08 April 2013

Jalan ke syurga berduri-duri, jalan ke neraka penuh dengan keju dan roti

Perubahan, itulah istilah besar yang selalu dilaungkan oleh rakyat. Rakyat benar-benar mahukan perubahan sejajar dengan kehendak masa dan zamannya. Seorang Islam memerlukan perubahan kerana Islam itu sendiri menyarankan yang umatnya mesti hidup berlandaskan kepada waktu dan zamannya. Begitu jugalah agama-agama lain. Semuanya berkehendakan kepada perubahan.

Jika di zaman Rasulullah SAW dahulu dalam peperangan menegakkan agama, tentera Islam atau pun tentera musuh menggunakan tombak dan pedang dalam peperangan, sekarang Islam mahukan kerajaan untuk menyediakan peralatan tentera dan senjatanya dari jenis yang canggih kerana perubahan waktu dan zaman itu. Perubahan itu juga merupakan gerakan dan ‘af’al’ Tuhan Maha Esa. Kita memerlukan kapal selam dalam era moden ini, tetapi yang bertentangan dalam melakukan perubahan itu, berlaku pula penyelewengan khazanah rakyat yang berbillion-billion ringgitnya.

Perubahan itu adalah dalam semua bidang kehidupan manusia mengikut kehendak manusia setempat kerana setiap kaum dan puak yang di wujudkan Tuhan itu adalah untuk kita bersama-sama mengenali di antara satu dengan lain untuk kelangsungan usaha bekerjasama serta menghormati di antara sesama puak dan kaum yang berbagai itu.

Di negara kita telah ditentukan oleh Tuhan yang kita berada dalam sebuah negara majmuk dan berbagai-bagai kepercayaan dan cara hidup. Dalam ‘diversity’ yang begitu banyak, maka usaha membentuk masyarakat yang harmonis itu adalah dugaan kepada semua untuk melaksanakan tuntutan Tuhan untuk kita hidup bersama dalam keadaan aman dan damai, menghormati manusia yang berlainan cara hidup dan kepercayaan serta warna kulit itu.

Jika ada usaha untuk memecah-belahkan kaum-kaum yang diwujudkan Tuhan, tentulah ia merupakan tindakan yang memerangi kehendak dan suruhan Tuhan itu. Di sinilah letaknya dugaan kita dan inilah isu yang perlu menjadi perhitungan dalam semua tindakan kita dalam menghidupkan sebuah negara yang aman dan damai itu. Negara kita bukan tidak melalui insiden-insiden hitam itu, tetapi berkat dan izin Tuhan juga kita telah memperbetulkan keadaan dengan membentuk sebuah kerajaan yang ditadbir bersama di antara semua kaum di negara ini.

Dulu kita keluarkan slogan ‘muhibbah’ dengan matlamat rakyat bersatu-padu hidup bersama dengan aman damai. Malahan kita telah menjadikan matlamat ‘national unity’ itu sebagai matlamat kita yang ‘ultimate’. Negara boleh menjadi negara kaya raya tetapi jika rakyat hidup dalam keadaan memusuhi di antara satu dengan lain kekayaan itu tidak memberi makna kepada negara.

Apabila ‘national unity’ itu menjadi kenyataan, maka mudah bagi sesiapa atau jemaah yang memerintah untuk menumpukan perhatian terhadap pembangunan bidang kehidupan yang lain. Maka perubahan yang dituntut Tuhan itu mesti perubahan yang memperbaiki keadaan perhubungan di antara manusia yang berbeza--beza itu merupakan isu yang terutama. Apabila seseorang pemimpin atau kumpulan itu berjaya menyatu-padukan perbezaan di antara manusia yang berbeza-beza itu, ia merupakan kejayaan memenuhi tuntutan agama dan Tuhan itu. Maka berbahgialah mereka dalam kehidupan selagi Perpaduan dan Muhibbah itu dapat diamalkan dan dijaga dengan penuh tanggungjawab.

Sesuatu yang telah berjaya kita perolehi itu pula bukannya mudah untuk dikekalkan kerana dugaannya akan bertambah besar akan kita hadapi. Dalam kehidupan insan, kita akan sentiasa didekati oleh hasutan dan bisikan khatir untuk melakukan perkara yang boleh menjahanamkan apa yang tersedia berjaya kita perolehi itu.  Syaitan dan iblis itu sentiasa bekerja sepenuh masa untuk membuatkan umat berpecah-belah dan itu adalah sumpah iblis kepada Tuhan.

Iblis dan syaitan itu tidak akan berhenti dari melakukan kerja yang menjadi sumpahannya itu. Dalam situasi begini kita sedang berhadapan dengan dua fenomena yang berbeza samasekali. Satu sudut kita dituntut untuk melakukan kebaikan dan bersatu-padu sesama manusia itu dan sudut yang lagi satu ialah tuntutan iblis dan syaitan untuk kita berkelahi dan berpecah di antara kita.

Syaitan sentiasa mahukan umat Muhammad untuk bersatu bersamanya bagi melakukan segala kemungkaran secara bersama dan masing-masing dalam kumpulan itu akan bekerjasama melakukannya dan saling menolong di antara satu dengan lain. Jika ada usaha pihak yang benar untuk mengajak untuk melakukan kebaikan, mereka akan bertahan habis-habisan dan itu membolehkan keadaan yang kucar-kacir berlaku dalam masyarakat atau rakyat sesebuah negara dan jajahan itu.

Oleh itu kita sedar sekarang perjuangan umat ialah untuk bersatu dibawah panji-panji kebenaran dan usaha ini akan tetap mendapat tentangan hebat dari puak yang bersekongkol dengan iblis dan syaitan itu tadi. Mereka tetap mempertahankan kemahuan mereka (iblis) untuk terus menyesatkan umat dan jika ada tanda-tanda perubahan terhadap umat untuk melakukan kebaikan, mereka akan mempertahankan kumpulan mereka habis-habisan.

Di sini berlakulah pertembungan di antara kumpulan yang mencari kehendak Tuhan yang bersih dengan pihak yang masih mahu berada dalam kekufuran yang berpanjangan. Mereka yang berada dalam keseronokan berada dipihak yang kufur tadi amat susah untuk keluar dari kehidupan yang penuh dengan keseronokan yang tidak di redhai Tuhan itu.

Terpulanglah kepada semua pihak dan individu untuk memilihnya. Tetapi satu perkara yang wajib kita terima ialah, untuk melakukan kebaikan akan berhadapan dengan dugaan besar yang tidak terperi peritnya. Dalam perjalanan ke syurga itu akan berlaku pengorbanan dan pihak yang terkorban dan itu adalah perkara biasa dalam menuju tuntutan Tuhan itu.

Bak kata setengah ulamak yang muktabar. ‘jalan ke syurga itu dipenuhi dengan onak dan duri sedangkan jalan ke neraka itu dipenuhi dengan keju dan roti’.

9 comments:

Anonymous said...

Sdr Aspan, perjuangan sdr sangat terpuji. Walaupun saudara di ramalkan tidak duii calonkan oleh DAP sdr telah memberikan sedikit pengajaran kpd umno supaya berbuat baik. dalam masa yg sama sdr telah dapat membuktikan yang orang cona tidak memerlukan sokongan Melayu sebab mereka boleh berdiri diatas kaki sendiri. Pada mula dahulu mereka (DAP) perlukan Melayu tetapi dalam keadaan skrg DAP tidak perlukan undi Melayu lagi.
Oleh itu sdr patut bersyukur kerana telah mendedahkan karaktor kedua-dua belah pehak.
Saya masih tidak yakin DAP boleh di yakini. Parti itu tetap dengan cara lamanya...rasis... melayu diatas pagar akan menentukan banyak kawsan. unggu sahaja sampai waktunya.

jamil

Anonymous said...

Anonymous (Jamil)

This is politics. Deceiving and being deceived is normal sight in politics especially in DAP.
As Aspan has saying in this blog, the only thing that he would do do is to keep the purity of the mind. That is a man. Let DAP with its DAPism.

jaspal

Anonymous said...

Encik Aspan Alias, the uncontrollable craze of power in DAP will be proven soon sir. You may not be fielded at all.


Lee, Temiang

Aspan Alias said...

Encik Lee,
Jgn buat apa-apa spekulasi terhadap saya. Struggle has to go on.

Anonymous said...

Saya tidak hairan sekira AA tidak akan dicakonkan di Negeri Sembilan kerana terdapat banyak warlords di sana dan keputusan PR disana tidak ada banyak bezanya saperti PRU 12.DAP kena jaga hati warlords dulu.Lagi pun DAP ridak perlukan orang Melayu memadai datangnya dari Pas dan PKR pada pandangan saya.

Lubok Cina

Anonymous said...

INCIK Jamil,

Saya langsung tak heran dengan perangai Dap.

Paling kaget saya apabila TUN selaku teraju utama dan TUAN PUNYER parti umno (BARU) ini hadir bersama2 umi hafilda, hassan ali, Zul 9/10 atas satu pentas di Selangor hanya kerana nak bunuh DSAI. Ini yang amat saya kaget

Kenapa?

Kalau mati pun DSAI sekali2, adakah TAIK umno (BARU) yang terapong dan jelas busuk baunya serta keadaan negara yang hampir kesemua institusinya yang sudah lebur dan hilang kehormatan serta kepercayaan akan pulih??.

DAN kepincangan ekonomi yang terhasil dari kerakusan pemimpin2 umno (BARU) dan BN melantak kantung negara yang sudah jelas terbukti akan pulih semula??

Boleh?

Anonymous said...

Salam,

Walaupun rakyat ingin perubahan, tetapi calon pakatan
sediada masih belum cukup menyakinkan bahawa perubahan
yang bakal dilakukan betul-betul bermanfaat.

Saya sendiri hanya yakin Islam sahaja yang benar dan akan
membawa manfaat.

Tidakkah pucuk pimpinan pakatan sebenar-benar yakin bahwa
masih ramai keturunan ahlul bait yang memilih hidup sederhana
itu berkualiti memimpin? Memang mereka bukan jenis menonjol
diri seperti kebanyakkan manusia. Jika anda semua mencari
kebenaran carilah mereka. Tepuklah dada.

Untuk manifesto pula
1. Kembalikan wang haram keluar berjumlah RM 1 Trillion
http://www.keadilandaily.com/aliran-wang-haram-rm150-bilion-kerajaan-cuba-sembunyikan-sesuatu-azan/
2. Gunakan sebahagian wang kembali tadi untuk langsaikan hutang isirumah RM 600 Billion
http://www.keadilandaily.com/hutang-sebenar-negara-lebih-53-peratus-kdnk-azan-ismail/
3. Baki RM 400 Billion pula guna untuk memulangkan simpanan ahli KWSP
http://en.wikipedia.org/wiki/Employees_Provident_Fund_(Malaysia)

Berpandulah hadis : "bayarlah upah mereka sebelum keringat mereka kering"
Janganlah lagi berpandu pada undang-undang yang bukan Islamik.
Dana sebenar di KWSP yang masih tidak diusik kerana pemulangan hanya mengguna wang terkembali,
gunakanlah sebaga modal pembangunan negara tanpa hutang. Siapkan negara untuk hadapi fitnah
dajal kelak

Untuk syiar pula
Undi anda sebagai jihad politik

Janganlah menangguk di air keruh

Ikhlas,
HA

Anonymous said...

و زَرو بابِل پدر اَبیهود و اَبیهود پدر ایلیاقیم و ایلیاقیم پدر عازور 14 و عازور پدر صادوق و صادوق پدر یاکین و یا کین پدر اِیلیهود

Anonymous said...

Kerajaan BN telah mewujudkan satu bentuk penyelesaian kpd msalah perkauman di mana 1Malaysia telah diwujudkan iaitu menggalakkan rakyat supaya bersatu padu, bekerjasama dan saling hormat mnghormati tidak kira kaum, agama dan kepercayaan. Kerajaan telah melakukan perubahan sejajar dgn zaman. Dan kita sndri tau dan saudara pn sndri tau bahawa negara kita ada sistem teknologi yg canggih dr segi senjata dan sbagainya.. kita juga mempunyai kapal2 selam spt negara maju yg lain.. Adakah DAP atau saudara sndri telah melakukan perubahan atau mncari jln pnyelesaian terhadap msalah negara?? kita hanya tahu ckap dan menuding jari kpd kerajaan terhadap segala masalah tapi kita sndri tidak bekerjasama utk merubah.. fikirkanla..