Pakatan Rakyat sedang mengarah
kepada perpecahan. Lim Guan Eng pun telah menyatakan kebimbangan Pakatan akan
berpecah kerana situasi politik dalam Pakatan Rakyat sangat panas dan
membimbangkan. Perpecahan sememangnya satu perkara yang mudah berlaku jika masing-masing
di kuasai oleh ‘greed, anger and foolishness’ mereka. Ketiga-tiga elemen ini
merupakan racun berbisa dan ia tidak akan membawa sesiapa kemana-mana selain
dari kegagalan dan kehancuran.
Apa yang buruknya, usaha setengah
pihak untuk menolak rakan seperjuangan tidak mengambil kira masa dan keadaan.
Perkara ini menjadi hangat dalam bulan Ramadan bulan yang Mubarak bagi kita
orang Islam ini. Apabila ketamakan menguasai diri, tolak menolak dan pancung
memancung dilakukan dalam bulan tersuci agama kita.
Kenapa dan mengapa Khalid yang
dianggap terbaik diantara Menteri Besar dalam sekelip mata di tonjolkan
kelemahan oleh parti dan pemimpinnya sendiri.
Kenapa jika benar pun ada kelemahannya, tidak adakah baiknya dan kenapa
tergesa-gesa untuk menurunkannya? Jika Khalid tidak baik dipandangan partinya
khususnya oleh Anwar, kenapa dari awal selepas pilihanraya yang lalu tidak pula
di sekat Khalid menjadi Menteri Besar.
Persoalannya kenapa, seperti yang
diakui Anwar yang ‘Kajang Move’ itu adalah satu perancangan untuk menurunkan
Khalid dan beliau yang berkehendakan jawatan penting itu. Kalau sudah tersekat
dengan undang-undang kenapa pula memilih isteri sendiri untuk dijadikan Menteri
Besar. Tidak bolehkah diambil orang lain seperti Azmin atau yang lain yang
lebih beliau percayai. Langkah menempatkan isteri sendiri untuk menjadi MB itu
menunjukan yang Anwar tidak ada siapa yang beliau percayai termasuk Azmin
sendiri.
Lantaran sudah difahami oleh
banyak pihak Anwar adalah pemain politik untuk diri sendiri sahaja. Lebih dari
itu beliau mahukan semua kehendaknya mesti di turuti oleh semua parti-parti
dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan DAP. Jika di turuti politik Anwar kita akan
melihat agenda lain tidak termasuk dalam pemikiran beliau termasuk untuk
membina politik yang baik dalam negara ini.
Apa yang diragui oleh LGE tentang
sistem dua parti yang sudah terbina ini? Mungkin sistem dua parti itu akan
merosakan perjuangan PAS kerajaan pengaruh pihak yang menentng tentang Islam
sudah mula menunjukan sikap bermaharajalela dalam Pakatan sistem dua parti itu.
Anwar bukannya berminat untuk
apa-apa sistem pun, yang penting kemahuan beliau tercapai dan semua pihak dalam
PR mesti menuruti kehendak beliau. Untuk mencapai cita-citanya Anwar sanggup
menyembelih rakannya sendiri dan beliau lakukan segala usaha penyembelihan ini
dalam bulan yang Mubarak ini tanpa segan dan silu.
Persoalannya sekarang ini, kita
elok bertanya kenapa tergesa-gesa seolah-olah ada agenda lain yang memerlukan
peralihan kuasa di Selangor ini perlu dilakukan dengan segera. Kenapa selepas Hari
Raya Aidilfitri, kenapa tidak lepas Hari Raya Aidil Adha? Atau kenapa tidak
selepas Deepavali? Pertanyaan ini timbul di mana-mana.
PKR tidak boleh berbangga yang
hak untuk menurunkan Khalid itu adalah hak PKR kerana beliau adalah wakil PKR.
Jika PKR hendak membuang mana-mana pemimpin parti dengan jawatannya sekali itu
hak PKR. Tetapi jawatan Menteri Besar itu bukan hak PKR semata-mata kerana
Menteri Besar itu adalah hak Pakatan Rakyat termasuk PAS. Lantaran PAS
mempunyai kepentingan moral untuk menentukan pendirian samada untuk bersetuju
atau pun sebaliknya terhadap tindakan dan keputusan PKR dalam hal menurun dan
menaikan seorang Menteri Besar itu.
Kesangsian LGE terhadap
perpecahan Pakatan Rakyat itu sememangnya satu isu yang ‘predictable’ dari awal
lagi. Perbezaan nilai dan perjuangan diantara DAP dengan PAS banyak yang
berbeza. Jadi jika berpecah Pakatan Rakyat dalam isu apa sekali pun ia bukan
perkara yang mengejutkan kerana perbezaan itulah yang membawa perpecahan jika
tidak di adili dengan baik.
DAP ada sebab tersendiri kenapa
bersetuju untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim, dan PAS juga mempunyai sebabnya
untuk mahukan Khalid kekal sebagai MB dan telah pun di sebut secara rambang
oleh TGNA dalam kenyataan sokongan beliau kepada TGHA yang mahukan Khalid kekal
sebagai MB. Betul lah dalam perbezaan inilah mereka boleh berkompromi untuk
bertindak selenggang dan sehayun dalam banyak hal dan isu.
Tetapi sememangnya ada kalanya
yang terdapat isu yang tidak selenggang dan sehayun itu, Maka usaha perlu di
lakukan untuk membetulkan lenggang dan hayunan tadi. Tetapi jika tidak juga
berjaya maka adalah tidak salah jika mereka berpisah. Pasangan suami isteri
yang telah begitu lama berbeza dalam banyak hal rumah tangga pun akhirnya
berpisah kerana tidak dapat mencari kata sepakat, apatah lagi dalam hal
kerjasama politik yang masing-masing mempunyai perbezaan dalam banyak isu.
Perbezaan itu sememangnya wujud,
kerana jika mereka tidak berbeza mereka akan berada dalam satu parti, bukannya
bderada dalam parti-parti PAS atau pun DAP. Bagi saya perbezaan ini sepatutnya
di uasahakan komprominyam tetapi jika tidak juga tercapai kemuafakatan maka
bercerai itu, walaupun sakit merupakan jalan terakhir untuk dilakukan.
Perceraian bukannya satu isu yang ganjil, dan ia berlaku setiap masa.
Seperkara yang Anwar atau mungkin
DAP mesti ingat, mereka tidak boleh menganggap PAS itu sebagai orang semenda,
dipanggil datang di suruh pergi. Tetapi jika pun orang semenda itu disuruh
pergi dipanggil datang tetapi dalam konflik keluarga pendapat orang semenda itu
amat penting. Selalunya orang semenda itulah yang akan memberikan jalan
penyelesaian terhadap konflik dalam sesuatu keluarga itu.
Begitu jugalah PAS dalam PKR,
jika Anwar begitu taksub untuk memperjuangkan dirinya sendiri sahaja maka PAS
boleh memberikan pandangan dan tidak boleh dipertikaikan keterlaluan. Anwar
mungkin kecewa dengan pendirian TGNA dan TGHA, tetapi Anwar perlu juga
bertabnya pada dirinya sendiri tidak adakah perkara yang dilakukan Anwar yang
menyentuh maruah dan intergriti parti PAS itu selama ini?
Jika Anwar ada perasaan orang PAS
seperti TGHA dan TGNA pun ada perasaan. Begitu juga Lim Guan Eng. Jika masih
tidak dapat berjumpa ‘conciliation point’ maka perpisahan adalah jawapan
terbaik dan tunjukan hormat menghormati diantara satu dengan lain. Blog ini
acapkali berkata yang jika UMNO memakan masa setengah abad untuk menjadi
seperti apa yang kita lihat hari ini, PKR akan hanya memakan masa kurang dari
dua puluh tahun untuk jatuh ketahap yang rendah itu.
Masalah yang dihadapi Khalid ini
adalah masalah yang akan menentukan nasib PKR dimasa hadapan. Yang menimbulkan
masalah ini bukannya Khalid. Sebenarnya masalah ini di semai oleh Anwar
sendiri.
Itu sebabnya TGHA dan TGNA mempunyai
pendirian yang berbeza dalam isu Khalid Ibrahim ini, kerana kedua-dua pemimpin
besar PAS ini mampu untuk ‘menyelam air dalam tunggak’. Sebab yang sebenarnya
tidak mungkin tersiar, tetapi kemampuan ‘menyelam air dalam tunggak’ tadi
adalah penyebab perbezaan dalam isu Khalid
MB ini.
11 comments:
Satu pandangan yang baik. Selesaikan masalah dengan TS Khalid lebih baik daripada menyingkirkannya. Kalau PKR tidak boleh selesaikan, runding dengan PAS supaya TS Khalid boleh dengan selesa mendengar pandangan untuk selesaikan apa jua "kelemahan" yang menimbulkan rasa tidak puas hati PKR atau DAP.
Sesuatu yg tergesa-gesa dan bekeperluan amat sangat oleh anwar mengatasi perundingan, budibicara dan sebagainya dan sudah menjadi rasa besar kepala anwar seperti israel yg merasa dirinya shj betul dan tidak boleh disanggah - itu dlm keadaan sekadar ketua pembangkang dan penasihat parti - ada saki baki pengaruh tanpa kuasa.
Lambat laun akan berlaga angin dengan yg satu lagi kepala, lim guean eng - tokong.
Jika anwar cadangkan selain dari wan azizah, Hadi Awang mungkin mempunyai pandangan berbeza.
Jika wan azizah dicalonkan untuk menteri besar seperti "negeri perlis" - Hadi Awang mungkin boleh pertimbangkan.
Perundingan masih berjalan dan tidak mustahil sesuatu yg lebih baik akan terhasil tetapi PAS sudah menunjukkan kesediaannya bersetuju untuk tidak bersetuju digunapakai di masa akan datang
Kita perlu berlapang dada dengan apa jua ruang kebebasan yg wujud utk kita meluahkan pandangan dan menerima pandangan berkaitan politik
Pihak yang mahukan Khalid terus duduk di kerusi MB dilihat mahu mengekalkan status kuo: tidak mahu sokongan yg diberikan kepada jawatan itu diperlecehkan; dan sistem sedia ada...raja beperlembagaan...terus dihayati.
Bukanlah mudah untuk Pas membuat keputusan untuk memberi laluan kepada Khalid untuk terus duduk di kerusi jawatan sebagai wakil PR amnya dan sebagai 'proksi' Pas secara khususnya.
Seperkara lagi Pas sudah lama selesa dengan sistem sedia ada dan ianya dibuktikan di Kelantan. Tidak salah mencuba satu yang baru tetapi kalau barang tidak rosak kenapa nakkan tikus baiki labu?
Perebutan jawatan memang dah berlaku dulu. Sepatutnya Anwae menasihati ahli-ahlinya, jangan terbawa bawa carasemasa mereka dalam omno dulu
Pandangan dan telahan Sdr Aspan memang betul lagi tepat. Masaalah yang timbul bukan disebabkan oleh Pas atau khalid tetapi puncanya ialah Anwar dan penyokong2 beliau.Orang tertanya2 kenapakah Khalid hendak diturunkan secara tergesa2 sedangkan prestasi beliau selama lebih sepenggal adalah cemerlang berbanding MB2 lain.Rakyat Selangor sayangkan Khalid dan menerima banyak faedah dalam berbagai bentuk. Cuma yang rakyat nampak niat menurunkan Khalid dan mencadangkan isteri sendiri bertujuan membina dinasti sama seperti yang beliau momokkan terhadap Mahathir dan lain2 pemimpin umno.
"Sebenarnya masalah ini di semai oleh Anwar sendiri."
Only you got it right, Encik Aspan. Msian Insider siap buat cerita netizens marah2 pas. Kesian pas. Ini anwar punya angkara. Dia ngan rafizi punya brilliant idea nak buat Kajang Move yg tah pape tu. Pas pulak yg di salahkan.
Afasal marah? TGHA dan TGNA ada hak nak bersuara. Saya setuju sangat dgn apa dikatakan oleh dua tokoh ini. Time a partner in PR stand up and say NO to anwar/rafizi's stupid games.
Tn AA
MP & ADUN ibarat 'driver' manakala kita semua macam 'passenger'. Memang sebagai passenger utk komen driver memang senang utk nampak driver punya kelemahan & salah laku. Sepatut nya utk tengok 'vehicle' itu berjalan lancar, jgn lah sekali kali duk sebut perkara2 negative ibarat kita semua pun juga dlm vehicle itu. Nanti dgn kita semua pun akan terima padah nya.
Saya bukan org politik tapi org yg sgt cinta utk tenguk kesatuan manusia.
Kesalahan besar Khalid kerana tidak beri laluan mudah bagi penyokong PKR mendapat laba dana rakyat Selangor RM3 bilion.
Desakan kumpulan Azmin Ali membuatkan Anwar terperangkap tambahan pula langkah Kajang dilakukan tanpa berunding dengan DAP dan PAS. Pesepsi dimana Anwar menganggap DAP dan PAS sebagai fixed depositnya membuatkan keadaan bertambah rumit.
Bermula dari pimpinan tertinggi hinggalah kecil PKR menghina Khalid didepan rakyat yang memberi undi mereka kepada PR dalam PRU13 lepas.
Sedari awal lagi....PAS x spatutnya diajak bsama dlm PR..... Skrg langkah terbaik adalah kekalkn PR utk persekutuan sahaja (parlimen)... Biarkn negeri negeri yg putuskn PR negeri.... Selangor, johor dan Sarawak x dpt dselamatkn lagi...... Kalu cuba btahan akan beri kesan pd PR persekutuan..
Kahkah..dah pndai berebut kuasa puak2 paktan rakyat ni...dulu dok tuduh puak umno@bn ....la ni puak hangpa pulak dok rebut harta rmpasan perang...huahua
Post a Comment