Pertarungan diantara TS Khalid
Ibrahim dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang sudah pun sampai ke
kemuncak krisis ini bukan sahaja menjejaskan PKR sahaja, tetapi sudah tentu
memberikan impak kepada Pakatan Rakyat sendiri. PAS dan DAP tidak mungkin dapat
mengelak dari menghadapi kemerosotan keyakinan dari rakyat, bukan sahaja dari
Selangor tetapi juga dari seluruh negara. Pendeknya sesiapa yang memulakan
krisis ini patut dari awal memahami hakikat ini dan tidak akan melakukan
apa-apa untuk mengelakkan kuncupan sokongan ramai ini.
Tikam menikam dari belakang
sesama pemimpin dan ahli PKR sekarang ini menjelaskan tuduhan atau pandangan
setengah pihak yang PKR akan menemui ajalnya dalam tempoh lebih awal dari yang
dijangkakan. Ia akan membawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu merudum
bersama PKR dan itu adalah hakikatnya dan tidak boleh di nafikan oleh mana-mana
pihak.
Untuk melakukan perubahan untuk
negara yang dilaungkan oleh pihak PR selama ini akan gagal kerana belum pun
berjaya mendapatkan kuasa di peringkat Persekutuan pimpinan parti keluarga
Anwar ini sudah berkecamuk dan huru-hara. Segala laungan dan janji-janji untuk
meningkatkan tahap siasah yang lebih tinggi dari BN itu tidak akan dan mustahil
di capai. “Baru dapat kuasa di Selangor sahaja sudah mengundang perpecahan, apa
lagi jika Anwar dan PKR berjaya mendapatkan mandat ke Putrajaya” kata seorang
pembaca blog ini.
Malam tadi seorang dari rakan
saya secara berseloroh berkata, “ini bukan Kajang-move, tetapi Kejang move”. Semuanya
dalam kekejangan politik di pihak pembangkang sekarang ini. PAS mempunyai
‘apprehension’ untuk menyokong tindakan Anwar Ibrahim ini kerana tindakan ini
akan menjejaskan imej parti itu dikalangan rakyat Selangor. DAP tidak mempunyai
halangan, bahkan Pengerusi parti itu di Selangor telah memberikan sokongan
secara terbuka untuk menukar MB Selangor itu.
Keputusan DAP itu tidak
mengejutkan kerana parti itu akan keseorangan jika tidak mahu mengikut telunjuk
pimpinan PKR. Tetapi jika PAS tidak menyokong dengan sepenuhnya secara langsung
DAP juga akan menghadapi masalah di masa depan. Parti itu terpaksa bersama
dalam keputusan untuk mengenepikan Khalid Ibrahim ini kerana mereka tiada
pilihan dan jika PKR rebah maka DAP akan turut merasakan bahananya di masa
depan.
PKR bukan sahaja bermasalah di
Selangor tetapi parti itu juga menghadapi masalah di Sarawak .
Anwar telah mengeluarkan perancangan jika PR mampu mengambil alih Sarawak . Anwar telah mengumumkan segala perancangan
beliau dalam apa yang beliau sebut sebagai ‘revamp plan’ untuk negeri itu jika
Pakatan berjaya di Sarawak.Perancangan PKR di Sarawak begitu baik seperti
perancangan yang di rancang untuk Selangor dan seluruh negara.
Tetapi jika parti itu menunjukan
sikap tidak berkemampuan untuk menguruskan kejayaan seperti di Selangor,
rancangan untuk Sarawak itu tidak ada sebab
untuk berjaya di negeri bumi kenyalang itu. Pokoknya sejauh mana kah parti itu
akan mampu untuk mengekalkan perpaduan diantara kepimpinan di Sarawak. Alangkan
di Selangor pun menjadi kelam kabut apa yang dapat mempastikan di Sarawak itu
tidak akan terdapat masalah yang lebih besar di Sarawak kerana keadaaan di Sarawak itu lebih besar dari masalah di Semenanjung jika
PKR mentadbir negeri itu.
Tindakan Ketua Umum PKR di
Selangor itu dapat memberi kita pelajaran yang sikap untuk kepentingan keluarga
itu juga begitu jelas dalam PKR itu. Mesti kita akui jika terdapat sikap
kepentingan untuk keluarga itu terhadap dalam satu-satu kepimpinan parti itu,
maka pimpinan parti itu tidak akan dapat membuat keputusan dengan baik dan
betul. Itu yang berlaku dalam UMNO selama ini.
Tidak akan ada keputusan
yang tepat kerana setiap keputusan itu dipengaruhi oleh keperluan peribadi dan
keluarga. Berilah Sarawak royalti minyak sehingga puluhan peratus sekali pun
tetapi jika parti itu mengambil keputusan diatas keperluan peribadi juga, maka
pemberian royalti minyak yang puluhan peratusan pun tidak akan membawa
keuntungan kepada sesiapa.
Pandangan ini bukan sengaja
diada-adakan, tetapi ia di tunjukkan oleh sikap parti dan pemimpinnya sendiri
dihadapan mata kepala rakyat yang memerhati dengan teliti ini. Jika perpaduan
di Selangor pun tidak dapat di wujudkan oleh Anwar, bagaimana beliau hendak
menyatukan rakyat di Sarawak yang lebih
komplikated dari Semenanjung ini?
Cita-cita yang tidak terbawa oleh
badan kita atau tubuh kita boleh di rancang oleh sesiapa pun. Yang pentingnya
mampukah kita untuk melaksanakan apa yang dirancang itu? Kita tidak mahu
keadaan ‘berpecah merata-rata, amannya bertompok-tompok’.
Pengalaman di Selangor sudah
cukup betapa lemahnya kepimpinan PKR itu sehinggakan yang baik menjadi buruk
dan yang buruk dianggap baik kerana kepentingan politik dan hawa nafsu
kekeluargaan. Memecat dan memenggal politik sesama sendiri menjadi perkara
biasa dan dilakukan di hadapan mata kepala rakyat yang sedang memerhatikan
mereka.
Sesungguhnya, selagi tidak diberikan tanggungjawab kepada seorang yang bijaksana untuk membawa politk dan siasah baru kepada negara selagi itulah negara akan terumbang-ambing dalam perpecahan. Selagi masih ada tiga elemen buruk dalam pimpinan, iaitu 'greed,anger and foolishness', selagi itulah keadaan akan bertambah buruk dari hari ke hari
8 comments:
tak pasal2 BN pulk yg kena . lutut ...
kepala pusing2
Pandangan sekadar untuk dibaca. Kepimpinan keadilan dan pakatan politik, insya Allah mampu meleraikan apa yg tersimpul, menjelaskan apa yg kabur, Perjuangan mash jauh dan panjang, Ayuh keadilan teruskan perjuangan, kuatkan azam perteguhkan semangat semoga Allah merahmati keadilan.
Cuba lihat kenyataan rafizi di theedge. Mb baru akan semak semula perjanjian langat 2 dan jumlah pampasan konsesi air. Adakah ini sbg bargaining power supaya membebaskan anwar yg akan diputuskan oleh mahkamah pd awal ogos ini? Adakah ini sebabnya mrk mahu tski diturunkan kerana tidak mahu menggadaikan kepentingan rakyat selangor dgn seorang individu?
Betul atau salah jangkaan saya pak aspan?
Anon 16:12
Betul kata penulis, kalau nak jahanamkan lagi berikan kepada Pkr untuk membetulkannya. Baguslah tu....sokong Pkr untuk menerukan lagi keadaan
Bawak bertenang Pak Aspan...selagi wujudnya pimpinan yg amanah dan jujur...tidak merompak harta milik rakyat...tak kisah la sesiapa saja yg menggantikan TSKI punyai sifat2 tadi... insyaAllah Selangor tetap maju...rakyatnya akan menfaat hasil pemerintahan MB tersebut... wallahualam
Man Bai
DAP dan PAS hormati PKR calunkan Kak Wan sebagai MB. Dalam keputusan bersama belum pasti lagi. Rakyat Selangor bukan semua ahli PR ... jika sibuk berbalah ... ada kemungkinan Selangor melayang dari PR ..
Ikut lagi Anwar. Padan muka aku. Berucap macam nak runtuh dunia. Substance tiada!!!
Walhasil balik asal... Wan Azizah BM, Anwar de facto MB. Lumat Selangor..
Anak Selangor semuanya bodoh, cari import MB.
Post a Comment