30 April 2013

Kalau ada calon BN yang menang salah seorangnya biarlah Khairy

Sebagai seorang blogger, tidak semua blog yang saya baca. Tetapi saya tidak ketinggalan membaca tiga empat blog setiap posting mereka. Antara blog yang saya mesti baca ialah blog sahabat kadim saya Sakmongkol AK47 yang kini menjadi calon PR di Raub yang dijangkakan akan mendapat kemenangan yang selesa di sana. Satu lagi ialah blog seorang lagi sahabat yang sehayun dan selenggang dengan saya, Mohamad Sayuti Omar.

Bangun sahaja dari tidur setiap hari saya akan melayari kedua-dua blog ini. Jika ada masa lain yang terluang barulah saya hinggap ke blog-blog yang lain. Pagi tadi saya membaca tulisan MSO yang saya anggap amat menarik, kerana tulisan beliau itu menunjukkan keluhuran pandangan beliau dan beliau telah memberikan dalil yang sama dengan saya. UMNO yang tidak mahu menonjolkan pemimpin yang berwibawa sejak dari dulu sehingga sekarang.

Sayuti telah menyentuh tentang nasib Khairy Jamaludin yang tidak diberikan penonjolan oleh UMNO sedangkan beliau adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya dan Sayuti ini adalah penyokong kepada pihak Pakatan Rakyat tetapi kami ini mempunyai pemikiran yang terbuka, bukan kerana apa, tetapi kita sedang ketandusan kepimpinan dalam negara kita.

Saya sependapat dengan MSO yang Khairy Jamaluddin, mahu tidak mahu adalah seorang yang mempunyai masa depan kepimpinan yang cerah. Tetapi oleh kerana beliau berada dalam UMNO maka kepimpinan yang berkualiti tidak mungkin ditonjolkan kerana budaya UMNO itu tidak mahu memberikan ruang kepada pemimpin yang baik dalam parti itu.

Di dalam UMNO itu bukan senang hendak mencari kepimpinan yang baik terutamanya yang muda-muda. Adalah satu pembohongan jika kita tidak mahu mengakui yang Khairy Jamaluddin itu adalah seorang yang sangat berpotensi. Dalam pilihanraya kali ini tidak nampak UMNO memberikan ruang untuk beliau mengemudikan pilihanraya bersama mereka yang lain di dalam parti itu.

Walau bagaimana pun Khairy tetap menjadi calon Parlimen Rembau dan saya secara peribadi menganggap yang beliau akan menang dengan agak selesa kerana calon PKR di Rembau itu walaupun baik tetapi tidak mempunyai sisik politik yang sebenarnya. Bagi saya secara peribadi, saya memberikan markah yang tinggi kepada Khairy yang saya pernah bercakap dan berbincang tentang politik suatu ketika dahulu.

Walaupun saya kadangkala bercanggah pendapat dengan pemimpin muda ini saya tetap mengakui Khairy adalah pimpinan anak muda sekarang dan masa depan. Jika beliau memenangi kerusi Rembau itu saya tidak merasakan apa-apa kerana di dalam UMNO itu ada juga beberapa orang yang berwibawa dan salah seorangnya tentulah Khairy Jamaluddin.

Walaupun saya mahukan calon-calon Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya kali ini, jika ada calon-calon BN yang menang salah seorangnya biarlah Khairy Jamaludin. Kepada penyokong PR mungkin mereka tidak gemar dengan apa yang saya katakan ini, tetapi, ‘let us come to term that Khairy is among the very few better leaders in UMNO’.

Tugas kita ialah untuk memilih mana-mana pemimpin yang baik, tidak kira dari Pakatan ataupun dari BN. Negara sedang dalam ketandusan kepimpinan. Jangan kita lakukan seperti Dr Mahathir dahulu dalam mana beliau telah mencantas semua pemimpin berwibawa sehinggakan UMNO sudah ketandusan kepimpinan dan tidak lagi dihormati rakyat.

Tetapi yang menghairankan semua kenapa pula Dr Mahathir yang mendapat liputan yang meluas dalam media massa perdana sedangkan Khairylah yang lebih berdaya untuk membawa anak-anak muda yang ramai-ramai sedang dalam pencarian ini. Tetapi, apa nak buat UMNO sememangnya begitu.

Dari sudut ini nampak jelas Najib tidak berapa pandai untuk menilai prestasi di kalangan pimpinan UMNO itu sendiri kerana beliau sendiri berprestasi yang meragukan.

34 comments:

Anonymous said...

Agree it was very cruel of mahatir to sideline khairy Khairy is far more intelligent than mukhriz Although I don't agree with khairy s politics we need more people like him in parliment

Anonymous said...

Calon PKR Rembau adalah orang Pahang ... apa ke bodoh sangat Kamarul Bahrain ni... bodoh lah orng Rembau kalau mengundi dia ... kalau menang pun dia tak ada sebab nak bangunkan Rembau, apa lagi menunjukkan muka, bukan ada sdr mara dia kat situ. ini lah dikataknan bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut ...

Anonymous said...

....perlu diingat....zaman pak lah dulu...khairy juga lah yg mengwujudkan 'sekatan di tingkat 4' di JPM..... dulu, penampilan khairy amat dikagumi....tetapi....nawaitu 'merosak' khairy lebih hebat dari yg lain2 di umno..... berhati2 lah.....

Anonymous said...

Selain drpd Khairy, saya berpendapat Saifuddin Abdullah jugak layak untuk dihormati. mereka bakal jadi pembangkang yang cemerlang di parlimen untuk penggal akan datang. ;)

ahmadyani said...

Yang seorang lagi mungkin calon BN Parlimen Lenggong. Penggal pertamanya telah dibuktikan dengan kerja kuatnya. Dia yakin menang tapi sedikit resah dengan mood yang membenci BN. Kalau dia kalah bukan kerana orang membencinya tapi kerana tempias orang membenci BN.

Anonymous said...

Saya nelihat khairy seorg pemimpin yg baik..biarpun pada zaman mertuanya dia begitu "menggila" namun saya anggap itu hanyalah kejutan seorg budak yg baru naik..byk jasanya pada geng2 najib..kalau diikutkan jhtnya,sewaktu krisis altantuya dulu karier najib boleh terkubur..namun kalau saudara aspan berkata berilah undi pada khairy umno,seolah2 saudara aa tidak adil pada diri sendiri dn pembaca disini..saya juga meminati khairy sama seperti calon bn temerloh..tpi sya berharap rembau dn temerloh akn tewas agr mereka boleh sertai pakatan kelak.insyaallah.

Unknown said...

pak aspan umno yg ada skrg ni hak milik mahadir dia pemegang saham paling besar hatta kalau ada malaikat dlm umno yg dia x bekenan dia akan singkirkan dan kalau ada setan yg dtg nk beri pertolongan supaya umno boleh menang dia akan terima jd sekutu dia,ini lah pandangan saya

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,
Tahniah kerna mengetengahkan isu kepimpinan umno dalam memilih calun dan penilaian kepimpinan dari tahap atas hairaki umno.

Mungkin presiden umno terlupa, (atau terlalu takut untuk bersuara terhadap Sifu umno- Mahadir)sehingga nilai demokrasi dalam umno sendiri tidak di hormati.
Ketua pemuda, dan timbalan; ketua wanita dan timbalan serta hairaky lain, adalah pilihan yg dibuat olih perwakilan dalam mesyuarat agung. Kalau pilihan (secara demokrasi?) ini tak mau di pakai, faham2lah sendirim doktorin semokrasi acuan umno ini.
Saya sarankan mana2 yg masih ada kepandaian, berubahlah, jangan tungu lagi dalam kumpulan yg tak faham(tak mahu faham?)jangan tunggu sampai karam.

Susah jika kita mengikut ketua yg tak berapa cerdik ini, ketua yg buat2 cerdik selalunya tersasul menceduk idea oranglain dan melaksanakan secara membabi buta, akhirnya habis punah-ranah.

Sekali lagi saya sarankan kpd mana2 pemimpin yg ada kepandaian agar meninggalkan umno kerana bak kata mantan presiden umno,yg bijak....yg cerdik.... yg pandai.....semuanya telah meninggalkan umno, jadi yg tinggal tu faham2lah maksudnya dan tak perlu marah2 kerana tidak terpilih dlm PRU 13 ini kerana penilaian umum telah dibuat lama dulu......Myi

bunbinban said...

setuju dgn pak aspan. The other one is saifudin abdullah. Kedua-duanya ada visi utk membawa politik baru.

mr edz said...

sayang sekali tuan.. saifudin abdullah bagi saya seorang menteri yang bagus tapi berada dalam kem yang salah

Orang Miskin Mersing said...

Salam Pak Aspan,

Saya setuju.

Andai Khairy menang adalah juga orang UMNO yang bijak dalam Parlimen, kiranya PR yang memerintah, tak lah boleh buat sesuka hati.

check and balance mesti ada.

akulah69 said...

Salam tuan, kenapa suara beberapa pemimpin utama umno tidak galak diruang akhbar arus perdana? Hishamuddin, Khairy, Isa Samad, Fathul Bari termasuk Rosmah... Kenapa? Mereka terpaksa didiamkan. Sbb jika mereka galak di akhbar, umno akan terus merudum... Ini berikutan kajian yg telah dibuat oleh ahli akademik. Mahathir... Dia taraf dewa dewi, tak boleh didiamkan... Dia ada lesen besar untuk buat apa saja...

CYL said...

If that is true, then UMNO seriously lack of good people. Khairy maybe smart, but definately not a good leader. Lack of integrity. He had his chance to prove himself as son in law of PM, but he decided to follow UMNO's way... Deputy Higher Education Minister, Saifudin should be better example than him...

Emer said...

Negara memang perlukan pembangkang yang pintar & rajin bekerja sepertimana Anuar & pasukannya bekerja kuat semenjak 2006 hanya dengan itu PR tidak akan mewarisi angkuh & jahil BN selepas ini. Pemimpin seperti Khairy, Saifuddin & Nur Jazlan mesti dikekalkan dalam Parlimen

Anonymous said...

Tuan,

We know it will be a walkover for Khairy for Rembau in NS.The 2008 NS results for DUN shows the following:

BN 21, Pas 1, DAP 10, PKR 4.

In my opinion the PRU 13 will still be BN for NS due to a weak PKR.

I am disappointed that DAP has not considered you as a candidate at least for NS.DAP must increase their malay involvement if ever they desire to be called 'Multiracial'.They have not shown that inclination.Shame on DAP.Che Gu Bsrd chicken out from Rembau .Sungai Acheh is not a winnable seat for him.Despite, continue the good writing however conflicting.

Jalan Othman, PJ

Pak Lang Rembau said...

Mungkin Khairy seorang anak muda yang bijak dan berpotensi menjadi pemimpin besar. Tetapi memerhatikan tindak tanduknya sebelum dan ketika PRU2008 dulu menunjukkan bahawa dia seorang yang kurang akhlaknya untuk menjadi pemimpin. Perhatikan semula semua rakaman ucapan dan tingkah lakunya ketika berkempen pada PRU2008. Jelas sekali dia membuktikan dirinya sebagai seorang yang angkuh, tidak tahu menghormati orang tua (pemimpin lama), melontarkan kata-kata yang tidak senonoh (yang bukan layaknya sebagai seorang yang terdidik sopan santunnya), dan pelbagai lagi tafsiran negatif yang boleh kita buat. Mungkin selepas PRU2008 itu dia telah insaf atau menyesal akan segala perbuatannya yang lalu. Tetapi tidak pula kita dengar sepanjang lima tahun ini dia menyatakan keinsafannya atau merakamkan kekesalannya atas apa yang berlaku dulu. Apakah jaminan yang dia tidak akan lagi berlagak angkuh dan takabbur jikalah ditakdirkan selepas ini tiba-tiba dia berada di tampuk kuasa?

NS observer said...


Aspan, Khairy has been in the cloud 9 for the first 6 yrs of his political life and now he is more sober and accepting the real and actual politics in umno. Given sufficient time and opportunity I feel he will be a better leader in just years to come.
Remember AA, you were before like him...i mean in the late seventies till mid eighties. You shook too many leaders and at the end Rais and subsequently Isa didn't want you to rise. You are another Dr Nordin Selat, IsmailKamat and some of your likes. I know a DAP leader feels the same about you right from the moment you joined the party. I won't get wrong here Aspan. But you continue to be yourself...a happy and likeable disposition like what you are now. Don't be in the league of power crazy and uncultured group in DAP, PKR in Seremban. Nature will change them. Cheers Aspan.

Anonymous said...


Time and tide change a man. Never occurred in my mind that one day like today I will switch my support to BN. Ever since the first time voting in the election in 1982 i have never voted for Bn but DAP.

Anonymous said...


DAP is more Chinese than ever before for reasons we mutually know. This party will be a lot crazier than Mca if given to be in the government. Give them chance to be in the government and I will be proven right. They are like hungry wolves

Anonymous said...

Pak Arpan,

Khairy is a little Mahathir in the making. Don't give him power bcoz during Pak Lah, all projects must go thru him in 4th floor. Till now Najib is still struggling with his sins.

Anonymous said...

Biar merrka kalah dulu pengajaran hebat ialah bila kita sakit baru faham erti sihat. Lepas itu kita ambil dia dia akan bersama kita. U all yau yg buat gini tok jib dan tun dir.

bumi-non-malay said...

Saya tak setuju dengan pandangan ini. ABU Khairy juga. Biar dia renungkan masa emas dia bila Pak Lah PM. Malangnya dia pun ikut corak UMNO Racis. Kalau dia dicontohkan sebagai UMNO rising star, maka mampuslah Masa depan malaysia. Banyak lagi orang melayu yang berkaliber....macam awak!!

Malangnya Awak tidak diturunkan dalam PRU 13 ini. Saya pun kecewa. DAP memang celaka......tapi kalau begitu PKR lagi celaka...sampai nak banyak sangat kerusi. Entahlah berapa banyak boleh menang. PRU 14 Kita mesti Kurangkan Kerusi PKR sampai PAS, DAP dapat kerusi secara seimbang!!

Tinta Hitam said...

Pak Aspan Alias,

Rating saya ialah Khairy Jamaluddin is the best among the worst in UMNO..

Anonymous said...

KJ orang di kejiranan kampung saya dan bekas YB orang kampung saya (dan Rembau).

Pakatan dalam keadaan bahaya jika ramai tokoh seperti KJ dan Saifuddin(Temerloh). KJ cerdik dan yang yang lebih penting telah menjalani 'tarbiah' yang sangat sukar selama lebih 5 tahun. Dia berjaya dan terpaksa dicalunkan semula.

Saya suka KJ, Saifudin,Rafizi,Salahudin....

Mungkin saya tidak mengundi parti KJ di tempat lain tetapi andainya saya mengundi di kawasan KJ, saya akan mengundi KJ jika calun yang menentangnya bukan Rafizi atau Salahudin.

Saya banggan dengan daya tahan 'budak' KJ ini, 'Orang kampung den'.

Anonymous said...

Betul ke Tuan AA? Jasa KJ adalah melepaskan Anwar dari Sg Buluh dan seterusnya membawa ke Jerman untuk pembedahan pinggang Anwar. Kalau ini benar, kita patut berterima kasih pada beliau. Sepatutnya KJ kena keluar dari sangkar yang penuh dengan racun berbisa.

Anonymous said...

Memang ada calon parti yg akan menang, tapi harus diingat akan ada juga calon yg lompat parti nanti.Kita tengok nanti.

sinister said...

AA,

kali ni saya tidak bersetuju dengan saudara... bukan kerana khairi tu org 'biru'.. tapi..

kalau tuan adalah orang rembau atau orang yg mencari rezeki di kitar dan di daerah tersebut, dan menjadi seorang kontraktor maka tuan akan tahu manusia apa yg tuan hadapi..

ia umpama menghadapi si 'pendek' isa..

saya tahu tuan pernah 'mengenali' si isa.. dan sebagaimana gambaran yg tuan ada terhadap si pendek tu.. begitulah juga halnya dengan si khairy..

memang dia ada nilai2 yg baik untuk dipertimbangkan.. tapi nilai yg satu lagi menengelamkan semua itu..

sekadar renungan dan sedikit pengalamn..

Anonymous said...

Dah namanya umno..sama je.

Anonymous said...

salam,

question is will kem Tun Mahatir + team Mukhriz allow for KJ to survive post GE-13 and even after UMNO's AGM?

pity KJ's kem sebab selaku ketua pemuda UMNO tapi Najib tidak memberi sebarang portfolio menteri/timbalan menteri kpd dia.

GE13 telah menyaksikan kem Najib + Mahatir + Muhyddin menghapuskan segala dalang Tun Badawi (contoh Nor Yaakop; Rais and sbgnya) dan saki-baki Pak Lah hanya tinggal menantu kesayangannya.

Saya rasa even IF UMNO survives GE13; kerjaya politik KJ juga akan dipendekkan lagi oleh fraksi Mukhriz+Muhyddin dan Kak Roz kelak.

passerby

Anonymous said...

Saudara AA

Saya agak bersetuju dgn pandangan mengenai Khairy dr aspek kepimpinan yg beliau ada dlm politik. Khairy ada bakat dan sgt pandai mengambil peluang. Namun nilai yg ada pada khairy adalah nilai umno yg lebih brsifat tuan daripada memandang kepentingan rakyat.

Anonymous said...

Gua pun setuju dengan pendapat lu . Walau pun gua orang PAS tapi siKhairy ni gua tengok seorang yang berpotensi dalam politik.Gua paling respek mamat ni sebsb dia nampak coll walau pun kena kutuk luar dalam.Satu lagi mamat ni aku tengok kalau jadi modeling pun ok juga ,ada gaja.

Anonymous said...

Sebijak mana pun seseorang itu tetapi kalau angkuh, tetap tidak akan dihormati.

Anonymous said...

I truly agree. Ppl like rafizi, nurul izzah, kj, saifuddin and tony pua is the future leader. More ppl like them needed to shape better Malaysia of tomorrow.

Regards,

Bryan

Anonymous said...


In the present toxic and dirty political environment, one cannot trust politicians.....may be after the 'systems' is cleaned up in 20 years time.