Isu ’13 Mei’ yang disebut oleh TS
Muhyiddin masih lagi menjadi polimik besar dan tidak nampak tanda akan reda.
Diantara orang-orang besar negara yang berbahas dengan isu ini ialah Lim Kit
Siang, Khairy Jamaludin, Anwar Ibrahim dan ramai yang lain yang datang dari
parti-parti yang sedang berlumba untuk meraih sokongan rakyat.
Kalau kita membuat definasi
tentang 13 Mei ini ia memberikan makna yang berlakunya pertumpahan darah hasil
dari pergaduhan diantara kaum seperti yang berlaku dalam 1969 dahulu. Jika sesiapa
yang telah lahir dan hidup semasa kejadian itu berlaku tidak boleh dinafikan
ianya merupakan kejadian yang sangat menakutkan.
Salah satu sebab yang menjadikan
berlakunya peristiwa itu, ialah kerana ketidak seimbangan kedudukan ekonomi
dikalangan kaum-kaum yang ada dalam negara ini. Selain dari itu banyak sebab
yang boleh ditulis tetapi masa dan ruang untuk menulisnya sangat terhad. Lagi
pun telah banyak isu ini ditulis oleh sejarawan negara dan penyelesaiannya
telah dilakukan oleh pimpinan semasa itu dengan penuh jujur dan berjiwa luhur
dari pemimpin semua kaum semasa itu.
Pendeknya kejadian itu merupakan
manifestasi sebenarnya dari pihak yang tidak berpuas hati dan perasaan yang
sudah hilang kesabaran itulah yang menyebabkan kejadian itu berlaku dalam
sekelip mata sahaja. Ribuan yang mati berdarah dari semua kaum di Tanah Melayu
ini tetapi tindakan cepat Tunku Abdul Rahman melantik dan memberikan tanggungjawab kepada
timbalannya, Tun Razak untuk mengetuai MAGERAN dengan tugas dan tanggungjawab
menyelesaikan masalah rumit ini dengan segera dan MAGERAN itu berfungsi dengan
mengisytiharkan dharurat bagi memudahkan mencari penyelesaian diantara kaum
itu.
Tidak usah kita bahaskan perkara
yang nyata benar dan ‘real’. Yang nyata sekarang kekuatan ekonomi orang Melayu
dan bumiputra tetap masih jauh ketinggalan dan keadaan ini merupakan salah satu
penyebab kepada kejadian 13 Mei itu. Apa yang Muhyiddin sebut itu mungkin
kenyataan sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri yang takut kejadian itu
berlaku lagi.
Walaupun ia dijadikan isu polimik
oleh pihak pembangkang, tetapi pihak pembangkang juga mesti memahami yang
itulah yang akan berlaku jika perbahasan tentang isu-isu yang membabitkan kaum
ini terus berlaku. Saya tidak mengambil sikap untuk melatah dan menuduh
Muhyiddin mengeluarkan amaran, kerana sebagai pemimpin utama negara sesiapa
sekali pun dalam keadaan risau dan takut itu akan mengeluarkan kenyataan
peringatan itu. Jika Kit Siang berada ditempat Muhyiddin saya tidak terkejut
jika Kit Siang akan berkata perkara yang sama.
Tetapi yang pentingnya dengan
kenyataan Muhyidin itu ialah pemaparan kegagalan kerajaan yang memimpin untuk
menyekat situasi ini wujud yang saya pun khuatir peristiwa berdarah ini akan
berlaku lagi. Itu sebabnya selalu blog ini menyebut pencapaian perpaduan kaum
itu adalah ‘ultimate’ bagi negara ini, tetapi ini pula yang UMNO serta BN gagal
melakukannya. Pihak pembangkang pun mengambil kesempatan untuik mensensasikan
isu ini semata-mata untuk membawa rakyat bersama mereka mengutuk Muhyiddin.
Salah satu dari tanggungjawab
kerajaan untuk memastikan pembinaan masyarakat yang berpadu ialah dengan
membuat pemantauan terhadap perlaksanaan segala dasar yang baik yang telah
diwujudkan oleh pimpinan terdahulu. Tetapi kerajaan tidak terlintas di
pemikiran mereka yang melalaikan perlaksaan dasar-dasar baik dahulu itu akan
membawa padah yang buruk kepada negara, dan sekarang pemimpin negara sendiri
merasakan takut kejadian ini akan berlaku.
Pimpinan kerajaan hanya asyik
menumpukan masa dan tenaga serta pemikiran untuk melekatkan diri kepada kuasa
tetapi tidak mampu untuk mengendalikan kuasa dan mandat yang telah diperolihi
itu. Tetapi jika ada pihak dalam UMNO cuba untuk membuat perubahan kepimpinan
yang ‘melopong’ ini, pihak itu akan ditekan kerana sememangnya kumpulan
pimpinan yang lemah dan fakir jiwanya akan bersatu untuk menentang sesiapa
yamng hendak melakukan pembaharuan dan perbezaan.
Itu sebabnya pimpinan seperti ini
sejak tiga puluh tahun dahulu lagi bertindak menunjukkan pembangunan fisikal
dengan bangunan tertinggi didunia dan jambatan yang paling panjang dirantau ini
serta tiang bendera yang tertinggi di dunia untuk menunjukkan yang mereka ada
kumpulan pembawa pembangunan.
Tetapi harus kita akui yang
pembangunan fisikal ini hanyalah sebahagian yang sangat kecil dalam apa yang
kita katakan pembangunan negara. Apabila kita sudah mempunyai lebuhraya yang
terpanjang dan bangunan yang tertinggi itu tidak semestinya negara itu sudah
berjaya dalam proses ‘nation-building’ itu. Tidak guna mempunyai ‘first class
infrastructure’ tetapi mempunyai mentaliti seperti mentaliti dunia ketiga.
Di negara-negara Scandinavia tidak ramai yang mengenali siapa pemimpin
negara-negara itu. Kita termasuk saya tidak tahu siapa Perdana Menteri negara
Switzerland, Norway ,
Denmark dan lain-lain dalam kawasan itu. Tidak pernah kita dengar berita
Perdana-Perdana Menteri negara-negara Scandinavia
pergi membuat lawatan negara tujuh atau lapan kali setahun, ‘jet setting’
seantero dunia.
Pembangunan mentaliti dan moral
tidak ditekankan kerana mereka sendiri sebagai sebagai pemimpin tidak nampak
isu itu penting. Maka terjadi pembangunan tidak seimbang diantara keperluan
pembangunan fisikal dengan pembangunan yang lain seperti pembangunan moral,
mentaliti serta spiritual yang sangat diperlukan bagi sebuah negara yang sedang
membangun.
Rakyat tidak tahu menghayati
kemerdekaan dan keamanan kerana nilai ini hanya diperkatakan secara politik dan
tidak dipraktikan seperti yang diperkatakan. Pembangkang bersama
bertanggungjawab dengan menghangatkan isu ini dengan memberikan 'response' yang
tidak baik dengan segala apa yang diperkatakan oleh mana-mana pemimpin seperti
Muhyiddin ini. Pemimpin mereka secara deras dan pantas mengambilnya sebagai isu
politik untuk meraih keuntungan dari kenyataan yang terus dituduh seperti yang
kita dengar hari ini.
Pembangkang di sini hanya mahukan
keuntungan tanpa mengira moralnya. Yang penting bagi mereka ialah mendapatkan
‘mileage’ politik untuk pilihanraya sahaja.
Apa yang berlaku di Selangor
sekarang ini membuktikan yang mereka mendapat kuasa di atas sentimen kebencian
kepada UMNO dengan isu-isu rasis semasa pilihanraya sedangkan ada parti di
dalamnya juga bertindak mengikut aluran rasis yang mendalam walaupun berbuih-buih
bercakap tentang kepelbagaian kaum dalam perjuangan mereka.
Cepat sangat untuk menuduh orang
menggertak sedangkan reaksi dari setengah pihak dari kenyataan Muhyidin itu
juga berbentuk gertakan yang sangat merbahaya terhadap rakyat yang mereka
anggap sebagai bodoh dan tuli ini.
Saya selama ini menganggap
pemimpin seperti LKS dan LGE itu sebagai pemimpin yang 'magnanimous',
rupa-rupanya mereka sekadar pemimpin aktivis politik sahaja….mencari isu untuk
dihebohkan dan disensasikan.
3 comments:
Konflik kaum telahpon belaku dan sedang belaku dengan maraknya ,akibat pelbagai issue kaum dan ugama tidak ditangani dengan berkesan,khususnya membabitkan orang Melayu dan Islam.
Melayu / Islam diperemehkan olih bangsa lain dengan meriahnya dengan alasan politik ,dan pemimpin-pemimpin Melayu dilihat gagal membendungnya ,dan pepechan idealogi politik dikalangan orang Melayu sendiri membuatkan ianya lebih parah ,bak kata perpatah ,'retak hanya menanti belah' ,dan tidak nampak tanda-tanda keredaanya.
Kobou Den pon kalau dibiorkan bepolitik dengan ,'politik kobou nya ' , akhirnyo botolagah jugo .
semua ini bermula bila aljub buat hal...dan terus buat hal memburuk burukkan kerajaan, ini membuka pintu pada politik kotor pembangkang...anwar patut perbetulkan ini semua sekirnya dia pemimpin rakyat, bukan pemusnah rakyat..kalau UMNO disalahkan dalam semua hal, sini kita juga boleh salahkan anwar penyebab ini semua...pengkhianat Negara...mengapa kita yang cintakan kedamaian takut untuk mengatakan ini semua angkara anwar..sebagai mana dia selalu menyalahkan PM,DPM,Tun Mahathir dan UMNO...kenapa tidak menghentam anwar untuk membaiki keamanan Negara kita..
Adakah kita sedar, bahawa kerajaan yg diterajui BN sejak tragedi 13 Mei 1969 itulah yg sebenarnya telah gagal sepenuhnya dalam membina negara dengan semangat muhibah sesama dan antara kaum? Malah UMNO sendiri menjadi pelopor ulung, yang memecah-belahkan bukan sahaja antara kaum, tapi sesama kaum juga. Dalam era pasca 13 Mei 1969, telah berlakunya 2 kali perpecahan dalam UMNO itu sendiri. Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus, bolehkah? Gertakan TSMY yg mulakan, apabila disambut hendak salahkan siapa. Sepatutnya isu 13 Mei itu dibiarkan tidur terus dan TSMY serta pasukannya menggerakkan daya usaha supaya ianya tidak berulang, bukannya membuat gertakan secara terbuka. Sungguh tidak bijakTSMY memberi bola tanggung dan apabila dismash pihak lawan pula dipersalahkan.
Post a Comment