10 September 2014

DAP memohon ampun, Anwar juga memohon ampun tetapi masih ingkar

DAP telah meminta ampun daripada Tuanku Sultan Selangor kerana bertindak dengan mengingkari titah Tuanku Sultan untuk menamakan lebih dari dua nama untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Tindakan DAP itu adalah tindakan yang sangat dialu-alukan kerana segera meminta maaf setelah Tuanku Sultan murka diatas tindakan ingkar DAP itu bersama PKR dalam isu ini.

Beberapa jam selepas itu ANWAR Ibrahim telah juga memohon maaf diatas kesalahan yang sama tetapi kekal dengan tindakannya hanya menamakan Wan Azizah, isterinya seorang untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Anwar juga mengambil kesempatan untuk membidas PM Najib kerana Najib dan UMNO sendiri hanya menamakan satu nama calon untuk jawatan Perdana Menteri negara ini.

Anwar Ibrahim juga berkata tindakan menyenaraikan hanya satu nama untuk jawatan Menteri Besar di Selangor itu adalah mengikut 'convention' dalam mana Khalid Ibrahim adalah satu-satunya nama yang dikemukakan oleh parti dalam memilih Menteri Besar selepas pilihanraya 2008 dan 2013 yang lepas. Alasan yang diberikan oleh Anwar itu adalah alasan yang lemah dan hanya alasan yang dicari-cari untuk meyakinkan tindakan menghantar satu nama sahaja dalam pemilihan seorang Menteri Besar itu adalah satu tindakan yang benar.

Begitu juga UMNO telah menghantar hanya satu nama kepada Tuanku Yang di Pertuan Agong dan kerana tidak ada persoalan dari pihak Istana, maka pencalonan nama yang tunggal oleh UMNO selama ini tidak mempunyai apa-apa rintangan dan diterima dengan baik.

Tetapi dalam kes pencalonan Wan Azizah, pencalonan beliau itu menjadi persoalan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi oleh Istana, maka itulah sebabnya Tuanku menitahkan untuk PKR dan parti-parti lain yang bekerjasama dalam PR itu untuk menghantar lebih dari dua nama untuk pertimbangan Kebawah Duli Tuanku Sultan.  Oleh itu Anwar tidak boleh menjadikan pemilihan Khalid dengan pencalonan tunggal dahulu sebagai konvension atau’ precedent’ yang perlu diikuti oleh Tuanku Sultan.

Oleh itu tindakan Anwar membidas Najib dalam kenyataannya memohon maaf kepada Sultan Selangor itu adalah satu tindakan untuk mengalihkan pandangan ramai dari masalah yang dihadapi oleh PKR itu. Malahan Anwar tahu yang isterinya itu bermasalah untuk memegang jawatan yang kini masih dipegang oleh Khalid Ibrahim yang dipecatnya dari keahlian partinya beberapa minggu yang lalu.

Tidak guna Anwar memohoin maaf jika beliau terus kekal tidak mahu berganjak dari sikap degil terhadap kehendak Istana itu. Meminta maaf tetapi tetap menunjukkan sikap tidak hormat terhadap institusi yang merupakan proponen penting dalam Perlembagaan Negara dan Negeri itu bukannya untuk membetulkan kesilapan dan kesalahannya.

Pendeknya itu bukan permohonan maaf tetapi menunjukkan sikap angkuh yang lebih dari apa yang telah ditunjukkan sebelum ini. Walau macam mana pun sekarang ini Tuanku boleh memilih siapa diantara yang dicalonkan oleh PAS kerana hanya PAS yang akur terhadap titah Tuanku itu dengan menghantar tiga nama kepada Istana pada 3hb yang lepas.

Tidak pula diketahui samada DAP bertindak menghantar tiga nama seperti yang dititahkan oleh Tuanku selepas Lim Guan Eng bagi pihak DAP telah memohon ampun dari Tuanku Sultan Selangor semalam.

Jika diteliti dengan halus, Tuanku tidak pernah menolak PKR tetapi hanya mempersoalkan kewibawaan Wan Azizah yang pernah diragukan kewibawaannya sebagai Menteri Besar kerana Wan Azizah akan hanya menjadi Menteri Besar 'rubberstamp' sahaja.

Apa masalahnya jika dihantar nama-nama lain dari PKR yang sudah pasti tidak akan membawa masalah kepada perlantikan Menteri Besar baru itu. PKR mempunyai 12 orang ADUN yang lain yang boleh dicadangkan untuk jawatan itu. Apa masalahnya namakan kesemua 12 orang yang lain itu untuk dipilih oleh Istana memegang jawatan Menteri Besar itu?


Sesungguhnya masalah yang timbul diwujudkan oleh PKR sendiri dan tidak ada kena-mengena dengan parti PAS atau yang lain.

14 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,


Kalau PKR dan DAP dikatakan derhaka,cuba baca sejarah pasal perlantikan MB Perak .Setelah Ghazali Jawi 'disingkirkan' oleh Sultan Perak, pucuk pimpinan parti UMNO, maka Wan Mohamed telah dilantik oleh Sultan Perak untuk mengisi kekosongan kerusi itu. Sekali gus krisis antara UMNO Negeri itu dengan Sultan Idris Shah telah reda. Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris enggan hadir dalam majlis yang dihadiri Menteri Besar Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Mesir. Perlantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1981 telah membawa perubahan kepada kekuasaan Sultan menerusi perubahan Perlembagaan Persekutuan pada 1983 dan 1993.

Tugas pertama Wan Mohamed mulai 1983 ialah memulihkan semula hubungan antara UMNO dengan institusi Istana Perak, kerana kalau tidak dipulihkan, banyak masalah tidak dapat diselesaikan kerana ada beberapa perkara menurut Perlembagaan Negeri, Sultan mempunyai kuasa, seperti hal ehwal agama Islam dan tanah kerajaan negeri.

Pada mulanya, Sultan Idris melihat beliau sebagai seorang Ketua Eksekutif yang boleh dibawa berunding.Tetapi setelah masuk pada tahun seterusnya sehingga tahun 1982 telah berlaku pula krisis antara Sultan dengannya. Beliau tidak berunding atau tidak meminta fikiran Sultan Idris Shah terlebih dahulu.

Antaranya, Menteri Besar telah mempertikaikan keputusan Sultan Idris Shah melantik seorang ulama tokoh PAS Negeri Perak, Ustaz Haji Abdul Samad Noh dari pondok Padang Rengas menduduki kerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak.

Amalan tidak saksama dalam pembahagian kawasan tanah komersial kepada syarikat-syarikat milik orang Melayu dan bukan Melayu

Pengagihan kawasan kayu balak diamalkan secara tidak saksama, ada syarikat yang mendapat dua tiga kawasan kayu balak dan banyak pula yang hampa kerana tidak mendapatnya, walaupun satu kawasan.

Sultan Perak telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Musa Hitam. Tidak lama kemudian Wan Mohamed terpaksa meninggalkan kerusi Menteri Besar Perak.

Bekas MB Perak itu daripada parti mana,parti mana yang mulakan derhaka terhadapa Sultan.Sejarah tidak pernah menipu.

Minah said...

Ananymous 0438:00

Dalam kehidupan, kita harus cuba menjadi orang terbaik. Orang yang harus kita contohi adalah orang yang lebih baik dari kita. Bukan sebaliknya.
Sekiranya kita membandingkan perangai kita sama hodoh dengan orang yang kita bandingkan dan membuat rumusan bahawa sepatutnya bukan kita saya buruk perangai tapi sipolan tu lebih buruk dari kita maka sampai bila-bila lah kita akan berperangai buruk.
Nabi Muhammad SAW sendiri berpesan supaya kita sentiasa membandingkan diri kita dengan orang yang lebih baik untuk menjadi eorang yang lebih baik.
Sekadar ingatan untuk diri saya dan untuk semua pembaca.Wallahu'alam

Anonymous said...

Anom 04:38

Apa pasal nak ikut benda yg tak elok? Cuba lihat apa kesan akhirnya? Patut la Pkr pun skrg suka buat fitnah sebab nak ikut bn....maklumla DNA yg sama....

Anonymous said...

Apalah masalah sangat PKR ni nak bagi beberapa nama calon MB kepada Sultan.
Adun PKR lain tu semua tak reti kerja ke?
Azizah saja ke yang reti?
Buruk perangai

Anonymous said...

Laaa...umno nk derhaka ke apa ke...itu hal umno...irg dok bincang psl pkr ngan dap...aduihhhh...takan irg lain murtad...eh kita pun nk murtad...nauzubillah...haprak dok main tukaq topik...malu no...

yoko ono said...

kena tangkap liwat,kata dia tak salah.kita lepas.lepas tu buat lagi,kata dia tak salah.lepas tu nak org percaya.gila!

Anonymous said...

Assalam tuan aspan,

Isunya ialah sultan telah beri isyarat menolak wan azizah bila baginda mintak lebih dari 2 nama setiap parti,wpun w.azizah 'clear cut' mdpt sokongan majoriti dun.

Takkan itu pun susah sangat nak paham.

Sultan mahu anak selangor yg mengerti & menyelami hati nurani serta asam garam golongan marhaen.

Kami rakyat selangor tidak mahu mb baru berupa jelmaan khir toyo ataupun mat taib yg sibuk mengagih2kan kekayaan dikalangan kroni.

Kami tetap dibelakang sultan selagi kesejahteraan rakyat diutamakan.

Memang rimas mendokong biawak hidup,tapi klu biawak ini dpt mengekang kerakusan buaya darat kami redha.

lebaikudin

maae said...

Sejarah kita berpaksikan Kesultanan Melayu. Kemudian Islam itu datang dan di perakui oleh Sultan dsn Raja Melayu. Akhir nya, semua Melayu itu sinonim menjadi Bangsa Berugama Islam.

Raja yang adil di sayangi. Raja yang zalim perlu di sanggah. Kes Sultan Sekangor, ada kah baginda bertindak zalim ? Atau rakyat nya ? Atau rakyat dari jajahan(negeri) lain ?

Ada kah baginda mencampuri urusan politik ? Atau politik mencampuri Urusan Baginda ? Dalam Perlembagaan Negeri Selangor, Sultan itu punyai kedudukan yang di iktiraf dalam pentadbiran negeri nya. Bukan hanya tunggul atau rubberstamp ! Maka berpaling muka rakyat terhadap Baginda jelas satu pengkhianatan dan derhaka ! Zaman dahulu, jika derhaka, maka hukuman nya ialah bunuh ! Derhaka bermaksud menghuru harakan Istana dengan tujuan mengambil alih pemerintahan !

Kes Selangor, apa tersurat dan apa pula tersirat ?

Bantal peluk bukan untuk di jual dan di beli. Ia milik dan tanggungjawab peribadi. Bukan di jadikan abdi, boneka dan di aibkan secara awam.

Untuk menjadi Pemimpin, mesti mempunyai ciri-ciri dan di terima semua petingkat golongan masyarakat. Ia semua gerak kerja dari Allah SWT kerana setelah menjadi Pemimpin maka AMANAH dan TANGGUNGJAWAB itu amat berat di sisi Allah SWT. Biah nya berlaku dengan mengangkat SUMPAH menyebut nama Allah bersaksikan Al Quran dan Individu2 di percayai.

Kepimpinan itu satu perkara yang terpenting yang di tekankan dalam Islam. Nabi Muhamad SAW itu Pemimpin Besar kita semua. Maka patuh lah kepada Pemimpin Utama dan sejujur nya WAJIB patuh kepada Yang Esa. Sunnah Nabi itu bukan sia-sia.

Anonymous said...

tak kisah la sape pon yg dethaka,tapi nape nk ikot bende yg x elok?dh tau UMNGOK pernah buat camtu,nape PKR nk buat cmtu jugak?kan contoh xelok tu.takyah la ikot benda xelok.skarang ni pada aku,UMNGOK dgn PKR same je perangai.HODOH & JIJIK.

Mns said...

Betul Tuan Aspan.

Memohon maaf perlu iklas dari hati, ke atas kesalahan keingkaran tidak ikut kehendak Sultan Selangor bukan mengubah pandangan kesalahan itu kepada orang lain.

Anonymous said...

Saudara Aspan - mungkin minta ampun bukan bererti salah tetapi adat resam kita menghormati institusi Raja berpelembagaan. Jika situasi sebenarnya membolehkan Raja atau Yang Dipertua Negeri mempunyai "absolute power" utk memilih MB/KM, apa yg menghalang Raja/Yg Dipertua utk memilih calon yg bukan dicadangkan majority?
Frozenthots.

Anonymous said...

A ah..... ye kan?

Anonymous said...

Salam.
Bagaimana mungkin membandingkan kerja buat BN dgn PKR. BN badan rasmi yg bertindak sebagai satu unit sekata sdgkan pakatan rakyat tidak. Jelas tiada kesepakatan antara PAS DAP dan PKR yg konon nya membentuk pakatan rakyat maka wujud keperluan merujuk kepada pendirian parti yg berbeza dlm hal mencalunkan MB Selangor.
Ini tak berlaku kpd BN kerana keputusan BN tidak disanggah oleh komponen nya sendiri .
Kalau kancil nak berak sebesar tahi gajah...susahlah.

Naib Nabi said...

Tuan2 sekalian.

Isu ini pasti tak akan senyap kalau di tengok tentang 'suhu' nya dah naik kemunjak dari sudut semua pihak baik dari istana ke PKR ke DAP ke PAS ke.

Kalau boleh UMNO jangan buat apa2 statement. Nanti bertambah kacau lagi ehwal nya.

Saya rasa apa jua keputusan di buat Sultan pasti juga jadi kecoh di Dewan nanti.

Saya rasa sementara ini kekal TSKI. Panggil Dewan utk bersidang. Jalan kan kerja2 negeri & rakyat seperti biasa.

Tengok kalau Dewan kecoh. Buat pengundian semula di Dewan justeru bawa persetujuan dari Sultan.

JANGAN SEKALI KALI BUBAR DEWAN KERANA INI AKAN MELIBAT KAN RAKYAT MENGUNDI SEMULA. BUKAN SAJA DUIT MEMBAZIR TAPI PALING KITA TAKUTI PERPECAHAN & PENGADUHAN AKAN BERLAKU DI KALANGAN RAKYAT YG MALANG INI