Dahulunya, semasa saya mula bergiat
dalam UMNO selalu saya dengar cogan kata..UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.
Sesungguhnya begitulah kenyataannya kerana semasa itu tiada parti Melayu yang
lain yang mendapat sokongan ramai. PAS hanya bertumpu di Pantai Timur Semenanjung dan parti itu hanya berkubu di Kelantan. Selain dari itu PAS hanya
wujud ditempat-tempat dimana wujudnya sawah padi dan pengaruhnya bertompok-tompok.
Kini cogan kata UMNO itu Melayu,
dan Melayu itu UMNO sudah lama tidak kedengaran kerana sesungguhnya Melayu
sekarang tidak semestinya penyokong UMNO. UMNO menjadi begini kerana UMNO tidak
mampu merubah pemikiran dan sifatnya mengikut waktu dan zamannya.
UMNO sekarang hanyalah seperti
sebuah kelab eksklusif yang mana ia dikuasai oleh sekelompok manusia dan
keluarga dengan menggunakan pengaruh dengan menekan pembangunan pemikiran
ahli-ahlinya dan mereka tidak payah berfikir untuk perjuangan partinya itu.
UMNO diperlakukan oleh kumpulan kecil yang eksklusif dan mereka yang kecil
kumpulan ini menggunakan ahli-ahli yang telah di mandulkan pemikiran mereka
oleh kumpulan eksklusif ini.
Kumpulan elit dalam UMNO telah
berjaya memainkan serta menanamkan kumpulan ahli-ahli yang telah dimandulkan
pemikiran itu dan sedang bermaharajalela dikoridor kuasa. Mereka mengambil
kesempatan untuk diri dan keluarga serta kroni mereka yang taat membatu tuli itu
yang telah dijaga segala kemahuan mereka melalui imbuhan imbuhan yang
telah membentuk budaya ‘rent seeking’ yang tidak dapat dikatakan salah lagi.
‘Rent seeking’ itu sudah
dihalalkan dan diterima sebagai budaya dan kumpulan ini merupakan kubu kuat
bagi kumpulan elit UMNO itu untuk terus berkuasa walaupun dengan kuasa yang
‘marginal’. Kemenangan yang ‘marginal’ ini sudah mencukupi bagi kumpulan kecil
elit ini untuk berkuasa sepenuhnya dalam sistem demokrasi ‘winners take all and
losers loose all’ ini.
Dr Mahathir pernah berkata
“menang satu undi pun menang” semasa pertandingan jawatan presiden UMNO tahun
1987 dahulu. Dengan kemenangan hanya 43
undi dalam pertandingan itu lah yang membuatkan beliau berkuasa penuh dan
meneruskan pemandulan pemikiran ahli-ahli UMNO selama 22 tahun itu dan inilah
yang kita lihat berlaku pada hari ini. Macam mana buruk pun ‘conduct’ UMNO,
parti itu tetap diterima sebagai parti yang memerintah sepanjang hayat. UMNO
itu telah diyakini sebagai parti yang tidak boleh dikalahkan oleh mana-mana
pihak. Kekalahan hanyalah untuk pihak pembangkang dan yang tidak bersetuju
dengan mereka semata-mata.
Tetapi dengan kemenangan ‘marginal’
UMNO dan BN itu tidak lagi membolehkan UMNO mengaku yang UMNO itu Melayu dan
Melayu itu UMNO. Orang Melayu tidak semestinya penyokong UMNO. Jika dulunya PAS
hanya mendapat sokongan bertompok-tompok kini PAS sudah merata-rata di negara
ini. Malahan kawasan elit seperti Shah Alam yang dulunya merupakan kubu UMNO,
sekarang parti itu sudah tidak bermaya lagi dalam kawasan itu dan banyak
kawasan-kawasan yang lain.
Semuanya ini kerana keruntuhan
nilai kepimpinan dan jenis manusia yang memimpin itu. UMNO sudah tidak bermaya
untuk membangunkan pemikiran mereka mengikut masa dan zamannya. Ahli-ahli UMNO
serta pemimpin mereka sudah tidak tahu membezakan diantara parti dan kerajaan. Oleh
kerana terlalu lama diberikan mandat UMNO merasakan yang negara ini mereka yang
punya dan mana-mana pihak yang mengkritik mereka dianggap rakyat yang derhaka
dan tidak patriotik.
Sudah tertanam dalam pemikiran
pemimpin-pemimpin UMNO yang parti mereka tidak boleh dipersalahkan.
Budaya-budaya buruk yang dibina oleh UMNO merupakan satu isu yang sangat
merbahaya kepada keseluruhan sistem politik negara ini kerana budaya itu juga
sudah meresap dan sedang tertanam dalam parti-parti pembangkang juga.
Ia sudah begitu teruk sehinggakan
memberikan mandat kepada pembangkang tidak boleh menjamin kestabilan politik
negara dan negeri.PKR yang telah berjaya meyakinkan akan mentadbir negeri
Selangor dengan baik juga tidak berhasil. Malahan apabila PKR mentadbir keadaan
politik begitu kalau bilau seperti yang kita lihat dan dengar sekarang ini. Pendeknya
kedua-dua belah pihak tidak boleh menjamin kestabilan politik kita kerana
masing-masing parti hanya berjuang untuk parti mereka dan bukannya untuk rakyat
yang ramai.
Masing-masing parti hanya membela
nasib parti mereka sendiri tetapi rakyat ramai tetap resah gelisah. Pembangkang
telah diberi peluang untuk mentadbir negeri yang terkaya Selangor, tetapi apa
yang kita lihat untuk menjaga kestabilan dan ketelusan tidak tercapai
semata-mata kerana permainan politik sesama pemimpin parti-parti dalam PR itu.
Tindakan menikam belakang sesama
pemimpin mereka berlaku dihadapan mata kepala rakyat yang ramai dan
menumbangkan pimpinan dengan pimpinan tidak terbendung lagi. Khalid akan
dibuang dan pihak Khalid pula memainkan strategi untuk menggagalkan pihak yang
hendak memberhentikan beliau dari tugasan Menteri Besar nya.
Bagi saya mengekalkan sistem
sekarang tidak lagi boleh menjamin kestabilan politik itu sendiri. Walaupun
sudah selalu menyebutnya saya ulangi yang negara perlu melakukan ‘corrections’
kepada sistem politiknya jika kita masih berselera untuk melihat negara yang
aman.
‘Better late than never’ kata
perbilangan, kita wajar melakukan dan bertindak mengubal sistem politik yang
baru sekarang. Seseorang terpaksa kehadapan dan diberikan sokongan untuk
merumuskan satu landskap politik yang baru seperti yang blog ini selalu
sebutkan.
Yang penting seorang yang
berpengalaman wajar menyediakan meja untuk rundingan baru yang diwakili oleh
pimpinan dari semua kaum samada dari kaum yang terbesar mahu pun dari kaum
minoriti, untuk tidak meninggalkan mana-mana pihak kerana semua pihak yang
sedang berperang sekarang ini adalah empunya kepada negara ini.
Rakyat wajar dibawa ke ‘ambience’
politik yang baru bagi mewujudkan aura baru untuk bersatu bagi mencapai matlamat
yang ‘ultimate’ iaitu perpaduan kaum. Wajar diingatkan yang selagi keadaan dan
sistem ini masih berlarutan, kita akan tetap berada ditakuk yang lama, tanpa
ada apa-apa perbezaan yang diperlukan itu.
Individu yang dihormati perlu
diberikan tanggungjawab itu dan bukannya diberikan kepada parti-parti politik
bagi memulakan penyatuan ini. selepas disusun baru lah politik itu diserahkan
kepada parti-parti politik untuk melaksanakan demokrasi itu, mungkin
dengan suasana yang lebih baik lagi dan boleh digunapakai buat masa yang
panjang.
Kita telah dibelah-belahkan oleh
segelintiran elit politik itu selama ini dan kita masing-masing begitu bangga
memaki hamun sesama sendiri bagi menegak dan mempertahankan pimpinan
masing-masing yang sudah jelas tidak berkemampuan untuk mencapai matlamat
perpaduan kaum itu.
11 comments:
Yg ada dlm UMNO skg semua DKK (darah keturunan keling) sejak berpresidentkan Mahadir Kutty
Amat bersetuju dgn anon 14:01, sayang sekali melayu masih tidak sedar mereka dipermainkan dan kekal dlm kebodohannya.
Entahlah Aspan..tak perasaan orang kata macam tu..yang saya tahu ada ungkapan Melayu tu Islam dan Islam tu Melayu...molek kan macam tu
Dlm UMNO itu berapa ramai ahlinya yg bukan Islam? Dgn fakta ini menunjukkan UMNO itu sendiri pun bukannya melayu, jika asal Islam saja dah nak dikatakan melayu sebab ada yg bukan Islam pun ramai menjadi ahlinya.
" Ambience " politik baru yg Pak Aspan yg cita2kan tu hanya buleh di bawa oleh PKR yg dipimpin oleh Anwar Ibrahim melalui pilihanraya . Itu saja .
Tak mungkin umno BN yg membawa dosa2 50 tahun sanggup melepaskan apa yg mereka nikmati selama ini.
Tak mungkin Pakatan sanggup "kira halal aje le" segala onar yg umno BN dah buat pd Negara/rakyat/pembangkang.
Tkasih.
Ya Suffian... Anwar hendak membawa situasi politik yang berbeza? Tengok apa dia buat pada TS Khalid Ibrahim.
Itulah situasi yang Anwar akan bawak dalam politik negara kita kalau dia jadi PM. Ambience politik yang lebih buruk lagi tak?
Keluarlah sr dari bawah tempurung itu....
Nampaknya ada yg mempelawa orang lain masuk ke bawah tempurung yg telah lama dihuninya. Hidup Mamak!
Apa lah yang telah dicapai olih Tan Sri Khalid selain menambah perbendaharaan Negeri Selangor. Tengoklah Selangor masih kotor dan tak terurus alam sekitarnya. Apa guna banyak duit tapi rakyat negerinya tak dapat menikmatinya.
Apa halnya lari dari tajuk ni? Lain perkara dibincang, lain pula yg diulas.
mamak di malaysia sekarang..dah macam yahudi di amerika syarikat..bilangan kecil tapi berkuasa...sampai artis lelaki dan perempuan skrg bnyak berdarah mamak...
Sejak kebodohan pemimpin lama dulu mengangkat mahathir sebagai presedin umno..melayu sehingga hilang semangat untuk menjadi ahli umno...
Mahathir telah berbelas tahun bersara..sampai sekarang pemimpin melayu dlm umno masih takut dengan mamak sekor ne...
Org melayu harus berhati hati dgn rancangan mamak ini di malaysia...apa guna mereka membawa masuk beramai ramai bangla,pakistan ke malaysia?? sampai bila org melayu terutama dlm umno di perbodohkan???
rakyat malaysia tidak tau berpoliti dan apa itu politik. kerajaan pr yang memerintah selangor sepatutnya kakitangan kerajaan negeri selangor mengikut perintah kerajaan PR tapi kakitangan kerajaan selangor mengikut dari belakang perintah kerajaan persekutuan. ini termasuklah kontraktor2.
Post a Comment