28 December 2012

Keputusan pilihanraya 'predictable'

Kadang-kadang terfikir juga mungkin sah BN itu akan sampai usianya dan akan hilang setidak-tidak beberapa tahun dari mentadbir kerajaan kita. Kalaulah Najib berani memanggil pilihanraya setahun yang lepas keadaan meruncing bagi beliau dan BN tidak akan sampai ke tahap sekarang ini. Dalam tempoh kurang dari setahun ini terlalu banyak isu yang timbul. Justeru usaha Najib untuk memberikan markah yang tinggi kepada BN telah terkandas kerana isu yang bertimpa-timpa dihadapi oleh parti pemerintah itu sekarang ini.

Jika kita bayangkan pilihanraya diadakan sepuluh bulan dahulu, tidak akan ada isu NFC yang telah menggemparkan rakyat. Jika PRU diadakan empat bulan yang lepas tidak akan timbul isu RM40 juta yang melibatkan Musa Aman dan sebagainya. Jika dipanggil pilihanraya 3 bulan yang lepas tidak akan timbul isu Deepak yang tampil membuat pengakuan penglibatan Najib dan isteri dalam kes Altantuya dan akuan bersumpah Balasubramaniam. Isu Deepak ini adalah isu yang amat sukar bagi Najib untuk menguruskannya kerana ia amat hampir kepada apa yang di perkatakan ramai di mana-mana sejak beberapa tahun dahulu.

Tetapi kita faham keputusan Najib untuk menangguhkan PRU itu ialah untuk menyediakan keadaan yang sesuai dengan pemberian BRIM dan berbagai-bagai imbuhan yang melibat rakyat yang ramai-ramai ini. Seboleh-bolehnya Najib mahu membeli perasaan rakyat dengan bermacam-macam hadiah tawaran untuk menyejukkan hati rakyat yang sudah sampai suhu kepanasannya ke peringkat optima.

Tetapi segala usaha itu telah terencat kerana dalam pada Najib berusaha untuk menunjukkan kebaikan beliau tidak dapat menahan arus isu yang merencat dan merosakkan imej beliau sebagai pemimpin utama negara dan seterusnya menjejaskan prestasi BN dalam menghadapi pilihanraya ini. Tiga isu yang terakhir ini telah memusnahkan harapan Najib untuk menghadapi pilihanraya kali ini dengan keyakinan yang tinggi.

Tidak tahu kenapa Najib belum lagi mendapatkan apa-apa kejayaan untuk politik UMNO dan BN setakat ini. Perdana Menteri kita ini masih belum mendapatkan keserasian sebagai Perdana Menteri negara. Hasil dari perasaan kurang keyakinan beliau itu maka beliau merupakan seorang ‘unelected Prime Minister’ dan belum lagi mendapat ‘endorsement’ yang sepatutnya beliau perolehi dalam beberapa bulan sahaja selepas beliau mengambil alih kuasa dari Abdullah Badawi. Oleh kerana beliau tidak berani melakukannya secepat yang mungkin maka Najib telah terlepas peluang untuk membuktikan sokongan rakyat kepada beliau.

Keadaan ini berlaku kerana Najib itu sendiri yang berhadapan dengan berbagai-bagai isu terhadap parti dan kerajaan serta isu peribadi yang terlalu besar untuk di selesaikan. Lepas satu isu  timbul satu isu lain. maka beliau telah cuba untuk menutupi isu-isu yang beliau hadapi dengan memberikan berbagai-bagai galakan untuk rakyat bagi mendapatkan sokongan mereka (rakyat).

Kerana isu terhadap parti dan kerajaan serta isu-isu peribadi beliau maka kerajaan terpaksa berbelanja dengan wang rakyat yang tidak kurang besarnya dalam keadaan kewangan negara yang kini amat meruncing. Pendeknya untuk mengekalkan kuasa BN ini kosnya adalah terlalu tinggi. Kalau hendak di kira di bawah pentadbiran Najib hutang negara telah mencecah dua kali ganda semasa beliau mengambil alih dari Abdullah Badawi. Pertambahan ini berlaku hanya dalam tempoh tiga tahun sahaja dan kini hutang negara sudah melebihi RM500 billion. Jumlah ini tidak termasuk hutang-hutang melalui ‘off-budget agencies’ yang berjumlah RM120 billion.

Saya selalu berkata jika pimpinan negara lemah tetapi bernafsu lagi untuk mengekalkan kuasa ini lah jadinya. Setiap kelemahan pimpinan itu akan melibatkan kos kerana cara untuk mengekalkan kuasa ialah dengan berbelanja secara ‘lavish’ untuk membeli hati dan jiwa rakyat. Pimpinan tidak di sokong kerana kemampuan mereka , tetapi di sokong melalui pembayaran hati dan jiwa rakyat. Mereka sanggup berbelanja dengan begitu boros dan itu dikatakan sebagai kerajaan yang mendahului rakyat. Mereka beranggapan wang rakyat itu adalah wang UMNO dan BN.

BN tidak peka dengan tanggungjawab mereka terhadap negara. Jika di tengok dari sudut ekonomi pula hanya mereka yang berjaya menjadi kroni sahaja yang mendapat peluang dengan berniaga secara ‘monopolistic’. Tiada langsung dikalangan kroni yang hampir dengan UMNO sanggup untuk bersaing tetapi mereka mengambil kesempatan untuk berniaga secara ‘monopolistic’ kerana dengan cara itu mereka akan mendapat keuntungan yang besar tanpa bersaing. Hanya kumpulan ini sahaja yang akan maju dan mereka ini lah merupakan ‘recipient’ yang terbesar dari gerak dan usaha rakyat yang menyokong UMNO dan BN selama ini.

Orang ramai tetap seperti biasa dan hanya menunggu untuk berbaris menerima wang BRIM yang akan dibahagi-bahagikan oleh pimpinan UMNO dan BN tidak lama lagi. Jumlahnya hanyalah sejemput sebagai upah menyokong UMNO untuk kepentingan pimpinan dan kroni-kroni mereka. Syed Mokhtar tidak payah bersusah-payah dan beliau hanya mengambil keuntungan dari kepimpinan kita. Begitulah manusia bernama Ananda Krishnan dan beberapa orang yang lain.

Mereka ini tidak payah bersusah-payah untuk berjuang dengan bermasam muka sesama kita di bawah ini. Mereka hanya mengaut segala nikmat perjuangan rakyat termasuk perjuangan ahli-ahlu UMNO sendiri. Pejuang-pejuang UMNO hanya mendapat BRIM sedangkan yang tidak berjuang mendapat segala-galanya. Mereka ini hanya perlu membodek dan mengampu pimpinan sahaja. Kedudukkan di antara pemimpin serta kroni UMNO jika dibandingkan dengan penyokong-penyokong mereka di bawah yang berjuang ini tidak ubah seperti cerita 'Di Antara Dua Darjat' sahaja.

Kita di bawah hanyalah menjadi mangsa maki hamun pemimpin dan segala apa yang kita buat dan perkatakan di bawah ini di anggap sebagai petualang dan semua ‘superlatives’ yang buruk-buruk di tempelkan kepada kita. Kita hanya dijadikan sebagai keldai yang ditenggek dan ditunggang oleh kroni dan taukeh-taukeh besar yang diwujudkan oleh UMNO dan BN. Rakyat diperhambakan sedemikian rupa dan hendak bercakap menentangnya tidak dibenarkan.

Sesungguhnya UMNO bersama parti-parti komponennya hanyalah seperti sebuah kelab yang eksklusif semata-mata untuk keuntungan besar bagi mereka yang tidak pernah merasakan susah dan peritnya mempertahankan UMNO selama ini.

Itulah sebabnya orang Melayu tidak akan merasa bersalah jika tidak menjadi ahli dan penyokong UMNO kerana lebih dari lapan juta orang Melayu yang tidak menjadi ahli UMNO tetap hidup subur dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Di sebaliknya mereka yang menjadi penyokong tegar UMNO itu pula yang tidak berani bertindak dan tidak mempunyai fikiran yang jelas kerana dikongkong oleh momokan UMNO terhadap parti-parti pembangkang selama ini.

Mereka yang bergiat secara aktif dalam UMNO itu sedang bermasam-masam muka di antara satu dengan lain kerana isu siapa yang akan menjadi calon di tempat dan kawasan masing-masing merupakan isu yang sangat besar sekarang ini. UMNO mati kaku selagi mereka tidak tahu siapa yang akan diturunkan sebagai calon.

Itulah sebabnya saya selalu mencadangkan supaya biarkan sahaja parlimen terbubar dengan sendirinya. Tidak payah Najib membubarkannya. Samada Najib membubarkan Parlimen atau terbubar dengan sendirinya ia akan membawa ‘consequence’ yang sama juga……iaitu berkemungkinan kalah buat kali pertamanya.

Penyokong-penyokong UMNO yang tegar tanpa mempunyai pemikiran akan memaki hamun saya kerana kenyataan saya ini, tetapi apakan daya yang benar itu sememangnya perit untuk ditelan. Apa yang benar itu tetap benar dan yang salah itu tetap salah.                                                                                           

16 comments:

The Didi Butter said...

Selagi PR tak pergiat usaha utk tekan SPR utk terima pemerhati luar, selagi tu la keputusan pilihanraya predicatble.

Anonymous said...

As-salam...

Saudara, saya amat berharap kita menjauhi perangai memasukkan dalam satu bakul semua yang mempunyai kaitan dengan UMNO samada secara langsung mahupun tidak secara langsung sebagai musuh yang perlu dibanteras sama seperti UMNO. Mana ada ahli perniagaan besar yang tak mesra kerajaan.

Contohnya Syed Mokhtar. Saya yakin beliau sememangnya seorang usahawan sebelum "tiba-tiba" menjadi salah seorang terkaya di Malaysia. Apalah sangat dapat "anugerah" protong yang pada masa itu tidak memberi keuntungan kepada sesiapa yang memilikinya. Janganlah kita menafikan usaha keras beliau sejak 30 tahun sebelumnya.

Yang patut kita tentang ialah orang seperti Mirzn. Keluarganya tak pernah pun dikenali sebagai usahawan sebelum Mahathr menjadi piem. Tiba-tiba lepas Mahathr bersara ... (sila isi tempat kosong). Usahawang seperti ini yang sepatutnya ditentang. Termasuk juga dalam senarai yang perlu ditentang ialah syarikat modal 2 hengget dapat kontrak kerajaan berbilion.

Wallaahu a'lam.

muzium padi gunung kheyang said...

Salam Sdr Aspan.

Penangguhan PRU 13,sebenarnya adalah ketakutan yang amat sangat bagi Najib.Pokok persoalannya,Najib sengaja menghabiskan sisa masa yang ada.Kalau diadakan PRU 13, sebelum ini pun,belum tentu BeEnd akan kekal di PUTRAJAYA.

Jadi,bagi memudahkan melesapkan khazanah negara yang ada,lebih baik menangguhkan PRU.Nampaknya,peluang Najib semakin sukar.Walaupun begitu,mereka sedang berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan PUTRAJAYA melalui SPR,SPRM,Jabatan Pendaftaran,PDRM,UNDI POS,dan pelbabagai tektik dan teknik; BY HOOK or BY CROOK!

Hanyalah jalan ini bagi menyelesaikan masalah Najib.

Pakatan Rakyat jangan terlalu berangan-angan.

Semua kemungkinan boleh berlaku!

BILAMANA,NEGERI-NEGERI dibawah PAKATAN RAKYAT,tidak mahu melaksanakan PRU seiring dengan PERSEKUTUAN,KETAKUTAN Najib begitu terserlah!

Hasilnya,BeEnd,secara terpaksa dan berat,biarlah penggal berakhir 5 tahun!

Gunung Keyang said...


Pelbagai isu timbul sejak akhir akhir ini.Tidak mudah ditepis oleh Najib dan BN.Najib boleh buat muka sardin saja, seolah-olah tidak ada apa yg berlaku.Begitu juga Mahathir penyamun terkini dg USD 44 billion boleh buat tak apa saja! Mahathir dg poker face.

Rakyat sudah hilang keyakinan dg Media Perdana.Malah Rakyat lebih senang menghadiri Ceramah kebangkitan Rakyat oleh PR.

Jika tidak ada tipu muslihat dalam PRU 13 sudah tentu keputusan PRU adalah predictable!Soalnya berapa banyak Pekerja Asing yg akan mengundi dalam PRU,inilah mala petaka negara kita.

Pemimpin spt Najib,Mahathir dan pemimpin lain adalah menjahanamkan negara Malaysia tercinta ini!

Gunung Keyang

Asrul Sani said...

Memang benar BN dirundung pelbagai masalah yang bertimpa-timpa menyebabkan penyokong mereka menjadi terdesak dan kadangkala mengambil tindakan seakan-akan orang hilang akal serta tidak bertamadun.

Tetapi kita juga harus ingat bahawa rejim ini telah masak dengan segala tipu muslihat. Kini mereka merangka berbagai strategi yang boleh memberi kelebihan apabila menghadapi PRU13 nanti. Pemimpin BN kini sanggup melakukan perkara yang mencemarkan kedaulatan negara dengan memberi KP kepada pendatang asing demi mengekalkan kuasa. Sikap tidak mahu memenuhi permintaan rakyat bagi mengemaskinikan senarai pengundi oleh SPR jelas menunjukkan BN berniat memanipulasi PRU.

Dalam waktu yang sama BN menyalahgunakan segala jentera kerajaan bagi melancarkan kempen sedangkan mereka tidak sepatutnya berbuat demikian. Media milik kerajaan digunakan sepenuhnya bukan sekadar berkempen secara sihat tetapi bagi menyemaikan bibit-bibit perkauman, memfitnah serta memutar-belitkan fakta bagi menipu rakyat. Memainkan isu-isu sentitif adalah difikirkan jalan terakhir bagi menarik perhatian rakyat daripada memberi fokus terhadap kejahatan UMNO seperti kecurian lembu NFC, penipuan Najib dalam projek LRT Ampang, kisah sedih mengentot dan meletupkan Altantuya, Kes Samun wang balak RM 40 juta oleh Musang Aman,kecurian tanah Selangor oleh pemimpin UMNO, Rasuah Taib Mahmud....woit!!! bila nak habis senarai ni ha....tu belum masuk bab salah laku Tun Kutty lagi.....

Akhir kata, jangan sekali-kali kamu terleka.......kerana mereka adalah sekumpulan penyamun penyangak tidak bertata susila....mereka sanggup lakukan apa saja untuk kekal berkuasa........ Saya tidak hairan jika UMNO menghasut NGO2 seperti PERKASAM PUKIDA membuat hura-hara jika BN tewas PRU13. Sekarang baru kalah sambutan pun sudah main tikam orang, pukul-pukul dan baling batu. "Tidakkah mereka itu dari golongan syaitan-syaitan yang di kenali".....sepertimana yang di riwayatkan oleh Sheikh Al Firauna wal Kutty....

Anonymous said...

Pak Aspan..isu pengunaan dalam Allah oleh org bukan islam...akan menyebabkan golongan atas pagar tidak mengundi pakatan rakyat...

Kenyataan oleh pemimpin PAS adalah terbaik dlm isu ini...

Ahli parlimen yg bukan islam dlm paktan rakyathendak menutup mulut dlm isu ini..kerana mereka bukan golongan islam..

Kalau hendak berlaku seperti mei 13,seperti yg di kononkan oleh bn..lebih baik pemimpin bukan islam terutama dlm dap,menutup mulut dan JGN cuba cuba mencampuri urusan dlm agama islam...

Isu ini akan menyebabkan swing pengundian berlaku dengan pantas..dan pakatan rakyat berputih mata hendak menawan putraja..

Isu isu yg melibatkan islam yg cuba dicampuri oleh pemimpin bukan islam,akan menyebabkan umat islam dlm paktan rakyat dan bn bersatu hati...melawan agenda org kafir..

pemimpin bukan islam jangan cuba untuk bermain api..berkaitan dengan isu Allah..kita tau,mentang mentang kuasa politik melayu berpecah...bangsa bukan islam cuba bermain api terutama mengenai agama...lim guat eng..sepatutnya lebih peka...

Anonymous said...

Najib mempunyai sehingga oktober 2013 untuk kekal berkuasa...6 bulan selepas april dengan menggunakan pendekatan darurat supaya najib di tampuk kuasa...

Mungkin dengan tempuh tersebut mamak mahadey telah meninggalkan kita..dan najib akan menunjuk taring..dan kemungkinan ada pemimpin pakatan dan bn yg ditangkap supaya ameno kekal berkuasa..

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Najib menangguhkan PRU 13 bukan untuk memberi ruang kepada BRIM atau berbagai-bagai imbuhan lain. Pekara yang jelas adalah mencari helah bagi meredakan kemarahan rakyat yang mahu dirinya dari diheret kemahkamah diatas jenayah yang telah terdakwa keatasnya.

Lupakah kita tentang dua orang anggota polis yang telah dijatuhi hukuman gantung kerana membunuh Altantuya tapi sehingga hari ini ia masih tertanggoh menunggu tarikh rayuan. Tidakkah itu salah satu usaha untuk meredakan keadaan disamping mencari helah bagi menyelematkan mereka ?

Bertanding dalam pilihanraya ke 13 mesti menang kerana kemenangan itu akan menyelamatkan jasad mereka dari dihukum diatas dosa yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Bagaimana cara untuk menang tidak penting asalkan menang.

Demi menyelamatkan diri, keluarga, kroni, dan kekayaan yang mereka curi, Tun Dr. Mahathir terpaksa turun padang kempen menipu rakyat supaya mereka terus berkuasa. Takkan tak nampak kegelisahaan yang ditanggong oleh orang tua tu ?

Oleh kerana itu bukan pekara pelik jika Najib terus menangguh tarikh pilihanraya dan SPR pula sentiasa mencari alasan untuk mencipta undang-undang yang memberi kelebihan pada calon BN untuk menang.


ulitmayang said...

seluruh ahli && penyokong PR - PAS , PKR & DAP perlu menjadii petugas parti di hari pembuangan undi PRU 13 nanti

'tangkapan awam' spt yg dicadangkan oleh AMK PKR perlu digerakkan sekarang ini

Anonymous said...

Salam Pak Aspan..
Ada video seks terbaru Anwar disebar melalui Blackberry di Indonesia?
Ogilvy bentang pelan pecahkan PR?
Laluan ke Putrajaya tak semudah yang di impikan.
Nampak macam boleh tapi realitinya tidak.
Kita anggap kita di pihak yang benar tapi itu juga belum mencukupi.
Terlalu ramai yang nak jadi hero..
yang nak bercakap..
yang nak komen..
yang nak memimpin..
akhirnya kecundang kerana kebodohan sendiri.

Anonymous said...

Nampaknya parti yang paling kuat bekerja adalah parti DAP dan UMNO.Uang lain macam batuk ditangga sahaja dengan isu isu remeh peribadi yang recycle macam piring hitam lama.Nampaknya DAP dan UMNO lah yang akan dapat meningkatkan prestasi kerusi masing masing.PKR ada susah sikit.Teringat banjir teringat mangsa mangsa banjir orang kampong di Pantsi Timor dan di Utara rata rata orang Melayu.Parti mana yang turun padang ?

NM

Anonymous said...

'isu pengunaan dalam Allah oleh org bukan islam...akan menyebabkan golongan atas pagar tidak mengundi pakatan rakyat...'

The word Allah should not be for divisive and narrow political purposes by BN or become an issue in PR.

Pagan Arabs had used Allah before Nabi Muhammad's time.......they have more than 300 gods but one Chief God...'al' is The & 'ilah' is a god...thus, Allah is The GOD.

Middle Eastern Arab Christians used Allah all the time.

Anonymous said...

In Malaysian context the use of the word Allah is a little sensitive and it comes at the wrong time when PRU 13 is just around the corner.LGE is trying to pancing undi from the christians .Supprising un Penanf it is the PAS people that went to the streets with banners.You think about it.

zainal abidin awang kechik said...

siapa pandai dia menangnl la

zainal abidin awang kechik said...

SIAPA PANDAI DAN BIJAK DIA MENANG LA

zainal abidin awang kechik said...

ABANG NI BERAT SEBELAH