26 February 2016

Muhyiddin tidak lagi Timbalan Presiden, Zahid memangku

Muhyiddin Yassin akhirnya digantung jawatan Timbalan Presiden parti dan Zahid Hamidi telah dilantik untuk memangku jawatan itu. Tindakan ini tentunya telah disusun oleh penyokong Zahid Hamidi untuk memudahkan tugas Zahid sambil mempercepatkan mencapai matlamat untuk menjadi Perdana Menteri. Itu niat dan tujuannya tetapi itu semua adalah perancangan pemimpin yang rakus dengan kuasa kerana Perdana Menteri Malaysia boleh memasukkan sesiapa dalam penjara dan mengeluarkan sesiapa dari tahanan.

PM Malaysia merupakan jawatan yang paling kuat, lebih kuat dari Presiden AS kerana Presiden AS tidak boleh melakukan sesuatu keatas mana-mana pihak sesuka hatinya kerana AS mempunyai sistem dalam mana walaupun seorang Presiden segala tindakannya ada had dan limitnya. Kuasa seperti ini amat perlu bagi seseorang pemimpin yang lemah dan tidak faham untuk mentadbir kerana kuasa itu akan digunakan kepada siapa sahaja yang tidak sehaluan apatah lagi jika memberikan pandangan yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri. Ahmad Zahid perlukan kuasa itu kerana sebagai seorang yang saya kenali rapat, beliau tidak ada kekuatan mental yang perlu ada bagi seorang pemimpin negara yang merdeka seperti Malaysia ini.

Walau bagaimana pun itu perancangan beliau dan sekutunya disekeliling Najib yang desperado itu. Tetapi keadaan politik sekarang ini tidak memberikan keyakinan yang pengganti Najib jika didapati oleh Zahid, negara akan lebih rosak dan kelam kabut dari keadaan yang sudah sedia tidak terurus sekarang ini.

Saya selalu berkata yang susunan kepimpinan sekarang, tidak seorang pun boleh melakukan pentadbiran yang lebih baik kerana seluruh kepimpinan UMNO sekarang ini sudah tersasar dari budaya kepimpinan yang baik seperti dahulu. Dulu kita menyangka pentadbiran Abdullah Badawi adalah yang terburuk dan tidak akan ada yang lebih buruk dari itu. Tetapi nyata pandangan itu meleset kerana Najib yang diharapkan untuk menjadi Perdana Menteri yang lebih baik dari Pak Lah tidak sebegitu. Najib lebih teruk dari Abdullah dan jika Najib diambil alih oleh sesiapa dikalangan pemimpin dalam Majlis Tertinggi sekarang ini, ia akan menjadi lebih buruk dari apa yang kita saksikan dilakukan oleh Najib.

Pada saya Muhyiddin tidak perlu berasa sedih atau marah dengan tindakan Majlis Tertinggi mengganti jawatan Timbalan Presiden UMNO itu kerana hikmahnya tentu ada. Setidak-tidaknya terekod dalam sejarah perjuangan beliau yang beliau tidak mudah untuk bersetuju dengan tindakan buruk dan rasuah pemimpin diatas itu. Muhyiddin tidak terlibat dengan permainan kotor terhadap wang rakyat dan ini merupakan satu perkara yang kita perlukan dalam hidup yang sudah beransur tua ini.

Tetapi beliau tidak pula dihalang untuk berjuang untuk mencari kebenaran tentang apa yang beliau lakukan itu. Muhyiddin boleh terus berjuang untuk mengenepikan Najib jika beliau bersama dengan rakyat yang ramai yang tidak lagi sudi untuk menerima cara kepimpinan Najib dan sekutunya dalam kerajaan itu. Jika Muhyiddin meneruskan perjuangan untuk mengenepikan Najib beliau perlu sedar dibelakang beliau ada sebahagian besar rakyat yang menyokong beliau dan sesiapa sahaja yang mahu menumbangkan Najib itu.

Perlu disedari Najib hanya bergantung kepada kuasa dan otot beliau sahaja. Muhyiddin boleh mendapatkan ramai kawan yang berada luar dari kumpulan rakus dalam Majlis Tertinggi itu. UMNO pun bukannya ada apa-apa lagi. 'What is left in the Majlis Tertinggi currently are all scums, after all'.

9 comments:

Anonymous said...

Anak kunci kepada semua permasalahan ini, semasa PRU nanti pengundi perlu amalkan pilihlah Asal Bukan Umno/BN dan Asal Bukan PAS. Maaf cakap, ketika ini kedua-dua parti tersebut adalah perosak negara bangsa. Prinsip parti sendiri pun mereka cabuli, bagaimana nak diharapkan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia?

Unknown said...

Baguslah.
Pru14 nanti Mahyiddin boleh bertanding calon BEBAS
tanpa rasa bersalah.
Namapak gayanya, di Johor ramai calon bebas akan bertanding.
Boleh tubuh sebuah kerajaan kalau smua menang.
Saya pasti akan pangkah BEBAS.

Anonymous said...

Rakyat should just forget about getting rid of existing umno leader albeit changing the current set up. Its a lost cost. There are no dependant leaders around that have the fire power to make the change. Mahathir has lost it and certainly not your idol Ku Li. He is just leaving in his past glory. Ku Li has given us too many hopes that end up in the longkang eventually. Let him live whatever is left in his life. If we want change, just concentrate on the rakyat ie the voters. Day in and day out, make sure they are well informed with what the government they have voted in is doing. It doesnt have to be fabricated coz the current leaders are stupid and arrogant enough to do things blatantly. Forget umno, its a waste of time

Arcadia

Anonymous said...

The purging of TSMY was to be expected. DSNJ could not afford to a disloyal Deputy UMNO President.He has done this in respect of his other small "enemies". In the case of TSMY, it took a bit longer time.TSMY is a " big enemy" the Deputy UMNO President.

Come PRU 14 there will be a "civil war" within UMNO.The purging of TSMY opens up a new dimension in this UMNO civil war.

Come PRU14 UMNO/ BN face obliteration from Malaysian political scene.

HANG KASTURI

Unknown said...

yang lain2 pon lagi teruk ....terutama dap...bebas...sapa nak sponsar calon2 bebas nanti....222 - majoriti cauvinis dap...=
banyak pakai duit tu ....

Anonymous said...

Gurindam XII

Ini gurindam pasal yang kedua belas Sheikh Raja Ali Haji:

Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh inayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.

Anonymous said...

"Pada saya Muhyiddin tidak perlu berasa sedih atau marah dengan tindakan Majlis Tertinggi mengganti jawatan Timbalan Presiden UMNO itu kerana hikmahnya tentu ada."

Komen: memang ada hikmahnya, begini - "kalau dia boleh buat saya sebegini, bayangkan apa yang boleh dia buat pada kamu." Ingat lagi tak siapa yang berkata begini ? AI sudah mendapat habuannya dari MM. Sekarang giliran MY pula.

"Setidak-tidaknya terekod dalam sejarah perjuangan beliau yang beliau tidak mudah untuk bersetuju dengan tindakan buruk dan rasuah pemimpin diatas itu. Muhyiddin tidak terlibat dengan permainan kotor terhadap wang rakyat dan ini merupakan satu perkara yang kita perlukan dalam hidup yang sudah beransur tua ini."

Komen: kenyataan AA yang ini memang saya tak setuju. Di mana MY sewaktu AI di fitnah? Apa peranan MY dalam menjatuhkan AAB? MY cuma bising dalam isu 1Emm De Bik saja. Itu pun upon the "instigation" of MM. MY cuma askar MM. "MY tak main kotor" - boleh percaya ke? Belum jadi PM, semua nampak bersih. AI memang patut mendapat Karma Nya, kerana dia juga tidak bersih dalam perjuangannya sewaktu di dalam Umm No (Lama dan Baru). Apa yang dilalui AI adalah untuk "membersihkan" nya. Umm No (Baru) ialah parti kotor. Jika MY hendak membersihkan dirinya, MY MESTI BUAT APA YANG AI BUAT SEKARANG, IAITU BERJUANG UNTUK MEMBELA RAKYAT, BUKAN BERJUANG UNTUK NAMA DAN TEMBOLOK. AI adalah manusia berjiwa kental dan berani. MY kena keluar dari Umm No. Saifuddin Abdullah dah sedar. Yang lain2 tu bila lagi?

Anonymous said...

AA

Jika punya masa,berikan sejengkal ulasan tentang RPK, bodekkannya sudah bertaraf dewa..

Anonymous said...

'What is left in the Majlis Tertinggi currently are all scums, after all.'

I couldn't agree with you more tuan Aspan Alias.