Siapa yang menembak jatuh pesawat
MH 17 itu? Kalau hendak mendapat jawapannya ia mestilah dari salah satu dari
dua pihak yang sedang berperang, iaitu tentera Ukraine
dan pihak pemisah yang di kuasai oleh Russia . Ia tidak mungkin ditembak
oleh tentera Jepun atau tentera Saudi
Arabia .
Mungkin pihak pemisah pro Russia adalah pihak yang bertanggungjawab kerana
beberapa hari sebelumnya pihak pemisah yang di sokong Russia ini
telah menembak kapal terbang pengangkutan Ukraine. Maka ada pihak yang
menyangka pesawat MAS itu adalah kapal terbang pengangkutan yang besar dan
terus menembaknya. Apa pun dan siapa yang menembaknya mestilah dari salah satu
puak yang sedang berganyang dan berperang untuk meluaskan kuasa.
Tetapi penyebab peperangan itu
adalah punca sebenarnya kenapa MH 17 ini disangkakan sebagai pihak musuh mereka
dan hanya setelah pesawat itu terhempas dengan 295 orang nyawa terkorban itu bukanlah satu pihak yang sedang
berperang. Pesawat itu kepunyaan sebuah negara yang tidak mahu perang dan tidak
berkemampuan untuk berperang.
Dalam isu ini bukan sahaja pihak
pemisah pro Russia atau tentera Ukraine yang patut bertanggungjawab, ia
sepatutnya di pertanggungjawabkan kepada pihak Amerika Syarikat juga kerana
peperangan saudara di Ukraine itu adalah di sebabkan AS campur tangan dalam hal
ehwal Ukraine sehinggakan ia menjadi isu besar kepada Russia dan bertindak
menggunakan pengaruh dan kekuatan tentera mereka untuk menyekat pengaruh AS di
negara jiran Russia, Ukraine itu.
Ukraine Air Traffic Services
Enterprise memberi kenyataan yang tidak ada masalah yang dihadapi oleh anak
kapal MAS itu semasa memasuki ruang udara Ukraine dan terhempasnya pesawat ini
tidak lain dari kesilapan mengenali pesawat ini sebagai pesawat Ukraine dan
ditembak jatuh oleh pihak pemisah yang di sokong Russia itu. Jika mereka
mengenali pesawat itu adalah pesawat ‘commercial’ MAS tidak ada sebab mereka
mengarahkan ‘ground-to-air missile’ kepada MH 17 itu.
Dunia wajar mengambil
‘accountability’ terhadap insiden pedih ini dan tidak wajar masing-masing
diantara yang berperang itu memperlihatkan ‘blame trading’ diantara satu dengan
lain. Masing-masing yang berperang wajar bersatu seketika dan mengambil
tanggungjawab terhadap pesawat dan negara yang tidak bersalah ini.
Di sini juga kita harapkan tidak
ada ‘blame game’ diantara yang tidak bersetuju diantara satu dengan lain dan
adalah kejam serta tidak bertamadun diantara kita jika kita menggunakan isu ini
sebagai isu politik diantara dua atau lebih pihak yang sedang gila bermain
politik ini.Semua pihak sekarang perlu bersatu sehingga ke pentas antarabangsa untuk mencari penyelesaian muktamat terhadap 'act of terrorism' yang tidak berperi kemanusiaan ini.
Hanya yang kita mahu lihat
tindakan kerajaan kita dengan ‘diplomatic language’ yang tidak memalukan
negara. Ini merupakan isu yang sangat mencabar bagi kerajaan kita dan diharap
isu ini akan di usahakan melalui saluran diplomatik yang paling bersesuaian.
9 comments:
Kenapa Kementerian Pertahanan dan Menteri Luar tidak sensitif pd situasi semasa global? Jika pihak ini sensitif dgn perkembangan semasa dunia tentu nasihat telah disalurkan pd MAS. Sikap ambil mudah dan secara cincai, nyawa yg tidak bersalah diperjudikan.
Penerbangan MAS tidak sepatutnya melalui Zon peperangan.
Pihak Pengurusan MAS perlu menjawab adakah "safety review" dijalandan untuk memantau samada laluan penerbangan itu harus diubah untuk memastikan keselamatan penumpang and anak kapal.
SEOUL, July 18 ― The Malaysian airliner apparently shot down over rebel-held eastern Ukraine was flying over airspace that a number of other Asian carriers abandoned months ago because of security concerns.
South Korea’s two main airlines, Korean Air and Asiana, as well as Australia’s Qantas said they all rerouted flights from as early as the beginning of March when Russian troops moved into Crimea.
“We stopped flying over Ukraine because of safety concerns,” Asiana spokeswoman Lee Hyo-Min said.
Korean Air re-routed its flights 250 kilometres (160 miles) south of Ukraine “due to the political unrest in the region”, an official for the carrier told AFP.
A Qantas spokeswoman said its London to Dubai service used to fly over Ukraine, but the route was changed “several months ago”.
Orang kapir peka tentang keadaan di Ukraine. tapi melayu islam di mas tak peduli keselamatan penumpang dan masih guna laluan tersebut. tak kan tak ada otak sendiri untuk menilai keadaan semasa dikawasan tersebut.
MAS tidak boleh ubah laluan, kerana jika diubah jarak akan jadi lauh. Sudahlah MAS menjual tiket teramat murah, dengan jarak lagi jauh, akan lebih berat kerugian.
Assalamualaikum....
Terbang diatas Negara berperang...
ini salah pengurusan & operasi penerbangan MAS . Pilot hanya mengikut laluan yg ditetapkan oleh pihak atasannya.
difahamkan Ukraine tersangat luas , utk TIDAK terbang melaluinya , maka faktor minyak harus diambil kira. Mungkin MAS terjebak dlm dilemma antara faktor keselamatan & faktor kos minyak atau tarak apa attitude. Tkasih.
Malaysia negara yang undang-undangnya tiada di ambil kisah oleh pemimpinnya.Asal aku senang yang lain boleh pergi mampos.Kisah radar tentera tak peduli MH370 beralih arah tidak diperdulikan.Begitu juga pemerintah tidak mengambil tahu hal2 keselamtan orang ramai seperti yang berlaku di Ukraine,bak umpama aku senang cukup, orangramai terbanyak boleh pegi mampos. Sepatutnya negara ini mengambil contoh negara kuasa besar seperti Amerika megelak laluan seperti itu kerana dari segi logik akal memang berbahaya.Amerika dan sekutu mereka seperti korea selatan dan Australia sejak bulan Mac lagi tidak melalui laluan tersebut.Ini menunjukkan yang pemimpin Malaysia tersangat bodoh tapi perumpamaan seperti aku senang lantaklah kau orang.INi sikap kerajaan yang tak bertanggungjawab dan tak layak mentadbir negara ini.
Dari mula lagi langsung tidak ada penerangan tentang transponder, apa sidah jadi? Transponder yg memberi identiti pesawat pd screen radar disamping merekodkan lain-lain data penerbangan pesawat, membolehkan ia dikenali oleh radar. Setelah mendapat izin memasuki ruang sesebuah negara, pengesanan radar tentu memaparkan id pesawat pd radarnya dan mana mungkin penyerang hendak melepaskan tembakan tidak memenuhi motif untuk menembak itu, buat bazirkan peluru tapi hajat tidak dipenuhi untuk menembak pesawat yg menjadi sasaran sebenar. Apa yg mereka dapat? Kesilapan sendiri lebih menjadi sebab ke apa pesawat itu ditembak.
Buat masa skrg issue nya nak cari siapa yg menembak jatuh MH17. Jgn buat timbul issue lain lagi, nanti berceramuk kita dgn buat begini. Kita pulak berkelahi sama2 kita. Sepatutnya kita bersatu. Dlm ehwal dunia skrg, hakikat nya semua nya di wujud oleh ALLAH bukan nya Yahudi, Amerika, Russia, Najib, Anwar atau siapa saja yg kita benci/dendam/marah.
Allah nak tengok kita yg sedang di uji ni. Apa tindakan/reaksi kita. Yg paling Allah suka kita bermesyuarat & bersatu berserta dgn bertaubat justeru tunduk pd perintah Allah/Rasul.
Kekuatan yg paling hebat selepas kekuatan Allah ialah kekuatan kesatuan umat Islam. Kalau kita asyik tuding jari je, pasti sampai qiamat kita tak akan dpt bantuan Allah. Maksud hidup kita ialah utk dpt bantuan Allah. Tiada dlm sejarah dunia, musuh Allah di musnah oleh selain drpd Allah. Allah boleh guna nyamuk je atau burung je tak perlu asbab yg hebat2.
Justeru itu wahai umat Islam jgn lah sangka yg kamu telah beriman selagi kamu tak belajar Iman.
Salam romadhan,
Suka tak suka rakyat harus terima hakikat, kita tdk mmpunyai kempinan yg mntab dab bijak. Dari pada trajadi tragidi MH370..hingga yg terbaru ini. Jleas pmimpin msia yg kita ada gagal dan mmbosankan.
iklas.
ank msia.
Post a Comment