Saya, hanya hendak memberikan
komen secara ringan dan mungkin berseluruh sahaja tentang isu kekalahan pasukan
bola Brazil yang begitu
teruk oleh pasukan Germany
dalam pertandingan separuh akhir piala dunia semalam.
Saya agak terhibur dengan
kata-kata Najib yang kekalahan pasukan Brazil itu adalah disebabkan oleh
kekurangan kepimpinan. Jika ia boleh berlaku kepada pasukan bola sepak, ia juga
boleh berlaku kepada negara yang tidak berkepimpinan.
Biar kita komen tentang bola
sepak sahaja. Sesungguhnya dunia bola sepak sangat berkepimpinan, dan itu pun
sebabnya pasukan itu masuk sampai ke separuh akhir dalam pertandingan piala
dunia itu. Setidak-tidaknya pasukan Brazil
ada peluang untuk Germany
mengalahkannya kerana pasukan Amerika Selatan itu sampai ke peringkat separuh
akhir.
Tetapi pasukan bola kita tentulah
seperti yang dinyatakan oleh Najib itu, iaitu tidak berkepimpinan sehinggakan
pasukan bola kita tidak mempunyai peluang langsung untuk dikalahkan oleh
pasukan Germany
kerana gagal untuk bersama-sama bertanding dalam piala dunia itu. Germany
gagal untuk mengalahkan pasukan kita kerana pasukan kita tidak bersama dalam
pertandingan piala dunia yang berprestij itu.
Sampai bila pasukan kita akan
menggagalkan hasrat mana-mana pasukan untuk mengalahkan kita diperingkat piala
dunia itu tidak dapat kita ketahui, mungkin sampai bila-bila kerana kita tidak
mempunyai kepimpinan seperti kata Najib tadi.
Mungkin kegagalan mana-mana
pasukan untuk mengalahkan kita itulah yang dianggap sebagai tiada kepimpinan
itu. Oleh itu Najib secara tidak sedar telah mengakui yang negara kita tidak
berkepimpinan kerana pasukan bola sepak pun tidak mampu untuk meningkatkan
prestasinya walaupun dipimpin oleh kepimpinan yang bertaraf Raja di negara
kita.
Pasukan kita tidak pernah menang
dalam pusingan awal untuk melayakkan negara kita ke piala dunia itu, maka tidak
terkejut jika kita melihat kepimpinan negara kita begitu lemah sehingga kita kalah
dalam segala bidang berbanding dengan negara-negara jiran kita. Yang menjadi
sebutan ramai oleh masyarakat antarabangsa ialah tentang wujudnya persepsi
pimpinan yang rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang tidak terkawal.
Jika kita mempunyai kepimpinan
kita tidak akan sampai ketahap sekarang ini. Sekarang kita sedang bergaduh
diantara kaum, dan tentunya ia disebabkan kelemahan kepimpinan. Jika kepimpinan
kita dihormati dan di sanjung, tidak semudah sekarang ini pihak pembangkang
menggunakan kesempatan untuk menyemarakan lagi perasaan curiga mencurigai
diantara satu dengan lain di negara ini.
Oleh kerana kelemahan pimpinan
kita seperti kelemahan yang wujud dalam pentadbiran bola sepak negara ini, maka
pihak chauvinis perkauman dari kedua-dua belah pihak sedang berpolimik tanpa
ada hadnya sekarang ini.
Sekarang kaum Cina merasakan
mereka lebih hebat dari bangsa Melayu dan menuduh bangsa Melayu menggunakan
NGO-NGO tertentu untuk memanjangkan tindakan chauvinis. Kaum Melayu pula
menjadi defensif dan seolah-olah mengaku tuduhan pihak chauvinis bukan Melayu
itu sebagai benar, tetapi memanggil Cina dan lain-lain sebagai kaum yang tidak
berterima kasih kerana berpeluang hidup dan berniaga dinegara ini tanpa
halangan.
Dimana kepimpinan kita saudara ku
Najib! Ingatlah saudara Najib, sanggupkah saudara menjadi bahan tulisan
sejarawan yang saudara adalah pemimpin yang bertanggungjawab meruntuhkan sedikit
sebanyak kemajuan dan tamaddun negara ini?
Tidakkah saudara mempunyai selera
untuk hidup tanpa penyesalan semasa dalam persaraan nanti atau saudara tidak
berhajat untuk bersara? Najib perlu ingat yang nasib sesebuah negara itu amat
bergantung kepada kepimpinan yang beliau sebutkan itu.
Dalam posting saya beberapa hari
yang lepas blog ini telah memberikan pendapat yang melepas jawatan juga
merupakan pengorbanan jika ia boleh membetulkan keadaan yang sangat perlu di
selesaikan ini.
7 comments:
He..he..he...
Pasukan bolasepak negara bersaing dalam peringkat Asia Tenggara pun mencungap-cungap, kalau peringkat Asia apatah lagi menjadi ulam sajalah. Kalau peringkat dunia pula, ibarat panggang tiada bara langsung, mentah hingga kesudah! Tukang masak tak pandai mengaku hebat, tak sudi serahkan pada chef lain maka nonton bolasepak piala dunia lebih menyelerakan. Komen ini juga tiada kaitan dengan ehwal politik semasa negara.
dah dapat Presiden FAM baru ni, kita
tunggu lagi 28 tahun la bolasepak kita naik ranking
Brazil = Orang Melayu-Malaysia + FAM Sultan - Agong
Thiago Silva = Bangsa Cina - malaysia
Neymar - Bangsa India -Malaysia
Tanpa Thaigo & Neymar .... Mampus Malaysia!!.....itu saja kesimpulan.... Allah untuk semua ...siapa keliru, DIA Bodoh...
FIFA kata NO to RACISM....then SACK Malaysia from Fifa!!
Superb comments... "Kena Batang Idung Sendiri", "Ibarat meludah Ke Langit", "Mengata Dulang Paku Serepih", "Muka Tembok", "Ayam Berkokok Ekor Bergelumang Taik"... cuba cermin muka sendiri wahai pemimpin... retak tak cermin tu...
Pihak yg harus disalahkan atas segala kekalutan yg disebut oleh Pak Aspan ialah umno BN . Ini kerana merekalah yg membentuk krjn sejak merdeka hingga kini dan menguasai segala sumber yg ada dinegara ini. Saya tak nampak kenapa pembangkang harus dipersalahkan juga. Kalau pembangkang dikatakan sentiasa memainkan isu perkauman...tangkap aje lah. Polis pasti ikut perintah krjn persekutuan yg berkuasa. Semua orang tahu itu.
Tkasih.
Statment Najib umpama beliau meludah ke langit... Terpercik kena muka sendiri sekali dengan tahi burung. Hehehe
Post a Comment