17 December 2012

Sesiapa pun boleh kata apa tentang DAP, BN wajar di jauhi

Media perdana sekarang memainkan isu DAP parti chauvinis dan sebagainya. Media arus perdana memainkan isu DAP sebagai parti Cina kerana tidak ada seorang pun calon Melayu  yang bertanding memenangi walau satu kerusi pun. Hanya yang perlu kita ketahui yang DAP tidak seperti UMNO yang telah membentuk mentaliti ‘quota’ dalam mana Melayu mesti di berikan segala keistimewaan dalam semua hal kerana Melayu yang mempunyai negara ini.

Bangsa lain kononnya hanyalah bangsa yang menumpang sahaja sedangkan sekarang ini seorang kaum cina itu merupakan generasi ke empat berada di dalam negara ini. Bangsa Cina yang lahir sekarang ini tidak tahu pun yang mereka itu bukan bangsa Malaysia (seperti yang di katakan oleh pemimpin UMNO) kerana mereka lahir di sini. Mereka (kaum Cina) tidak ada negeri lain seperti juga orang Melayu yang tidak ada negeri lain selain dari Malaysia ini.

Itu sebabnya kita rakyat semua kaum ingin melakukan perubahan kerana jika tidak dilakukan perubahan itu satu-satunya negara yang kita ada ini akan hanyut di telan masa kerana tidak berkemampuan untuk wujud mngikut kehendak masa dan zamannya. Kita tidak ada negara lain dari negara ini. Bagi mereka yang telah mengaut kekayaan melalui kuasa yang ada kepada mereka boleh duduk dan mendiami negeri lain kerana mereka adalah kaum yang mewah dan boleh hidup dimana-mana sahaja hasil dari rompakan harta rakyat yang telah berlaku sebegitu lama tanpa had itu.

Baik DAP mahu pun PAS dan PKR, mereka mewakili semua kaum yang menuntut perubahan ini. Dalam usaha menuntut perubahan sememangnya satu usaha yang sangat susah tetapi apa pilihan yang ada kepada rakyat ini. Jika tidak di ubah rakyat negara kita sendiri akan berubah menjadi rakyat yang hina di sisi rakyat dan masyarakat antarabangsa yang sedang berubah mengikut kehendak zamannya.

Merata-rata di dunia ini rasuah sudah menjadi perkara yang jelek di sisi mereka. Itulah sebabnya banyak negara dalam dunia sekarang ini telah menolak parti-parti yang memerintah kerana tidak mahu lagi pimpinan yang rasuah. Hanya di negara ini sahaja pemimpin yang rasuah bercakap besar dan menjanjikan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.

Parti Liberal Demokrat Jepun telah di sungkurkan oleh rakyat negara itu kerana rasuah. LDP telah menjadi pembangkang dan baru-baru ini LDP telah kembali berkuasa setelah belajar dari pengalaman sendiri Setelah berubah semasa berada dipetak pembangkang di parlimennya beberapa tahun baru-baru ini LDP telah kembali memerintah setelah belajar betapa buruk dan hinanya rasuah yang mereka lakukan semasa memerintah selama 50 tahun dahulu.

Jika di Jepun rakyatnya boleh berubah tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh melakukan perubahan itu. Jika LDP telah belajar yang rasuah itu buruk dan hina semasa dalam pembangkang dahulu, UMNO juga akan belajar perkara yang sama jika kita paksa UMNO belajar seperti pelajaran yang di lalui oleh LDP Jepun itu.

Parti Kongress India tersungkur di hadapan parti Jenata dahulu, kini Kongress India telah kembali berkuasa dengan kepimpinan yang lebih baik. Lama juga tempoh Kongress berada di pihak pembangkang tetapi akhirnya parti Kongress India telah belajar pengajaran yang baik dan kini kembali menerajui pimpinan negara yang mempunyai demokrasi yang terbesar di Asia ini.

DAP bersama dengan PAS serta PKR sedang memainkan peranan memberikan pelajaran kepada kepimpinan UMNO dengan memberikan pimpinan alternatif seperti apa yang di berikan oleh parti Janata kepada rakyat India dahulu. Rakyat terpaksa melakukan ini kerana itu sahaja yang boleh membuktikan kepada kepimpinan yang rasuah dan lalai itu yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa itu adalah kerja hina di sisi masyarakat, apatah lagi di sisi agama suci kita.

Kesalahan rasuah yang keterlaluan ini tidak boleh di tutupi dengan BRIM. PRIM atau apa - apa yang ‘RIM’ yang lain. Masakan rakyat boleh terpikat dengan imbuhan-imbuhan yang di berikan sejemput itu berbanding dengan berkepuk-kepuk wang mereka (rakyat) yang telah di larikan oleh pimpinan kita untuk kepentingan mereka dan kroni serta keluarga mereka dengan tidak ada segan silu itu.

Isu Melayu kalah dalam pertandingan merebut CEC DAP menjadi isu oleh pimpinan BN termasuk oleh Perdana Menteri sendiri. Melayu baru hendak bertunas di dalam DAP dan dengan kehadiran beberapa orang Melayu dan Bumiputra yang di lantik untuk bersama-sama dalam CEC itu menunjukkan yang DAP serius dalam membawa parti itu menjadi parti ‘multi-racial’. MCA yang begitu lama usianya masih tidak ada seorang pun Melayu atau Bumiputra di dalamnya dan parti yang uzur itu merupakan parti yang sebenar-benarnya ‘chauvinistic’ dengan pandangan anti melayu dan Islam nya yang begitu mendalam.

Baik dari sudut mana pun kita pandang DAP itu ia tetap parti yang lebih ‘multiracial’ jika di bandingkan dengam MCA, rakan kongsi BN yang kedua terbesar itu. Oleh kerana saya belum lagi sampai usia keahlian saya selama 2 tahun maka saya tidak dapat untuk menawarkan apa-apa dalam pemilihan CEC baru-baru ini. Jika kalau perlembagaan parti itu sudah membolehkan saya bertanding saya akan menawarkan untuk bertanding dalam pemilihan itu.

Kita tidak boleh di buai oleh permainan media perdana sejak dua hari yang lepas kerana seperti biasa media perdana itu tugasnya sekarang ialah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat kerana pakatan rakyat memang sudah semakin hampir untuk menghampiri Putrajaya yang tidak mungkin mampu di pertahankan oleh BN sekarang ini.

Tetapi apa yang saya perkatakan ini hanya mengikut kemampuan kita berfikir kerana yang penentu terakhirnya tetap Tuhan yang Maha Kuasa. Itulah sebabnya setiap tindakan kita mesti di iringi dengan doa dan munajat kepada Tuhan kerana Tuhan sahaja yang akan memberikan keputusannya.

Tuhan terlah memberikan pesan dan kenyataan kepada kita, ‘apa yang ku berikan kepada mu itu, adalah yang terbaik bagi mu’. Kita terima sahaja apa-apa ketentuan Tuhan. Itu sebabnya Pakatan Rakyat jangan mengambil alih kerja Tuhan seperti yang dilakukan oleh BN. BN dan pimpinannya selalu berkata  “hanya BN dan UMNO sahaja yang boleh menentukan masa depan kamu semua. Kalau kamu pilih Pakatan Rakyat kamu semua termasuk agama kamu akan terhakis dan Melayu akan hilang di dunia ini”

Tetapi mereka (pimpinan BN) tidak menyedari Melayu telah mula hilang dunianya walaupun mereka (melayu) telah memerintah selama lebih dari 5 dekad. Jangan terpengaruh dengan ungkapan yang merugikan kita dari pimpinan BN kerana kita tidak boleh menerima kata-kata pimpinan yang fasik semata-mata untuk kebaikan kita semua.

18 comments:

Anonymous said...

Bro Aspan,

Siapa itu Ariffin Omar dalam DAP? tak pernah dengar namanya dan tidak pernah memberikan pandangan.

Sekadar bertanya aje.

Ramli Ahmad, Kg Baru

Anonymous said...

Saya mnengikuti rapat pemilihan DAP kali ni.. Maklumlah bila dan selalu sangat baca blog Aspan, sedikit sebanyak terpengaruh dengan tulisan DAP..macam-macamlah ulasan Aspan ...DAP tak rasis, tak rasuah dan orang Melayu tak perlu takut dengan DAP..parti multi racial dan macam macam lagi.

Harapan saya adalah seorang dua orang Melayu yang saya kenali dapat pemilihan DAP kali ni.. amat terkenal orang=orang ni.. pemimpin DAP pun menyebut mereka sebagai "the towering Malays"

Harapan saya selepas ni bolehlah hantar borang jadi ahli DAP, kot kot PRU akan datang , saya pulak dipilih DAP untuk menjadi calon DUN di mana mana kawasan di Negeri Sembilan.

Harapan saya, kalau DAP menang nanti adalah peluang saya jadi exco mewakili orang Melayu ..niat baik nak tolong orang Melayu dan gerenti saya tak rasuah, He he

Hampa pulak saya...takkan sorangpun Melayu tak layak jadi pemimpin di DAP.. DAP tak rasiskan Aspan..hanya orang Melayu dalam DAP ni tak ada meritkan Aspan macam kat Singapura tu.. jadi tak da orang pilih dia.

Buat masa ni tak jadi pulak nak jadi ahli DAP.. saya ingat nak jadi ahli KITA pulak. Saya harap Aspan setuju ye!Kawan baik Aspan kat KITA tu sonyap ajo,..masa buat pelancaran dulu bukan main gah sekali..Aspan kata gemilang sekali...apo dah jadi, orang kampung dah lama tau...

Batu Ronson

Anonymous said...

"Bangsa lain kononnya hanyalah bangsa yang menumpang sahaja sedangkan sekarang ini seorang kaum cina itu merupakan generasi ke empat berada di dalam negara ini. Bangsa Cina yang lahir sekarang ini tidak tahu pun yang mereka itu bukan bangsa Malaysia (seperti yang di katakan oleh pemimpin UMNO) kerana mereka lahir di sini. Mereka (kaum Cina) tidak ada negeri lain seperti juga orang Melayu yang tidak ada negeri lain selain dari Malaysia ini."

Terima kasih, Pak Aspan. Inilah yang selalu saya fikirkan dan katakan kepada orang lain bila mendengar "baliklah pendatang". Balik? Nak balik mana? Ini negara saya, bukan China. Bagaikan nak suruh seorang Melayu tu balik Jawa atau Sumatera.

Orang Cina di Malaysia berbeza dengan orang Cina di China atau Taiwan. Perbezaan utama, kita ada lebih ragam budaya dan makanan di sini. :) Saya berasa bertuah dilahirkan di Malaysia kerana dapat mengenal pelbagai kaum, budaya dan makanan. Bukan hanya terkongkong dengan satu-satu budaya sahaja. Ingatlah, setiap kaum menyumbang kepada identiti dan pembangunan Malaysia. Kita berbangga sangat dengan iklan pelancongan 'Malaysia Truly Asia' tapi di kalangan sendiri masing-masing menganggap yang lain tu pendatang.

-jenny

Anonymous said...

As Salam

Jujur saya katakan bahawa saya agak kecewa melihat kekalahan pemimpin2 melayu dalam DAP. Saya dapati pemimpin2 melayu DAP kurang popular dan kredibiliti yang kurang diyakini..

Perwakilan DAP kalau diikutkan boleh menerima calon melayu.. seperti Tunku Aziz walaupun akhirnya beliau memilih untuk menongkah arus dengan DAP.

Pemimpin2 melayu dalam DAP hendaklah menerima kekalahan ini sebagai cabaran untuk lebih menonjol dalam persada politik di Malaysia.. sepertimana Rosmah yang lebih menonjol daripada Najib..

Tidak dinafikan DAP dikuasai oleh bangsa cina. Tetapi hendaklah diingatkan bahawa polisi DAP adalah Malaysia untuk rakyat Malaysia.. seperti gagasan Presiden umNO yang pertama.. yang di akhir hayatnya disingkirkan oleh orang umNO sendiri..

Budak Kilang

Anonymous said...

My salute to these Malay DAPsters. They will be a force to be reckon with and this is what makes Umno so scared and thus they will try to bring these young, brave professionals down. Being appointed is not degrading at all. What is important is that they are now in the committee. This is a platform for you to be vocal too. Hope to hear more from you Malay Dapsters.

Anonymous said...

Batu ronson,

Anda terpegaruh dengan tulisan-tulisan pak Aspan? Sejak bila kuching tumbuh tanduk?

Anda disini adalah untuk memperlekehkan parti Pak Aspan dan membela, mempromote UMNO.

dalam UMNO, mengikut setengah maklumat, terdapat lebih kurang 400,000 ahli UMNO di Sabah dari keturunan bumiputra bukan melayu dan bukan Islam, mojoritinya berugama kristian.

400,000 ini merupakan 11% dari jumlah keseluruhan ahli-ahli UMNO. Soalan pertama, berapa peratuskah orang melayu yang menjadi ahli DAP dari keseluruhan ahli DAP?....20%?

400,000 ini telah banyak berjasa bagi mengekalkan kuasa UMNO. Takkan UMNO tidak boleh melantik seorang dua dari kalangan mereka untuk menjadi ahli MKT yang dilantik?

Kita tahu jika diharapkan menang bertanding, mereka tidak ada peluang langsung, sama dengan kedudukan calon-calon melayu yang bertanding dalam pemilihan CEC DAP tempohari!Sekurang-kurangnya lantiklah wakil mereka ke dalam MKT UMNO!

mengapa tidak dibuat? Andaian saya, sekiranya dilantik, perlantikan itu akan dijadikan isu bahawa UMNO berjuang untuk orang melayu - jenuh UMNO nak menjawab apabila menangkisnya apabila berhadapan dengan orang melayu di kubu-kubu kuat UMNO di Semenanjung.

Andaian kedua, status parti UMNO selepas memasuki Sabah telah diubah dari menjadi parti melayu kepada parti bumiputra seperti PBB akan terdedah. Bila terdedah, macamana nak cari makan dengan orang-orang melayu di semenanjung kan?

bat8

Anonymous said...

Kawan setuju sangat orang ramai masuk dan mengenali DAP dari dekat. Tahu bagaimana cara untuk mendekati dan menjahanamkan kaki rasuah, moga2 sama dapat pulak naik menjadi pemimpin akar umbi.

Anonymous said...

Bang

on your previous posting ..berbeza tapi bersatu ..samalah macam buat maksiat tapi sembahyang ..you are so twisted and manipulative ..you need serious help my dear friend ..

Anonymous said...

Jangan percaya kepada ungkapan, percayalah dan yakin serta percayalah kepada Tuhan. Penulisan yang habat.

Anonymous said...

Tauke daging

Anonymous said...

Jangan marahkan DAP ,umno apa kurangnya .Yang menang orang itu sahaja sekolah tak kemana sekarang ni baru ngalabah kerana yang dihadapan semuanya bermasaalah,ahli UMNO biasa tak bolih terima kerana mereka tu kaki ampu tak ada kebolihan untuk memperjuangkan apa2 pun kecuali untuk nafsunya.Kuasa Presiden untuk melantik ajk tambahan ada jadi apa perlunya buang masa untuk kempen untuk jawatan dalam DAP .

Anonymous said...


To be a leader ,one must be seen and be heard .The malays who contested for the cec was unheard of and even god lost them somewhere.
Take for instance Rafizi, everyone knows him Friend or foe knows him by just his face value.If he contests in the dap cec ,he will be elected,im sure.Rafizi can take on OKT anytime cos even the chinese,and indians know his face.In politics, its branding that matters, a face with the deeds will attract votes from even ones enemy.
I personally was not aware of such malays in dap ,never heard of them nor have seen them in any rally's,gatherings or protests.
They are the invisible men of dap so how to gain votes? To use these invisible men to spin is 'cruel and evil'.
Rafizi, latefa koya, the young malay lawyer from LFL,Tukar tube hisham and more can win votes not those dumbos.
High time for any person intending to contests in any election to build a brand name first.

Anonymous said...

Tuan Aspan, sememangnya saya seronok membaca tulisan-tulisan tuan kerana kelainan pemikiran yang datang dari tuan serta juga Tuan Samongkol (kalau tak silap bunyi dan ejaan) berbanding dengan ramai penulis lain. Apa pun kali saya terpanggil untuk membuat komen berkaitan pemilihan dalam DAP hujungb minggu lepas. Sebagai seorang Cina Malayusia, sememangnya saya kecewa kerana saya mengharapkan beberapa orang Melayu akan dipilih, bukan dilantik dalam CEC DAP kerana saya hendak DAP bukti kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa DAP adalah sebenar-benarnya sebuah parti berbagai kaum seperti yang sentiasa dilaung-laungkan apabila DAP cuba menangkis cemuhan parti lawan. Saya mahukan DAP 'walk the the talk' dan pemilihan dalam DAP itu merupakan satu daripada cara paling berkesan merealisasikan matlamat ini. tetapi sayang para perwakilan DAP dalam Mesyuarat Agongtersebut tidak berfikiran demikian. Bagi saya yang boleh mengenali pemikiran orang Cina, hasil dari pemilihan ini menunjukkan adalah suatu satu perkara yang tidak baik iaitu seolah-olah mereka tidak mahu memberi ruang atau bertolak ansur kepada orang lain berdasar kepada reliti sekeliling dan negara. Ya mereka akan mengatakan mereka mengamalkan meritokrasi dan demokrasi tetapi apabila diteliti komplen-komplen mereka terhadap kerajaan BN sebenarnya DAP juga mengamalkan dasar seperti BN. Saya menganggap para pewakilan dalam mesyuarat berlagak sombong, terlalu bangga dengan kebolehan diri sehingga tidak boleh memberi tempat kepada kaum lain. Bukan sahaja wakil Melayu tidak terpilih malah wakil India hanya seorang sahaja (tidak termauk YB karpal Singh dan anaknya) sedangkan begitu ramai ahli DAP dari keturunan India. Saya kira tuan harus memaklumkan kepada kepimpinan DAP supaya diberi lebih banyak peranan dan kepervcayaan kepada ahli-ahli bukan Cina yang ternyata setia kepada parti untuk menggalas kerja-kerja parti demi untuk seluruh rakyat Malaysia. DAP tidak boleh berlagak hanya untuk kaum Cina sahaja dan melihat mereka sahaja berkebolehan melaksanakan tugas-tugas membela rakyat dan ramai dari kita melihat ini hanya untuk kaum Cina sahaja. DAP mesti bekerja keras mengubah persepsi rakyat khasnyua orang Melayu bahawa DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia bukan hanya untuk orang Cina Malaysia sahaja.DAP mesti merobohkan persepsi ianya adalah sebuah parti chauvanis, parti untuk orang kiasu, parti untuk orang yang hanya tahu melihat kesalahan orang lain tetapi tidak pada diri sendiri, parti yang tidak boleh bertolak ansur kerana sombong dan terlalu bangga dengan kebolehan sendiri dan memandang rendah terhadap orang lain, parti yang menggunakan demokrasi untuk menangkis serangan pihak lawan tetapi tidak boleh menerima alasan demokrasi oleh pihak lawan. Saya sangat berharap DAP boleh walk the talk, bukannya beretorik seperti parti lawan.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Sabarlah dengan berita berita yang tidak mengembirakan tuan. Setiap perjuangan pasti ada risiko. Tiada istilah kalah dalam perjuangan kerana yang kalah adalah mereka yg enggan berjuang. Pilihlah wadah untuk berjuang. pilihan tuan sudah jelas dan saya masih tetap akan berjuang ber wadahkan UMNO.

Keyang dan Janggus Air Hitam said...

BN ni ibarat kuman di seberang lautan nampak tapi gajah di depan mata tak nampak!.Tambahan pula UBN akan menggunakan Media Perdana at the fullest.....Ikut Suka Aku yg diturunkan oleh Madeiyy utk mencari kesalahan parti pembangkang yakni PR.

Bagaimanapun sambutan Rakyat ke atas ceramah PR di pelusuk negara mengoncangkan jantung,hati dan nadi Pemimpin-pemimpin UMNO,MCA,MIC, Sabah dan Sarawak.Ketua UMNO Bahagian,Pemuda dan Wanita tidak boleh mendabik dada lagi!Bukan seperti dulu dulu...akulah Ketua UMNO Bahagian! Akulah Ketua Pemuda dan UMNO Bahagian.Akulah Wanita dan Puteri UMNO Bahagian!

Pilihan terbuka di depan mata anda! Tepuk dada tanya selera.Pilih BN adalah racun....penuh dg gejala rasuah,merompak duit Rakyat melalui kroni-kroni dg negotiated tender.Semua projek kerajaan,Petronas,AP, saham ,tanah kerajaan disapu oleh pemimpin UMNO dan MCA.

Oleh itu BN layak dijadikan parti pembangkang supaya mereka belajar erti kehidupan sebenarnya.


Keyang dan Janggus Air Hitam

tebing tinggi said...

Manusia ni sama sahaja disisi Allah melainkan imannya sahaja yang membezakan.
Sekiranya PR menang PRU 13 apa salahnya kalau kita lantik saudara Lim Kit Siang jadi PM kerana saya rasa dia lebih menyakinkan berbanding Anuar dan Hadi ,dua-dua bekas UMNO mencari kelebihan ditempat lain.

Anonymous said...

Bacalah:

http://blog.limkitsiang.com/2012/12/18/dap-polls-a-bitter-pill-for-rivals/

Anonymous said...

aspan aku cadang hang masuk tanding lawan parti amenongok mesti hang menang punya. mp tau jangan negeri.