16 December 2012

Pakatan Rakyat: berbeza tetapi bersatu

Saya mendapat banyak pertanyaan tentang perbezaan di antara Karpal Singh dan PAS terutamanya setelah mendengar ucapan Karpal dalam kongress tahunan DAP yang sedang berlansung di Pulau Pinag sekarang ini.. Dalam ucapan beliau semalam, Karpal telah berlembut serta mengakui yang PAS merupakan rakan yang terkuat DAP dalam Pakatan Rakyat walaupun ada beberapa perkara yang berbeza di antara kedua-dua parti itu terutamanya tentang isu yang berkaitan dengan agama Islam dan hukum-hukumnya.

Mereka bertanyakan perkara ini kerana saya telah menyertai parti itu di dalam kongress yang sebelum ini pada 8hb Januari yang lalu. Oleh kerana pertanyaan itu datangnya bertalu-talu akhir-akhir ini maka saya merasakan saya perlu memberikan jawapan walaupun ia merupakan jawapan yang pendek sahaja.

Seperti MCA dan UMNO juga, maka DAP dan PAS tentulah mempunyai perbezaan di antara kedua-duanya. Kalau tidak ada perbezaan maka tidak mungkin wujud dua parti PAS dan DAP. Perbezaan itu memang satu hakikat dan tidak mungkin kedua-dua parti itu sama. Itulah sebabnya ada elemen permuafakatan di antara kedua-dua parti itu bersama PKR dalam apa yang di sebut sebagai Pakatan Rakyat.

Oleh kerana wujudnya perbezaan-perbezaan inilah maka timbul usaha permuafakatan yang kuat dengan matlamat yang kedua-duanya anggap sebagai matlamat yang baik. Jika tidak ada elemen perbezaan maka tidak mungkin ada permuafakatan. Begitu jugalah dalam BN atau pun Perikatan sebelumnya. MCA dan UMNO itu jauh perbezaannya. MCA hanya untuk bangsa Cina dan UMNO merupakan satu parti pada asalnya sebagai parti nasionalis Melayu yang sekarang sudah menjadi parti untuk tawkay-tawkay dan kroni pemimpin Melayu yang berkuasa.

Kedua-dua pihak samada dalam BN atau Pakatan Rakyat parti-parti yang menganggotai kedua-dua ‘coalition’ itu merupakan parti-parti yang berbeza. Maka wujud kerjasama di antara parti-parti yang menganggotai komponen BN dan PR itu. Dalam BN itu sendiri, khususnya UMNO itu sendiri berbeza dengan UMNO yang kita kenali dahulu. Sekarang UMNO itu untuk kepentingan gulungan eksklusif sedangkan UMNO sebelum ini adalah parti untuk orang Melayu yang ramai-ramai itu.

Walau bagaimana pun ada perbezaan di antara kerjasama Pakatan Rakayat (PR) dengan kerjasama di antara parti-parti dalam BN. Dalam perebutan mengambil hati dan jiwa rakyat yang mengundi, BN selalu memainkan kenyataan-kenyataan Karpal Singh terutamanya yang kadangkala berbeza di antara pemimpin PAS kerana masing-masing mempunyai perbezaan yang berbeza  itu. 

Tetapi itulah sebenarnya cara yang baik: masing-masing mesti zahirkan perasaan walaupun ia menunjukan perbezaan. Masing-masing tegas dengan perjuangan masing-masing dan dalam keadaan itu mereka akan mencari jalan untuk mendapatkan jalan tengah yang bersesuaian dengan perjuangan kedua-dua parti yang berbeza itu. Itulah permuafakatan, berbeza tetapi bersatu dalam mencari matlamat yang baik bagi rakyat yang di pimpin oleh masing-masing parti tanpa menanggung perasaan masing-masing.

Tetapi di dalam BN pula sekarang ini tidak ada percanggahan yang ketara di antara kedua-dua parti UMNO dan MCA sedangkan mereka berbeza. Malahan perbezaan di antara UMNO/MCA adalah lebih besar dengan perbezaan PAS/DAP. Tetapi dalam BN ada pihak yang terpaksa menjadi pak turut dan sanggup maruah partinya dan agamanya di permainkan oleh rakan komponennya. Isu yang paling ketara ialah penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh Chua Soi Lek di depan mata Najib sendiri semasa Perhimpunan Agung parti MCA baru-baru ini.

MCA tidak langsung memikirkan perasaan orang-orang Melayu Islam dan Najib pula terpaksa berdiam diri kerana bagi beliau menjaga kedudukan beliau dan kroni beliau itu adalah lebih penting dari mempertahankan agama beliau. CSL begitu bebas menghentam agama kita Islam ini tanpa mendapat reaksi dari Najib dan mana-mana pemimpin UMNO. Kalau begitu sikap pimpinan UMNO maka sudah tentulah tidak ada kenyataan-kenyataan yang bercanggah kerana UMNO membiarkan sahaja rakan kongsinya menghina bangsa dan agama sekendak hati mereka (MCA).

Tetapi dalam Pakatan Rakyat ada perbezaan pandangan tentang satu-satu isu khususnya tentang agama dan hukum-hukumnya. Pimpinan PAS dan DAP tidak menyorokkan perasaan mereka dan akan memberikan pandangan itu secara terbuka dan demokratik,. Dalam pada itu sentiasa mencari jalan kesederhanaan di antara mereka. Secara rasminya DAP telah mengakui yang parti itu menghormati agama Islam seperti mana Islam dan penganutnya menghormati agama-agama yang lain.

PAS pula menghormati DAP dan parti-parti lain dan akan melaksanakan hukum hudud atau apa-apa hukum yang di syariatkan oleh Tuhan dan Rasulnya untuk orang Islam sahaja. Dengan cara itu PAS tidak meninggalkan kehendak agama Islam tetapi bersama-sama dalam siasah dan bermuafakat bagi mencapai matlamat yang murni  itu menjaga kepentingan negara dan rakyat dalam erti kata yang sebenarnya.

Itulah saya sentiasa berkata yang kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah lebih meyakinkan dari kerjasama parti-parti yang berbeza dalam BN. Di dalam PR masing-masing akan mempertahankan nilai dan agama masing-masing di samping bekejasama sedangkan di dalam BN UMNO terpaksa berdiam diri dengan kutukan MCA terhadap bangsa Melayu dan agama suci kita semata-mata untuk mendapatkan undi bangsa Cina yang MCA sudah tidak dapat menguasai lagi.

UMNO terpaksa menjadi parti dayus semata-mata untuk kuasa walaupun agama dan bangsanya telah di hina dan di perlekehkan oleh MCA. Bagi UMNO, dayus pun dayuslah, asalkan mendapat kuasa sekali lagi dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Itulah baiknya di sebelah Pakatan Rakyat. Masing-masing boleh menyatakan perbezaan secara terbuka tetapi tidak berpecah kerana masing-masing bersatu dan bermuafakat untuk mencapai matlamat yang satu iaitu untuk mengasuh rakyat untuk hidup saling kasih mengasihi di antara satu dengan yang lain.

29 comments:

Anonymous said...

Well said pak AA. Waiting to read from those who disagreed refuting your arguments in a logical and sensible manner.

Anonymous said...

I m practising lawyer of chinese origin but am disappointed wth DAP. No malay won and this make me decided to go back to MCA..maybe.

choy meng

Anonymous said...

Dulu Dap gerakan Mca.,kini (Mca Gerakan dap) tiga pecahan ,melayu,dulu pkr pas umno kini (umno akan pas pkr) juga tiga pecahan,namun jika dilihat dlm isu2 semasa yg banyak membongkarkan kepincangan dlm kerajaan dengan pelbagai scandal yg menghimpit pemimpin2 negara kaum cina mula mengorak langkah menyokong Dap dan dengan itu kita bangsa melayu sepatutnya memberikan sokongan padu pada pakatan rakyat supaya segala isu2 atau scandal pemimpin yg rasuah,salah guna kuasa,penipuan dan pelbagai lg dpt dibersihkan setidak2nya dlm tempoh ini adalah waktu yg sesuai bg membentuk semula sebuah negara yg demokrasi..

Anonymous said...

pak aspan

'respect'......=.......'hormat'...........itu situasi antara pas dan dap.............antara umno dan mca suasananya adalah 'bodek'...antara 'bodek' dan 'hormat'.....orang2 yg berprinsip tentu sekali pilih 'hormat'............tapi malang sekali 55 tahun diasuh dgn budaya 'bodek'....hinggakan....mau segelas teh tarik pun kena 'bodek' mamak dgn panggilan 'boss, teh tarik satu!'.....mahu naik pangkat, 'bodek' boss.......mahu kaya, jadi yb 'bodek'.......etc etc etc etc...... wallahuallam..........

Anonymous said...

PAS & DAP had gone through many similar experiences as opposition parties and they will stick together......the only concern for PR is PKR with a few possible Kataks.

As long as one fight for justice and fairness, race and religion are secondary.

Anonymous said...

Saya x nak komen apa2 pnjelasan pak aspan sudah mmadai terang n jelas.
Terima kasih pak aspan atas hujah2 kukuh bernas n mamtap.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Terima kaseh atas tulisan yang tepatmengenai permuafakatan yang diamalkan oleh PR.

Saya berharap sangat barua2 BN membaca dan berfikir berhubung isu ini, dan berubahlah sementara maseh adaupaya nak berubah.

Saya pernah mengulas dan menyarankan Sdr berfikir berkali2 semasa Sdr menyatakan hasrat "mungkin" menyertai DAP.
Sekarang saya mengucapkan SYABAS kerana dengan kehaadiran Sdr dalam DAP dapat memahamkan rakyat Malaysia dari masa ke semasa.(yang mana nak fahamlah)
Bagi mereka yang maseh gerun akan kejatuhan bn, berubahlah agar kita dapat merasa kenikmatan kemerdekaan(fizikal dan mental)kesaksamaan hak dan peluang menikmatu keadilan dalam hidup kita yang tidak seberapa lama ini.

Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan terima kasih kpd Sdr dan Sdr Arif(maaf saya tak suka gelaran feudal) kerana berjuang tanpa kenal jemu untuk membetulkan minda rakyat Malaysia.
Salam Perjuangan.

Wasallaam................

tebing tinggi said...


Choy Meng

Party tidak harus dipersalahkan sekiranya tiada wakil melayu yang layak mendudoki CEC. Seharusnya ahli Melayu dalam DAP dapat menunjokan yang diri mereka berkemampuan untuk dilantik ,bukan hanya memenohi ruang-ruang yang hanya memberi gambaran kepelbagaian kaum dalam DAP, tak kanlah perlu undi subsidi pulak !.

sizzly7761 said...

Religion brings Justice! When you do Justice it means you comprehend Religion! Anyway...somehow rather BN must be kick out in this coming 13th GE!

Anonymous said...

You can continue to lie to yourself but everybody else knows DAP is chinese racist party....jilat lah...

Anonymous said...

Bro Aspan,

Will support DAP but until the party proves that people like u are ignored in the coming GE.

Whether DAP remains as Chines party will be known in the coming general elect.

We'll decide later.

zainal & co

Anonymous said...

Pak Aspan

I am not happy wth DAP now.

bentong phg.

Anonymous said...

PAS adalah parti yang lebih jujur dan ikhlas. Bersatulah kita. Tolaklah UMNO tolaklah DAP. Bagaimana pun DAP ada hak untuk kekal parti Cina. Kalau itu yg mereka hendak kita tak boleh buat apa-apa. Kita buat pula apa ygpatut dlm pru ini. Ini negara demokrasi.

Anonymous said...

Pak Aspan and Sak,

Your effort to make DAP relevant has gone to the drain. Being an ardent and avid follower of you both, i am going back to where I was, i.e BN.

I am a voter from Batu Pahat and my in laws vote in Rasah and Seremban. My wife votes in Serdang.

I am dispelling your claim that DAP is a party for all.

My sympathy and condolences to all Malays in DAP bro.

i think you better retire! DAP has to be a chauvinist party to reject Malays and Indians.Masa masih ada untuk berubah tuan. Maaf, saya terpaksa tinggalkan tuan setelah hampir setahun menukar pendirian dan meninggalkan BN.

PUAD,

Anonymous said...

Saudara ku Aspan,

(1)jangan terikut-ikut dengan saranan yang emosi yang setengah pengomen dolawan blog saudara.

(2)saya berkeyakinan saudara tidak akan berganjak dari perjuangan saudara. Saya adalah salah seorang yang telah melakukan apa yang sepatutnya kami lakukan untuk emberikan sokongan kepada saudara.

(3)ceramah saudara di kedah yang saya hadir mendengarnya meyakinkan saya yang saudara bukan orang yang nudah terpengaruh dengan emosi seperti itu.
(4) saya yakin DAP akan memberi saudara peluang dlm pru ini.

Ismail Ali, Jerlun
saya bertindak membelakankan BN kerana saya faham yang saudara tegas orangnya.

Anonymous said...

Everyone has their own rights, to choose with whom they want to be. Jika tuan rasa BN adalah tempat untuk tuan berpaut, itu adalah hak & pilihan tuan. Tuan Aspan atau LGE, atau DSAI atau TGHA tiada kuasa untuk halang. Tapi mengunakan kayu pengukur nilai-nilai semasa, pada hemat saya PR adalah tempat yang lebih baik dari BN.

Anonymous said...

Sdr Aspan,
Kita takkan boleh 'sedapkan hati' semua orang.
Sapa tak suka dengan DAP,PAS,PKR, biarkan.
Ada lagi ramai yang sukakan Pakatan ini.

muzium padi gunung kheyang said...

Salam, Sdr Aspan

Kupasan tuan memang jitu dan bernas.Tapi dalam audien yang luas, serta komuniti yang cacamerba,masih ramai di luar sana duduk bawah tempurung.

Nak buka minda masyarakat amat susah kerana bangsa kita terkenal dengan sikap malas menggunakan akal kurniaan ALLAH.

Tak lama dulu saya ada mengikuti ceramah Tuan Hj Mat Sabu.Beliau banyak mengutarakan beberapa persoalan,antaranya ialah,mengapa kita sering mencari perbezaan antara PAS dan DAP!

Dalam apapun keadaan, perbezaan tetap ada hatta perkara asas dalam satu-satu parti politik pun.

Tegas beliau,sekonyong-konyongnya,perbezaan itu lah yang menyatukan kita,yang kita hanya ada satu MATLAMAT iaitu menghumbankan BeEnd.

Tambah beliau,kita jangan lihat perbezaan,ayuh cari PERSAMAAN!
Kalau nak ukur perbezaan sampai bilapun PAS dan DAP tak akan dapat bersama.

Hamzah said...

All BN political component parties are racist!Non Malay can never become an UMNO member.And so the malay can never join MCA or MIC.Unlike the PR ...be it DAP or PAS open their membership to all races.

Walaupun PR berbeza tapi mereka tidak hipokrit! DAP masih boleh berbincang dg PAS mencari jalan penyelesaian.Bukan mcm UMNO dan MCA.MCA tidak sedar yg mereka selama ni menang kawasan Melayu!CSL tidak pernah menjaga hati dan perasaan org Melayu.kelemahan Najib takut menegur CSL.

Believe me MCA is no longer relevant in the Malaysian political landscape in the coming PRU 13

Hamzah








Anonymous said...

DAP for chinese!!! The truth has prevail. If i were you, just leave this racist party for the sake of being a malay.

Anonymous said...

Parti anak peranak @ DAP yg tuan sokong atas sebab kononnya mengamalkan demokrasi utk semua bangsa jelas membuktikan sebaliknya. Telah terang lagi bersuluh oleh itu kejahilan dalam memahami perkara ini hanya diri sendiri yg akan menanggungnya. Nasib badan....

Anonymous said...

Sdra Puad,

Pergilah undi UMNO dalam PRU 13 ini, tidak mengapa.

Didalam UMNO, terdapat 400,000 kaum bumiputra berugama Kristian menjadi ahli UMNO di Sabah.Jumlah keseluruhan ahli UMNOu jumlah yang berdaftar adalah 3.5 juta orang.

400,000 orang dari jumlah keseluruhan ahli adalah satu jumlah yang besar. Ia lebih kurang 11% dari jumlah keseluruhan ahli UMNO!

Mengapa tidak ada seorangpun dari mereka ini dicalonkan merebut jawatan ahli Majlis tertinngi UMNO dan mengapa tidak ada seorangpun wakil mereka dilantik menjadi MKT secara lantikan?

Sdra fikir-fikirkan lah dan jangan tarik balik niat sdra mengundi UMNO dalam PRU 13 nanti walaupun baru tahu fakta yang saya sebutkan.



Anonymous said...

sdr aa,
tahniah pada melayu dap kerana tidak tergoyah dek mainan media utama. Masih ramai melayu walaupun dah lama berpolitik namun tidak matang dalam merealisasikan kemuafakatan. Isu remeh diutamakan sedangkan keadilan dan kesaksamaan dipinggirkan. saya salut pejuang dap dan pakatan rakyat.

Anonymous said...

choy meng,you should go back to MCA,no one is stopping afterall you are intelligent,right?if not you won't be a lawyer.

Raison D'etre said...

Salam Pak Aspan,
Heran sikit bila dok belasah kata DAP Parti Chauvinist Cina sebab tak dak orang Melayu di "voted" ke CEC.
Dah namanya pun voted kan.

Takkan la nak pakai "quota" dalam hal ini. Kalau dah duduk dalam party yang prinsipnya Merit etc, kenalah accept. Saya percaya kalau ada ahli DAP berbangsa Melayu yang menyerlah, dia pun akan mendapat vote. Mungkin bukan tahun ini, tahun yang akan mendatang.

Bukan cam Parti component BN yang nak jadi ahli pun kena ikut Bangsa, tak?

Lepaih tu, bila cakap kat press sebut pasal kaum so and so masih menyokong Parti Am Me No, Yem Ai Cee and Yem Ci Yeh.

Apa cekadak.

Masih race centric cam gini sampai bila nak discard mentaliti aku aku, engkau engkau - bangsa aku, bangsa aku, bangsa engkau, bangsa engkau.

Kena berdiri sama - sama sebagai Bangsa Malaysia dah la ni. Contoh jitu: Cam kita buat masa Bersih.

Anonymous said...

Apa yg penting..dlm pru 13 nnti ,BN harus di tumbangkan..dan pakatan rakyat akan membentuk kerajaan...rakyat ingin melihat perubahan supaya kehidupan rakyat malaysia lebih makmur...

burn said...

"dap" have been the same since day one! sayangnya, many are not willing nor wanna to understand the struggle. been "dap" supporter all this while and will always be. one just need to justify the reasons and be more open. it take years, not days, weeks or months to become who you are. nothing is given free without commitment and hard work. all the best to sir aspan and many others. will support you all the way.

salam...

Anonymous said...

All political parties are racist.

More extreme are those in position of power, trust and influence.

An important step forward!

eri said...

got malay eh in McA???