04 September 2014

Kajian mendapati rakyat Selangor mahu PAS berpisah dari Pakatan Rakyat

Kajian Malaysian Insider dan Merdeka Center menunjukkan yang majoriti kaum Melayu di Selangor mahukan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat… 55 peratus dari pengundi Melayu beranggapan PAS wajar meninggalkan Pakatan dan 20 peratus pengundi Cina dan 19 peratus pengundi India bersetuju dengan pendirian pengundi Melayu itu.

80 peratus dari mengundi Melayu didapati berpendirian yang PAS sepatutnya terus menyokong Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar. Ada pihak yang mempersendakan kajian ini, tetapi pihak yang melakukan kajian ini setidak-tidaknya telah berusaha melakukan penyelidikan dan tidak seperti setengah pemimpin dalam PKR membuat kenyataan yang PAS selama ini bergantung kepada kekuatan mereka tanpa bukti jelas untuk diyakini.

Dimana kebenarannya kita tidak tahu, tetapi apa yang kita tahu aktiviti Pakatan Rakyat tidak akan sempurna jika tidak ada sokongan infrastruktur PAS seperti sokongan dari Unit Amal parti itu.  PAS merupakan parti yang menghidupkan semua kegiatan Pakatan Rakyat sehinggakan jika PKR mengadakan kegiatan tanpa sokongan infrastruktur PAS jarang sekali program politik PKR itu mendapat kejayaan. Merdeka Center dan Malaysian Insider yang kebanyakkan pengundi Melayu di Selangor mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat itu akan menguburkan PKR.

Kita ambil kajian Merdeka Center dengan Malaysian Insider setakat ini tanpa mengambil semua kajian mereka secara detail. Sesungguhnya PAS adalah parti yang tertua dalam Negara ini, dan telah melalui berbagai-bagai dugaan dan cabaran dalam usianya selama enam dekad itu. Semasa saya memulakan kegiatan dalam politik lebih dari tiga puluh tahun yang lalu, PAS dianggap oleh pimpinan umno dan rakyat yang ramai, hanya sebagai parti yang berkala kehadirannya dibanyak negeri dan kawasan dalam Negara ini.

PAS semasa itu hanya kuat sokongannya di negeri-negeri Pantai Timur dan di utara Semenanjung ini serta di beberapa  tompok kawasan terutamanya di kawasan dan daerah yang banyak sawah padi sahaja. Tetapi setelah parti itu terus bersabar dan menghadapi berbagai cabaran dan ditambah pula ramai cerdik pandai selama itu menyedari tentang kelemahan yang ada di dalam UMNO dan BN, mereka mula memandang kepada PAS sebagai premis mereka untuk menyegarkan fikiran siasah dan politik mereka. 

Justeru PAS telah beransur-ansur menjadi parti yang mudah diterima oleh gulungan terpelajar dan itulah sebabnya PAS sekarang ini sarat dengan ahli-ahli dan penyokong dari gulungan ini. Pendeknya PAS bertambah kekuatannya diatas kepercayaan rakyat ramai sebagai sebuah parti yang dalam masa yang sama ramai dikalangan anak-anak muda yang sudah tidak berminat lagi untuk menyertai UMNO kerana permainan politik yang keterlaluan dikalangan pimpinannya di setiap peringkat kepimpinannya.

Itu sebabnya kita tidak terkejut melihat dan mendapati mereka yang berkelulusan professional dan separa iktisad walaupun tidak menjelaskannya secara terbuka, mereka adalah gulungan baru dan muda yang lebih kecenderungan untuk menyokong PAS. Lain-lain perkataan PAS bertambah kekuatannya kerana parti itu berjaya memberikan keyakinan terhadap anak-anak muda yang masih belum tercemar pemikiran mereka tentang politik itu.

Di sebaliknya PKR itu wujud di atas perpecahan UMNO yang melibatkan pemecatan Timbalan Presidennya pada September tahun 1998 dahulu, yang di ketuai oleh Anwar sendiri dan memberikan ‘proxy’ kepimpinan parti itu kepada Isterinya Wan Azizah Ismail.

Pendeknya parti ini wujud bukan berlandaskan kepada kepercayaan dan perjuangan mereka tetapi hanya untuk bersama pemimpin mereka Anwar yang semasa pemecatan beliau sudah hampir berjaya menguasai sepenuhnya kerajaan dan UMNO dan hampir menundukkan Dr Mahathir yang masih berseronok dengan kuasa. Mendengar percubaan dikalangan ahli-ahli UMNO untuk merebut jawatan dari beliau merupakan satu jenayah bagi Dr Mahathir.

Dr Mahathir telah memerhatikan segala langkah dan tindakan Anwar dan apabiila sudah mula timbul keyakinan yang beliau akan ditumpaskan oleh Anwar, barulah beliau menggunakan isu kegiatan Anwar dalam isu seks luar tabii yang beliau telah lama mengetahuinya. Maka Mahathir telah menggunakan isu ini secara ‘expedient’ dan ia amat mudah diyakini oleh ahli-ahli UMNO dan rakyat terhadap Anwar. Akhirnya Anwar di pecat pada 2hb September 1998 dahulu dan bermula lah perpecahan dalam UMNO itu.

Hasilnya terbentuklah sebuah parti yang dinamakan PKR. PKR tidak mampu untuk maju tanpa mempunyai sekutu yang sedang bertambah kekuatannya, dan parti itu ialah PAS. Sementara mendapatkan sokongan dari musuh utamanya DAP, PAS lah yang telah memberikan kekuatan kepada PKR yang motif utamanya ialah untuk menjadikan Anwar yang terlepas peluang untuk menjadi Perdana Menteri itu untuk menyambung semula peluang untuk berkuasa di Putrajaya itu.

Oleh yang demikian jika ada pihak dari PKR atau DAP yang menggertak PAS akan hilang dimuka bumi ini jika keluar dari Pakatan itu adalah tidak berasas sekali.  Apatah lagi dalam situasi perpecahan dalam PKR di setiap peringkat hasil dari pemilihan pimpinan baru-baru ini PKR tidak mungkin berada di tahap semasa PAS masih bersamanya. Malahan sebahagian dari ahli-ahli PKR yang kecewa di mana-mana di seluruh negara tidak akan memberikan sokongan kepada PAS jika PAS masih bersama parti yang mereka anggap sebagai parti yang tidak berpendirian itu.

Isu kemelut politik di Selangor sekarang lebih membuatkan PAS terhakis sokongannya jika ia masih bersama parti yang hanya mempunyai satu perjuangan iaitu untuk menjadikan seseorang yang terlepas peluang menjadi Perdana Menteri oleh tindakan ‘foolish’ beliau sendiri.

Bagi saya pandangan Merdeka Center itu adalah bertepatan dengan 'mood' rakyat Selangor terutamanya yang PAS boleh berdiri diatas kaki sendiri. Malahan parti itu akan lebih kuat jika tidak lagi bersama PKR kerana menyokong PKR itu adalah sama dengan menyokong Anwar Ibrahim yang telah menunjukkan belang beliau yang sebenarnya dalam isu perlantikan Menteri Besar baru sekarang ini.

Anwar telah membuktikan tuduhan musuh-musuh politiknya yang beliau hanya mahu memperjuangkan keuntungan peribadi beliau dan keluarga beliau sahaja itu adalah benar. Rakyat telah jelas dibuktikan yang ‘nepotism’ ini lebih hebat lagi dalam PKR itu dari UMNO yang telah beliau (Anwar) tuduh berluas-luasa dalam UMNO. Anwar terlalu terkeliur dengan jawatan Perdana Menteri negara ini yang boleh memenjarakan dan mengeluarkan seseorang dari penjara itu.  

PAS wajar sedar, yang parti itu bukannya parti untuk kepentingan seseorang individu, tetapi ia adalah parti yang memperjuangkan keadilan dan berlandaskan kepada kehendak hakikat dan syariat Islam. Parti Islam ini tidak boleh dicemari oleh unsur lain dari unsur yang di tuntut Tuhan dan Agamanya.

Jika pun PAS telah melakukan kesilapan sejak beberapa tahun dahulu, kita anggap sahaja sebagai seorang yang sedang meniiti permatang sawah. Jika tergelincir kedalam sawah yang berlumpur itu cepat-cepat naik ke permatang itu dan teruskan perjalanan sehingga sampai ke penghujung lopak-lopak sawah itu.

22 comments:

Anonymous said...

Krisis yang dicetuskan oleh PKR sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi PAS. Macam-macam telahan, andaian yang belum sahih tetapi TGHHA dan PAS secara keseluruhan dibalun cukup-cukup.

Amanat dan pesanan TGHHA yang menyebutkan PAS adalah parti politik bukan macam parti poltik lain ( bukan berperanan sebagai parti untuk urusan dunia sahaja tetapi mencakupi dunia dan akhirat maksudnya).

Hanya KESABARAN DALAM JIWA PEMIMPIN DAN PARTI yang akan membuktikan siapa sebenarnya PAS. Biarkanlah dengan tuduhan dan fitnah mereka-mereka itu yang pasti Tuhan bukan membiarkan begitu sahaja dan yang pasti ada habuannya....

Anonymous said...

Sir

Are you suggesting PAS leaves Pakatan and form a Malay unity government? It is not as simple as PAS and Pakatan but the survival of Tunku Abdul Rahman vision of Malaysia. But then again maybe your interest is Ketuanan Melayu where PAS leaves Pakatan and form a unity government with UMNO. I think that will be good since it help all races clearly understand the idea of unity is something that cannot exist.

Anonymous said...

Salam AA,
Masuk PAS saya sokong.

awang batuburok said...

Salam Pak Aspan,

Rasanya tidak bijak dan tidak matang kalau PAS keluar dari PR... Majoriti ahli
PKR tidak bermasaalah dgn PAS dan Tan Seri Khalid. Yang menimbulkan masaalah dan keresahan didlm PKR ialah Anwar dan keluarga beliau. Kalau Anwar dan keluarga serta konco-konco beliau bersara secara terhormat dari politik, PKR dan PR masih dapat diselamatkan ...majoriti rakyat masih menaruh harapan yg tinggi kpd PR.

maae said...

Masaalah nya, parasit baru telah merosakkan PAS yang sepatut nya berpaksikan Ulama.

Jika PAS tidak tebus Selangor, keadaan seperti di P.Pinang akan sinonim. Sekurang-kurang nya, jatuh nya Selangor masih bersambut dari tangan yang memberi kesejahteraan sudah terbukti selama 57 tahun.

Selangor kekuatan Persekutuan. Jaga lah ia dengan terbaik.

awang batuburok said...

Salam Pak Aspan,

Rasanya tidak bijak dan tidak matang kalau PAS keluar dari PR... Majoriti ahli
PKR tidak bermasaalah dgn PAS dan Tan Seri Khalid. Yang menimbulkan masaalah dan keresahan didlm PKR ialah Anwar dan keluarga beliau. Kalau Anwar dan keluarga serta konco-konco beliau bersara secara terhormat dari politik, PKR dan PR masih dapat diselamatkan ...majoriti rakyat masih menaruh harapan yg tinggi kpd PR.

XUMNO said...

Walaupun kajian Merdeka Center tertumpu pada pengundi2 di Selangor yang majoriti mahu Pas berpisah dari PR; sentimen sama boleh dirasai di seluruh negara. Rata2 ahli biasa Pas yang telah bersama Pas dalam semua keadaan juga merasakan Pas patut berjuang bersendirian dan jika perlu bertanding menentang PKR dan DAP maka itulah sewajarnya. Pas sudah terlalu lama menabur bakti membantu terutama PKR semasa pilihanraya tanpa meminta apa2. Kemelut MB Selangor mempamerkan wajah dan sikap sebenar PKR terhadap Pas. Dan yang dipamerkan adalah sangat hodoh!! Segala tuduhan dan cacian melampau yang tidak terfikir oleh mereka yang waras apa lagi mengaku menganut Islam dilemparkan kepada Presiden dan Pas oleh PKR, seolah2 tidak menurut kehendak mereka merupakan satu dosa besar yang tidak boleh di maafkan. Sekali lagi dipercayai sekiranya Pas kekal dalam PR, sokongan pemgundi akan merosot teruk. Sekurang2nya jika berlaku pilihanraya di Selangor akibat kedegilan PKR, Pas wajib bertanding sendirian jika mahu mentadbir Selangor.

Anonymous said...

Ramai ahli cendikiawan mudah.Tetapi na cari pemimpin yg boleh menyatukan jutaan manusia bukan mudah.

Kalau jenis mcm Nasrudin Tantawi berlambak.Lihat lah Si Gemok beraksi di parlimen macam panda

Naib Nabi said...

Pak AA

Issue sekarang bukan soal parti mana yg pecah atau yg bergabung. Parti yg kuat bila bergabung atau lemah ke bila berpecah. Apa2 je ttg ramuan parti2 tu tak penting.

YG PENTING & UTAMA ADAKAH PARTI2 INI DPT WUJUD PEMIMPIN YG BETUL2 BERJIWA RAKYAT.

BAGI PANDANGAN SAYA SEMUA PARTI YG ADA DLM MALAYSIA SKRG WUJUD UTK KUASA SEMATA2 SAHAJA

WALLAHUALAM

Anonymous said...

Memang betul PAS dah lama wujud dan berpengalaman.PAS boleh di ibaratkan serpihan UMNO.Di mana kedudukkan PAS di banding UMNO.

PAS semacam life jacket, safety boot atau topi keledar UMNO.PAS sebelum bersama PAKATAN RAKYAT cuma parti kampung di pantai timur mengantikan mak yong sebagai pelipur petani yg penat mencari hiburan

Anonymous said...

Keadilan berlandaskan fitnah

Anonymous said...

Keadilan menikam dari belakang dgn letak calun di kawasan kawan dan fitnah pil kuda

Anonymous said...

Sy sgt stuju dgn tuan..x abis2 pkr dan dap menghentam pas skrg..!!

Mns said...

100% sokong PAS keluar dari PR.

Anonymous said...

bukan sahaja keluar PR malah lebih afdal kalau join BN kot....

inphasemedia said...

i wish pas percaya apa yg ditulis.
also tq la sebab mainkan isu ni lagi. if only you knew whats the move from 70%kawasan/bahagian PAS.

Anonymous said...

Klu sultan pilih calon pas...penentu mb adalah dap tp dap xder advantage apa2 utk bargain dgn pas. Umno akn tggu langkah dap.
Klu dap kekal sokongan pd pkr...then prn...then dap boleh lupa undi melayu sbb selama ni pas yg tlg bwk masuk dap ke kmpg melayu. Dap mungkin menang bsr...tp umno akan gain seat. Tanya org pkr...itu seat pas. Tanya pas...itu seat pkr. Pr retak menanti belah.
Klu dap sokong pas...no prn..pr sumbing tp pkr akan dijinakkan malah pas blh demand pd pkr..kami xnak anwar, rafizi, etc. If not kami kuar pr. Pas tlh dimalukan...dihina...dimaki...smpi peringkat pas has nothing to lose anymore. Seorg jeneral israel pernah berkata..dlm perang jgn serang smpi musuh xde jln utk keluar..sbb bila dh xder jln keluar...musuh akan lawan blk bermati2an. Itu silap strategi pkr...x bg muka langsung pd pas sedangkan semua krisis ni bkn dr pas.

Anonymous said...

Umno akan tgk dap..klu dap switch to pas...pkr akn jd lemah..so umno akan neutral. Perjanjian KN akan terbatal dan blk la umno ke dwb board camner nk rampas slgr.

But...anwar akn ke penjara..dibuang dr pkr...become another history in msian politic. Mudah2an isu lgbt selesai...isu kalimah allah selesai...taring majlis peguam patah..bersih 2.1 kene masuk tong sampah...isu sbh srwk nk keluar padam...isu api perkauman senyap skjp...and new parlimen melayu bertambah di dewan.

Anonymous said...

kalau ada prn, diharap BN jgn bagi calon cina atau india di kawasan melayu. Asyik kita yg memberi mereka. lantaklah mereka tidak ada orang nanti DUN nanti.
they help each other out regardless of party. bu

Anonymous said...

Saya pernah mengatakan bhw PAS telah ditipu oleh PKR. Cuba renungkan;

1. PKR tidak mahu calunkan TSKI bertanding dalam PRU-13 di Selangor.

2. PAS dan DAP desak supaya TSKI mesti bertanding - jika tidak kungkin PR kalah.

3. PKR bersetuju dan PR memperolehi majoriti 2/3.

4. TSKI kekal sebagai MB. PKR tidak puas hati tapi tak boleh buat apa2 selagi PAS sokong TSKI.

5. PKR memecat TSKI dari PKR. PAS tidak lagi boleh sokong TSKI sbb dia terkeluar dari PR.

6. PAS kena main oleh PKR.

7. PAS menjadi kain buruk dan diburukkan oleh PKR dgn sokongan segelintir dlm PAS yg mahu bersama PKR.

Zulkarnain Abdullah said...

INI LAH HADIAH YANG DI TERIMA OLEH PKR....DARI TUHAN ATAS PERBUATAN MEREKA ATAS PRM.....SYABAS....WHAT GOES AROUND COME AROUND.....DULU DAPAT TUBUH PAKATAN BUKAN MAIN SOMBONG....MEMPERKECILKAN PRM....KONON TAK SESUAI BAGI GENERASI INI

Anonymous said...

Kalau Sultan pilih calon PAS jadi MB, maka PKR dan DAP perlu terima dan berlapang dada. Jangan derhaka-derhaka macam sekarang. Sultan minta 3 nama pun PKR dan DAP degil. PKR dan DAP kena hormat kepada Sultan. Jangan sibuk menanam pergeseran rakyat terhadap Sultan.