Selesaikah masalah Selangor, jika
Khalid diberhentikan oleh Pakatan Rakyat khususnya PKR? Selesaikah masalah
Pakatan Rakyat di Selangor jika Khalid digantikan oleh seorang wanita,
Presiden parti keluarga Anwar itu?
Sudahkah difikirkan keadaan yang akan datang setelah Khalid digantikan dengan
ADUN Kajang, iaitu isteri Anwar sendiri itu?
‘In the first place’ sudah kah
pihak Tuanku Selangor bersetuju dengan seorang Menteri Besar wanita yang bakal
dicalonkan itu? Apabila terlalu berkehendakkan TS Khalid berhenti, senanglah
untuk mengaku seorang wanita itu tidak ada masalah jika dijadikan Menteri Besar
walaupun ini merupakan kali pertama ia berlaku dinegara ini.
Mungkin seorang wanita itu tidak
ada masalah jika dijadikan MB, tetapi biarlah penggantian itu dilakukan dalam
keadaan aman seperti selepas memenangi pilihanraya umum nanti. Tetapi untuk
menggantikan seorang MB yang menyandang dan dalam keadaan berkrisis meletakkan
seorang wanita sebagai gantinya, mungkin satu tindakan yang tidak difikirkan
dengan semasak-masaknya dahulu.
Persoalan yang sangat penting
lagi ialah bersetuju kah Tuanku Sultan untuk Khalid dibersarakan? Bagi
pandangan ramai yang saya diberitahu, mengekalkan Khalid adalah lebih mudah
dari menggantikannya dengan seorang wanita itu. Kenapa perlu melalui jalan yang
lebih susah untuk menyelesaikan isu yang sudah sedia susah sekarang ini?
PKR tidak boleh begitu yakin yang
pengganti Khalid itu semestinya dari PKR. PAS juga perlu dihormati kerana PAS
adalah rakan kongsi PR yang paling kanan di Selangor dengan mempunyai kerusi
yang lebih dari PKR. Itu sebabnya kita tidak boleh bergaduh dan didengari oleh
rakan kongsi yang telah berkorban diatas semangat kebersamaan. Jika dari hukum
politiknya, PAS sepatutnya menjadi MB Selangor itu kerana mempunyai kerusi
terbanyak dalam DUN Selangor itu.
Itu sebabnya jika PKR menunjukkan
kegolojohan untuk berebut kuasa sesama sendiri, maka ia tidak boleh lagi
memegang kuasa itu kerana tidak mampu untuk menjaga kestabilan kerajaan PR
itu. Maka adalah lojik jika jawatan MB
itu diberikan kepada PAS yang mempunyai banyak kepimpinan yang berkualiti di
Selangor.
Jika keputusan diambil diatas
premis kebersamaan dalam Pakatan Rakyat, maka
PAS wajar mengambil alih dari PKR jawatan MB itu. Parti yang berpecah
tidak boleh mengetuai PR di Selangor kerana dalam masa tidak sampai empat tahun
lagi pilihanraya akan diadakan sekali lagi. Semasa itu nanti jika benar Khalid
sudah dibersarakan ia akan menjadi bahan kempen oleh pihak BN.
Mungkin PKR sudah berbaik-baik
kembali diantara pimpinan mereka tetapi orang ramai akan melihat parut yang
kekal yang ada kepada parti itu sebagai alasan untuk menolak parti itu. Jika
dikalangan pemimpin sudah kembali bertaut, boleh kah dipastikan dibawah-bawah
ini akan bertaut?
Kita perlu ingat kewujudan PKR
adalah diatas perpecahan UMNO pada tahun 1998 dahulu dan penubuhan PKR bukannya
diatas perpaduan rakyat. PKR tertubuh dari ‘offshoot’ kepada perpecahan
diantara pemimpin berpengaruh dalam UMNO dahulu, iaitu Anwar dan Mahathir. Maka
perpecahan dibawah-bawah ini amat mudah berlaku.
Maka adalah molek jika Khalid
tamatkan edahnya sebagi MB sehingga pilihanraya umum yang akan datang. Kepada
sesiapa dalam PKR yang melilih air liornya untuk menjadi MB atau kuasa
disebalik MB itu, elok bersabar dan kesat air lior yang sedang meleleh itu
dahulu.
Jika Khalid hendak juga ditukar
dan diganti maka pilih parti yang stabil untuk mengetuai kerajaan Selangor,
dan yang kita nampak hanya PAS yang berkelayakan sebagai gantinya kerana parti
itu tidak ada perselisihan faham diantara mereka.
Jika ada pun perbezaan diantara
pimpinan PAS di Selangor perselisihannya tidak di hebahkan dan berkelahi sesama
sendiri dikhalayak ramai. Kejayaan melakukan ‘suppression’ terhadap masalah
dalaman itu sendiri menunjukkan kematangan pimpinan sesebuah parti itu.
Bagi saya jika yang terlalu
mahukan Khalid diberhentikan, maka eloklah PAS membuat persediaan untuk
mengambil alih parti yang bergolak yang tidak ada surutnya ini. Jika Wan Azizah
atau Azmin dijadikan gantiannya, ia pasti akan mewujudkan pihak dan gulungan
dalam PKR itu yang menentang Wan Azizah, Azmin dan Anwar sendiri.
Kita mesti ingat dalam pergelutan
diantara pimpinan PKR ini yang menang tidak akan memenangi semua dan yang tewas
pun tidak akan hilang semua. Perpecahan akan terus berlarutan. Tiada siapa
diantara mereka akan menjadi pemimpin yang ‘legitimate’ di Selangor jika Khalid
diganti dan dianjak sekarang ini.
Pendeknya hanya dua pilihan dan
pilihlah satu darinya. Pertamanya Khalid berhenti selepas pilihanraya yang akan
datang, keduanya PAS mengambil alih kepimpinan negeri Selangor itu. Salah satu
dari pilihan ini akan mengembalikan kestabilan Selangor setidak-tidaknya
sampai ke pilihanraya umum nanti.
Jika tidak mahu menerima andaian
ini, maka UMNO akan kembali dan PKR akan menjadi sejarah di Selangor. Khalid pun nampaknya mempunyai ramai kawan dalam UMNO dari PKR sendiri sekarang ini. Lebih lagi Khalid seolah-olah tidak merasa terancam pun sekarang ini. Beliau 'confident' seperti biasa.
6 comments:
Kalau dah semua org dalam PKR tak nak Khalid, dia boleh sertai Umno. Dah tak ada kawan dalam PKR beliau akan kesunyian. Kalau ada kawan dalam Umno Tan Sri boleh sertai Umno. Yg penting ada kawan. Kerja bawah Anwar memang susah kerana beliau ini suka bermuka-muka dgn kawan. Ia katanya tak semestinya ia. Itu Anwar...saya merasakan bagaimana berpolitik dgn Anwar dulu semasa dalam Umno. Ramai yg mati dibuatnya....
Cakap shaharudin diatas betul. Apa bezanya Umeno dgn Pkr. Sama saja. Masuk mana-mana parti, Umneno atau Pkr tidak ada bezalah!. TS Khalid masuk Umno pun serupa, jadi pilih mana yang ramai kawan...
AA, parti yg ku sokong sudah menyeleweng. Bermatian kita kempen kepada sanak sdr ku yang Pkr tu parti masa depan.
sekarang aku malu nak jumpa sdr mara ku.
Pak AA.
Politik itu memang lakunan semata mata iaitu seperti main wayang kulit. Hari ini kawan esok boleh jadi lawan. Sdr2 ku Islam sekian, jgn lah sensitive sgt dgn kuasa. Yg utama org Islam JGN SEKALI KALI BERPECAH HATI. LUARAN BOLEH BERLAINAN WARNA & HALUAN TAPI HATI JGN BERPECAH SEKALI KALI
Itulah masalah orang2 umno dengan orang2 yg punye DNA umno (mostly PKR members).Mereka ni tak punye semangat berjemaah utk matlamat yg sama, cuma depa pikir ialah diri dan kroni masing2.
Saya teringat si Jamaluddin PKR Behrang yg lompat parti. Dia punye pasal sampai tergendala majlis angkat sumpah MB baru Perak 2008. Rupenya dia pun terliur nak jadi MB Perak....cuba bandingkanlah diri awak dulu dgn Ir.Nizar sebelum mimpi nak jadi MB. Memang le tak semestinya Ir.Nizar dapat jadi MB yg bagus, tapi pokoknya buat apa ambil risiko bodoh ber MB kan orang macam Jamaluddin Behrang. Hakikat mudah macam tu pun org2 umno & DNA umno susah nak paham.
Apapun, nasib baik Hasan jati dah tiada dlm PAS, jika tidak .... huru-hara lagi adalah. Macam ada dalang di sebalik semua ini, yg pandai menyembunyikan mehnahnya.
Post a Comment