Salah seorang Naib Presiden UMNO Dato'
Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk
menutup mulut dalam Perhimpunan Agong UMNO yang akan bermula 27hb November ini.
Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang
berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi.
Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana
ia boleh melemahkan parti dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.
Presiden dan Timbalan Parti itu
akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu diadakan bagi
menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan Negeri akan menamakan
siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. Arahan ini adalah arahan yang
tidak pelik dalam UMNO dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan
melakukan perkara yang dilakukan oleh UMNO itu. Apa maknanya Perhimpunan Agong
jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk
kebaikan parti.
Ini adalah budaya biasa dalam
UMNO kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah ditentukan oleh pucuk
pimpinan. Dalam Perhimpunan Agong itu apa yang akan diucapkan sudah ditentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah ditugaskan untuk
bertepuk tangan dengan kuat sahaja. Selain daripada itu, perwakilan hanya membuat
lawak jenaka untuk hiburan murahan bagi pimpinan yang berada di atas pentas
nanti.
Budaya ini wujud hanya setelah
penubuhan UMNO (B) pada tahun 1988 dahulu kerana pucuk pimpinan tidak gemar mendengar
rungutan ahli-ahli dan rakyat di akar umbi. Pucuk pimpinanan hanya suka
mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan jika boleh mendapat pujian dari
perwakilan yang berucap dan diikuti dengan tepukan gemuruh dari perwakilan
yang menyelang-selikan ucapan dengan jenaka dan lawak yang mampu membuat
pimpinan di atas ketawa besar sambil mengangkat tangan kegembiraan.
Itulah sebabnya UMNO yang baru
berusia 24 tahun itu tidak berkembang kerana pemikiran ahli dan perwakilan telah
dipenjara oleh pucuk pimpinan. Mereka (perwakilan) hanya di arah untuk menyebut
isu yang sedap-sedap sahaja. Perwakilan UMNO akan hanya diarah untuk
memberi kutukan dan cemuhan terhadap pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tok
Guru Nik Aziz, LGE, LKS dan lain-lain. Ini merupakan isu yang sudah dijangka
oleh orang ramai dan ia akan menjadi isu yang dianggap sudah basi dan
menjemukan.
Kita boleh menjangkakan yang
Najib akan berucap bergegar-gegar, sesuai dengan sifat seorang pemimpin yang
pengecut dan penakut. Selalunya sesiapa yang bercakap dengan gegaran retorik
yang besar-besar mereka ini adalah mereka yang terlalu banyak perkara yag
hendak ditutupi. Mereka ini adalah dari golongan yang penakut, ibarat orang berjalan
di dalam gelap di kampung-kampung pedalaman. Di dalam gelap itu mereka
selalunya akan menyanyi sekuat hati dari lagu Ahmad Jais, lagu Mat Sentul
sehinggalah lagu P. Ramlee dan semuanya itu untuk menghilangkan rasa takut dan
ngeri mereka berada di dalam gelap itu.
Tetapi dalam pada menyanyi lagu P
Ramlee itu, mereka juga merasakan seram sejuk di tubuh mereka kerana takutkan
kepercayaan tahyul tentang hantu dan sebagainya yang berkeliaran di dalam
gelap itu. Begitulah juga yang sedang berlaku kepada Najib. Beliau akan
berucap bergegar-gegar dengan nada yang tinggi dan kuat untuk menyorokkan
perasaan takut beliau menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.
Berbalik kepada arahan menutup
mulut itu, ia melambangkan kelemahan yang banyak di dalam UMNO itu. Mereka tidak
memahami bahawa perwakilan setiap tahun itu adalah untuk perwakilan
negeri-negeri menyampaikan masalah-masalah kepada pucuk pimpinan. Semasa Mesyuarat Agong seperti inilah masa yang baik untuk meluahkan perasaan tentang
apa yang patut dan tidak patut dilakukan atau yang berlaku di dalam parti yang
uzur itu. Dalam Perhimpunan Agong itulah masa untuk melambakkan apa yang perlu
diketahui dan dirasakan oleh pucuk pimpinan secara bersama.
Kalau Ahmad Zahid mengarahkan
perwakilan untuk menutup mulut maka tidak salah jika orang ramai menganggapnya
sebagai mesyuarat agong orang-orang bisu sahaja. Ahmad Zahid mahukan agar
perwakilan hanya ‘buat tidak tahu sahaja’ tentang apa yang berlaku di dalam
UMNO. Ada
telinga dengar, ada mata pandang dan jangan bercakap apa-apa. Kalau bercakap
itu merupakan kesalahan. Maka tidak salahlah apa yang saya katakan selalu,
dalam UMNO bercakap benar adalah satu kesalahan besar.
UMNO adalah sebuah parti dalam
mana ahli-ahlinya dididik untuk tunduk dan mengangguk sahaja dan di dalam
perhimpunan itu adalah tempat untuk mendengar lawak jenaka dan kita akan lihat
Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar Najib dan Muhyiddin ketawa besar dan akan
disertai oleh Khairy Jamaludin dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang
lain.
Inilah kejayaan UMNO yang
terbesar, iaitu memenjarakan pemikiran dan perasaan rakyat dan itulah sebabnya
ada orang Melayu menganggap UMNO itu lebih tinggi dari agama. Chua Soi Lek
boleh menghentam agama suci kita, tetapi jangan menghentam pucuk pimpinan
tertinggi UMNO. Siapa yang berani mengecam pemimpin mereka, yang mengecam itu
akan tidak mendapat kedudukan lagi di dalam parti dan kerajaan dan akan segera
disisihkan.
UMNO lebih buruk kerjanya dari
penjajah British dahulu. Penjajah British dahulu mahukan orang Melayu untuk
mudah berpuas hati dan tidak diberikan peluang untuk memegang jawatan
besar-besar dalam kerajaan. UMNO pun begitu. Orang Melayu dididik untuk sentiasa
berterima kasih dengan bantuan gigi palsu, dan pemberian lembu dan kerbau pawah
kepada petani-petani kecil di kampung-kampung. Jika ada yang bercakap dan mengkritik,
UMNO akan mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah berikan walaupun pemberian
itu hanyalah sebatang dua gigi palsu.
Jangan mengrkitik UMNO kerana UMNOlah yang membawa api letrik ke kampung-kampung dan UMNO jugalah yang
menyalurkan air paip ke rumah-rumah rakyat. Tetapi UMNO tidak pula memberi tahu
yang semua negara di dalam dunia ada api letrik dan bekalan air bersih walaupun di
negara-negara tersebut tidak ada parti UMNO. Di Amerika Syarikat (AS) tidak ada
parti UMNO. Begitu jugalah di Jepun dan di Britain tidak ada UMNO tetapi
mereka ada bekalan air yang lebih baik daripada yang ada di negara ini DAN rakyat mereka menggilir-gilirkan parti-parti yang memerintah mereka.
Maksudnya itu adalah
tanggungjawab setiap pihak yang dimandatkan oleh rakyat dengan menggunakan
sumber kewangan dari rakyat untuk melaksanakan semua projek pembangunan negara. Mereka itu sendiri dibayar gaji dan elaun untuk mentadbir rakyat dan tidak munasabah rakyat pula yang perlu berterima kasih
kepada UMNO.
Kepada UMNO kita ucapkan selamat
bersidang dan kepada para perwakilan yang berucap sediakan beberapa lawak
jenaka untuk hiburan pimpinan di atas pentas itu nanti.
20 comments:
artikel ni boleh dicetak keluar dan diedarkan kepada seluruh perwakilan dalam Perhimpunan UMNO nanti.
Rasanya ada yang panas punggung selepas membaca tulisan Pak Aspan ni. hehehehe..
Akupeduliapa
Salam Pak Aspan,
1996/7 dia punya draf ucapan selaku Ketua Pemuda dalam PAU telah 'ditambah kicap' sehingga berbau tentangan kpd Presiden. 3 org ditugaskan menderaf ucapan itu dan dihantar kpd Tok Mat utk vetting. Presiden diberitahu dan Timbalan Presiden dikatakan mahu 'makan' Presiden. Ini citer 1996/7.
1998 apabila DSAI dipecat dan ramai orang2 DSAI ditangkap, imej Zahid Hamidi digari di LTAB Kota Kinabalu tersebar, kununnya ditahan dibawah ISA!! LEBAR SENYUMANNYA! Hari ini dia masih Naib Presiden!
Kini dia suruh perwakilan tutup mulut? Siapa Zahid? Dulu dia ni dikatakan budak Najib. Tapi masa 1996/7, dia dijaja sebagai budak DSAI!
Kini kita tengok mainan dia lagi.
Dalam buku Ku Li, 'Rahsia Yang Terpendam' ada Ku Li gariskan muka2 yang sudah dibela oleh BEKAS PRESIDEN @ Tuan Punya Parti umno (baru) ini.
Zahid dikatakan dijanjikan kerusi MB Perak. Dan Shafei dijanjikan kerusi KM Sabah. Isham sepupu Najib tak disebut oleh Ku Li. Ketua Pemuda juga tak disebut kerana budak ni sudah kalahkan Tengku Mahkota Tuan Punya parti itu!
Dunia semua tahu Muhyiddin cucuk Paklah atas restu Tuan Punya parti!. Maka dia dinaikkan sebagai Timbalan Presiden.
Kini Najib dan sepupunya Isham sedang tunggu mainan Tuan Punya parti ke atas mereka?
Adakah benar Zahid budak DSAI? Tapi semua tahu Zahid budak Najib. Atau sebetulnya Zahid belaan Mahatdeyyy??
Sudah terlalu lama Mahatdeyyy bermain kerja cucuk2, laga2, cantas2, api2, sisih2, gertak2, hukum2, hina2, dan fitnah2.... mengikut pendapat orang2 lama, sejak 1968 lagi!
Bagaimana dia mahu berhenti jika kerja TERAKHIR ini adalah untuk pastikan Tengku Mahkotanya, Mukrizz diletakkan di kerusinya?
Siapa yang dia akan gunakan kali ini secara 'precision killing' utk membuat gerakan sehingga Mukrizz dapat kerusi Timbalan Presiden? Siapa akan tertonggeng? Bagaimana Najib akan diPaklahkan?? Nasib Isham bagaimana??
Sama2lah kita tunggu mainan ini yang sudah dibaca oleh Arwah Cikgu Abdul Kahar Ahmad sejak 2005/6 lagi.
Sekian
Gheng lama
AHLI PARTI PUN JADI NGONG ,ABU !
Arahan Zahid Hamidi itu menggambarkan UMNO memiskinkan jiwa ahli-ahli UMNO sendiri.Sudahlah miskin harta dari DEB.Ahli UMNO tidak dapat apa-apa habuan begitu juga pada amnya orang Melayu.
Zahid yg kita kenali dalam th 80an berkereta toyota buruk.Dia telah himpit DSAI utk mendapat tempat dalam UMNO seterusnya DSAI telah meminta Najib melantik Zahid sbg SetPol Najib.Titik dari itu jawa Bagan Datuk ini telah mengumpul harta kekayaan apabila dia menjadi Ketua Pemuda UMNO.
Zahid berpendidikan sekolah Arab.Dia telah lupa apa yg ugama Islam ajar tentang Qada dan Qadar.Zahid telah membelasah budak lelaki Kelantan yg menjadi kekasih kpd anak perempuannya ketika itu adalah janda.Tidak menghairankan Zahid boleh bertindak begitu.Dari cakap-cakap pensyarah yg menganugerah PHD kpdnya kerana gaya Zahid yg menakutkan mereka.Inilah budaya UMNO dari kepimpinan hirarki UMNO.
Bahana cara begini di mana lebih ramai perwakilan UMNO akan sedar Perhimpunan Agung tahun ini tidak ada makna lagi.UMNO(B) telah menyeleweng dari landasan norma norma Perhimpunan Agung UMNO.
Ketidakpuasan ahli-ahli UMNO akan diterjemahkan dalam PRU 13.Sama samalah kita tunggu!
Keyang dot
Inilah masanya untuk pasang badan harap2 terpilih jadi calun dan inilah yang berlaku selama ini sebagai pentas pengampu.Tapi keadaan dah berubah dimana harapan untuk menang sudah tidak ada lagi dalam fikiran umno kerana mereka tahu rakyat dah tahu tembelang kerakusan pemimpin umno.Olih kerana sokongan umno bawahan dah rapuh pendekatan diperhimpunan kali ini berkemungkinan lebih kepada mohon simpati dan sebab itulah tidak bolih sentuh perkara sensitif atau ada unsur2 ugut atau seumpamanya.Pemimpin umno dah banyak dan lama kena belasah jadi mereka dah tak sanggup dibelasah pula olih perwakilan.Kalau kuat kena belasah tak ada hal kerana kebal tapi dalam keadaan kebal dah hilang tertekan dan terhimpit jika diteruskan membelasah bolih disalah tafsirkan olih penyokong dan musuh2 umno satu arahan perlu give up dan serahkan kepada orang baru .Meraka tak ada pengganti umpamanya diparlimen Jelebu siapakah nombor dua yang bolih diketengahkan ...tidak ada ,yang ada dia tulah ,dia tu lah ,dia tu lah .Semua ni rakyat bolih baca tak payah ada PHd .Kita sama2 tengok dan dengar perhimpunan politik terbesar didunia pada akhir bulan ni samaada perbincangan mereka berkisar nak perentah dunia atau masih lagi nak betulkan paip bocor diSabah atau kampung diSerawak tak ada jalan dan api atau nak gunakan wang kerajaan untuk naikkan saham felda global yang akan menghilangkan undi peneroka felda ...Wallah hu alaam
Dato lupa nak komen satu lagi... Budaya sinsing lengan baju. Mungkin tahun ini ada perwakilan terutama wanita menyingsing lengan baju konon2 nak pertahan isu Nurul Izzah. Kebarangkalian menyinsing kain pun akan terjadi. Siapa ya? Makcik Ijat ke lagi atau kali ini giliran kak Shitah ( Mashitah) pula!
-anakPodehNS-
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah! Allahu akbar! Cukup sudah ... Memang tepat tak bersuluh akan hakikat kebenaran artikel ini serta ulasan rakan-rakan sekalian 100 % (3/3). Sebab itulah, saya sering katakan, bukankah itu ciri-ciri Fir'aun yang dilaknat? Bayangkan, Iblis yang derhaka tu pun tau takut untuk mengaku dirinya tuhan ... Oleh itu, biarkanlah mereka dengan lawak jenaka yang "tripple-jahiliyyah" itu; semoga pada PRU ini mereka akan kalah, sekaligus hancur musnah berkecai lunyai dimamah usia, insha Allah. Akhirnya, ayuh kita sekalian halau mereka berambus daripada takhta-takhta kekuasaan mereka selama ini agar keadilan dan kesejahteraan untuk bumi Malaysia kita tercinta ini mampu dikecapi bersama.
Terima kasih dan salam jihad.
Pak AA
ada silap sikit, UMNO(B) ditubuhkan pada tahun 88, bukan 98.
Dobry Dein Dorogoi Brat!
Jika diberi peluang bercakap pun, perwakilan UMNO ini tidak akan menggunakan peluang tersebut untuk membahaskan perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada parti tersebut atau membincangkan kaedah-kaeadh yang lebih berkesan bagi memajukan pemikiran dan ekonomi orang Melayu.
Mereka disuruh tutup milut kerana jika dibenarkan, dalam keghairan untuk menarik perhatian pucuk pimpinan, mungkin ada perwakilan yang menyeru supaya China DAP digayang. Akibatnya nanti akan menaikkan kemarahan China MCA juga. Bukankah DAP dan MCA sebangsa juga. Jika Melayu UMNO ingin menumpahkan darah China DAP, China MCA pun turut merasai pedihnya....
Mulut perwakilan perlu ditutup kerana jika dibuka pun ramai akan bercakap ikut lubang jubur.
Mulut perwakilan hanya perlu dibuka sedikit ruang sahaja iaitu sekadar dapat mengucapkan kata-kata sanjungan dan pujian kepada pemimpin tertinggi, sekadar menyanyikan lagu-lagu mengampu agar dipilih sebagai calun PRU13 dan akhirnya sekadar berupaya menghamburkan cai maki cerca nista kepada parti lawan. Nak berpantun jenaka atau membuat lawak lucah macam Amirudin Baharudin tu pun tidak ada halangan....bagus juga sebagai penghilang mengantuk perwakilan. nanti Hishamuddin akan tertawa macam orang hilang akal, mulut ternganga luas macam bapok ingin menelan pisang tanduk.
Itu sahaja yang diharapkan dari Perhimpunan ini. Perhimpunan lembu-lembu yang dicucuk hidung dan menanti masa untuk dikorbankan didalam PRU akan datang..... Innnalilla hiwainna ilaihirojiun ........ .Selamat bersidang lenbu-lembu NFC
bangchaq
In a civilised society, political threat and intimidation is totally unacceptable...it could send a wrong and dangerous message to the grossly misguided and extremists.
salam Pak Aspan...
Zahid hamidi naib presedin ameno yg paling haprak,semua perolehan di mideg di bagi pada kroni..termasuk projek yg benilai kecil yg di kumpulkan untuk di buat kontrak bermasa untuk tempuh 3 tahun..
Serangan israel terhadap palistine mungkin najib telah mengetaui sejak awal,kerana menangguhkan kan pru13,jika tidak bn akan kalah kerana simpati rakyat malaysia terhadap rakyat palistine..
Abis kalo udah dilarang buka mulut, mau dibuka apain lagi sihhh.....wanita dan puternya buka kain aja lah kalo gitu......biar putera NFC nya tanduk!
Salam Sdr ASPAN;
Mengapa puak2 diatas dah habis umpan nak diberi makan?
Juak2 bawah yang biasa mencari makan bersuap ini tak akan dapat mengubah tabiat kesenian yang telah diterajui umno sejak berdekat lalu. Bak kata orang kampung dah jadi darah daging.
Tak buka mulut tak dapat habuannya........
SEKARANG TERIMALAH PADAHNYA.....
senyap-senyap memancing dapat ikan, senyap-senyap perwakilan dalam perhimpunan itu buang masa.........A.B.U
As Salam Pak Aspan,
Doa Nabi Nuh;
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan ampunkanlah bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan dalam segala zaman; dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kehancuran!
Surah Nuh 28
Kita tunggu media penjilat punggung dan prof2 kangkung selaku ideologue umno berdekad seperti Zainal Kling, Ramlah Adam, Khoo Kay Kim, Amri rambut serabut ukm dan beberapa muka2 baru yg nak ganti muka2 senak perut ni mengulas setiap ucapan!
Tak lupa muka2 tua x senator Aziz Tapa orang Kg Rim. Jasin, Melaka juga sering berpantun2 kununnya nak sindir2. Hasil kerjanya orang2 yg baik sudah tinggalkan umno dan yg ada semuanya muka2 cap ikan senohong masin yg mata TERBELIAK!
Paling klasik utk gambaran mood umno (baru) yg tinggal kini adalah muka Arwah Tok Mat Rahmat pada bukunya sebelom beliau meninggal! Penat dia 'buat kerja' utk si anu tu, bodek, cover, sindir, berdiam, berkomplot tetapi akhirnya apa sudah jadi pada umnooo (baru)?
Sabaruddin Chik mulut berbuih dan Sanusi Junid juga dua kaki ampooo tersohor yg bertanggungjawab lahirkan umno yg kita semua kenali kini!
Adakah mereka2 ini akan membawa sesal sendirian ke liang lahad seperti Tun Ghaffar yg telah berjumpa dgn TGNA utk tubuhkan Parti Perpaduan Melayu (PPM) kerana sudah hilang lepercayaan kpd Mahatdeyyy?
Siapa dari muka2 tua ini sanggup bersuara utk menegur Mahatdeyyy utk betulkan keadaan yg sudah terlalu parah ini?
ADA BERANI? ADA?
Sekian,
Gheng lama
P/s - paling tak menahan ada gerombolan2 baru yg ketuanya kuda tua berahim seperti hassan ali Jati, Zul Kulim 9/10, jahren bayan baru, ust nasha, mufti perak, x mufti johor,ust KDN Zam, Awang tak selamat yg kesemuanya bangkit GUNA sentimen agama utk bela umno (baru)???
Pelik sungguh perangai melayu2 akhir zaman ni nak bela hasil kerja sorang mamak!
Aspan,
I had been observing you had been critical of UMNO since you joined DAP.Most of your comments surely appeased your supporters,most probably few but passed comments on different indentities.You did mention you want fight justice for the Malay was the reason you joined,but why I did see you name appears in the list of contenders for CEC members at the next DAP meeting in mid Dec.It is no point barking here as only few people esp your loyal fans read your blog esp the Malays.I would prefer you voiced your displeasure through DAP platform so as your target audience will be broader esp those who are fence sitters.Just for your consideration.Thanks.
Tak lama lagi, perwakilan UMNO baru di suruh menangis terisak-isak, macam rakayat Korea Utara bila lihat pemimpin mereka, walaupun hanya sekeping foto dalam bilik.
Rupa-rupanya UMNO dah takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Buat muka tabah tetapi kecut perut & buntut.
Marilah kita gandakan usaha untuk pak ABU.
Kita akan saksikan agama Islam 'diuli' oleh perwakilan dan juak2 luar dewan seperti berahim, hassan ali dan zul Kulim 9/10 akan ulas berapi-api dgn Nasha menambah kicap dan sos tiram!
Lagu bertema agama Islam ini akan bermain sehingga kempen PRU kelak.
Post a Comment