Takde kawasan lain ke Hadi ni nak cari? |
Ura-ura Tok Guru Hadi Awang
(TGHA) untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan amat menarik perhatian ramai
termasuk diri saya sendiri. Jika benar apa yang disebut oleh Presiden PAS itu
akan terjadi maka BN terpaksa melakukan banyak perkara yang ‘unorthodox’ bagi
menampung sokongan yang semakin mengecil terhadap UMNO dan Najib di seluruh
negara.
Tindakan TGHA itu sedikit
sebanyak akan menjejaskan prestasi BN di Pahang dan akan memberikan impak yang
bukan kecil kepada pengundi-pengundi di kawasan yang kini menjadi harapan
kepada PR rakyat di negeri itu. Ada
lapan kerusi parlimen yang dalam keadaan ‘reachable’ bagi PR di Pahang sebelum
Hadi memberikan indikasi untuk bertanding di Pekan. Jika benar-benar TGHA pergi
bertanding di Pekan maka harapan bagi lapan kerusi parlimen di Pahang untuk
jatuh ke tangan PR akan bertambah cerah.
Keputusan saya bergantung kepada parti. |
Pendeknya, keputusan TGHA untuk bertanding di Pekan itu bukan sahaja menjadi isu besar kepada BN di Pekan, malahan ia akan menambahkan pengaruh dan rangsangan penyokong PR untuk memenangi kerusi-kerusi yang selama ini menjadi idaman PR di Pahang itu. Di antara kerusi-kerusi yang memberikan potensi besar kepada PR ialah Raub, Jerantut, Bera, Cameron Highland dan beberapa yang lain selain daripada mempertahankan kerusi Kuantan dan Indera Mahkota.
Mahu tidak mahu pertandingan
di antara TGHA dan Najib ini mesti diakui sebagai ‘the fight of the titans’ dan
Pekan akan menjadi kawasan yang menjadi fokus rakyat dalam PRU ini. Perlu
diingat Pekan bukan semestinya satu kawasan yang mustahil bagi BN dikalahkan. Telah
tercatat di dalam rekod dan sejarah pilihanraya di negara ini yang BN pernah
memenangi hanya 241 undi sahaja dalam pilihanraya 1999 dahulu. Jika ‘aura’ kebangkitan rakyat meninggi,
kedudukan Najib sebagai PM yang selalunya sudah untuk ditandingi akan hilang
kerana rakyat bergerak seiring dan sehayun untuk menukar kerajaan yang sudah
terpalit dengan persepsi buruk rakyat sekarang ini.
TGHA sudah pasti melalui jalan
yang susah di Pekan dan ini boleh dianggapkan sebagai satu pengorbanan peribadi
terhadap perjuangan PAS. Jika TGHA tewas sekali pun menghadapi Najib tetapi
penyertaan TGHA di Pekan itu menambahkan kekuatan dan iltizam untuk PR meraih
kemenangan di kawasan-kawasan lain di Pahang dan seluruh negara.
Bagi TGHA menang kalah itu adalah
perkara biasa bagi pemimpin PAS selama ini. TGHA pernah kalah di Parlimen
Marang, tetapi perjuangan tetap terus terlaksana sehingga ke hari ini. Kalah
menang sudah menjadi mainan bagi pemimpin-pemimpin PAS dari dahulu hingga sekarang.
Dalam UMNO sekarang sedang sibuk
mencari calon ‘winnable’ tetapi masalahnya UMNO itu sendiri sudah menjadi
sebuah parti yang tidak ‘winnable’ lagi. Sebaliknya, PAS merupakan sebuah
parti yang ‘winnable’ maka calon-calon yang diturunkan oleh parti itu dengan
sendirinya menjadi ‘winnable’ kerana mereka mewakili parti yang amat ‘credible’
dan ‘winnable’.
PAS tidak seperti UMNO kerana
kehadiran PAS di tengah masyarakat kini amat dirasai. UMNO tidak lagi dirasai
kehadirannya kerana cawangan-cawangan UMNO tidak bergerak lagi kerana tidak
mendapat sambutan di kalangan anak-anak muda di kampung-kampung lagi. Dalam UMNO
hanya Presidennya sahaja yang bekerja, mundar-mandir ke hulu ke hilir ke seluruh
negara dan bercakap banyak yang tidak terbawa oleh badan beliau sendiri. Najib
ke hulu ke hilir berjanji dengan semua orang sehinggakan janji-janji beliau itu
membolehkan beliau mengalih dan memikul bumi yang besar ini. Bumi ini pun beliau
berjanji akan mengalihkannya.
Tetapi kita jangan terlalu
ghairah kerana PAS belum menentukan lagi samada membenarkan TGHA bertanding di
Pekan atau pun tidak. Tetapi kenyataan TGHA yang beliau berkemungkinan ke Pekan
untuk bertarung dengan Najib itu memberikan impak yang besar kepada suasana politik
negara ini.
Rakyat sudah mula bertanya jika
kepimpinan tertinggi PAS berani untuk bertanding di kawasan dan kubu UMNO
seperti Pekan, tidakkah terfikir oleh BN untuk meminta Presiden UMNO
bertanding di salah satu kawasan di Kuala
Lumpur atau di mana-mana kawasan yang dianggap sebagai
kubu PAS, PKR atau DAP?
Jika Lee San Choon, Presiden MCA
suatu ketika dahulu berani bertanding bagi pihak BN di Seremban, kubu kuat DAP
pada pilihanraya 1982 dahulu takkanlah Najib takut untuk bertanding
di kawasan-kawasan yang selama ini kawasan tradisi mana-mana parti dalam Pakatan
Rakyat pula
Najib yang begitu angkuh dengan
program pembaharuan yang tidak terlaksana itu dan mengaku hebat sebagai PM yang
terbaik di dalam sejarah negara, beliau patut bertanding di Kuala Lumpur dan saya
cadangkan supaya BN mendesak Najib bertanding di kawasan Bukit Bintang atau
Siputeh ATAU yang lebih baik bertanding di Selangor kerana beliau adalah pengerusi UMNO perhubungan Selangor. Najib banyak pilihan untuk menunjukkan kejantanan beliau. Jika hendak menunjukkan kejantanan beliau, Permatang Pauh mungkin kawasan yang agak tepat untuk tujuan itu.
Jika Najib bertanding di Kuala Lumpur dan menang,
barulah beliau boleh dianggap sebagai hero UMNO seumur hidup. Tidak guna
mengaku kuat tetapi tidak berani mengalih kawasan pilihanrayanya. Seseorang
yang kuat dan diterima oleh semua pihak sepatutnya berani bertanding
di mana-mana dan menang.
Jika Najib berani bertanding di Bukit
Bintang maka Chua Soi Lek dicadangkan bertanding di Seputeh dan menang. Barulah
terbukti kekuatannya dan Chua Soi Lek boleh bercakap besar. Setakat ini Chua
Soi Lek hanya bercakap besar tanpa ada bukti untuk menunjukkan kehebatannya.
Begitu juga Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agong UMNO dan BN. Tengku Adnan pula bercakap bergegar-gegar maka saya
cadangkan beliau bertanding di PJ Selatan atau di Ipoh Timur. Jika beliau menang
barulah boleh berkokok dari pagi hingga ke petang.
26 comments:
Najib, Soi Lek tu ada teloq ke? Nampak teloq bukan bermakna ada teloq. Ia mungkin 'toy' aje.
Haji Hadi ada 2 bini sudah tentu ada teloq berisi.
Lawak la comments anonymous....tersedak saya minum ptg ....bagi la comments yg eluk2 jgn cemar kn bahasa kt korum komentar ini beb....
Jgn la jd cam bloq parpukari....maki hamun lucah macam2 ada dalam parpukari....low class menteliti kat blog PKari..itu yg membuat rakyat dan majority tak respect BN...meluat pun ada....
Lawak la ....tersedak saya minum ptg la ni
TGHA bertanding di Pekan, Najib bertanding di Bukit Bintang....yg ini saya setuju klau tak pun saya cadang kn kat Pematang Pauh atau selangor.......:))
Saudara AA and bloggers
Personally, I really do not think politicians like Najib and CSL dare stand up and be counted. They aren't man enough. They may roar but in the end they just manage a mere purr. These are just pussy cat politicians.
Salam.
Observer
Yes i thnik what you say is absolutely correct......shud i say correct 3 time....
Bravo Observer
Pak Aspan,
Saya merasa kagum dengan keberanian dan kesungguhan Tok Guru Hadi Awang. Dalam Islam, aspek kepimpinan diberi perhatian penting.
Umat Islam digesa supaya sentiasa penuh sedar tentang keperluan dan kepentingan kepimpinan kerana kepimpinan yang cemerlang akan melahirkan masyarakat yang cemerlang.
Pemimpin ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapapun melainkan kepada Allah.- Surah al-Ahzab ayat 39
Kalau semua kawasan Pakatan,najid tak nak bertanding melain kan pekan...............why not kita letak Anuar bertanding kawasan pekan.............
Unquote
UmnoBN meng'hamba'kan rakyat. PR men'tuan'kan rakyat.
I like this statement......
As Salam untuk semua.
Saya melihat situasi TGHA dgn menyatakan kesanggupan untuk bertanding di Parlimen Pekan sebagai satu taktik untuk pilihanraya PR.
Sekiranya TGHA menang dalam pertarungan menentang Najib dan BN masih memegang tampuk pemerintahan negara. Nampaknya Najib akan terpaksa meletak jawatan sebagai Presiden umNO.
Muhyidin akan bersorak sakan melihat tahta Presiden umNO dalam genggaman beliau. Saya pasti ada segelintir ahli umNO yang bersetuju dengan situasi ini.
Budak Kilang
Kalau jadi TGHA ke Pekan, tentu kalut Muhyidin dan camp nya nak lenyapkan Najib. Hik, hik, gembira sakan dia
Sdr AA
Selepas ini hingga hari penamaan calon PRU 13 DSN akan lebih kerap turun ke Pekan. Agaknya itu yang dimahukan oleh TGHA supaya banyak kawasan pilihan raya lain DSN patut kunjung tak sempat nak kunnjung.
Tunggu PM Najib bersuara dulu. Sekarang ni tengah fikir, apa respon yg mahu diberi.
Kesian kat najib.Terkejar-kejar ke sana ke mari berkempen bersama si isteri.
Dikelilingi kanak-kanak dan pelatih PLKN,PM bercakap bersembur air liur..
Nak senyum pun dah tak mampu melihat persekiran sepi dan layu.
Bye Najib!!!
Tidak seorang pun berani bertanding sama ada Najib,CSL atau Adnan Mansor di Bukit Bintang,SiPuteh,PJ Selatan, Ipoh Timur atau Permatang Pauh.molek sangat TGHA bertanding di Pekan atau calun PAS menentang Adnan Aceh di Putra Jaya.Clash of titan antara TGHA dg Najib, silap hari Najib akan kecundang!Itupun jika UMNO Pekan tidak main tipu.Begitu juga Adnan boleh dikalahkan di Putra Jaya!Dia nilah "the devil" whom Mahathir knows.
Kg Baru
TGNA bertanding di Pekan ? Ini amat kelakar sekali.Untuk aapa? TGNA/PAS kena buktikan dulu PAS boleh menang satu ata dua kerusi Parlimen di Pahang dulu.Setakat 2008 TARAK !.saya tidak fikir TGNA berani.Kita cuma boleh speculate sahaja.
Tuan AA, I like the way you quotes.."UMNO sekarang sedang sibuk mencari calon ‘winnable’ tetapi masalahnya UMNO itu sendiri sudah menjadi sebuah parti yang tidak ‘winnable’ lagi.".......
Kebanyakan pemimpin BN adalah pengecut dan tak berani bertanding secara gentlemen, berdebat didepan rakyat semua pun tak berani, hanya kuat berteriak depan stesen TV kawalan sendiri sahaja.
Yang berani mungkin Sharir Samad atau KJ sahaja.
As far as CSL is concern, he is a spoiled good, rotten to the core (barang jahanam)to the chinese in this country. Many people that i know would like to spit on his face, if they have the chance.
Anon 10.08,
Aku masih ingat, pada tahun2 2005, 2006 sehingga 2007, ramai juak2 serta menteri dan MP umno (baru) melalak kata DSAI sudah tak relevan! Tapi apa berlaku pada 2008? Dan kini sudah 2012, umno (baru) masih tergaru2, terkapai2, tercungap2 nak hancurkan pengaruh DSAI!
Kau rasa kau punya telahan tahun 2008 pasal kerusi Parlimen di Pahang tu masih laku lagi ker selepas PRU 13 nanti?
sekian,
Gheng lama
Seronok kalau TGNHA berani bertanding di Pekan.Siapa jugak PR calonkan di Pahang confirm DS Najib orang Pahang menang.Silakan TGHA kalau berani.PAs di Pahang macam hidup segan mati tak mahu aje.
HaHaHa !
I was talking to a malay lady office mate about hadi contesting in pekan against najib, she said aiya sure najib poochi lah and so will our brim krim and whathaveyou.
Now onwards till its known for sure where hadi will contest, im very sure someone will have sleepless nightsand fidgetting with little srunken pingpong balls.
Its a foregone conclusion that we will have Pakatan as our new government come ge13.
Tuan Guru Hadi Awang memberi semangat kepada rakyat malaysia yg ingin perubahan politik malaysia supaya rakyat malaysia hidup lebih berkualiti.
Dalam masa 2-3 bulan ne..akan bertambah kem tentera di pekan dan pekan dibanjiri oleh pendatang asing myanmar,bangla,indon,nepal yg akan diberi kad pengenalan...
Najib akan bertanding di kazastan..rosmah akan jadi FLOK..
Hari ini seperti yang dijangka, muhidin tersenyum lebar apabila ditanyakan mengenai isu ini.
Nampaknya sabotaj dari dalam umNO akan berlaku di Pekan. Pasti najib tak tido lena hari-hari yang mendatang. Nak lawan luar & dalam.
Muhidin senyum gembira. Lalalala...
ITu pun kalau Rakyat kazastan bagi Kerakyatan pada Najib...beb,Pada saya pencen dia pun dah cukup.....
Pencen - Dun
- MB
- Parlimen
- Menteri...
Tokjanggut
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalan.
Allahu akbar! Menarik! Saya secara peribadi menyambut berita ini dengan penuh syukur tak terkata di atas kesanggupan TGHA dan PAS ini, insha Allah. Kalah menang bukanlah fokus utama walaupun kemenangan itu pastinya melahirkan natijah yang lebih baik, kerana, sememangnya sunnah alam ini, setiap kehidupan itu akan mengalami pasang surutnya. Malah, sejarah kukuh mencatatkan bahawa mujahidin Islam sejak bersama Nabi SAW lagi acapkali juga diuji dengan kekalahan, yang kemudiannya memberi motivasi baru kepada mereka untuk kembali gagah teguh berjuang sehingga kita mengecapi nikmatnya sekarang. Paling tidak, ia boleh menjadi tekanan psikologi khasnya kepada UMNO sendiri, kerana, sehandal-handal Mahathir bapa syaitan 1-Malaysia ini pun, tak pernah menawarkan dirinya bertanding di Permatang Pauh atau di Marang, jauh sekali di Ipoh Timur ... Bukankah itu semua kubu-kubu kuat PR? Justeru, marilah kita sekalian, khasnya umat Islam, mendoakan agar hasrat murni TGHA ini dipermudahkan Allah SWT, dan semoga beliau tabah menghadapi lawannya ini. Dan, jangan lupa ya, kalau jadi hasrat itu, barulah itu namanya bertemu buku dengan ruas bagi UMNO, kan?
Terima kasih dan salam jihad.
Post a Comment