bapa bayi tersebut,dengan mahadey semua boleh...dlm Rejimen Askar Melayu DiRaja sekarang pon berlambak mamak,berpunca dari mahadey...Apa yg bangsa melayu hendak bangga lagi dengan ameno..
Tidak lama lagi pilihnaraya,adalah masa terbaik untuk bangsa melayu TINGGALKAN ameno..umno pegilah minta tolong dengan bangla+indon+mynmar untuk kekal berkuasa dengan merderhaka kepada kedaulatan bangsa dan negara...
memang pemimpin UMNO kaki tipu! Dene tengku Palsu Aceh ini memang telah menipu kita.Nama dene sebenarnya Adnan Mansor.KuDene telah melihat kebangkitan Rakyat.Dene tentu tahu maklum balas dari UMNO Bahagian seluruh Malaysia.Dia kan setiausaha Agung Umno.
Dengak kata Dene tak mahu bertanding dalam PRU 13.Dene dah tahu dia akan kalah di Putra Jaya.Dia takut kehilangan deposit.Tentang budaya samseng UMNO ni Dene lebih tahu.Dene rapat dg Vincent Tan.siapa tidak kenal VT ?
Kroni-kroni UMNO dan suku sakat keluarga di utamakan.Mahathiaks menipu rakyat dg pemberian 2 billion kpd anaknya Mirzan.Satu sen pun tidak bayar balik.Mahatdeyy ni ibarat haruan makan anak!.Cukuplah dg putarbelit mamak ni. Kita tentukan UMNO ni menjadi pembangkang supaya mereka boleh belajar dari PR.
Geng Lama Kg Baru
Uitm sudah diresapi kaum eeeee. Pengarah baru caw melaka penang mari!
Abis camno?
Orghang melayu kat akar umbi kenalah kekal kat situ, mkan ubi kayu! Kita raikan saja yg dinaikkan pangkat dan yg dapat peluang semuanya dari kaum eeeee
Abis camno?
The coming GE is the greatest opportunity for ordinary people, in particular the Malays to liberate their full potentials in all aspects of life in a globalised world.
Unable to compete with relevent skills set to offer potential employers, one will be left behind and nobody cares what happened to your career/job and family.
It's not easy, like everyone else, but one has to start somewhere...NOW!
Post a Comment