17 July 2014

Yang mahu menurunkan kelapa itu Mamat, yang memulas tangkai kelapa itu yang memanjat pokoknya tu

Tidak berapa jam sahaja selepas TS Khalid memberikan kenyataan yang beliau tetap Menteri Besar sehingga pilihanraya umum yang akan datang, Anwar Ibrahim memberikan reaksi yang sesuatu jawatan itu bukan untuk dipegang selamanya oleh sesiapa. Semua jawatan tidak kekal kepada seseorang itu. Begitulah lebih kurang yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim itu dan tentunya yang beliau maksudkan itu jawatan yang dipegang oleh Khalid Ibrahim sekarang.

Tetapi tidak pula kedengaran Khalid mahu memegang jawatan itu buat selama beliau hidup. Yang jelas kedengaran ialah beliau berkata yang beliau akan menjadi Menteri Besar sehingga pilihan raya yang akan datang, yang akan sampai kurang dari empat tahun dari sekarang. Selepas itu beliau akan bersara atau bersedia untuk dibersarakan.

Jika bukan hak seseorang untuk kekal dan dikekalkan dalam jawatan, Anwar juga perlu memahami yang ia bukan juga hak mana-mana individu yang boleh membuang seseorang dalam jawatan seperti menukar seluar dalam. Menjatuhkan seseorang bukan mudah seperti meminta beruk-beruk belaan untuk memanjat pokok kelapa dan menjatuhkan buah-buah kelapa itu.

Malahan Anwar telah dengan sistematik berniat untuk menjatuhkan Khalid dari awal lagi. Beliau telah menggunakan rakan dan kroni beliau yang rapat yang sedang berangan untuk memegang kuasa sebelum PKR menjadi kerajaan di Putrajaya itu untuk mengkritik Khalid secara terbuka melalui akhbar dan media massa.

Anwar tidak mahu dilihat hakikat yang beliau menjatuhkan Khalid. Beliau melakukannya seperti seorang yang membela beruk untuk mengambil upah memanjat kelapa. Hakikatnya yang menjatuhkan buah kelapa itu adalah si Mamat tetapi yang memulas tangkai kelapa untuk dijatuhkan itu dilakukan oleh beruk belaan yang di arah untuk memanjat dan menurunkan kelapa itu. Yang menebas Khalid itu ialah Anwar tetapi Anwar menggunakan parang bengkok panjang seperti Rafizi, Zuraidah Kamarudin dan beberapa orang dalam kepimpinan tertinggi parti itu.

Apabila seseorang itu tahu dan memahami anologi ini, maka masing-masing boleh mengenali individu-individu yang diperlakukan seperti beruk atau parang panjang itu oleh ketuanya dalam isu Menteri Besar Selangor ini.

Pada hakikatnya apa yang di sebut oleh Anwar kepada Khalid Ibrahim itu membawa makna, ‘yang memilih siapa menjadi MB itu parti, bukannya kamu Khalid’. Dalam hati Khalid pula menjawab. “bukan parti yang menentukan, sebenarnya kamu itu yang menentukan. It is not going to be easy for you Anwar. You have got to run for your money!”

Sesungguhnya Selangor akan menghadapi krisis perlembagaan dan ia akan menjadi isu yang sangat serius dan akan menghancurkan Pakatan Rakyat buat jangka yang panjang. Siapa yang mendapat untung apabila krisis ini berlaku, kita akan akhirnya tahu juga dan pasti merasa tertipu.

Sebenarnya ada orang yang sengaja mahu krisis ini berlaku, kerana dia hanya boleh ‘survive’ dalam politik itu apabila keadaan bercelaru. Orang itu ibarat melukah ditempat yang genting, atau menimba di air yang keruh. PKR sememangnya parti yang sentiasa ingin melihat pergaduhan sesama sendiri kerana teras penubuhan parti itu juga adalah kerana keadaan kucar kacir dalam UMNO dahulu.

Maka keperluan untuk kita membentuk negara yang baru seperti yang selalu disarankan oleh blog ini semakin hari semakin nampak keperluannya, melainkan kita mahukan keadaan suram politik itu berterusan sampai bila-bila.

14 comments:

boin said...


Yang memanjat tu, Shamsul Iskandar, Rafizi, dan beberapa yg lain. Boss mereka suruh turunkan kelapa yang lebat tu.

Anonymous said...

Pesan kat Pak Sheikh tu... sesekali tengok muka kat cermin tu bila berkata...dah lah dia tu tua ..elok lah sama berhenti dari politik ..buat amal ibadat ...takkan sampai ketua nak jadi pemimpin PKR, bagilah peluang pada golongan muda dan bukan keluarga Pak Sheikh jadi pemimpin pula..

Nasihat yang sama juga saya beri LKS dan Haji Hadi...berhentilah .. akan aman Malaysia ni bila dia orang berhenti

Anonymous said...

Berok maarib

maae said...

Harap pembentukan bukan 'Negara Ku' - ada beza k- kecil dan K-besar...

Apa-apa kita tidak mahu lagi 'pencatur dan pakar strategi politk nya' mengikut acuan sendiri. Rakyat memilih, biar rakyat mengatur. Selangor bukan untuk individu. P. Pinang semakin di miliki... konsep salah dalam politik sempit pembangkang !

Jika ini di amalkan, percaya lah, hanya kelompok yang berkuasa sahaja akan menikmati segala-gala nya..... ia sudah terjadi, punya bukti dan segera lah menjauhi. Keintelektualan menipu rakyat ! Kesempatan yang di manipulasi dan memulas pengundi sepenuh nya ! Tiga(triniti) badan hendak di jaga yang dongeng nya hanya di momokan menjadi satu ! Hakikat nya setiap badan terlalu mengidam kuasa yang jitu !!!

Boleh ke menjelma jadi satu ? Realiti, jawatan MB pun hendak di kuasai...
Apa lagi mimpi ingin jadi PM, TPM dan anggota kanan ! Lain nya 'go to hell'

Politik-neo, Politik-isle, Politik-evangelista(tiada terma ini dalam biblikal) di baptiskan triniti 3in1....

Anonymous said...


As I have known for 40 years......he is manipulative and deceptive being. It will take another while for anyone to understand him more.

Anonymous said...


My whole family are members of PAS but just do not have the appetite to vote in the last general election.

I realized that PAS is led my Anwar...simple as that

Anonymous said...

Pak Sheikh bukan saja pandai suruh orang panjat pokok kelapa, panjat orang pun dia pandai. Dia suka pokok yg lembut, senang grip. Harem jaddah

Suffian said...

yang menariknya tentang Anwar...beliau tidak kayaraya, isterinya pun sama, anak2nya pun sama, adikberadiknya pun sama, adikberadik isterinya pun sama, saudara maranya pun sama ,beliau ada peluang buat duit masa dlm krjn dulu.
pada ketika lulusan U zaman Anwar mudah menjawat jawatan tinggi dalam krjn macam Pak Lah...Anwar memilih utk buka sekolah private & jadi guru utk budak2 drop out. Utk melihat keperibadian seseorang, harus bermula melihat zaman mudanya dulu. Tkasih.

Anonymous said...


Jika anwar dapat kuasa dia akan jadi galmor dan tidak akan menerima teguran.

Saya melihat dia ni tidak boleh ada perbezaan pendapat. Sepupu saya Zainab Abu Bakar Ahli Parlimen dari Johor, anak kepada Umno founder di pecatnya dari Umno kerana dia anggap zainab ini tidak menyokong dia.

Dia menggunakan kuasa sebagai pengerusi jawatankuasa displin Umno dan memecat Zainab tanpa rasa peri kemanusiaan.

sekarang ini dia pulak yg hendak cari kuasa. Fikir-fikirlah!

borhan said...


Suffian, benar kata-kata anda yang Anwar ini menarik orangnya. Walaupun imejnya diburukan dia tetap telah melakukan yang baik.

Teringat saya kepada Botak Chin, walaupun jahat tetapi banyak memberikan bantuan kepada orang susah di sekeliling jinjang itu.

Setiap orang ada baik dan buruknya. Mungkin dari sifat negatif Anwar itu, beliau tidak boleh dijadikan pemimpin...

Betul Suffian, saya share pandangan saudara, tetapi saudara share jugalah dengan pandangan saya.

Anonymous said...

Betul ke Awnar anak beranak tak kaya raya.Buka mata sikit,Istana Segambut tu apa hal....terlampau gian kena sondol.Dia buka sekolah private sebab kelulusan dia walau pun pada tahun 70an senang dapat kerja tapi tak layak diterima olih manax jabatan kerajaan sebab dah ada rekod anti establishment.

Anonymous said...

anwar dah tak relevan. dia nampak lebih sbg seorang desperado yg marah khalid tetiba lebih popular dirinya.

Naib Nabi said...

Org Melayu ni, kalau kaum mereka jadi pemimpin dia selidik sehalus2nya supaya perfect 100% dari semua aspect. Tapi kalau kaum bukan Melayu yg jadi pemimpin mereka, mereka sikit pun tak berani nak jatuh kan pemimpin tu. Kalau mampu pun cakap2 je d belakang. Tak tau lah apa nak jadi dgn kaum Melayu ni !!!

Anonymous said...

Pak AA.

Sila verify & komen
http://sakmongkol.blogspot.com/2014/07/khalid-ibrahim-pkns-dan-pj-sentral.html?m=1