27 February 2016

Kesabaran Muhyiddin ada hadnya juga, alang-alang lambakkan semua

Hari ini nak sambung lagi tentang penggantungan TS Muhyiddin dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Penggantungan itu nyata membuktikan UMNO bukan lagi parti yang mempunyai ciri-ciri parti pemerintah, sebaliknya tindakan menggantung pemimpin kedua tertinggi parti itu menunjukkan yang parti itu akan berkubur dari ingatan dan sokongan rakyat. Di peringkat pimpinan tertinggi UMNO sedang bermain politik untuk merebut kuasa kerana Perdana Menteri Malaysia sangat berkuasa dan boleh memasukkan dan mengeluarkan sesiapa dari penjara.

Tindakan Najib menggantung Muhyiddin ini terang-terang menunjukkan yang Najib dan konconya dalam Majlis Tertinggi itu bukanlah kumpulan pemimpin, sebaliknya mereka hanyalah barisan dan kumpulan yang memperjuangkan keselamatan peribadi pemimpinnya Najib. Mereka adalah dari gulungan yang fakir jiwa dan keliru kenapa mereka berada diatas itu memimpin rakyat yang semakin hari semakin bijak dan pandai memerhati sikap  dan laku pemimpin mereka.

Tindakan menggantung Muhyiddin itu semata-mata kerana satu sebab utama. Najib sedang berhadapan dengan perbicaraan masyarakat tempatan dan antarabangsa tentang isu rasuah terbesar dalam sejarah dunia ini yang dihadapi oleh Najib. Najib mahu melindungi dirinya dari pembongkaran isu sebenar. Manakan tidak, Najib disoal siasat dibanyak negara didunia ini dan perlu diingat tuduhan rasuah terhadap Najib ini melibatkan banyak negara dan individu bersama. Najib dalam keadaan desperado kerana apa yang penting bagi beliau sekarang ialah beliau dapat menutup segala tindakan dan perlakuan serta moralnya yang rendah  itu.

Najib tidak memerlukan lagi orang mempercayai beliau kerana beliau sendiri tahu yang semua orang tidak percaya dengan beliau. Yang Najib perlukan sekarang ialah kawan-kawan yang setia dengan beliau dan mempertahankan beliau dalam keadaan beliau yang hampir tersungkur sekarang ini. Maka berebutlah diantara mereka dalam hierarki parti dan kerajaan untuk membantu beliau dengan bersama-sama membohongi rakyat dan diantaranya ialah pemimpin yang ingin mengambil kesempatan diatas kekosongan jawatan Timbalan Presiden parti itu untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri. Ramai yang yakin mempertahankan Najib bermatian-matian itu sendiri tahu keadaan sebenarnya tetapi mereka ingin mengambil kesempatan sementara nyawa politik masih ada sedikit itu untuk mendapat habuan material dan kedudukan peribadi.

Justeru pimpinan UMNO itu sebenarnya adalah pimpinan yang terlalu rapuh dan pemimpin tertinggi yang hanya bergantung kepada kuasa sebagai pemimpin kerajaan. Dengan kuasa yang ada mereka boleh membuang AG dan menggantinya dengan seorang yang boleh menggunakan kuasa untuk menutup segala kebenaran. Mereka mempunyai KPN yang sanggup memainkan peranan untuk menutup segala kebenaran dengan menyiasat mereka yang mengkritik kepimpinan yang tidak berkepimpinan itu.

Jelas Muhyiddin tidak sanggup melihat segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh Najib walaupun beliaulah yang paling mudah untuk naik ke jawatan Perdana Menteri diatas sifatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apa yang perlu beliau lakukan hanyalah tunduk dan menjadi 'yes man' seperti Zahid, Nazri, Rahman Dahalan dan jangan lupa Salleh Said Keruak. Apa pun nilai Muhyiddin, beliau mempunyai sedikit ‘spiritual value’ dalam dirinya dan telah sanggup membakar dirinya kerana tidak tergamak bekerjasama dengan pemimpin rakus yang keterlaluan seperti Najib Tun Razak ini. Kesabaran ada hadnya, mungkin itu yang ada di dalam benak Muhyiddin.

Kita sama-sama melihat apa yang akan terjadi kepada mereka yang mengambil kesempatan untuk menaiki takhta kuasa untuk menggantikan Muhyiddin ini. Yang nyata mereka bukanlah menyokong Najib tetapi mereka mahu mengambil kesempatan jika Najib jatuh awal mereka akan ada pemimpin baru seperti Zahid Hamidi yang sudah tidak sabar untuk melihat Najib jatuh tersungkur untuk mencapai hajatnya menjadi Perdana Menteri. Ini sahaja kesempatan yang membolehkan beliau menjadi PM kerana beliau tidak mampu untuk mendapatkannya jika ditafsir dan dinilai dari kemampuan untuk membina negara dan tidak ada pun rekod yang beliau sudah berjasa kepada negara.

Kita lihat sahaja apa yang akan berlaku seterusnya. Jika apa yang saya katakan itu benar hasilnya akan kita lihat dalam jangka masa yang tidak berapa lama lagi. Jika sampai hajat dan niat kumpulan yang mahu mengambil alih Najib dalam Majlis Tertinggi itu negara akan jahanam dalam masa yang singkat. Jika panjang umur akan kita saksikan bagaimana negara kita akan jatuh dan akan hilang segala kedaulatannya.

Semasa itu perpaduan kaum akan hilang samasekali dan orang Melayu akan menjadi bangsa yang tersisih di buminya sendiri. Maka kata-kata yang mengatakan Melayu tidak akan hilang di dunia ini tidak akan benar, kerana ‘Melayu Akan Hilang Dunianya’.

12 comments:

Anonymous said...

Mengerikan. Apa raja2 buat? Dah kronik pun masih berdiam diri.

Anonymous said...

Tepat sekali hujah saudara. Najib sudah tidak ada pengikut lagi dalam kalangan rakyat, Hanya segelintir pembodek dan penjilat sahaja yang tinggal untuk mnghidu dan mengipas beliau. Masa sudah sampai di mana puak-puak penjilat ini pula menyisihkan Najib. Tidak lama lagi ini akan berlaku. Pengganti dalam kalangan pebodek dan penjilat ini akan menrosakkan negara. Melayu yang akan menjadi mangsa.

SALAM DARIPADA SEMUA RAKYAT NEGARA IN KEPADA MUHYUDDIN.... INSYA ALLAK PERJUANGAN SAUDARA TETAP AKAN BERJAYA.....

RAKYAT SUDAH 100% TOLAK NAJIB.

Anonymous said...

"orang Melayu akan menjadi bangsa yang tersisih di buminya sendiri. Maka kata-kata yang mengatakan Melayu tidak akan hilang di dunia ini tidak akan benar, kerana ‘Melayu Akan Hilang Dunianya’."

Suharto korup, rakyat Indonesia campakkan dia keluar. Marcos korup, rakyat Filipina halau dia keluar. Di Thailand juga begitu (cuma payah sikit dengan tentera yang kuat pengaruhnya). Tapi di Malaysia ? Tak akan jadi apa-apa. Melayu akan hilang dunianya, kerana mereka telah lama hilang telor2 nya.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Jangan bimbang akan ada lebai lebai yang akan mengeluarkan fatwa dari kitab biru untuk membela Najib dan konco konco nya.
Cash is King!!!

Hang Kasturi said...

DSNR as the Prime Minister, has no executive powers under the Criminal Justice System. For example under the penal laws, only police officers have the special powers provided in the Criminal Procedure Code, to investigate criminal offences. Under Article 145(3) of our Federal Constitution, the Attorney General is the Public Prosecutof for the State in the conduct of criminal cases.

Of course these important posts will be politiced vide appointment of those trusted by the PM.They will NOT act against the PM who put them in these posts. In other words, it is a practice of political patronage.

The PM gets his wishes carried out by his 'Proxies".He is protected by these proxies too. Pure and simple.

If these proxies were people of high integrity, then the PM will be prosecuted if he commits a criminal offences

Salute to DSNJ for having set up a scheme of proxies to shield him from criminal prosecution.

Hang Kasturi




Wayang tinggi said...

Maaf tuan, saya fikir TSMY kurang berani utk memulakan sesuatu yg drastik. He lacks the moral courage.

Anonymous said...

Tan Sri Muhyiddin can now go all out to expose all that he knows about the idiot. It's really high time. Cats do not have nine lives. Najib is living his own myth.

zainal abidin awang kechik said...

aspan.. mereja berdosa tengan Tengku Razalight

baru mereka tahu azab

lufang said...



Sikalang Wa ingat UMNO sutak selupa itu DAP maa aa ,siapa tatak sokong semua kasi pechat ,kasi habit semua lor rr.

Unknown said...

Jika orang baca coretan sdra dan faham sepenuhnya, saya tak fikir orang itu akan menyokong dan memilih Najib dan Umno/Bn pada PRU14 nanti. Lainlah kalau dia benar-benar lembu bebal dan bangang tak makan ajar dan tak erti bahasa.

headbomb said...

Ini semua sembang berapi, meeting x mai, pigidah, hal Palsu disanjung, gila pengikut taksub madey n midin ni kahkah..

Anonymous said...

Otak anda 2x5 dgn pembodek najib. Tiada idea hanya dibuai sentiment semata2. Tidak serious dgn isu tapi lebih kpd tempelan nasi tambah.